muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 12 Januari 2014

MB TERENGGANU YANG ANGKUH DAN SOMBONG CAKAP PUNCA KEMAMAN DILANDA BANJIR BESAR KERANA RAKYAT CHUKAI UNDI ADUN PAS!!!!!

























KEMAMAN: ADUN Chukai, Hanafiah Mat  minta 
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said 
bertaubat kerana mengeluarkan ucapan angkuh di 
majlis penyampaian bantuan banjir oleh Perdana 
Menteri di sini semalam.

Katanya, dalam ucapan Menteri Besar semalam 
beliau berkata,” kerana BN kalah kepada pembangkanglah 
di DUN Chukai, Kemaman dapat bala banjir”.

Hanafiah bertanya kenapa ketika PAS menang tiga kerusi 
(Air Putih, Chukai dan Kijal) dan parlimen Kemaman (PKR) 
pada tahun 1999, Kemaman tidak banjir?

Kata beliau lagi, banjir berlaku di Kemaman bukan 
kerana PAS menang di Chukai tetapi kerana Allah yang 
menurunkan banjir seperti mana dalam al Quran surah 
al Saba’ ayat 16.

Ayat 16 Surah al Saba’ berbunyi seperti berikut yang 
bermaksud: “Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami 
hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, 
dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) 
itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan 
pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon 
yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara”.

Malah dalam surah Noh ayat ke 25, Allah berfirman 
yang bermaksud “Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan 
mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan), 
kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka; 
maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang 
lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan)”.

Sehubungan dengan itu Hanafiah meminta 
Ahmad Said bertaubat kerana seolah-olah 
beliau tidak percaya bala banjir diturunkan 
Allah.

Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan 
bantuan kepada 19,205 mangsa banjir di negeri ini yang 
disifatkan sebagai bantuan luar biasa di majlis yang 
berlangsung di sini.

Bantuan banjir ini mencatatkan sejarah apabila produk 
berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal 
bernilai RM5,000 disumbangkan kepada setiap keluarga 
mangsa banjir di Terengganu.

Antara produk yang diterima mereka adalah peti sejuk 
yang disumbangkan UMNO, televisyen sumbangan 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 
serta bantal dan tilam sumbangan Kelab Putera 1Malaysia.

Selain itu, kesemua 19,205 keluarga yang terlibat dengan 
banjir di Terengganu turut menerima bantuan wang tunai 
RM500 daripada kerajaan Pusat dan RM1,500 daripada 
kerajaan negeri.

Najib seterusnya melahirkan rasa terharu dengan jumlah 
kehadiran yang begitu ramai sehingga mencecah hampir 
20,000 orang pada majlis itu dalam keadaan cuaca mendung 
dan hujan renyai.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad 
Shabery Cheek; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat 
Abdul Jalil dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Seri 
Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengulas majlis penyampaian tersebut, Hanafiah berkata 
ramai penerima kecewa kerana terlalu lama beratur untuk 
mengambil kupon sampai ke petang sehingga mereka tidak 
dapat menghantar anak mereka ke sekolah dan terpaksa 
ponteng kerja.

“Malah yang lebih mengecewakan mereka pada bulan April, 
tiga bulan dari sekarang baru mereka dapat menunaikan kupon 
itu untuk mengambil peti ais, televisyen dan tilam yang dijanjikan 
itu,” kata mereka.

Beliau berkata kalau dah tahu bulan April baru dapat ambil 
barang tersebut, kenapa buat majlis sekarang.

“Buatlah pada bulan Mac, sekurang-kurangnya tidak lama 
mereka menunggu barang yang dijanjikan,” katanya lagi.

Ismail Sabri dakwa perkahwinan mewah anaknya buat di KL untuk jimat kos


Majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini. Gambar oleh PrettyPeektures.
















Majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini. Gambar oleh PrettyPeektures.









