muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 4 November 2012

GEMPAR BERAPI : COLI ROSAKKAN BENTUK PAYUDARA SETIAP WANITA YANG MEMAKAINYA



SETIAP wanita perlu memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.


PEMILIHAN saiz coli yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payu dara sekiranya terus dibiarkan.
Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan.


Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara mulai matang.


KAJIAN menunjukkan lebih daripada 80 peratus wanita Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara.




HARJIT KAUR






Bagaimanapun, selepas usia 35 tahun, pertumbuhan lemak di bahagian bawah epidermis telah sempurna dan menyebabkan bentuk payu dara mula berubah dan mengendur.
Maka, di sinilah pentingnya pemakaian coli yang betul. Pemilihan padanan coli yang sesuai dengan saiz payu dara boleh membantu memberikan satu ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.
Menurut kajian, lebih daripada 80 peratus wanita di Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan payu dara.
Memiliki payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik.
Menurut Konsultan Pakar Bedah Payu Dara dan Endokrin, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Harjit Kaur, golongan wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik.
“Cara memilih coli juga perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang anda perlukan.
“Misalnya, jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payu dara 72 sm menjadikan beza 12 sm. Bagi coli ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula 12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm bermakna anda perlukan coli B cup.
“Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan.
“Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa coli penyebab kanser payu dara. Ia hanyalah mitos,” ujarnya.
Apa pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi menampakkan bentuk yang menawan.
Memakai coli yang salah bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang lebih memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.

GEMPAR BERAPI : CERAIKAN ROSMAH MANSOR??


Bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menghadapi masalah apabila anaknya melaram dengan kereta Hummer milik Chia Tien Woh, orang ternanti-nanti hendak mendengar komen Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ramai orang melihat Nazri sebagai salah seorang nemesis utama Dr Mahathir. Sejak dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lagi, Nazri adalah menteri kabinet yang paling berani dan lantang melawan Dr Mahathir. Dia langsung tidak bagi peluang kepada bekas Perdana Menteri yang pernah menjadi bosnya itu.
Dr Mahathir juga dilihat tak bagi muka kepada Nazri. Asal ada peluang, dia akan debik Nazri cukup-cukup.
Bila kawan-kawan saya bercakap tentang keretakan hebat hubungan Dr Mahathir dan Nazri, mereka juga bercerita kononnya bukan rahsia lagi tuduhan bahawa Nazri bercerita sana sini tentang dakwaan kononnya Dr Mahathir pernah memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menceraikan Datin Seri Rosmah Mansor demi kepentingan politik Umno Barisan Nasional (BN). Saya tak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu. Tetapi tuduhan itu tersebar luas. Bayangkanlah, kalau blogger cikai macam aku pun mendengar cerita itu.
Mereka juga bercerita tentang satu lagi tuduhan itu sama popular – iaitu tuduhan bahawa Dr Mahathir dikatakan menikus di hadapan Rosmah. Orang tua itu hanya berani melawan Rosmah secara sembunyi-sembunyi sahaja, walaupun kini tersebar luas juga berita bahawa beliau sangat tidak berpuas hati terhadap Najib.
Walaupun dia tak puas hati, tetapi di hadapan Rosmah, Dr Mahathir dituduh menikus.
Sekali lagi, saya tak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu. Tetapi, seperti tuduhan lain, tuduhan itu tersebar luas.
Kata orang, kalaulah tidak kerana kebenciannya yang berapi-api terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, besar kemungkinan secara terbuka Dr Mahathir menyuruh rakyat mengundi Pakatan Rakyat (PR). -gigitankerengga

GEMPAR BERAPI : SKIRT NEELOFA TERSELAK





Penampilannya ketika Jelajah Anugerah Skrin 2012 tidak juga kurang hebatnya. Neelofa berada di atas pentas mengacarakan satu slot bersama Awal dengan memamakai baju sendat putih dan skirt hijau.

Apa yang menariknya, skirt yang dipakai Neelofa, labuh dibelakang, tetapi macam di’potong-potong’ pula di bahagian depan. Kalau pentas tu tinggi, ‘untung’ orang yang mendongak…











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...