muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 26 Mac 2014

Najib Berbohong Pasal MH370 Mengakhiri Penerbangannya di Lautan Hindi??

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini memaklumkan bahawa tiada serpihan milik pesawat berkenaan ditemui setakat ini. Sepatutnya tidak ada bukti bahawa MH370 mengakhiri penerbangannya ke Lautan Hindi sebagaimana yang disebut oleh DS Najib dalam sidang media bagi mengakhir pencarian MH370.

Malaysia mengambil kesimpulan daripada laporan satelit British Inmarsat menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir.


 Isyarat Ping, secara automatiknya dihantar setiap jam daripada pesawat selepas seluruh sistem komunikasi berhenti, menunjukkan ia terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing.


Dari masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut dongakan, Inmarsat dapat menyediakan dua lengkok, satu di utara dan satu di selatan mengenai kemungkinan arah pesawat itu terbang.

Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati dalam kes satelit ini, kata jurucakap.

Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain turut terlibat dalam analisis ini bersetuju.

Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11 tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Tetapi itu bukan hujah yang kuat kerana banyak persoalan-persoalan dan teka teki tidak boleh dijawab secara tepat dan saitifik. Kenapa DS Najib membuat rumusan itu kita tak tak tahu, mungkin hendak mengakhir drama pencarian ini.

Kerana itu pihak China minta Malaysia memberika laporan yang terperinci dan hari ini pihak China ingin data satelit British berkenaan.

Seperti yang saya kata banyak teka-teki dalam hal ini.


1. Sukar untuk difahami mengapa MH370 melencong ketika hubungan dari menara kawalan Kuala Lumpur sepatutnya diserahkan kepada menara di Vietnam dimana lecongan ini betul-betul garis persempadan yang boleh dilakuakan hanya orang yang benar-benar profesional dalam pernebangan?

2. Sukar untuk difahami juga mengapa MH370 diterbangkan di bawah radar. Penerbangan di bawah radar adalah untuk mengelak dikesan? Mengapa harus mengelak? Malah seorang prof. daripada China menyebut MH370 bergerak pada titik buta radar. Ini bermaksud MH370 bergerak dengan kendalian yang cukup arif tentang kelemahan radar.

3. Mengapa Tidak ada panggilan kecemasan dibuat jika MH370 mengalami kerosakkan?

4. Mengapa pula semua alat komunikasi dimatikan secara berperingkat-peringkat. Maksud sengaja dimatikan dan cuba mengelak radar seperti saya sebut pada persoalan 2 di atas.

5. 4 perkara yang saya sebut diatas adalah fenomena rampasan, tetapi kenapa pula tidak ada tuntutan??


6. Akhbar Britian Daily Telegraph mengatakan Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri. Kalaulah nak bunuh diri, kenapa perlu lari daripada radar dan bergerak sehingga 7 jam ke lautan Hindi... tak logik kan?? Kenapa pula tak pilih Lautan Pasifik tak perlu melalu Malaysia atau Indonasia dan mengelak radar?

7. Chris Goodfellow yang ada pengalaman 20 tahun sebagai juruterbang memberi pendapat iaitu mungkin berlaku kebakaran di kokpit. Betul ke berlaku kebakaran selama 7 jam? Iaitu antara pukul 1 hingga 8.10 pagi iaitu ping terakhir dikesan?

Lagi pun satelit dan radar milik Amerika Syarikat tidak mengesan sebarang letupan pada 8 Mac. Makna tidak ada letupan... 7 jam terbakar tak meletup dan terhempas dengan kadar yang "slow" seperti kata kapten Nik Huzlan? Pasal itu tak banyak serpihan.

Boleh percaya ke, lautan Hindi yang bergelora macam itu tak ada serpihan?

Banyak sangat penyataan-penyataan yang tidak boleh dijawab secara logik dan saitifik. Penemuan kotak hitam pun tidak mungkin memberikan jawapan yang benar untuk menjawab semua teka-teki mengapa dan bagaimana kapal itu dilencongkan ribuan batu jauh dari laluan sebenar.

Apakah kata-kata DS Najib sekadar untuk menamatkan drama MH370 walaupun tidak ada bukti kukuh MH370 mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi....!

PANAS : SELEPAS CEO MAS, SIAPA LAGI PATUT LETAK JAWATAN??









Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya telah menunjukkan ketinggian moralnya sebagai pemimpin korporat dengan membayangkan akan meletakkan jawatannya apabila segala urusan berkaitan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang dikesan hilang di selatan Lautan Hindi, berakhir.

Adakah saya akan akan meletakkan? Ini adalah keputusan peribadi yang akan dilakukan selepas ini apabila segala-galanya selesai, demikian beliau dilaporkan berkata dalam sidang media semalam.

Ahmad Jauhari bukan saja menyifatkan tragedi MH370 ini membuatkan seluruh jiwanya luluh kerana mengakibatkan kehilangan 239 nyawa, menyebabkan tangisan ribuan anggota keluarga serta kesedihan berjuta yang lain di seluruh dunia, malah ketika Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan pesawat itu dikesan hilang di sebuah kawasan terpencil di Lautan Hindi dan tiada yang terselamat berdasarkan analisa satelit Immasat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom, beliau memilih untuk tidak berada di atas pentas.


