muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 17 November 2013

Kisah dan foto sekitar Villa Nabila, tempat dikatakan 23 remaja hilang!!



Pada Sabtu lalu, iaitu 16 November dikatakan 30 orang berumur dalam lingkungan 20 tahun telah masuk ke kawasan Villa Nabila di Johor Baru, sengaja merayau-rayau kononnya untuk menjejaki makhluk ghaib dan mistik termasuk hantu. Namun yang berjaya keluar hanya tujuh orang, 23 yang lain dilapor hilang.

Villa Nabila adalah banglo tinggal usang terletak di atas bukit yang menghadap Selat Johor dan berada di dalam kawasan pembangunan Danga Bay. 

Kisah ini menjadi kecoh di laman Twitter dan blog menyebabkan kesesakan berlaku di depan Pantai Lido seawal pagi tadi. Kesesakan juga telah berlaku dari Jalan Skudai ke Danga Bay  untuk orang ramai mengetahui lebih dekat.

Polis Johor sahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang hilang. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.

Mangsa yang hilang sehingga hari ini ialah Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun.

Didakwa kali terakhir ibunya melihat remaja itu masuk ke perkarangan Villa Nabila namun tidak diketahui ibunya dengan siapa.

Menurut wartawan itu, rakan Mohd Izzat turut melihat dia masuk ke kawasan rumah kosong itu bersama rakan tetapi tidak dapat dipastikan berapa ramai jumlah sebenar.

Kawasan Villa Nabila kini ditutup pihak polis. Gambar sekitar Villa Nabila.








Memang menarik untuk diketahui. Cuba cari yang dikatakan 7 orang berjaya keluar tersebut dan tanya apa yang berlaku.

Polis hanya menyebut hanya seorang dilaporkan hilang.

CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN

Photo: CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN DI RUANGAN KOMEN AMAZINGNARA MENGENAI PENGALAMAN BELIAU BEKERJA SELAMA SEBULAN DI SANA. Bersama kita ambil iktibar:


Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.

Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.

Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.

Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum. 

Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa  nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.

Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.

Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).

Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA. 

(gambar suspek: ROZITA AWANG, pemilik Taska Permata Harapan. Komen dioleh semula supaya sesuai untuk bacaan umum)

Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat naktengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.

Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.

Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.

Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.

Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.

Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.

Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).

Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA.

(gambar suspek: ROZITA AWANG, pemilik Taska Permata Harapan. Komen dioleh semula supaya sesuai untuk bacaan umum)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...