muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 19 November 2013

Punca warga asing miliki MyKad

IC--300x250Sejumlah setengah juta MyKad hilang dan dicuri pada tahun ini sahaja dan ia adalah antara punca warga asing didapati memiliki dokumen pengenalan diri itu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan MyKad juga dijual kepada sindiket oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk diserahkan kepada warga asing.
Statistik KDN menunjukkan jumlah kehilangan MyKad meningkat dari setahun ke setahun sejak 2010.
Pada 2010, 397,079 MyKad dilaporkan hilang, manakala 413,068 (2011), 429,137 (2012) dan sehingga 31 Oktober tahun ini, sebanyak 565,157 MyKad dilaporkan hilang.
Menafikan Putrajaya mengeluarkan MyKad kepada warga asing, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata KDN mengambil langkah drastik bagi mengurangkan insiden kehilangan MyKad oleh rakyat Malaysia.
myk“Cadangan itu akan diumumkan tidak lama lagi selepas mendapat maklum balas daripada Peguam Negara. Kami perlu menunggu maklum balas beliau berhubung hal ehwal perundangan,” katanya kepada Datuk Dr Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan).
Hari ini, Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau menggesa Putrajaya memanggil semula pemilik MyKad warga asing yang mendapatkan dokumen itu melalui saluran rahsia “Unit Khas Sabah” yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“MyKad diberikan oleh Unit Khas Sabah yang ditubuhkan di bawah JPN, sebuah agensi kerajaan persekutuan.
“Mesyuarat kedua Parlimen kali ini, saya bertanya kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai kewujudan unit khas ini dan mereka mengesahkannya namun kami masih belum mengetahui kaedah operasinya, malah tiada jawapan yang memuaskan berhubung isu ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Katanya, apa yang diketahui adalah unit itu ditugaskan mengeluarkan MyKad kepada “warga yang diragui” di bawah tiga kategori.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa laporan termasuk penolong pegawai JPN yang ditangkap oleh polis di Miri melibatkan sindiket terbesar di Sarawak dalam memalsukan MyKad dan sijil kelahiran pada Isnin lalu.
Kebanyakan yang ditahan berasal dari Sarawak manakala yang lain adalah dua etnik Bajau dari Sabah, enam lagi dari Semenanjung termasuk pegawai JPN serta tujuh lelaki dan tiga wanita dari Filipina.
Tangau turut meminta satu penyiasatan segera dijalankan bagi memastikan pembabitan pegawai JPN semasa dan yang lepas dalam sindiket memalsukan MyKad.
Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada Ogos 2012 bagi menyiasat masalah berkaitan kewarganegaraan dan pendatang di Sabah. Lima panel mendengar bagaimana MyKad diberikan kepada pendatang asing di kedai kopi dan perkampungan. Antara yang memberikan kenyataan dan bukti adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wan Junaidi berkata, kerajaan akan mengambil tindakan apabila RCI bersedia untuk mengemukakan cadangan.
“Cadangan itu akan dibawa ke Kabinet dan terpulang kepada Kabinet sama ada untuk menerima cadangan berkenaan,” katanya.
Mengulas mengenai kebimbangan berhubung kes membabitkan pengawal keselamatan, Wan Junaidi memberitahu Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) bahawa KDN mengadakan pemeriksaan ke atas semua syarikat kawalan keselamatan membabitkan 100,150 anggota di 283 premis, menurut sumber The Malaysian Insider.
Semasa operasi, 26 warga Filipina, satu Indonesia dan satu warga Thailand didapati menggunakan MyKad palsu atau dipunyai oleh pihak lain.
“Hanya warga tempatan dan Nepal dengan latar belakang kawalan keselamatan boleh diambil bekerja dan permit senjata api dikeluarkan hanya kepada warga tempatan,” katanya.
Seorang pengawal keselamatan dari Sulawesi dikenal pasti individu yang menembak mati pegawai Ambank Subang Jaya bulan lalu.
23 Oktober lalu, pegawai bank Norazita Abu Talib, 37, ditembak mati oleh pengawal keselamatan sewaktu sedang membuka peti besi.
Pengawal tersebut melarikan wang tunai RM450,000 namun berjaya diberkas polis pada 10 November di Kota Tinggi, Johor selepas gambarnya tersebar di internet.
Hari berikutnya, polis menjumpai pump gun yang dipercayai dicampakkan ke dalam longkang berhampiran di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang.