Ia digelar "perkahwinan paling hebat tahun ini" kerana kemewahannya, tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) mempertahankan dan berkata majlis perkahwinan serta resepsi makan malam mewah anak perempuannya diadakan di Kuala Lumpur sebagai perbelanjaan berhemah ketika Putrajaya mengambil langkah penjimatan.
Anak perempuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, Nina Sabrina berkahwin dengan selebriti yang juga pereka fesyen Indonesia, Jovian Mandagie menerusi majlis perkahwinan mewah termasuk majlis akad nikah di bangunan bekas Istana Negara serta kenduri dua hari di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh golongan raja, selebriti, ahli politik dan pembesar negara.
"Untuk mengurangkan kos, saya  meminta menantu saya untuk mengadakannya di KL. Jika ia dibuat di Jakarta, keluarga dan saudara-mara saya perlu terbang ke sana dan akibatnya, saya perlu menanggung kos yang lebih untuk tiket penerbangan dan penginapan.
"Jadi itulah sebabnya majlis diadakan selama dua hari - satu untuk keluarga saya, dan satu lagi untuk besan saya. Tetapi tanpa mengetahui faktanya, saya diserang," kata Ismail kepada The Malaysian Insider, sambil menambah bahawa majlis resepsi di kampungnya di Temerloh, Pahang dilakukan secara gotong- royong iaitu semua orang menyumbang tenaga untuk membantu.
Bagaimanapun, menteri itu enggan mendedahkan kos perkahwinan itu.
"Tiada siapa di Malaysia mengisytiharkan perbelanjaan perkahwinan anak mereka, adakah saya perlu?" katanya.
Majlis perkahwinan anaknya turut menampilkan barisan penyanyi terkenal Malaysia termasuk Datuk Jamal Abdilah dan diva Indonesia, Ruth Sahanaya bagi menghiburkan tetamu dengan lagu mereka.
Dipersoalkan kerana menggunakan bekas istana negara untuk majlis akad nikah, di mana sewa adalah RM25,000 untuk lapan jam, Ismail Sabri berkata, menantunya  menerima "pakej yang baik" sebagai balasan untuk publisiti.
"Ia adalah majlis perkahwinan pertama diadakan di sana. Beliau adalah seorang pereka terkenal dan perkahwinan ini menjana banyak liputan, termasuk program Mahligai Cinta di TV3. Jadi ini adalah iklan yang baik untuk Istana Negara bagi pakej perkahwinan yang mereka akan tawarkan," katanya.
Awal minggu ini, rakan sekerja Ismail, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikritik kerana menganjurkan parti "hari jadi" mewah di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur yang tetamunya mendakwa ia menjadi majlis sambutan Tahun Baru.
Beberapa penulis blog pro- Umno juga mempersoalkan atas keperluan apa Jabatan Perdana Menteri mempunyai dua jet VIP selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan untuk perjalanan rasmi pada 2012.
Perkahwinan, ditambah pula dengan parti mewah Ahmad Zahid dan juga pembelian kereta Mercedes mewah oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk  Ketua Menteri, Lim Guan Eng datang ketika kebanyakan rakyat Malaysia merungut tentang kenaikan harga tarif elektrik, makanan, bahan api dan kos persekolahan.
Harga bahan api, gula, ais dan tarif elektrik naik selepas Putrajaya mengurangkan subsidi manakala tambang pengangkutan awam akan meningkat tahun ini. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan diperkenalkan pada 2015.
Perbelanjaan kerajaan melonjak dengan bajet tahun ini sehingga RM264.2 bilion berbanding RM251.6 bilion tahun lepas di tengah-tengah kebimbangan bahawa Putrajaya tidak mengurangkan perbelanjaannya  walaupun meminta orang ramai untuk berbuat demikian.
Rakyat juga mencemuh pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 Disember bahawa Putrajaya akan melaksanakan 11 langkah  penjimatan untuk mengurangkan perbelanjaan pada 2014.
Pakar ekonomi Najib, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar menasihatkan pengguna agar berbelanja dengan bijak dan mencari alternatif bagi menampung kos sara hidup.
Bekas pegawai bank itu berkata, rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dan hidup mengikut kemampuan mereka.
"Saya pergi ke pasar setiap minggu. Saya tahu bahawa harga keperluan asas adalah tinggi, tetapi pengguna mempunyai pilihan dalam membelanjakan wang mereka," katanya. – 12 Januari, 2014.

RAKAMAN GAMBAR ANGGOTA POLIS PERONDA DALAM KEADAAN MABUK DENGAN SENJATA API JENIS MP5 DALAM KERETA YANG TIDAK BERKUNCI







































































Rakaman-rakaman gambar ini dikatakan tersebar 
luas bermula di laman sosial WhatsApp dan kini 
menyalar dialam siber termasuk FB.

Digambarkan dua orang anggota polis dari unit 
MPV kereta nombor pendaftaran WLQ 4697, 
dalam keadaan terlalu mabuk sehingga terpaksa 
memberhentikan kereta MPV ketepi jalan agar 
tidak berlakunya kemalangan jalanraya.

Dari rakaman gambar-gambar tersebut dilihat 
mereka sedang nyenyak tidor dan ada yang 
sedang memegang setin bir jenama Heineken 
dengan pintu kereta terbuka dan senjata api 
berkemungkinan jenis MP5 lengkap dengan 
berpeluru terletak ditapak kaki bahagian 
duduk belakang.

Tidak dapat dibayangkan jika senjata 
berkenaan terlepas ketangan penjenayah.

Mohon siasatan lengkap dan telus tanpa 
memberi sebarang perlindungan untuk 
mengesahkan apakah rakaman-rakaman 
ini benar lagi sahih.

jika ini sahih maka jelas suatu perlanggaran 
disiplin amat tinggi grednya telah terlurai dan 
dilakukan oleh kedua anggota polis peronda 
berkenaan.

Jika tidak, pihak yang mula-mula melakukan 
penyebaran melalui WhatApps ini wajar diambil 
tindakan saman dan undang-undang yang sedia 
ada kerana memalukan institusi PDRM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...