muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 6 September 2012

GEMPAR : PLAT KERETA PALING ??? DI MALAYSIA



PENDEDAHAN YANG MENGGEMPARKAN.KLIK DISINI


GEMPAR BERAPI : TERBARU-LAGI AKS1 PIJAK GAMBAR SIAPA??



GEMPAR!!!!!!!!!!!
SUSPEK UTAMA PIJAK GAMBAR NAJIB MASIH DIBURU...ekekeke
 

GEMPAR : TARIKH PILIHANRAYA DIBOCORKAN??


PRU SEAWAL-AWALNYA AKHIR NOVEMBER?

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 7TH, 2012
Barisan Nasional (BN) berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya umum (PRU) pada akhir November ini, seminggu selepas 28,000 umat Islam Malaysia pulang dari menunaikan ibadah Haji dan Belanjawan 2013 diluluskan oleh Dewan Rakyat, kata satu sumber.The Malaysian Insider difahamkan bahawa pegawai kementerian pelajaran telah diminta minggu lalu untuk memeriksa ketersediaan sekolah, terutamanya sekolah menengah kerana pada waktu itu kebiasaannya peperiksaan bagi pelajar tingkatan lima dan enam sedang dijalankan.
“Kerajaan sedang melihat pada akhir November, hanya selepas penerbangan yang terakhir membawa pulang jemaah Haji pada 19 November,” kata ahli strategi BN kepada The Malaysian Insider.
Sesi parlimen akan datang bermula September 24 dan dijadualkan berakhir pada 27 November, dengan tumpuan utama adalah Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh perdana menteri dan menteri kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 September.
Tempoh mandat BN tamat adalah pada 28 April tahun hadapan, lima tahun selepas pilihan raya umum 2008 di mana parti pemerintah di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengalami kekalahan bersejarah apabila hilang majoriti dua pertiga parlimen dan empat lagi negeri.
Abdullah berundur pada April 2009 untuk memberi laluan kepada Najib.PRU 13 adalah cabaran pertama Najib untuk mendapatkan mandat sendiri.
The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini bahawa rancangan untuk membubarkan parlimen bulan lepas telah ditangguhkan selepas dua ahli parlimen Sabah keluar dari gabungan itu dan menyatakan sokongan kepada musuh ketat BN, Pakatan Rakyat (PR).
Terdapat juga laporan pilihan raya akan dipanggil lebih awal dan pertengahan tahun ini tetapi tidak satupun yang menjadi.
Najib membayangkan minggu lepas bahawa PRU sudah hampir manakala bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah secara terbuka berkata November akan menjadi bulan yang baik untuk pilihan raya. Kedua-duanya yakin tentang prospek kemenangan BN dalam PRU akan datang.
“Perbahasan Belanjawan biasanya mengambil masa kira-kira empat minggu untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum ia pergi ke Dewan Negara.
“Jadi Najib boleh mengadakan pilihan raya mengejut selepas itu,” kata sumber lain, mengesahkan bahawa November telah dinamakan sebagai tarikh paling baik untuk PRU.
“Kerajaan juga bercadang mengadakan pilihan raya pada hari bekerja tetapi bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” tambah sumber itu lagi.
Beliau menambah seorang pemimpin BN telah meletakkan tempoh masa 60-hari selepas Hari Belanjawan walaupun terdapat beberapa pihak yang mahu menunggu sehingga mandat berakhir sebelum mengadakan pilihan raya. “Tidak ramai yang memihak kepada November, akan tetapi orang-orang berpengaruh seperti Dr Mahathir mempunyai kata-kata lebih didengari,” kata sumber itu.
Dakwaan meluas tentang daftar pemilih yang tidak bersih telah memaksa SPR untuk mempertahankan diri mereka dan telah diminta untuk menyemak semula daftar pemilih.
PR juga menimbang untuk melaksanakan tempoh kempen 10 hari berikutan pembaharuan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kabinet selepas protes besar-besaran menuntut agar pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.
Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi jika pilihan raya umum diadakan melibatkan semua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi dewan undangan negeri (Dun) di 12 negeri. 
Walau bagaimanapun, empat negeri yang diperintah PR masih belum mengatakan sama ada mereka akan mengadakan pilihan raya pada tarikh yang sama dengan PRU oleh kerana mandat mereka hanya akan tamat pada bulan April. Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri pada tahun lepas.

