muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 10 Ogos 2013

GEMPAR BERAPI : GAMBAR RAYA NORA DANISH DAN NADEEM


Pilih Nadeem Nazri calon suami, Nora Danish dikritik peminat - Nampaknya hubungan cinta antara pelakon Nora Danish dan anak menteri Dato Seri Mohamed Nazri Aziz, Nadeem semakin serius sejak akhir-akhir ini apabila mereka semakin berani mempamerkan keakraban hubungan kepada umum.

Bagaimanapun, terdapat pula segelintir peminat Nora di Instagram yang tidak berpuas hati dan tidak senang duduk dengan berita gembira itu. Ianya ada kaitan dengan cara hidup Nadeem sebelum ini yang amat sosial dan main perempuan sehingga imejnya sering dipandang negatif dalam kalangan masyarakat.

Apapun, jom layan beberapa keping gambar Nora Danish dan Nadeem ketika beraya bersama di rumah Dato Seri Mohamed Nazri Aziz. Posing Nora memang amat mengancam dan pasti membuatkan Nadeem tidak senang duduk.








GEMPAR BERAPI : PATUTLAH NABILA HUDA HURU HARA....

Nabila_HudaNabila Huda Suhaimi artis yang penuh dengan huru-hara, kontroversi. Pelbagai kontroversi yang ditunjukkan dan diciptakan untuk mencari publisiti. Lepas satu satu menjelma. Apa yang dicari sebenarnya, entahlah tetapi dia seronok dengan dunianya. Terbaru dia muat naik video dia merokok di Youtube untuk menunjukkan kehebatannya. I’m a SMOKER!!!
Kita lihat pula apa kata bapanya Amy Search yang pernah berhajat membina sekolah pondok tetapi tak kesampaian tentang Nabila Huda.
“Saya tidak pernah ikut campur atau menentukan keputusan yang dibuat Nabila. Maksudnya saya tidak terlibat secara langsung memutuskan apa yang ingin dibuat dia. Dia sudah besar, dia boleh fikir untuk diri dia sendiri.
“Untuk apa saya nak halang dia keluar atau bercinta dengan siapa. Cuma bila ada orang yang dia rapat, tidak kiralah sebagai kawan atau kekasih, dia akan beritahu pada saya. Seperti dulu bekas suami dan juga Johan, memang dia kenalkan dan bawa mereka jumpa saya.
“Dia putus cinta atau sedang bercinta dengan siapa, bukan urusan yang melibatkan saya,”kata Amy Search. – Murai.com
Itulah kata-kata seorang bapa dalam mentarbiah seorang anak. Siapa pula kita nak menyibuk sangat kan… untuk ambil tahu bolehlah!!

GEMPAR BERAPI : LETUPAN RAYA PROF AGUS DIJAWAB NIK AMAR

Nik_AmarTeguran letupan raya Prof Agus terhadap Kerajaan Kelantan terpaksa dijawab Timbalan MB, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
“Dalam 100 hari nak bina bangunan pun takkan boleh siap.”
Nik Amar berkata andaian Prof Agus secara semberono dan rambang. Katanya kalau benar kerajaan negeri kering idea untuk melaksanakan perubahan maka tidak wujudlah pengumuman MB pada Mei lalu yang akan melaksanakan pembinaan rumah mampu milik. Katanya kerajaan negeri berusaha menyiapkan rumah mampu milik ini dalam tempoh lima tahun sebagaimana yang terkandung dalam manifesto PRU 13 PAS Kelantan.
“Malah baru-baru ini kerajaan negeri juga melaksanakan dasar mesra keluarga untuk menempatkan kakitangan dan pegawai yang berkhidmat dekat dengan ahli keluarga mereka jadi adakah dia terlepas pandang perkara begini, “katanya kepada The Malaysian Insider.
Projek Lebuh Raya Rakyat dan Stadium itu juga tidak harus dijadikan isu kerana pihak kerajaan negeri kini dalam proses memperhalusi projek tersebut. Mengenai projek Lebuh Raya Rakyat, yang hendak diteliti sekarang ialah dari segi teknikal kerana Kerajaan Pusat juga mengistiharkan akan turut bersama bagi projek tersebut.
“Sekarang ini apabila dia kata begitu saya persoalkan balik apa yang dia mahu kerajaan negeri buat dalam masa 100 hari, dia tidak bolehlah tuduh sebarangan,” tegas beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...