Yang ada menenami Perdana Menteri diatas pentas hanyalah Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman. Tragedi ini membuatkan Ahmad Jauhari hilang segala kekuatan dan akhirnya ketika dipeluk oleh beberapa VIP lain, airmata jelas menggenangi kelopak matanya.

Sejak peristiwa kehilangan MH370 ini melanda pula, wajah sedihnya jelas dapat dilihat setiap hari ketika muncul dalam sidang akhbar.

Tindakan meletak jawatan atas sesuatu musibah adalah reaksi terpuji dan bermoral tinggi, bukan saja menandakan sikap pertanggungjawaban tetapi juga pernyataan ingin berkongsi kesedihan dengan waris-waris mangsa. Dengan kesediaan kehilangan jawatan setelah urusan mencari bangkai pesawat, mayat penumpang (jika ada), urusan kebajikan serta ganti rugi dibereskan, sekurang-kurangnya kesedihan dan derita jiwa waris penumpang MH370 dapat diminimakan.

Waris mangsa pula tentunya merasakan kesedihan mereka bukan saja dikongsi dengan airmata tetapi kehilangan orang-orang tersayang bagai ingin turut dirasai oleh mereka yang sanggup mengorbankan jawatan itu. Sebab itu, kenyataan CEO MAS mahu meletakkan jawatan di ketika yang sesuai nanti dan setelah segala-galanya selesai, adalah tindakan terpuji yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang berintergeriti tinggi.

Ia seperti dalam bolasepak, apabila sesebuah pasukan itu merudum prestasinya dan ditimpa musibah kegagalan memenangi trofi, kesedihan dan kemarahan penyokong yang setia memenuhi stadium hanya akan terubat dengan pengurus pasukan sanggup meletakkan jawatannya.

Tetapi dalam kes kehilangan pesawat MH370 ini, ia bukan saja merupakan bencana kepada MAS tetapi juga malapetaka kepada negara. Insiden ini bukan saja menyebabkan negara kita dikecam dalam menguruskan krisis dan menyalurkan maklumat sehingga dikritik oleh beberapa negara, media antarabangsa dan waris mangsa, malah turut berlakunya tunjuk perasaan di luar negara dan memungkinkan hubungan diplomatik antara negara terjejas.

Memandangkan dua pertiga daripada penumpang MH370 adalah warga China, kemarahan mereka terlihat nyata sekali. Waris dan anggota keluarga penumpang dari China ini menyelar kerajaan kita kerana tidak telus dan lambat menyalurkan maklumat serta terdapat juga yang menganggap sikap kerajaan yang tidak cekap adalah "pembunuh sebenar" dalam tragedi ini.

Keadaan ini bukan saja menyebabkan hubungan antara negara terjejas, tetapi juga menyebabkan persepsi buruk rakyat negara China terhadap kita. Sudah tentu juga, untuk tempoh tertentu, kedatangan pelancong daripada China yang merupakan sasaran utama Tahun Melawat Malaysia tahun ini, akan merudum dengan teruknya. Tunjuk perasaan warga China di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing tidak seharusnya dipandang ringan dari segi kemungkinan mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada negara.

Kejadian yang sama juga mungkin memberi kesan persepsi kepada banyak negara lain yang akhirnya turut menjejaskan kemasukan pelaburan dan kedatangan pelancong.

Sebab itu, jika CEO MAS, Ahmad Jauhari sudah menunjukkan sikap terpuji dan ketinggian moralnya demi memastikan masa depan MAS terus terjamin, pimpinan negara juga seharusnya berbuat tindakan yang sama. Sudahlah sehingga ini tiada pernyataan maaf daripada pimpinan negara kepada waris-waris mangsa atas tragedi ini, keinginan untuk memikul tanggungjawab moral dan berkongsi kesedihan dengan mereka yang kehilangan orang-orang tersayang juga tidak ternampak kelibatnya.

Sekadar menyatakan rasa sedih dan dukacita barangkali tidak cukup memadai, pimpinan negara seharusnya juga menunjukkan jiwa yang lebih besar daripada itu dengan mengambil kira banyak aspek kelemahan serta kesan tragedi ini kepada masa depan negara.

Dalam konteks pimpinan negara, orang yang paling sesuai memikul tanggungjawab moral ini ialah Perdana Menteri sendiri selaku CEO kepada negara. Dengan kesediaan mengorbankan jawatannya, Najib dapat menunjukkan kepada dunia bahawa beliau juga memikul tanggungjawab moral atas tragedi ini serta keinginannya untuk berkongsi kesedihan dengan ramai orang yang tidak henti-henti menangis sejak bermulanya peristiwa kehilangan pesawat ini diketahui.

Lebih dari itu, tindakan meletakkan jawatan juga dapat mengangkat semula air muka Malaysia dan memulihkannya daripada persepsi buruk antarabangsa. (SH 26/03/2014)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...