muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 5 November 2013

EDISI KANTOI!!!! .. PRODUK BIHUN YANG DI AJAK BOIKOT KONONNYA KEPUNYAAN CINA DAP SEBENARNYA DIPENGERUSIKAN OLEH AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO!!!!





















Dalam keghairahan nak wujudkan suasana 
benci DAP konon sampaikan desak dan ajak 
rakyat Melayu boikot barangan keluaran 
syarikat yang dituduh sebagai kepunyaan 
Cina DAP akhirnya makan diri apabila syarikat 
pengeluar bihun terbesar negara produknya 
juga terlibat diajak boikot dipengerusikan oleh 
seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' 
Sohaimi Sahadan.

Kini syarikat itu akan ambil tindakan mau 
menyaman blogger pro UMNO tersebut setelah 
selesai pemilihan UMNO 2013.

Kempen boikot produk bihun keluaran syarikat 
KBB Resources Bhd (KBB) telah berjalan agak lama 
juga tetapi dipercayai kerana pemilihan UMNO 
maka pihak syarikat hanya memekakkan telinga 
dan tutup mata sebelah.

Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources 
Berhad (KBB) akan mengambil tindakan undang-undang 
terhadap pengendali laman blog yang memburukkan 
produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan 
hasil perniagaan merosot sebanyak 20 peratus.

Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry 
Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari 
kepada pengendali laman blog ‘Boikot Barangan DAP’ bagi 
memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang 
memburukkan produk syarikat itu.
Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan 
menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan 
syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang 
diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang.

“Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara 
ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, 
malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi 
dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan 
kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog 
berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan 
kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup.

“Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang 
yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB 
dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik 
balik dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di sini, 
semalam.

KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 
20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk 
seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan 
Burung Layang-Layang

Pengeluar bihun terbesar di Malaysia, KBB Resources Bhd. 
(KBB) optimis untuk mengekalkan penguasaan pasaran 
domestik dan merancang memasarkan produknya ke 
luar negara bagi memenuhi permintaan yang makin 
meningkat terhadap makanan tersebut.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pasaran 
eksport sasarannya adalah ke beberapa negara jiran, 
Asia Barat selain Guangzhou, China.

Menurutnya, projek pengembangan pasaran itu bakal 
direalisasikan menjelang akhir tahun ini dan syarikat 
kini sedang menyusun strategi, termasuk mengumpul 
modal tambahan menerusi terbitan hak tidak lama lagi.

"Kita menyasarkan untuk mengumpul RM20 juta 
menerusi terbitan hak untuk tujuan pelaburan tambahan.

"Sebahagian besar daripada modal tambahan itu akan 
digunakan untuk perolehan mesin pembuatan baharu 
dan seterusnya dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran," 
katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga 
Pengarah KBB di Kilang Bihun Bersatu Sdn. Bhd., di Kawasan 
Perindustrian Kuala Ketil, dekat sini, semalam.

Sohaimi yang juga Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) 
dilantik sebagai Pengerusi baharu KBB berkuat kuasa 3 
Oktober lalu.

Beliau, buat masa ini, kapasiti pengeluaran rangkaian kilang 
KBB adalah sebanyak 2,000 tan metrik sebulan.

Katanya, jumlah tersebut dijangka dapat ditingkatkan 
sebanyak 30 peratus selepas perolehan mesin pembuatan 
baharu tidak lama lagi.

"Dengan peningkatan pengeluaran, ia dapat menampung 
tempahan daripada pasaran domestik dan selebihnya 
dieksport ke luar negara," katanya.

Tambah Sohaimi, kilang keluaran rangkaian KBB di Kuala 
Ketil dan Bedong di Kedah; Sibu, Mukah dan Batu Pahat 
sekarang mengeluarkan bihun jenama EKA dan 30 jenama 
lain yang turut meliputi produk tepung, laksa serta mee 
segera.

"Antara produk terbaharu adalah bihun Vietnam yang 
mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada 
kalangan pekerja Vietnam di negara ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, 
KBB akan membuka peluang kepada usahawan yang 
berminat terutamanya bumiputera untuk membekalkan 
produk bihun dan laksa keluaran syarikat tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...