GEMPAR : HATI-HATI-CARA PENYEDIAAN MEE GORENG MAMAK??



KEPADA PEMINAT2 MEE GORENG MAMAK!!
Sedappp tu ...! Kalau minta yang 'basah', dia akan bagi yang baru goreng tu...kalau nak yang 'garing', dia akan beri yang kat bawah2 kuali tu.....dah perah liamu nipis semua rasa OK.....hmmmm
 

GEMPAR BERAPI : APA SALAHNYA BER0MEN DIKHALAYAK RAMAI??


KETIKA memikirkan tajuk yang sesuai untuk artikel pagi ini, penulis berperang dengan perasaan sendiri sama ada perkataan ‘beromen’ itu sesuai digunakan atau tidak.
Isunya disitu, bagaimana penulis berbangga dengan diri sendiri kerana mampu menulis dalam bahasa Melayu dengan baik, begitu jugalah penulis berbangga dengan imej yang penulis cuba tonjolkan selama ini dalam penulisan – tidak mencarut dan menggunakan kata-kata kesat.
Tapi, melihat kepada ayat-ayat yang digunakan para blogger UMNO yang galak menjadikan pergaulan pada malam himpunan Janji Bersih yang lepas sebagai senjata untuk menghina Pakatan Rakyat kerana kononnya menggalakkan maksiat, maka penulis pilih ‘beromen’ jugalah, baru kena dengan isu yang sedang hangat diperkatakan.
Malam sambutan kemerdekaan dan tahun baru adalah antara 2 malam yang biasa diadakan persembahan hiburan di negara ini sejak zaman berzaman.  Ini bukanlah satu masalah kerana ia juga dilakukan di mana-mana negara dalam dunia.
Muda mudi tak kira bangsa bergaul, bersolidariti dan berhibur sementara menunggu detik 12 tengah malam.  Disamping bersantai, ini juga masa dan peluangnya anak muda antara kaum beramah mesra.
Cuma tahun ini berbeza kerana peluang malam ambang kemerdekaan itu digunakan untuk menyampaikan hasrat anak muda untuk diadakan satu pilihanraya yang lebih adil di negara ini.
Kebetulan mereka pun memang mahu keluar berhibur, apa salahnya keluar berhibur juga, tapi dengan sedikit perubahan – berbaju kuning dan ada segelintir yang mengibarkan bendera baru negara yang dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat nanti.
Biasalah kalau anak-anak muda sudah berkumpul, macam-macam karenah dan gaya yang dapat dilihat.  Apa pulak masalahnya dengan itu?
Macamlah yang bercakap tu tak pernah muda dan buat perkara-perkara ‘bodoh’ sekali sekala dalam hidup masing-masing?  Mungkin tak ada gambar atau dirakam video sajalah.
Yang penting, perlukah perkara ini diperbesar-besarkan dan dikaitkan dengan Pakatan Rakyat?  Tanpa atau dengan penganjuran himpunan Janji Bersih, masih ada perkumpulan dan pergaulan bebas anak muda disitu!!
Cuma bezanya malam itu mereka berbaju kuning saja, apa masalahnya?
Penulis rasa PAS juga patut bertanggungjawab dalam hal ini.  Jika semua masih ingat bagaimana kuat PAS menentang penganjuran program ‘Sureheboh’ dulu kerana katanya menggalakkan pergaulan bebas?
Hari ini bila Pakatan Rakyat mula rancak mengatur himpunan untuk menyatakan bantahan dan PAS juga terlibat aktif dalam penganjurannya, ‘sejarah’ PAS itu mula memerangkap diri sendiri malah komponen lain dalam Pakatan Rakyat juga.
Kalau boleh, penulis mahu PAS berbuat sesuatu tentang hal ini, tapi dengan Dewan Ulama yang biasa menguruskan hal ini pun sudah kelihatan seperti salah satu sayap UMNO, penulis tidak boleh berharap banyak.