‘Saya Lupa Beritahu Ibu’ – Remaja Hilang di Villa Nabila

JOHOR BARU: Dunia laman sosial kecoh dek kehilangan seorang remaja selepas dia memasuki sebuah villa yang didakwa berhantu, hakikatnya remaja itu pergi ke tempat lain selepas mengunjungi villa berkenaan pada malam kejadian.
Mohammad Izzat Izzudin Husin berada di rumah teman wanitanya di Taman Desa Mutiara ketika pihak polis menghubungi rumah berkenaan pada tengah malam Isnin.
“Saya lupa beritahu ibu yang saya mungkin tidak akan pulang malam itu,” kata pelajar Tingkatan Empat itu di rumahnya Kampung Hajah Hasnah Majidee dekat sini.
Mohammad Izzat berkata dia masuk ke dalam Villa Nabila di Danga Bay pada tengah malam Sabtu bersama-sama 29 rakannya dan mereka berada di sana selama 15 minit.
Mereka berjalan keluar menuruni bukit menggunakan jalan belakang villa berkenaan.
“Ini merupakan kali ketiga saya ke sana, jadi saya tidak berasa takut. Tiada juga antara kami yang mengalami histeria atau ada yang menjerit seperti yang dilaporkan oleh seorang lagi rakan kami.
“Kami keluar untuk makan di sebuah restoran makanan segera dan duduk melepak di kaki bukit sebelum masuk ke masjid untuk bersolat. Kami kemudiannya bersurai dan mengikut destinasi masing-masing,” katanya.
Mohammad Izzat berkata dia dan teman wanita yang sebaya dengannya tiba di Taman Desa Mutiara pada pukul 12.30 pagi Ahad.
Ibu mangsa, Norhayati Mohamad, 39, membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu selepas dia tidak pulang ke rumah.
Sebelum ini dilaporkan bahawa seorang remaja lelaki telah hilang selepas dia dilihat memasuki banglo terbiar di Danga Bay di sini pada malam Sabtu.
Turut dilaporkan bahawa sekumpulan 23 kanak-kanak juga telah hilang.
Polis, bagaimanapun, menafikan laporan yang kedua.
Portal pelancongan yang berpangkalan di AS, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasi Villa Nabila.
Banglo ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Selat Johor.
Polis turut menggunakan unit anjing pengesan dalam usaha menjejaki Mohammad Izzat dan mereka turut bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Ketua Polis Johor, Timbalan Komisioner Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menggesa rakyat Malaysia tidak percaya bulat-bulat apa yang dibaca oleh mereka di Internet.
Sementara itu, Norhayati berkata dia kehilangan kata-kata sebaik sahaja melihat kelibat anak ketiganya itu, di balai polis Bandar Dato Onn.
“Saya sangat bersyukur dia kembali dalam keadaan selamat. Apa yang telah berlaku saya tak mahu ungkit kembali,” katanya.

Isteri pembunuh pegawai AmBank dipenjara

ttarakPETALING JAYA – Isteri tertuduh kes bunuh pegawai AmBank, La Ode Ardi Rasila dihukum penjara enam bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana tinggal lebih masa di negara ini sejak 16 April 2009.
Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan mengarahkan Helphia, 35, dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk proses penghantaran pulang ke negara asalnya selepas hukuman penjara tersebut selesai.
Wanita itu yang didakwa mengikut Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 terpaksa mendukung anaknya yang berusia dua tahun di dalam kandang tertuduh apabila bayi itu enggan berpisah dan menangis.
Helphia mempunyai dua orang anak lagi yang ditinggalkan di kampungnya di Indonesia, menurut sumber Kosmo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...