muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 5 September 2012

GEMPAR : VIDEO-KEMALANGAN NGERI DI ARAB SAUDI

VIDEO: Kemalangan Ngeri Di Arab Saudi
Memang mengerikan! Walaupun penulis bukan kaki Youtube, tetapi video ini telah menarik minat penulis untuk mengetahui apakah yang telah membuatkan ia ditonton sehingga melebihi 2.8 juta tontonan.

Pada awalnya, ia sekadar menunjukkan kereta jenis Toyota Camry berpusing melawan arah jalan lalu terbalik.
Namun tak sangka pula ia telah menyebabkan penumpang di dalamnya tercampak keluar malah ada yang terhumban tinggi kehingga 10 kaki!
Lebih memeranjatkan, video itu turut merakamkan sebelah kaki kepada salah seorang daripada nahas jalan raya itu terpelanting jauh.
Dikhabarkan kemalangan yang berlaku pada sekitar June 2012 telah mengorbankan empat orang penumpang yang berada di dalam kenderaan berkenaan.
Tidak tahulah apa puncanya ia berlaku sedemikian rupa.
Tapi bila penulis tengok kepada keadaan tayar kereta itu ia nampak seperti dipandu laju. Tidak pasti pula sebab penulis tidak arif tentang kereta.
Apa yang penulis nasihatkan semasa memandu sila mengikut had laju yang telah ditetapkan dan patuhi undang-undang.
Saksikan video ini untuk pengajaran kita semua.


GEMPAR BERAPI : ANAK DENGAN BAPA KAKI P0RN0


                                                 v
                                                 v
                                                v
                                                 v
                                                  v
                                                  v
                                                  v

GEMPAR BERAPI : Baju UMNO Di Kedai Ekor, Eh Terasa Pulak!!!





Apa!! Terasa ke dengan memakai baju UMNO untuk membeli nombor ekor dan terpaksa edit untuk memburukkan PAS.

Tak perlulah nak ubahsuai, dah kena dah dengan UMNO tu… lagipun hasilnya buruk sangat, tak padan dan tak berbaloi nak gunakan untuk berbohong.

Lagipun alah setakat beli nombor, apalah sangat bagi UMNO, yang lagi haram pun UMNO boleh buat, tak gitu!! Moga-moga puak Melayu UMNO dapat memajukan kedai ekor, bimbang kalau-kalau lingkup!!

Secara tidak sengaja awek ini telah untungkan orang yang melihatnya





sengaja atau xsengaja?

CAMANER PULAK DENGAN PESERTA TARIAN PUNGGUNG??

GEMPAR : INI GENG APA NIE??

GEMPAR : ISTERI MAIN KAYU TIGA


Kisah isteri main kayu tiga atau suami menangkap isteri berkhalwat dengan lelaki lain semakin kerap dilaporkan media kebelakangan ini.

Walaupun ada pihak yang menganggap ianya kes terpencil, tetapi statistik menunjukkan kes-kes sebegini makin meningkat khususnya dikalangan pasangan melayu.

Seperti kes terbaru berlaku di sebuah negeri utara tanahair ini, seorang isteri ditangkap melakukan perbuatan sumbang oleh suami sendiri pada waktu siang.

Bagi Halim (bukan nama sebenar), dia tidak menyangka isterinya Halimah (nama samaran) yang berperwatakan baik sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

“Sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikit pun saya meragui kesetiaannya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka,” katanya.

Halim memberitahu, ketika dia bersusah payah membangunkan perniagaan, Halimah merupakan menjadi sumber inspirasinya.

Isterinya juga melayannya dengan penuh kasih sayang dan rumah tangga mereka bertambah bahagia selepas dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ada juga rakan memberitahu Halim mereka pernah melihat Halimah bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak diendahkan Halim.

Pada suatu hari, kereta yang dipandu Halim rosak dan beliau terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil sebuah lagi keretanya.

Di rumah, Halim terkejut besar melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang. Dengan segala kudrat, Halim mengejar lelaki itu dan berjaya menangkapnya dengan bantuan jiran-jiran.

Halim menganggap, lelaki tersebut merupakan pencuri yang mahu merompak rumahnya, tetapi rupanya lelaki tersebut adalah kekasih isterinya sendiri yang memang sering datang kerumah ketika dia keluar berkerja.

Tambah menyedihkan, isterinya yang berada dalam keadaan kusut dan memakai baju tidur tanpa coli di ruang tamu mengakui hubungan sulit dengan suami orang tersebut tanpa sebarang rasa kesal.

Malah, Halimah mengakui bahawa dia lebih sayangkan suami orang tersebut berbanding diri Halim sendiri.

