muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 24 Oktober 2013

KDN BATAL LESEN LESEN SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN TERLIBAT TEMBAK PEGAWAI BANK



Putrajaya, 24 Okt - Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya.

Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.

"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya.

Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.

"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta.
- BERNAMA

HEBOH SATU DUNIA .. PENGAWAL KESELAMATAN YANG MENEMBAK MATI PEGAWAI BANK DAN MELARIKAN SEJUMLAH WANG SEMALAM BEKERJA DENGAN SYARIKAT PENGAWAL KESELAMATAN MILIK ORANG KUAT WANITA UMNO????



Kini telah menjadi perbualan secara terbuka 
dimana-mana saja bahawa pengawal keselamatan 
yang menembak mati seorang wanita Pegawai 
Bank AmBank di USJ Sentral, semalam dan 
melarikan sejumlah wang bekerja dengan syarikat 
yang dimiliki oleh seorang exco wanita UMNO 
Malaysia... Securiforce Sdn Bhd ... 
Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. 
(Securiforce) ialah Datuk Maznah Hamid.

Jika kisah ini benar maka perlu pihak berwajib 
dan berkuasa yang mengeluarkan lesen dan 
permit syarikat keselamatan yang membolehlah 
para pengawalnya membawa dan menggunakan 
senjata api memberikan penjelasan sebab 
di percayai juga pengawal keselamatan berkenaan 
memiliki MyKad Palsu.

Rakyat ingin tahu akan kebenaran sehingga ke akar 
umbi tanpa ada sebarang percubaan untuk melindungi.

Kementerian Dalam Negeri 
mempunyai prosedur dan 
tata cara yang amat ketat untuk mengeluarkan lesen 
bagi pengawal keselamatan membawa dan menggunakan 
senjata api.

Jika ada sebarang perlanggaran syarat permit dan 
lesen di keluarkan kepada Syarikat Securiforce Sdn 
Bhd jika benar pengawal keselamatan ini bertugas 
dan berkhidmat dengan dengan berkenaan.. perlu 
dan wajar segera diambil tindakan.

Kalau perlu heret Pengarah Eksekutif Kumpulan 
Securiforce Sdn Bhd ke muka pengadilan dipersilakan 
tanpa ada perasaan gentar dan memihak

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...