muka
Facebook Badge
TERBARU
Ahad, 26 Ogos 2012
PANAS : SOI LEK MAHU RAMPAS KERUSI HISHAMUDDIN??
Belum pun lagi apa apa sudah ada gerakan dari pihak tertentu yang sedang mengheret Chua Soi Lek Presiden MCA dalam satu lagi kancah gejala tidak sihat dalam politik komponen Barisan Nasional. Chua Soi Lek kini dikatakan sedang berkira kira untuk bertanding di Parlimen Sembrong pada PRU 13 nanti. Parlimen Sembrong yang kini ahli Parlimenya Dato Seri Hishammuddin Tun Hussin On yang merupakan kerusi UMNO.
Kenapa begitu berminat Chua Soi Lek untuk ke Sembrong? Apakah kerana Sembrong merupakan kerusi yang selamat buat Barisan Nasional dengan kepadatan pengundi Melayu, Cina dan India yang menyokong Barisan Nasional? Ataupun kerana cuba untuk menongkah arus dengan memecah belahkan UMNO ?
Sembrong diserang dengan isu yang mana ada agenda tersembunyi dari MCA sampaikan Parlimen UMNO diserang begitu hebat. Isu yang dinyatakan adalah berkenaan balak. Kenapa tajuknya "Going Wrong In Sembrong?" Apakah tidak mempamarkan satu tajuk yang berniat jahat keatas Ahli Parlimen Sembrong iaitu Hishammuddin Tun Hussin? Apakah game plan yang cuba dimainkan MCA terutama Presidennya Chua Soi Lek?
Artikel 15 April 2012 yang mana Sembrong juga dijadikan sasaran. walaupun mengeluarkan kenyataan dari Ahli Parlimen Sembrong namun sebagai penggiat media baru Gomo tahu artikel dari STAR milik MCA ini adalah satu permainan dalam menyerang UMNO di Sembrong untuk mendapatkan kerusi Sembrong kepada MCA yang mungkin untuk Chua Soi Lek.
Kita tahu anak Chua Soi Lek sudah menjadi ahli Parlimen Labis dan dengan keadaan waktu ini yang semakin mematangkan anak Chua Soi Lek dalam arena politik adalah mustahil untuk Chua Soi Lek mengambil kembali Parlimen Labis dari tangan anaknya. Jadi sudah pasti parlimen yang selamat untuknya mesti dicari dan Sembrong dilihat cukup utuh untuk Chua Soi Lek bertanding disitu mewakili MCA pada PRU 13 nanti.
Apakah Chua Soi Lek cuba bermain kasar waktu ini dengan menggunakan THE STAR akhbar mereka untuk mengambil kerusi milik UMNO. Chua Soi Lek sepatutnya akur dengan nasihat Perdana Menteri Najib Razak yang sudah menyatakan berkali kali agar MCA menumpukan tugas mengembalikan pengundi cina menyokong Barisan Nasional. Apakah Chua Soi Lek lupa? Apakah begitu BODOH Chua Soi Lek tidak menggunakan THE STAR akhbar milik MCA itu untuk melakukan sesuatu dalam menarik pengundi Cina?
SETERUSNYA
GEMPAR BERAPI : Anak Gadis Ini Upload Gambar Luc@h Ke Facebook
Walaupun laman sosial Facebook ini banyak membantu meningkatkan hasil pendapatan perniagaan, mengeratkan hubungan persahabatan, dan boleh mengetahui pelbagai info dengan cepat, ada juga pengguna yang menyalahgunakan laman sosial ini dengan menjerat mangsa untuk melakukan jenayah.
Selain jenayah, anak-anak gadis sekarang lebih banyak dan lebih banyak anak-anak gadis muda seperti beliau memuat naik 'lucah' gambar ke facebook. Mempamerkan bahagian 'sulit' ke akaun Facebook bukan sahaja memalukan tetapi mencerminkan maruah seseorang itu.
Langgan:
Catatan (Atom)