GEMPAR : LIDAH PENFITNAH???





Lidah Ismail Yang Juga Tidak Bertulang
Oleh : Mohd Sayuti Omar

Lidah tidak bertulang termasuk juga lidah mengkarung, biawak dan katak. Dengan lidah sedemikian apa-apa saja boleh disambar dan dihemburkan tidak kira ia benar, separuh benar atau pun bohong sama sekali kepada sesiapa juga. 

Bahkan kata-kata berupa fitnah juga boleh diucapkan dengan hanya membuka mulut dengan janggut puteh bergoyang-goyang. Gampang.

Demikian juga dengan presiden apa dinamakan Maufakat Masyarakat Sejahtra Malaysia (Maufakat) Ismail Mina. Beliau boleh berkata apa-apa saja yang dia suka terhadap Anwar Ibrahim. 

Seperti mana laporan media penjilat buntut Utusan Malaysia, Ismail mendakwa perjumpaan Anwar dengan Tok Guru Nik Aziz di Kota Bharu 31 Ogos lalu kononnya untuk memastikan usahanya (Anwar) untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.


Ismail Mina

"Tindakan tersebut perlu dibuat Anwar bagi membolehkan beliau dapat menguasai Pas dengan sepenuhnya.

"Anwar mempunyai perasaan tidak senang terhadap Nasharudin kerana beliau begitu lantang menentang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini, demikian laporan itu dipetik.

Kalau orang tahu hubungi Ismail dengan Anwar sebelum ini orang akan pengsan apabila mendengar tuduhan melulu Ismail itu. Orang juga tidak fikir sehingga begitu sekali tergamak Ismail memburuk Anwar dengan fitnah kering itu. 

Apakah Ismail juga kini sudah berkawan dengan syaitan baik sepertimana dimaksudkan Mahathir?

Ismail adalah kawan baik Anwar satu masa dulu yang dikatakan banyak mendapat manfaat hidup daripada Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama dan kedudukan Anwar untuk mendapat sesuatu kemudahaan bagi hidup. 

Seperti mana diceritakan bekas seorang pegawai GLC kepada Anwar, Ismail dikatakan pernah menggunakan nama Anwar ketika Ismail berjumpa dengan pegawai berkenaan untuk meluluskan seuatu projek tatkala pegawai itu masih berkhidmat.

Apakah Ismail tahu butiran pertemuan Anwar dengan Nik Aziz di Kota Bharu tempoh hari? Apakah Ismail ada sama atau pun berada dibawah rumah tokguru mengendap pertemuan itu? 

Kalau Ismail seorang beriman, takutkan kepada Allah dia pasti tidak akan tergamak melemparkan tuduhan melulu begitu kerana beliau tidak ada dalam pertemuan itu. Walaupun apa yang dilakukan Ismail itu andaian, tetapi dia tidak sepatutnya membuat andian secemar tahi babi begitu.

Anwar ke rumah tokguru pagi itu untuk bersarapan pagi sempena kunjungan beliau ke Kelantan dalam jadual jelajah kemerdekaan. Mereka bertemu secara terbuka di rumah ruang tamu rumah tokguru di Pulau Makan. 

Tidak ada apa-apa perundingan sulit apa lagi menyentuh mengenai kedudukan Nasharudin seperti ditanggapi Ismail seperti mana laporan media PB itu. Lagi pun soal Nasharudin bukan urusan dia.

Saya juga kebetulan berada di Kota Bharu pada hari Anwar ada di Kelantan. Saya tidak tertenguk atau pun berbau jubah Ismail di sana.

Anwar tidak pun perlu berjumpa Nik Aziz semata-mata hendak mempengaruhi Mursyidul Am Pas itu agar memecat Nasharudin. Nashaurdin bagi Anwar tidak lebih dan tidak kurang seprerti tahi hidung sahaja yang tidak memberi apa-apa kesan kepadanya. 

Sebagai tahi hidung masin, telatah politik tidak cukup inci Nasharudin tidak memberi apa-apa impak kepada Anwar. Lagipun bukan urusan Anwar untuk mencampuri urusan Pas. Pas sendiri juga sebagai parti lebih lama dan matang dari Keadilan tahu menguruskan ahli-ahlinya sendiri.

Hanya orang macam Ismail Mina yang kehilangan arah dan kecarikan jubah saja merasakan Nasharudin itu penting suci dan maksum. Ismail terlupa yang Nasharudin juga adalah manusia yang berambisi. Beliau sendiri juga tidak pernah mengikuti kehidupan Nasharudin dan terbungkam dengan kepetahan cakap-cakap Nasharudin yang berbau sedikit Arab.