GEMPAR : TERKANT0I DALAM MRT


The STOMPer said:

"I saw them this morning. They were hugging and kissing all the way, for 20minutes."
pasangan+bercium+dan+berpeluk
pasangan+bercium+dan+berpeluk2
pasangan+bercium+dan+berpeluk3
pasangan+bercium+dan+berpeluk4

GEMPAR : DITANGKAP T1DURI ISTERI KAWAN


PETALING JAYA – Akibat menjalin hubungan sulit dengan isteri rakan sendiri, seorang lelaki warga Bangladesh dibelasah selepas dia ditemui berdua-dua dalam bilik.
Dalam kejadian di Apartmen Idaman petang semalam, warga Bangladesh itu ditumbuk dan ditampar selepas rakannya yang juga suami kepada wanita itu pulang ke rumah secara tiba-tiba.
Menurut sumber, rakannya itu naik berang suspek dikatakan enggan mengaku kesalahan yang dilakukan menyebabkan dia ditumbuk dan diterajang.
“Pergaduhan dua rakan baik itu berakhir selepas anggota biro keselamatan Apartmen Idaman hadir dan menenangkan keadaan,” katanya.
Katanya lagi, setelah disoal siasat suspek sering ke rumah suspek untuk meniduri isteri rakannya yang merupakan warga Indonesia.
“Suspek diberi kata dua untuk berpindah ke tempat lain selepas dia mengaku kesalahan yang dilakukan,” katanya
Lelaki itu yang cedera di bahagian muka dan dihantar klinik berhampiran untuk rawatan lanjut. – SinarHarian

Padah Jalin Hubungan Dengan Isteri Rakan

GEMPAR : MC 5 HARI VERSI NORA DANISH DAN ADI PUTRA



Paling baru…melibatkan dua artis tanahair iaitu Nora Danish dan Adi Putra.
Kalau kita menonton klip berkenaan, kita boleh agak Nora Danish pernah menonton klip Mc 5 hari itu itu.
Namun, Adi Putra pula sama ada tidak pernah menonton atau mungkin ingin menjaga hati budak dalam klip asal kerana budak itu dari Singapura, seperti dirinya.
Tapi cara Adi Putra melakon parodi tu macam pembantu hospital nak bersara bagi ceramah kesihatan….kah kah kah…lawak gila siot!
Apa pun…sila layan….
Kalau ada yang tak tahu atau tak perasan entri-entri sebelum ni, klik link-link selepas klip video berkenaan untuk membaca.
Oleh: AK-47
Ini klip Nora Danish dan Adi Putra
Ini klip yang asal;

GEMPAR BERAPI : BAY1 DITEMUI MAT1-ANGKARA SIAPA??

Bayi Ditemui Mati Dalam Mangkuk Tandas Hospital

KUANTAN – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kira-kira jam 4.45 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi itu ditahan di hospital berkenaan.
“Bayi lelaki berkenaan dijumpai mati di dalam mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.
“Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu,” katanya.
Beliau berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh petugasnya.
Mohd Jasmani berkata, pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Pengarah HTAA, Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi itu. – BERNAMA

GEMPAR BERAPI : NURUL BERB0GEL SEMASA DITANGKAP



Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001. Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut. Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik. Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim. Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu. Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.

Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara.

GEMPAR : Bomoh sumbat buah tasbih dalam kem@luan seorang wanita

Seorang bomoh jahat tergamak mencabul seorang wanita beranak empat yang datang ke rumahnya untuk menjalani rawatan penyakit dipercayai dirasuk makhluk halus di Sungai Buloh. 

Ketika menjalani sesi rawatan syaitan itu, bomoh berusia 46 tahun itu mengarahkan wanita berkenaan berkemban dengan kain kuning dan hitam.


Wanita itu yang dipercayai dipukau hanya membiarkan bomoh terbabit memasukkan buah tasbih ke dalam kemaluannya.

Bomoh itu turut menodai alat sulit wanita berkenaan dengan tangan serta menghisap buah dada mangsa.

Tidak cukup dengan perbuatan keji itu, beberapa bahagian tubuh mangsa turut ‘diterokai’ kononnya bagi mengubati penyakit dihadapinya.

Mangsa mulanya berkunjung rumah bomoh berkenaan bersama suami dan anak saudara untuk mendapatkan rawatan berkaitan makhluk halus.

Bagaimanapun, sebelum melaksanakan kerja jahatnya, suami dan anak saudara mangsa diminta membeli kemenyan di kedai berdekatan.

