muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 16 Oktober 2012

GEMPAR BERAPI : ZAHID HAMIDI JADI TPM SELEPAS PRU13?



Shahbudin Husin
Jika Muhyiddin Yassin mula mendapat perhatian yang semakin meluas sebagai sosok yang dilihat lebih sesuai menggantikan Najib yang penuh dengan segala macam masalah selepas piihanraya umum akan datang, nama Zahid Hamidi turut meniti di bibir majoriti ahli dan perwakilan UMNO sebagai tokoh yang paling mantap untuk bergandingan dengan Muhyiddin.Tidak dapat dinafikan pilihanraya yang mesti diadakan sebelum April 2013 ini adalah penentuan hidup dan mati karier politik Najib. Kalah atau gagal mendapat majoriti dua pertiga, Najib pasti dihumban ke lembah persaraan.
Hanya kejayaan mendapat majoriti lebih dua pertiga saja yang mampu memberikan talian hayat bagi bernafas lebih lama di Seri Perdana.
Sementara PR makin bertambah keyakinan disebalik pelbagai isu yang kini hampir semuanya menjadikan UMNO dan BN semakin lemah, di dalam UMNO sendiri Najib juga mula menghadapi bibit-bibit persaingan daripada timbalannya, Muhyiddin.
Muhyiddin kini seakan memulakan apa yang dipanggil “constructive critism” iaitu memberi komen seakan-akan bersetuju dengan sesuatu isu yang dibangkitkan Najib tetapi sebenarnya memberi tekanan dalam masa yang sama.
Contoh yang jelas ialah cadangan Muhyiddin agar BR1M diteruskan sebagai program yang berpanjangan atas alasan ia mampu melonjakkan kuasa beli rakyat sedangkan Najib pula hanya mahu menjadikan BR1M sebagai “umpan politik” bagi menghadapi pilihanraya ini sahaja. Sementara Muhyiddin mahukan ia diteruskan, Najib pula sehingga ini masih berdiam diri dan tidak berani bersuara sama ada BR1M masih ada atau tidak pada tahun hadapan jika BN terus berkuasa.
BR1M yang bernilai RM500 saja sudah memakan belanja lebih RM3 billion setahun, dan dengan Najib mewujudkan juga BR1M untuk orang bujang bernilai RM250, baucer buku kepada pelajar universiti sebanyak RM250 dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah, jumlah wang tunai yang diperlukan Najib sebagai “umpan politik” sebenarnya amatlah besar. Ditambah dengan suasana ekonomi yang tidak berapa baik sekarang, pendekatan membeli sokongan ini dilihat banyak pihak seperti mahu memufliskan negara.
Cadangan Muhyiddin agar BR1M diteruskan lagi jelas mahu memberi tekanan kepada Najib tetapi dalam masa yang sama pendekatan itu cuba memihak kepada rakyat dalam jangka panjang berbanding Najib yang hanya mahu berjangka pendek.
Selain itu, Muhyiddin juga berbeza pendapat dengan Najib mengenai 1Malaysia. Najib gah menggambarkan dirinya dengan slogan 1Malaysia tetapi Muhyiddin tetap meletakkan dirinya Sebagai orang Melayu melebihi sebagai rakyat Malaysia.
Mengekalkan jati dirinya sebagai lebih Melayu berbanding Najib dalam kemelut politik yang getir sekarang jelas menggambarkan bahawa Muhyiddin tidak mahu tergelincir daripada sokongan fundamental dalam UMNO itu sendiri.
Dengan mengekalkan jiwa Melayunya, Muhyiddin tahu kelebihan akan memihak kepadanya jika keputusan kurang daripada 140 kerusi Parlimen yang mampu digapai oleh BN dalam pilihanraya akan datang.
Dalam konteks yang sama, seiring dengan melonjaknya nama Muhyiddin, nama Zahid Hamidi kelihatan lebih ke depan berbanding dua lagi Naib Presiden UMNO iaitu Hishammuddin Tun Hussein dan Shafie Afdal untuk menjadi pemimpin utama UMNO.
Jika BN sekadar menang dengan majoriti tipis dan Muhyiddin didesak untuk mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan sebagaimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah dulu, tidak syak lagi Zahid adalah gandingan yang sesuai bersama-sama dengan Muhyiddin untuk memulihkan kembali kekuatan UMNO.

