muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 7 September 2013

GEMPAR BERAPI : WANITA BERTELEKUNG RABA KEMALUAN SENDIRI

 



















Pelik..pelik...memang pelik masyarakat sekarang.
Kalau anda bukan seorang yang jenis beramal
 soleh, tak perlulah perlekeh aksi yang sepatutnya
orang beriman lakukan, memalukan dan hanya
mengundang dosa sahaja.

Sekeping gambar yang kami perolehi ketika
melayari Facebook amat memalukan.

Gambar ini menyaksikan seorang wanita, yang
masih bertelekung, sambil memegang payudaranya
untuk bergambar. Walaupun asetnya itu tidak
diperlihatkan secara terang-terangan, namun amat
 jelas apa yang sedang dipegangnya! 

Kemudian gambar tersebut dimuat naik ke
akaun facebook beliau. Entah apa tujuan
dilakukan perkara sedemikian.

Melihatkan akaun FBnya yang tidak aktif,
wanita ini ada memuat naik beberapa keping
gambar lain yang seolah-olah ditujukan kepada
seseorang, mungkin suaminya, tapi, rasanya
tak perlulah dibuat secara terbuka perihal
'dalam kelambu' anda, simpan aja...



Maaf, kami terpaksa rahsiakan identitinya bagi menjaga maruah beliau, dan kami berharap beliau tidak sengaja berbuat demikian.

GEMPAR BERAPI : ALAT SULIT ARTIS TERDEDAH






Dia salah satu daripada artis yang terkenal dengan
 pilihan fesyen dalam rangkaian muzik, dan jarang
 dilihat silap memilih pakaian apabila muncul dimana-mana
 khalayak ramai. Tapi, nampaknya Pixie Lott melupakan
 sesuatu yang sangat penting ketika menghadiri premier
London The Dark Knight Rises.




















Kerana apabila dia berpose dengan tangannya di pinggang
di premiere di London Leicester Square, ketiak wanita itu
jelas dilihat dengan bulu ketiak yang belum dicukur. Penyanyi 21 tahun
tanpa disedari menarik perhatian orang ramai dengan ketiak
berbulu sambil dia tersenyum kepada jurugambar yang sibuk
mengambil gambarnya.




















Mungkin juga Pixie mengambil tips kecantikkan
dari Julia Roberts, yang mengejutkan peminatnya 
dengan bulu ketiak di tayangan perdana Notting Hill 
pada tahun 1999.

GEMPAR BERAPI : GAJI ADIK PERDANA MENTERI

Tahukah anda?




Gaji Dato' Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak 

Sehari : RM 27, 397. 26
Seminggu : 192, 307. 69
Sebulan : RM 833, 333. 33
Tahunan : RM 10 juta

---> berapa ramai lagi rakyat yang masih tak menjamah nasi lagi hari ini, sedangkan mereka bersuka ria sambil kaki atas meja, meletak cerut di mulut. Keje mende woi sampai gaji ribu riban tahap ini. husnu zon mungkin ikut jejak langkah kak mah yang menabung sejak kecil.

GEMPAR BERAPI : PELAKON MAIMON MUTALLIB MENINGGAL DUNIA

Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.
Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluarkan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.
Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012.
Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Tangkak, Johor.
Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

GEMPAR BERAPI : MUKHRIZ KALAHKAN HISHAMUDIN NAIB PRESIDEN UMNO


Calon Naib Presiden Umno: Mukhriz dahului calon Naib Presiden, Hishammuddin tercorot
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat undi paling tinggi bagi jawatan Naib Presiden Umno hasil undian yang dibuat sebuah blog pro Umno, syedoutsidethebox.blogspot.com.

Sehingga hari ini, Mukhriz -yang setakat ini belum membuat keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan- mendapat 85 peratus atau 1383 daripada 1621 undi.






survey blog outsidethebox

Pemilik blog tersebut berharap dengan keputusan undian terkini itu akan memberi galakan kepada Mukhriz untuk mengumumkan bertanding jawatan Naib Presiden Umno.

Paling mengejutkan kedudukan Menteri Pertahanan yang merupakan salah seorang penyadang jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berada dikedudukan tercorot dengan 96 undi atau 5 peratus sahaja.

Hasil undian tersebut, pemilik blog itu menyarankan agar Hishammuddin menarik diri dari mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang.

Selain Mukhriz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berada dikedudukan kedua dengan 968 undi atau 59 peratus.

Ahmad Zahid merupakan penyadang jawatan tersebut dengan mendapat undi paling tinggi pada pemilihan Umno yang lepas.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam berada dikedudukan ketida dengan mendapat undi sebanyak 815 atau 50 peratus.

Seorang lagi penyadang jawatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal -satu-satunya calon dari Sabah setakat ini yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut- memperolehi 258 atau 15 peratus undi manakala Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mendapat 152 atau 9 peratus undi.

Blog tersebut memberi tempoh sehingga Khamis depan untuk pengunjung membuat undian terhadap calon Naib Presiden Umno yang akan diundi.

Setakat ini hanya lima calon sudah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno iaitu Ahmad Zahid, Shafie, Hishammuddin, Isa dan Mohd Ali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...