muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 16 Ogos 2012

PANAS : YAHUDI MENYALAI DAGING UMAT ISLAM















PANAS : INJIL??

DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ...
 
  Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman.. saya
  didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih...
rambut
  yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia
  memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi 
saya
 amat
  sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya
pergi
  dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4..
 
  sebelum itu dia berkata..



Description  
DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tuanku Abd.Rahman.. saya didatangi seorang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar... apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usaha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus..untuk memurtadkan umat Islam. Sekian.. SILA SEBARKAN RISALAH INI..

EDISI SUKAN : MANCHESTER UNITED BAKAL MENGGANAS???




Van Persie arrives at hospital to undergo medical as United transfer nears completion

Murtad Kerana Cinta.....Astagfirullah!........



      Tersentuh hatiku bila membaca cerita ini.
       *****************************************                                                                                                        
        Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak
       sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah 
       dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud
       panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas
       sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada 
       dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui 
       mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku 
       terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....
        Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam mana?"
       tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abang nak.....
       adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira.
       Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku.
       Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. 
       Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan segala-galanya.
       "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang 
       diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur 
       pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu 
       hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di 
       dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. 
       Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat 
       suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah 
       sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan 
       mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu 
       apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah 
       tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan 
       antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.
        Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling
       seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana,
       nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi
       setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita
       terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri
       Rasullulah s.a.w. yang terunggul.
        Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami. Takdir Allah
       s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya.
       Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah
       amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak
       bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.
        Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah,
       akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang
       menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua.
       Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang
       lain.
        Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada 
       suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cemerlang 
       dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun 
       begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin 
       dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis 
       segala unsur jahat.
        Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biar
       pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. 
       Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah 
       hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau 
       orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip 
       berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.
        Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan.
       Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah
       yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. 
       Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang 
       ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan 
       kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada 
       kebaikan.
        Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah,
       Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai
       purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat
       Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil
       langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan
       yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah
       kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar 
       pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki 
       untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan 
       hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan
       pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala
       Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana
       sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.
        Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari
       berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula
       berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri
       dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan
       bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba
       mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak
       berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.
        Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana 
       telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada 
       Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana 
       tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan 
       suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu 
       diperolehi oleh Nur Amana sendiri.
        Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada
       apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul
       fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri
       menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana 
       kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku cukup 
       bimbang.
        Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu 
       yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya 
       cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, 
       Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. 
       Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya 
       mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak 
       dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu alasan yang 
       tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah 
       melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain dari solat. 
       Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami 
       cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.
        Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berkeroncong.
       Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku
       dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi cepat
       suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja.
       Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya
       lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir
       senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana tersentak. 
       Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang benci 
       melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara 
       agamanya.
        Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar 
       agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, 
       menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau. 
       Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan 
       kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. 
       Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura
       lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana
       besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah
       kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan
       tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku 
       berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah berkenaan 
       agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. 
       Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah 
       meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air 
       mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu?
       Subhanallah!
        Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu
       biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi
       pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.
       Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam..... 
       pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam 
       agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. 
       Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana 
       menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.
        Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa
       bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa
       "Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan
       bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku
       mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak 
       pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis 
       tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama 
       yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan 
       meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. 
       Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar 
       belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan 
       ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, 
       Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta! 
       Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!
        Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah
       India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai
       ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki
       ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat
       dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya.
       Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang.
       Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan.
       Suamiku gagal!
        Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami
       tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18
       tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku 
       hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan
       hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan
       tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus
       berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku.
       Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan
       kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi
       pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya
       gugur.
        Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah
       negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba
       suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala 
       hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika.
       Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan 
       "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. 
       Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat.
       "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.
        Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-
       ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan
       kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.Ketika
       melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang
       tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih,
       teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!,"
       Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas
       senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur
       Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan hari ini,
       suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan
       ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman
       juga keagamaan.
        Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku
       belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung
       mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak kudirikan.
       Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi 
       pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di 
       sudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!
        Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan oleh
       undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga
       tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI.
       Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati seorang 
       ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak 
       lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang mengaku 
       dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? 
       Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita..... Sedarlah!!!
       Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI.......
       MALAYSIA khasnya....

PANAS : PENYOKONG BN MENGEMIS???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...