muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 3 November 2012

GEMPAR BERAPI : PERTUNJUKKAN FESYEN TERLAMPAU DI KL??



alt

KUALA LUMPUR, 4 Nov. - Festival Busana Muslim (IFF) Kuala Lumpur yang akan berlangsung lima hari mulai esok bakal mengetengahkan rekaan terkini busana Muslim bertemakan 'Hakuna Matata' yang bermakna "jangan bimbang" daripada 45 pereka fesyen terkemuka rantau ini.

Pengasasnya Datuk Raja Rezza Shah Raja Zurin berkata festival kali ini yang akan diadakan di Hotel JW Marriott, akan turut mempamerkan rekaan daripada pereka terkenal Indonesia dan Singapura.

Beliau berkata beberapa pereka terkenal tempatan akan turut serta termasuk Datuk Tom Abang Saufi, Datuk Farah Khan, Datuk Radzuwan Radziwill dan Melinda Looi.

"Dijangkakan, 8,000 jemputan akan hadir memeriahkan festival kali ini dan pada Khamis ini pula akan diadakan satu sesi terbuka kepada orang ramai untuk menonton persembahan fesyen yang bermula dari pukul 10.30 pagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pemilihan tema "Hakuna Matata" ini adalah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat luar supaya tidak takut dengan Islam kerana agama itu banyak menekankan aspek kasih sayang.

Menyentuh mengenai IFF yang dilancarkan sejak 2006, Raja Rezza Shah berkata busana Muslimah kini semakin berkembang dengan pelbagai fesyen menutup aurat yang semakin menarik.

Secara tidak langsung, IFF juga mampu memberi impak positif dari segi menarik minat pereka fesyen barat mencari idea terbaik untuk menghasilkan fesyen Islam, katanya.

"Ia juga dapat mendidik negara barat bahawa Islam milik semua bangsa sebab orang barat kebanyakannya selalu mengaitkan Islam adalah orang Arab sahaja," katanya.

Beliau juga berkata IFF bukan sekadar menekankan aspek pertunjukan fesyen semata-mata malah turut berfungsi sebagai platform membantu golongan kurang bernasib baik.

Sehingga kini, IFF telah membantu 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia, katanya.

Sejak dilancarkan, IFF telah mengadakan persembahan di beberapa lokasi luar negara termasuk di Abu Dhabi dan Dubai (Emiriyah Arab Bersatu), Astana (Uzbekistan) New York (Amerika Syarikat), Monte Carlo (Monaco), Singapura, Jakarta dan Bandung di Indonesia dengan penyertaan lebih 250 pereka beberapa buah negara dari pelbagai latar belakang budaya dan agama.

Tahun ini, IFF telah diadakan di Manila pada Febuari, di London (April) dan di Bali, Indonesia, Julai lepas.

PANAS : ADAKAH MENEPATI KEHENDAK ISLAM??FIKIRKANLAH

GEMPAR BERAPI : PEMBANTU RUMAH TERLAMPAU



Selepas membaca beberapa pengalaman menakutkan mengenai pembantu rumah baru-baru, iaitu berita tentang meletakkan darah haid di dalam sup majikannya, seorang majikan telah melakukan pemeriksaan mengejut pada halaman Facebook pembantu rumahnya.

Dia terkejut apabila melihat gambar pembantu rumahnya yang berasal dari Filipina yang bergambar dengan aksi 'mengghairahkan' di atas katil di bilik tidur mereka.



Majikan membuat kesimpulan bahawa gambar itu diambil oleh orang lain, ini bermakna bahawa pembantu rumahnya telah membenarkan orang asing masuk ke dalam rumah ketika semua orang berada di tempat kerja.

Majikannya kemudian telah menghantar foto tersebut ke sebuah laman web untuk memberi amaran kepada majikan lain supaya berhati-hati dengan aktiviti pembantu rumah mereka.

Beliau menambah bahawa dia mengambil pembantu rumah selepas dua bulan ia dipindahkan daripada majikan asal.

Beliau akhirnya telah menghantar pembantu rumah itu kembali kepada agensi pekerjaan.

Beliau berkata: "Saya mempunyai kanak-kanak di dalam jagaannya, dan ia sangat tidak menyenangkan apabila mengetahui perkara-perkara seperti ini berlaku di rumah saya sendiri ... Majikan yang lain perlu berhati-hati. Dia mungkin berpindah untuk bekerja dengan anda pada masa akan datang."

Awal tahun ini, terdapat kejadian yang sama di mana seorang pembantu rumah memakai pakaian majikannya dan memasukkan ke dalam talian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...