KEPONG – Masalah longkang tersekat lebih 10 tahun masih membelenggu penduduk kampung terutamanya warga emas yang tinggal di kawasan laluan air.
Ngah Omar atau lebih dikenali Hamid, 80 berkata, dalam setahun, tiga hingga empat kali rumahnya digenangi air longkang sehingga paras lutut yang turut menyebabkan perabot rumahnya rosak.
“Kejadian ini sering berlaku terutamanya ketika hujan lebat kerana air tidak dapat keluar dengan sempurna ke parit berhampiran.
“Tambahan pula, rumah pakcik ini berada di kawasan laluan air menyebabkan air lebih cepat bertakung dan sekelip mata sahaja memasuki ruang tamu rumah.
“Malah, kami terpaksa membiarkan sahaja perabot seperti kerusi serta almari digenangi sekiranya air masuk ke dalam rumah pada waktu malam,” katanya kepada Sinar Harian.
Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini turut terkilan kerana pihak berkenaan tidak mengambil tindakan walaupun sudah beberapa kali mengemukakan masalah itu kepada pihak tersebut.
“Pakcik sebagai penduduk tetap, mahukan yang terbaik tetapi tidak menyangka masalah seperti ini tidak dapat diselesaikan biarpun ia terjadi di hadapan mata pihak berwajib.
“Sekiranya benar ada masalah yang menghalang pembinaan longkang dibuat, pihak berkenaan perlu menjelaskan perkara ini sewajarnya supaya dapat diatasi dengan cara baik, tidaklah perlu pakcik memanjangkan masalah ini kepada pihak luar,” katanya.
Banyak perabot rumah rosak
Hamid berkata, dia hanya memohon pembinaan longkang secara sistematik kerana sudah tidak tahan menanggung kepayahan kerana saban tahun dia terpaksa membersihkan rumah yang dimasuki air hujan yang bertakung.
“Sampai bila pakcik mahu hidup seperti ini. Sudah banyak perabot yang rosak dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengelak daripada air bertakung memasuki ruang tamu rumah, namun belum berhasil,” katanya.
"Lebih menghairankan pak cik, sudah ramai pihak-pihak tertentu tampil mendengar masalah itu, tetapi sekadar bertanya khabar dan masih belum dilaksanakan sebarang tindakan bagi menyelesaikan isu longkang.
“Sekiranya datang bertanya khabar dan balik tanpa melakukan apa-apa, tiada maknanya,” luah Hamid.
Mahu masalah segera diselesaikan
Menurut Hamid, longkang yang dibina 10 tahun lepas adalah hasil muafakat penduduk kampung mengumpul dana dan kini apabila ianya ditutupi tanah dan semak samun, penduduk tidak lagi mampu melaksanakannya untuk kali kedua.
“Lagipun setahu pakcik, peruntukan daripada pihak berwajib ada disediakan dan demi kepentingan ramai, masalah ini perlu diselesaikan jabatan atau pemimpin tertentu malah tidak sepatutnya mengharapkan dana yang dikumpulkan penduduk lagi,” katanya.
Oleh itu, Hamid berharap mana-mana pihak tampil menyelesaikannya segera kerana baginya sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Keperluan longkang ini juga bukannya kepentingan individu tetapi adalah kebaikan kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan ini yang terjejas setiap tahun terutama musim tengkujuh. Masalah ini perlu diselesaikan segera sebelum tiba musim tengkujuh sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.