Kalau Ismail Mina pernah menjejaki perjalanan Nasharuddin atau berkebetulan pernah terbang sama ke luar negara nescaya dia akan tahu bagaimana perangai dan nafsu dan egoisnya Nasharudin. 

Dia akan tahu gaya hidup elit Nasharudin. Dia juga akan tahu bagaimana Nasharudin diraikan oleh pemimpin Umno untuk menaiki sebuah kapal (cruise) pelancongan mewah.

Untuk pengetahuan, Nasharudin bukan saja terbang ke Australia menghadiri simanar atau forum di masjid tetapi dia juga pernah ke Hong Kong. 

Ini bukan omong kosong beliau bercerita sendiri kepada saya semasa di Jakarta mengenai kisahnya di bandar Hong Kong.

Saya tidak mahu menyebut lebih-lebih di sini mengenai ahli parlimen Bachok itu. Setidak-tidaknya saya dua kali berkebetulan terbang satu kapal dengannya ke luar negara dan bersarapan pagi disebuah hotel mewah. 

Nanti dimasa lain saya akan bercerita mengenai kisah ini yang boleh dijadikan hikayat.

Dalam khutbah petang ini saya menyeru kepada Ismail Mina bertaubatlah dan takutlah kepada Allah. Atau pun kalau tidak takut kepada Allah malulah kepada jubah dan janggut serta kopiah putih di atas kepala. 

Kalau hendak fitnah orang yang pernah berkawan dan bersahabat baik dengan kita pecat dulu kopiah dan tukar dengan songkok.

Ingatlah seburuk-buruk Anwar bukankah anda pernah menangis kerana membela Anwar. Anda pernah membawa air tawar dan juga doa untuk kesejahtraan Anwar semasa Anwar di dalam penjara Sungai Buloh. 

Kenapa waktu itu anda jadi sepeka dan begitu prihatin. Kenapa? Dan hari ini kenapa anda tiba-tiba membenci dan menyerang Anwar?

Saya tidak percaya kalau Anwar bersalah dan berdosa hanya kerana apa yang anda anggapkan bahawa Anwar cuba hendak mempluralismekan agama berdasarkan kepada satu ucapan Anwar di luar negara. 

Tidak... ia tentu ada masalah lain yang personal dan tidak sepatutnya anda mengheret Anwar ke tengah umum dan membuat fitnah terhadapnya.

Kalaupun anda kini sudah menjadi Islam seluruhnya (syaitan yang baik) dan telah meninggal segala budaya jahiliah semasa muda dulu, tetapi... anda janganlah cuba bertindak sombong dengan menuduh Anwar seorang pendosa. 

Anda tidak salah untuk membetulkan Anwar dan berhak sebagai seorang Islam tetapi bukan dengan cara memfitnah beliau. Kalaulah orang tahu kisah hidup anda...?

GEMPAR : MUNTAH BIRU MELIHATNYA





Memang menakjubkan kalau korang berada di thailand a.k.a siam, bukan senang nak tengok benda-benda pelik macam ni, kalau penulis yang confirm muntah biru..tapi tak tahu ler korang macam mana lak..

GEMPAR : TATOO AZAN DI BADAN ARTIS PEREMPUAN

JAKARTA - Julia Perez atau lebih akrab dipanggil Jupe dilihat telah mempamerkan saat menghadiri acara DahSyat di studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat, pada Isnin (3/9/2012). Dibalut baju yang bermodel kemben, Jupe pamer tato baru yang bertuliskan huruf Arab di belakangnya. Demikian dipetik dari Detik Foto.




 

 Bukan main-main, tato rangkaian huruf Arab tersebut adalah kaligrafi lafaz azan yang selalu dikumandangkan oleh kaum Muslimin saban hari lima kali. Yakni kalimat حي علي الفلاح "Hayya 'alal Falaah".

 Selain haram menurut syariat, tato tubuh yang Jupe lakukan tersebut boleh disabit Undang-Undang no 1/PNPS/1965 tentang Penyalahgunaan dan atau Penodaan Agama.

Beberapa waktu yang lalu Julia Perez sempat melaksanakan ibadah umrah ke Tanah Suci dan berjanji akan tampil lebih tertutup dan sopan. Namun, ternyata janjinya itu tidak ditepati hingga kini.

SUMBER

GEMPAR : Pengantin lelaki 71 tahun pengsan tengok bakal isteri


Pengantin tumbang tengok wajah isteri
Seorang lelaki 71 tahun pengsan ketika diakad nikah malam kelmarin sebelum mengaku ia kerana beliau teruja sebaik terpandang wajah bakal isteri.
“Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin).”
“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di Kelantan, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK.
Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.
Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994. Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris.
Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...