Elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka yang meminta arak itu, adalah di kalangan mereka yang biasa meminum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya,” katanya menerusi kolumnya yang diterbitkan Sinar Harian hari ini.
Usaha mencari pesawat MAS MH370 yang hari ini memasuki hari ke-17 dilaporkan hilang selepas gagal dikesan menara kawalan setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Juruterbang pesawat Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat sewaktu dalam perjalanan menuju ke Beijing.
Selain memastikan arak tidak dihidangkan, Ridhuan mengingatkan agar pramugari pesawat diberi kebenaran untuk menutup aurat dan membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat.
Katanya, jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat kerana syarikat penerbangan negara lain terlalu mementingkan tradisi mereka.
“Tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang.
“Kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika dalam pesawat. Amalkan budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara,” katanya.
Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu turut mengingatkan anak kapal agar tidak hanyut dengan keseronokan di dalam pesawat sebaliknya disematkan dengan jiwa kerohanian Islam.
Katanya, selain daripada aspek kerohanian, pemeriksaan ketat di lapangan terbang juga perlu ditingkatkan kerana ia merupakan satu standard operasi biasa di sesebuah lapangan terbang antarabangsa.
“Sebutlah kalimah Bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar. Hati berasa lega berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah yang dikaitkan dengan Allah walaupun tidak semua melakukannya.
“Pemeriksaan ketat juga perlu dilakukan. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta,” katanya. – 24 Mac, 2014.
Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggariskan tujuh langkah yang boleh diambil iktibar selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Pendakwah bebas itu berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tidak menghidangkan makanan dan minuman haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat.
muka
Facebook Badge
TERBARU
Isnin, 24 Mac 2014
Latest : Penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi - PM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan HindiPenerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata beliau telah dimaklumkan perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.
Najib berkata pakar analisis data satelit Inmarsat, yang sebelum ini memberi anggaran lokasi pesawat itu di dua koridor utara dan selatan, merumuskan bahawa pesawat malang itu mengakhiri perjalanannya di tengah-tengah Lautan Hindi di barat bandaraya Perth, Australia.
"Ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari mana-mana kawasan landasan.
"Dengan penuh rasa sedih dan kesal, saya ingin memaklumkan kepada anda, bahawa berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.
"This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB)." #MH370
"Inmarsat, that provided the satellite data which indicated the northern & southern corridors,has performed further calculations"
"Based on their new analysis, Inmarsat & the AAIB concluded that the last position of #MH370 was in the middle of the Indian Ocean."
"With deep sadness and regret I must inform you that, according to this new data, flight #MH370 ended in the southern Indian Ocean."
"We will be holding a press conference tomorrow with further details."
"We share this information out of a commitment to openness & respect for the families, two principles guiding this investigation."
"@MAS have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development."
"I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time." #MH370 - END -
Sementara itu, ahli keluarga penumpang yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan mereka dijangka akan diterbangkan dengan pesawat khas ke Australia, menurut Sky News.
Sumber yang dipetiknya berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi..
Langgan:
Catatan (Atom)