muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 26 September 2013

GEMPAR BERAPI : KENYATAAN BODOH DARI PENCACAI



GEMPAR BERAPI : ASTRO MALUKAN MUHYIDDIN

Astro memalukan muhidin... Panas!!!!!!!



Apakah wajar ASTRO AWANI saluran televisyen mesra UMNO mengucapkan tahniah kepada keluarga  Tan Sri Azizan Razak atas pemergiannya ke Rahmatullah?????

Desak agar ASTRO AWANI  mohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Azizan Razak atas kata-kata yang dikira menyinggung dan menguris hati ini.

GEMPAR BERAPI : MINYAK NAIK LAGI??

Harga Minyak RON 95
Adakah ini nilai yang dirancang oleh kerajaan Malaysia selepas ini berdasarkan laporan Berita Semasa pada 15 Mei 2013 (KLIK SINI) dan ada kebenarannya? Sebenarnya sejak daripada semalam lagi, telah kedengaran yang bahang kenaikan harga minyak kali kedua berdasarkan laporan Bernama.
Dan…..di sebelah pagi tadi, melalui siaran radio Era FM dan juga laporan Berita Astro Awani melaporkan dijangka akan berlaku gelombang kenaikan harga minyak naik kali kedua tidak lama sahaja lagi.
Jikalau Dr. Subramaniam memilih menggunakan alasan penyakit diabetes (SEPERTI DI SINI) sebagai asbab untuk mengurangkan subsidi gula sekaligus menaikkan harga gula tidak lama sahaja lagi, kali ini alasan untuk mengelakkan berlakunya kes seludup petrol akan digunapakai bagi “menghalalkan kenaikan harga minyak RON 95 buat kali kedua” dalam tempoh 2 bulan ini.

Kenaikan Harga Minyak RON 95 Naik Kali Kedua VS Seludup Petrol

kenaikan harga minyak
Adakah kerajaan Malaysia sedang ketandusan idea bagaimana mahu mengawal hutang negara Malaysia yang terus melambung tinggi ketika ini dan dalam pada masa yang sama, nilai matawang ringgit Malaysia berada pada paras yang lemah.
  • Minyak RON95 beli dari negara Timur Tengah (minyak berkualiti rendah)
  • Minyak Malaysia yang mempunyai gred tinggi dijual ke luar untuk kegunaan pesawat komersil dan jet pejuang.
harga minyak naik
P/S : Berdasarkan angka yang Berita Semasa perolehi daripada sumber terus daripada Petronas sendiri, angka yang dikongsikan amat-amat mengejutkan. Berita Semasa akan membuat semakan kesahihannya.
PP/S : Kehangatan kenaikan harga minyak naik RON 95 naik sebelum ini pun belum reda lagi. Ditambah dengan lonjakan harga barang. Adakah dengan kenaikan harga minyak RON 95 kali ini akan menyebabkan rakyat Malaysia semakin NAIK MINYAK? Apa kata anda pula?

AGONG BERANGKAT ZIARAH, SUASANA SUDAH SESAK

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah akan berangkat menziarahi bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang kembali ke rahmatullah, petang ini.

Setiausaha Khas Azizan, Muzaini Azizan, Sultan Abdul Halim akan tiba sekitar jam 3.30 petang di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar, di mana jenazah almarhum ditempatkan ketika ini.

Harakahdaily dimaklumkan, jenazah almarhum akan ditempatkan di markaz tersebut sehingga selesai solat jenazah dan solat Asar, sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum.

Dalam pada itu, Muzaini berkata suasana di markaz PAS tersebut mula dipenuhi orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum.

"Keadaan di sini sudah mula sesak, dengan anggaran ribuan orang mula datang menziarah. Suasana pilu turut dirasai dengan pemergian almarhum," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, sebentar tadi.

Sebelum itu, jenazah almarhum dimandikan dan dikafankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Kemudian, jenazah di bawa ke Markaz PAS Pokok Sena dengan diiringi beberapa peronda polis.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut menziarahi almarhum pada jam 11.40 pagi tadi.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum melalui laman Twitternya.

"Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergian arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat," kata beliau yang kini berada di Amerika Syarikat.

Almarhum kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di HSB di sisi ahli keluarganya dan pimpinan PAS di peringkat pusat dan perhubungan negeri, antaranya Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.

Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman, dan kemudiannya dipindahkan ke HSB pada 14 Ogos lalu selepas tahap kesihatannya dilihat memuaskan walaupun masih ditempatkan di ICU.
Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, semalam.

Almarhum meninggalkan dua orang isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan dan Shamsiah Shafie dengan 14 orang anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...