Ketiadaan suami dan anak saudara mangsa digunakan bomoh itu untuk menodai tubuh wanita malang yang dipercayai dipukau itu.

Kegiatan jahat bomoh itu terbongkar selepas mangsa menyedari sesuatu tidak kena pada dirinya tiga hari selepas rawatan itu.

Dia kemudian membuat laporan polis.Susulan laporan yang dibuat mangsa, polis memberkas seorang lelaki berusia 46 tahun bagi membantu siasatan.


Sumber : malaysiatopbloggers.blogspot.com

GEMPAR BERAPI : KASINO??




Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini, bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.

Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.

Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi“tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa“Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.

GEMPAR BERAPI : MENCABUL DI DALAM KOMUTER


Kepada wanita, di minta anda lebih berhati-hati semasa di dalam tren kerana kini amat banyak kes mencabul kehormatan seumpama ini yang dilakukan lebih-leib lagi semasa di dalam keadaan sesak waktu puncak. Suspek (gila seks) dikatakan adalah suspek yang sama dan sehingga kini masih bebas melepaskan "niat"nya kepada para penumpang di dalam tren. Berikut maklumat yang kami terima.




Sila berhati-hati pada sape2 yang naik komuter, especially tren ke Rawang. Plezs beware ngan orang ni. Citenya bergini mesej yang kami terima melalui inbox.

Baru-baru ni..saya tunggu tren mcm biasa kat platform 4 KL sentral..tgh2 tgu tu ada la mamat yang kat dalam gambar ni datang dari belakang dan rapat belakang saya. Sebab kurang selesa saya pun pandang belakang dan tengok kat belakang dia tak de orang pun..tapi dia masih nak rapat lagi. Saya cuba elak ke kiri dan kanan..tp masih dia ikut...saya pun pandang dia n mybe dia perasan n dia blah..

Apa yang sengal nye dia ni dengan pakaian sama dia muncul lagi semalam dan beratur lagi belakang saya..saya elak n dia tak bejaya nak buat kat saya tp di try kat sorang budak ni..sian dia..

Dlm tren dia buat keje tu....dia mmg bergesel bumper dgn budak pompuan ni dari KL sentral smpai la stesen Sg.Buloh. Bayang kan la dlm tren tu betapa ramai org mmg x elh nk ckp la.. sampai je stesen Sg.Buloh kami (saya ngan akak sorg ni) perasan yang kat seluar dia basah..saya pun trun n cari budak pompuan td nak tanye ape tejadi kat dia..bdk ni cite yg mmg dia ada rase "something" kat punggung dia..tapi tak tau ape bendenya..mmg saya tgk kat seluar bdk tu pun ada kesan :air:dia...mmg kurang ajar org ni. dgn muka puas dia tersenyum mase kluar dr tren..saya ada buat laporan kat KTM staff tp diorg ckp dia x de kuase nak tangkap..hampeh betul...kalu ikutkan hari tu dah tertangkap mamat "gila seks" nie...masalahnye time tu x de plak polis kat Sg.Buloh station..

So if u all ada terserempak ngan dia ni hati2...sbb dia ni x kan berhenti memburu n buat keje x senonoh tu..dah la bau busuk..@%^$%*&^....Mmg dia taget penumpang2 tren ni sbb dia x kan kemana bila dah turun, dia akan naik semula n cari mangsa2...

GEMPAR BERAPI : VIDEO-BERTUDUNG TAPI MEROKOK DAN MINUM ARAK


Ganas Pelajar Indon - Bertudung Tapi Minum Arak Dan Merokok

Kalau tengok klip video ni, tak leh nak nafi muka sorang-sorang memang cantik.
Kalau tak tahu perangai sebenar, mesti ingat baik dan layak dibuat bini bila besar sikit.
Tapi kat belakang, perangai cam babi rupanya.
Merokok itu satu hal la…tapi bila minum arak tu dah lain macam.
Arak murah apa la diaorang minum tu kan.
Apa pun…tinggal kat muka ajelah cantik…yang lain semua gagal…sebijik cam jalang sorang-sorang.
Namun nak kat apa…bukan hanya di Indonesia…perangai bebudak macam ni berlaku di serata tempat, termasuk Malaysia.


GEMPAR BERAPI : Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3?


Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3?
Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.
“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.
Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.
Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.
Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.
Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...