muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 22 Ogos 2012

GEMPAR BERAPI : BERPARANG SEMASA AIDILFITRI


PARIT BUNTAR: Kemeriahan sambutan Aidilfitri tercemar apabila dua kumpulan remaja samseng bergaduh sebelum merebak menjadi pertempuran ‘gila’ dengan menggunakan parang sebagai senjata mempertahankan diri, semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, kumpulan remaja belasan tahun yang dipercayai ada kaitan dengan kegiatan geng kongsi gelap bergaduh di kawasan lapang di Taman Semarak, di sini.
Seorang penduduk berkata, pergaduhan itu melarat menjadi perbuatan khianat apabila beberapa cermin kereta milik penduduk di kawasan itu dipecahkan.
Dia yang mahu dikenali sebagai Wahid, 35, mengakui terkejut apabila beberapa jiran menjerit dan memaklumkan berhubung pergaduhan serius membabitkan remaja.
Menurutnya, kumpulan remaja tempatan itu dipercayai sudah lama berdendam sebelum merebak menjadi pergaduhan besar di kawasan penempatan itu.
“Saya dimaklumkan, kumpulan remaja samseng itu tidak puas hati antara satu sama lain sebelum bertempur. Mengikut laporan polis, dua daripada remaja yang bergaduh itu parah akibat dilibas dengan parang.
“Apa yang berlaku ini cukup menakutkan berikutan remaja terbabit sudah berani mencederakan dan cuba membunuh,” katanya.
Menurutnya, pergaduhan itu menyebabkan beberapa cermin kereta penduduk dipecahkan, malah tiga motosikal dipercayai milik kumpulan samseng remaja itu dibakar. Wahid berkata, huru-hara yang dicetuskan ini menakutkan dan meminta polis memberkas individu terbabit.
Kejadian ini pergaduhan kedua selepas dua beradik diserang sekumpulan lebih 10 remaja bersenjatakan parang berhampiran padang futsal di Tanjung Rambutan, di sini.
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, seorang mangsa yang berusia 21 tahun putus dua jari tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh penyerangnya.
Malah, adik mangsa yang berusia 18 tahun parah akibat ditetak dengan parang sebelum dihantar mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Parit Buntar yang dihubungi mengesahkan menerima laporan penduduk berhubung kes terbabit dan masih memburu beberapa suspek yang dipercayai menjadi dalang pergaduhan itu.
- HARIAN METRO

GEMPAR BERAPI : ARTIS MANA BERHENTI GUNA TWITTER SEBAB BERHIJRAH??


Agak terkejut apabila mendapat tahu Shila Amzah telah berhenti menggunakan Twitternya. Sebelum ini, Shila merupakan salah seorang selebriti yang sering membalas tweet daripada peminat-peminatnya. Kalau tak silap, pengikut Shila Amzah sudah pun mencecah 300 ribu. Itu satu angka yang sangat besar sebenarnya.
shila amzah berhenti twitter
Ada teori menyatakan Shila Amzah berhenti menggunakan Twitter ini kerana penghijrahannya. Namun teori tersebut masih belum disahkan. Apa pun ramai pengikut Shila Amzah yang sangat kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Kebanyakan mereka telah menggunakan hastag #ComeBackShilaAmzah untuk memujuk penyanyi kesayangan mereka kembali ke Twitter
SETERUSNYA

GEMPAR BERAPI : TERBARU-AZWAN ALI AKAN LONDEH UMMI HAFILDA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...