Dengan pengalaman, rekod baik, peribadi serta rangkaian sokongan yang luas di dalam dan di luar UMNO, Zahid jauh lebih diyakini berbanding pesaing terdekatnya, Hishammuddin.
Sebagaimana Najib sering digambarkan sebagai PM paling lemah, Hishammuddin juga digambarkan sebagai Menteri Dalam Negeri paling tidak berwibawa sejak merdeka. Wibawanya berbanding dengan Tun Dr Ismail, Ghazali Shafie dan Musa Hitam yang pernah menjadi Menteri Dalam Negeri sebelum ini sering dijadikan perbandingan.
Kegagalan beliau menanganai isu perhimpunan Bersih dengan bijaksana, menyatakan tindakan merampas kamera wartawan sebagai mematuhi SOP polis tetapi kemudiannya dibantah oleh Ketua Polis Negara sendiri dan kenyataan yang seperti tidak memberi jaminan terhadap keselamatan rakyat dalam isu bas jelajah Anwar disimbah cat merah, jelas menggambarkan beliau tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai bidang tugas kementeriannya sendiri.
Keyakinan terhadap Hishammuddin bukan saja merudum di mata rakyat, malahan juga terjejas teruk di kalangan ahli dan perwakilan UMNO sendiri. Di laman sosial Facebook dan Twitter, beliau banyak dicemuh oleh ahli UMNO sendiri ketika isu Bersih dulu.
Beliau mungkin hanya selamat jika Najib terus menang dengan cemerlang tetapi dengan kemungkinan BN hampir mustahil mencapai kejayaan lebih baik daripada 2008, dengan sendirinya kedudukan Hishammuddin juga bagaikan telur di hujung tanduk.
Jika UMNO dan BN kalah pula, nasib Zahid Zahidi mungkin lebih menyerlah. Selain kedudukannya tetap terjamin untuk bergandingan dengan Muhyiddin bagi memulihkan UMNO, Zahid juga mungkin didesak untuk terus menerajui UMNO bagi menghadapi piliharaya yang seterusnya. Ini kerana dengan tumbangnya kerajaan Pusat ketika itu, ia juga mungkin dilihat sebagai kegagalan gandingan Najib dan Muhyiddin dan ia menjadikan alasan terbaik untuk menyingkirkan kedua-duanya sekali.
Dan kiranya BN terus kekal memerintah melebihi majoriti dua pertiga serta Najib pula kekal sebagai Presiden UMNO dan PM, Zahid Hamidi juga dilihat mungkin mencabar kedudukan nombor dua dalam UMNO bagi menempatkan dirinya mengempuki kerusi Timbalan Perdana Menteri yang kini diduduki oleh Muhyiddin.
Sama ada Zahid akan mencabar kedudukan Muhyiddin atau menjadikan persaingan nanti kepada tiga penjuru dengan penyertaan Hishammuddin dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO itu, ramai yang percaya Zahid akan mempunyai kelebihan dalam persaingan itu nanti.
Selain wataknya yang disenangi, mudah didekati, berpengalaman, rekod baik dan peribadi yang meyakinkan, Zahid juga mempunyai rangkaian yang luas dalam UMNO yang dikenali sebagai Grup Sahabat. Grup ini wujud secara semulajadi bermula ketika Zahid menjadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Grup ini dianggotai oleh kalangan yang pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian atau perwakilan UMNO ketika Zahid memegang kedua-dua jawatan tersebut.
Dengan Zahid kini menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan, rangkaian grup ini menjadi semakin luas dan berkembang. Pertemuan, perbincangan tidak rasmi, sembang kedai kopi dan majlis-majlis sosial juga kerap mempertemuan mereka ini daripada seluruh negara.

