muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 15 November 2012

GEMPAR BERAPI : Untuk apa bekas pegawai tinggi polis jumpa Nik Aziz

Dua atau tiga minggu lepas Mursyidul Am Pas yang juga MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dikunjungi bekas salah seorang pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di pejabat MB itu di Kota Darulnaim, Kota Bharu. Bersama pegawai tinggi polis dalam kunjungan itu ialah bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu
Shah dan seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan. Difahamkan kunjungan mereka itu ada hubung kait dengan isu perpaduan Melayu yang kini 'gila-gila' diperkatakan oleh Umno. Beberapa hari sebelum kunjungan itu berlangsung satu wacana mengenai perpaduan Melayu di rumah veteran Umno Kuala Lumpur. Besar kemungkinan mereka diberi mandat oleh wacana berkenaan untuk menemui Nik Aziz. Apakah kunjungan itu untuk mempelawa Pas agar bersama Umno dalam pilihan raya akan datang? Sehingga ini pejabat MB atau pihak Pas Kelantan tidak mengeluar apa-apa kenyataan berhubung kunjungan berkenaan? Difahamkan MB itu bersedia membincang masalah perpaduan Melayu kerana isu itu juga menjadi tanggungjawab Pas tetapi bagaimana pun mahu Islam sebagai teras perbincangan. Sempena muktamar ini elok juga kalau Nik Aziz menjelaskan kepada umum berhubung kunjungan berkenaan? - http://msomelayu.blogspot.com/
Source: Harakahdaily BM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...