muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Jumaat, 24 Ogos 2012

GEMPAR : MESIR KEMBALI BERGOLAK


alt

KAHERAH 25 Ogos - Perlantikan Presiden baru Mohammed Morsi dilihat masih tidak mampu memberi keamanan di Negara tersebut setelah tercetusnya rusuhan yang menyebabkan berlakunya ketegangan di sini sejak semalam.

Beberapa puak Pro dan Anti Presiden Mesir  tersebut telah bertempur sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan besar.

alt

Kedua-dua kumpulan itu telah bergaduh sesama sendiri malah bertindak melontar batu dan botol kosong antara satu sama lain berhampiran Dataran Tahrir. Sekurang-kurangnya tujuh dilaporkan cedera dalam keganasan itu, lapor akhbar Al Ahram yang memetik pihak berkuasa hospital.

Ini merupakan rusuhan pertama sejak Presiden Morsi dilantik secara rasmi sebagai Presiden Mesir

KERETA BARU KELUARAN PROTON....PERDANA 'BARU'


GEMPAR BERAPI : BALASUBRAMANIAM DEDAHKAN SIAPA BUNUH ALTANTUYA






Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.

Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.

Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya? Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya?

Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.

Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut

DEDAH TERKINI !! VIDEO SAAT JENAZAH OSAMA BIN LADEN D CAMPAK KE LAUT ?!!



Osama bin Laden adalah merupakan pemimpin tertinggi Al-Qaeda.Dan kematiannya adalah merupakan kejayaaan terulung Pimpinan George w.Bush.


Masihkan dunia mengenali Osama bin Laden ataupun sudah melupakan terus individu yang paling dikehendaki Amerika Syarikat?Jawapannya lihat sahaja video di bawah ini!






GEMPAR BERAPI : TERKINI-NURUL IZZAH BERTANDING DI TITIWANGSA


Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.

Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.

Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.

Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai setelah tidak tahan menerima asakan dari Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian melebarkan pengaruhnya di sana.

Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana, apatah lagi selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR.

Hasil kajian-kajian itu turut menjangkakan peluang PKR di Lembah Pantai bukan sahaja terlampau malap malah kemenangan pastinya condong kepada BN dengan kelebihan sekitar 2,000 undi.

Sementelah lagi sudah sekian ramai hulubalang dan orang kanannya di kawasan parlimen itu telah beramai-ramai terjun dari kapal mencari perlindungan di bahtera BN, nampak gayanya terpaksa juga Nurul Izzah mengorak langkah mencari kawasan baru yang difikirkannya masih putih untuk menerimanya.

Mengikut maklumat tersebut lagi, kawasan parlimen baru yang bakal ditandingi oleh Nurul Izzah ialah Titiwangsa yang sebelum ini dikuasai oleh calon PAS, Allahyarham Dr. Lo'Lo yang memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 1,972 undi.

Sebagai ganti peralihan kerusi tersebut, PKR akan menyerahkan kerusinya di Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon PAS.

Pada PRU 2008, Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon PKR, Wee Choo Keong selepas menewaskan penyandang asal dari BN dengan majoriti 150 undi. Wee, bagaimanapun meninggalkan PKR pada Mei 2010 dan kekal sebagai wakil rakyat Bebas sehingga sekarang.

Nurul Izzah mungkin berasa lega kerana merasakan sudah ketemu kawasan yang dikiranya selamat, tapi dengan senario hari ini yang makin memihak kepada BN dan gelombang penolakan rakyat terhadap pembangkang semakin kuat melanda negara, angan-angan Nurul Izzah untuk sekali lagi menjadi 'yang berhormat' nampaknya masih terlalu jauh dari jangkauan.

GEMPAR BERAPI : NIK AZIZ BACA UTUSAN DI HOSPITAL


Perkembangan baik....gambar menunjukkan Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang menjalani rawatan ringan di Hospital Krian tengah kusyuk membaca artikel bertajuk "Anwar Ibrahim juga tolak hudud" yang disiarkan dalam akhbar arus perdana Utusan Malaysia.

Jika sebelum ini mereka dari Pakatan Pembangkang begitu beriya-iya sekali mahu semua pengikut serta penyokong DAP, PAS dan PKR agar memulaukan atau memboikot Utusan Malaysia, jangan membeli apatah lagi membacanya.

Tetapi apa yang kita nampak dari dalam gambar di atas merupakan satu petunjuk bahawa sememangnya pemimpin pembangkang hampir kesemuanya jenis yang 'cakap tak serupa bikin' semua mereka suka buat rakyat jadi keliru..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...