muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 18 September 2013

ANWAR : TIDAK MUNASABAH MAHATHIR TIDAK TAHU PROJEK IC

Anwar: Tidak munasabah Dr Mahathir tidak tahu Projek IC
Tidak munasabah jika Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu menahu mengenai Projek IC di Sabah kecuali beliau tidak bertanggungjawab atau tidak cekap, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) ketika memberi keterangan di hadapan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah, hari ini.
Anwar berkata, sebagai Perdana Menteri ketika projek ini berlangsung, Dr Mahathir sepatutnya bertanggungjawab terhadap skandal itu dan Anwar menolak penjelasan bekas perdana menteri itu bahawa beliau tidak tahu mengenainya.
Anwar juga berkata, beliau tidak pernah mendengar mengenai Projek IC ketika berada dalam Kabinet dari 1982 hingga 1998.
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Pegawai RCI, Manoj Kurup sama ada beliau tahu atau tidak mengenai projek itu.
Bagaimanapun, katanya, beliau mendengar mengenai kewujudan satu pasukan khas yang ditubuhkan untuk memasukkan pendatang asing sebagai rakyat Malaysia.
"Antara 1993 hingga 1998, ketika saya timbalan perdana menteri, saya tidak pernah dijemput dalam mana-mana mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Saya ada mendengar satu pasukan khas ditubuhkan oleh MKN pada 1989 tetapi tidak mendapat maklumat lanjut," katanya di hadapan panel lima anggota RCI yang diketuai Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
"Hatta semasa menjadi pemangku perdana menteri selama dua bulan, saya tidak pernah diberi penerangan oleh Ketua Pengarah MKN atau diminta menandatangani apa-apa fail berkaitan dengan MKN," katanya dan turut memberitahu, Projek IC tidak pernah dibawa kepada Kabinet.
Berpakaian sut biru gelap dan berbaju putih, Anwar dalam keterangannya berkata, pada masa itu Dr Mahathir adalah Menteri Dalam negeri.
Anwar yang memakai cermin gelap sepanjang menjadi saksi itu kerana masalah mata, kelihatan tenang semasa menjawab segala soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Kurup, Shim dan wakil daripada Persatuan Peguam Sabah.
Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur, bekas timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.
Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini berkata, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah.
"Jika ia polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" katanya.
"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada RCI itu.
Sehubungan itu itu, Anwar memberitahu The Malaysian Insider, beliau akan menjawab segala tuduhan Dr Mahathir itu dalam RCI ini. – 19 September, 2013.

GEMPAR BERAPI : YASMIN HANI TAYANG PERUT BUNTING BERTATU

Yasmin Hani Dikecam Kerana Tayang Perut Bunting!
Yasmin Hani Dikecam Kerana Tayang Perut Bunting! - KL : Hari ni kecoh bila semua rakan Murai Batu sibuk memperkatakan mengenai foto-foto Yasmin Hani tayang perut buntingnya setelah ianya tersebar dengan begitu meluas di laman sesawang.

Pada mulanya Murai Batu hanya dengar sahaja mereka bercerita, tetapi lama-kelamaan Murai Batu jadi tak senang duduk pula bila tak melihat gambar-gambar tersebut. Jadi, Murai Batu pun mulalah mencari ia di laman carian Google.

Terkejut juga Murai Batu bila melihat foto-foto yang tersebar itu kerana Yasmin begitu seksi dan kelihatan seperti diahanya berseluar dan bertiub hitam yang hanya menutupi buah dadanya sahaja. Perutnya ditayang serta dilukis cantik seperti bentuk dedaun.

Jika dilihat memang sangat comel kerana Murai Batu memang suka lihat wanita mengandung. Tetapi tindakannya itu ternyata silap kerana foto itu telah dikritik dan dikecam oleh peminat terutama golongan Melayu di beberapa ruangan laman sesawang kerana mereka merasakan caranya itu tidak sopan dan tidak melambangkan budaya Melayu dan agama Islam.

Namun, dari apa yang Murai Batu dengar, sebenarnya foto itu merupakan sesi fotografi untuk kehamilannya di sebuah studio. Tapi, tak tahu bagaimana ianya boleh tersebar dengan begitu meluas sedangkan Yasmin sendiri tidak memuat naikkan gambar-gambar itu di mana-mana laman sosial miliknya. Biasalah, orang kita ni, kalau perkara seperti itu laju sahaja tersebar. – Murai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...