Jamuan hari raya yang diadakan Zahid Hamidi yang mengundang limpahan hadirin setiap tahun adalah salah satu ukuran yang boleh dilihat untuk untuk menilai sokongan terhadapnya melalui kewujudan Grup Sahabat itu.
Selain itu, dengan kejayaan Angkatan Tentera Malaysia melangkah ke final Piala Malaysia setelah 49 tahun menanti juga sedikit-sebanyak melonjakkan lagi rating Zahid di mata umum.
Hakikatnya, berbanding Najib yang hampir pasti akan “tenggelam” selepas pilihanraya akan datang dan Muhyiddin yang “entahkan hidup entahkan mati” serta Hishammuddin pula tidak pasti antara “timbul dan tenggelam”, Zahid sebaliknya mempunyai cahaya yang lebih terang di hujung terowong perjalanan karier politiknya.

GEMPAR BERAPI : Sinsing Lengan, Selak Kain Budaya Melayu



Kuala Lumpur 15 Oktober: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan budaya Melayu.

Ketua Wanita Umno itu tanpa segan silu menjawab demikian ketika disoal peguambela, Ranjit Singh yang mewakili anak guamnya,

 Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Shahrizat, perlakuannya semasa berucap pada Perhimpunan Wanita Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana beliau bersemangat memberi ucapan.

Katanya lagi, perbuatan itu adalah satu budaya bagi melambangkan persediaan untuk ‘bergaduh’.

“Sebagai wanita Melayu, terutamanya saya dari Pulau Pinang, itu cara kita (Melayu) kalau dah nak marah.

“Itu menunjukkan jika mereka bersedia bergaduh, saya juga bersedia,” katanya.

Sebelum itu, Ranjit menayangkan video ucapan Shahrizat yang menunjukkan beliau menyinsing lengan baju dan beraksi untuk menyelak kainnya berdurasi 10 minit menyebabkan hakim tersenyum melihat gelagat tersebut.

Video yang dipetik daripada portal media Umno itu mencetuskan rasa tidak puas hati kira-kira 20 penyokong wanita Umno.

Reaksi tersebut ditegur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera.

Sejurus rakaman itu memaparkan Shahrizat menuduh Rafizi sebagai ‘si Tanggang’, Ranjit menyoal adakah ia ditujukan kepada anak guamnya, Rafizi yang mendapat biasiswa daripada Petronas.

“Saya bukan cakap terus kepada defenden satu, tapi nama Hafizi, Hafizi itu ada di seluruh dunia.

“Saya mengambil contoh si Tanggang kerana saya melihat generasi ini sebagai ibu akan beri nasihat kepada anaknya. Si Tanggang saya nampak apa yang defendan satu (Rafizi) buat,” ujarnya.

Untuk mengelak jawapan Shahrizat makin memalukan, peguam mewakili plaintif, Datuk Shafee Abdullah menyifatkan isu si Tanggang tidak releven disoal.

“Apa relevannya tanya isu si Tanggang kerana ia merupakan cerita Melayu lama-lama,” tempelak beliau.

Perbicaraan disambung semula 18 Mac depan diikuti April dan Mei.

Vazeer dalam kamarnya berkata, saksi lain akan dipanggil pada sesi itu. -KD

GEMPAR BERAPI : WANITA SEBENARNYA SUKA DIR0G0L??



Wanita sebenarnya suka dirogol??
Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol ?
Apa yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita??
Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja.
Apatah lagi wanita yg mempunyai rupa paras yg cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan.
DItambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari bahagian Buah-dada, Betis dan Paha, Perut dan Pusat dan bahagian punggung (seluar dalam).
Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita2 yg mengenakan pakaian
1) Yang menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur),
2) Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut,
3) Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya.
4) Yang memakai skirt2 pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya.
5) Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya.
6) Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.
Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki.
Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita2 yang berpakaian sebegini. apatah lagi yang berpakaian separuh bogel. seksi n seksa.
Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.
Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya:-
Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).
Ada juga lelaki yang ingin melepaskan napsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.
Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.
Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan Gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional.
Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh napsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol.
Setelah merogol dan melepaskan napsu baru lah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.
Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi. Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus.
Moral of the story:
Pada kaum wanita:
Jangan naikkan napsu seks pada lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian yang mendedahkan tubuh anda atau yang menampakkan bentuk tubuh (ketat) dikhalayak ramai, buruk padahnya.
Pada kaum lelaki:
Janganlah menganggap wanita hanya alat pemuas napsu seks semata.
Hargailah wanita, yang melahirkan anda di dunia ini.
SUMBER : BORAKKOSONG.COM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...