muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Jumaat, 23 Ogos 2013

GEMPAR BERAPI : 6 CEDERA DALAM KEJADIAN TEMBAK


jadiNIBONG TEBAL - Enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru dalam kejadian di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini malam Jumaat.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian berlaku pukul 10.45 malam, apabila dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal menghampiri dan melepaskan tembakan secara rambang ke arah kedai terbabit.
“Akibat tembakan itu, dua lelaki mengalami kecederaan pada bahagian rusuk dan punggung, manakala empat lagi luka-luka di beberapa bahagian badan akibat terkena serpihan peluru,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian awal pagi Sabtu.
Menurut Abdul Rahim mangsa yang cedera duduk di dua buah meja paling hadapan, iaitu dua yang terkena tembakan duduk di sebuah meja, manakala empat lagi yang duduk di meja bersebelahan terkena serpihan peluru.
Mangsa yang berusia antara 20 dan 50 tahun terbabit dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan, katanya. “Menurut saksi yang berada di kedai berkeaan, dua lelaki yang melepaskan tembakan itu memakai topi kaledar penuh dan mereka terus memecut laju sebaik kejadian tersebut,” katanya.
Abdul Rahim berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan geng kongsi gelap.
“Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian, tetapi polis percaya ia mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap. Kita tidak akan berdiam diri dan akan cari mereka yang terlibat dalam kes ini segera,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. - BERNAMA/mStar

GEMPAR BERAPI : ANAK DEDAH PUNCA TKP KASTAM MATI DI TEMBAK


bak

Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi,” kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.
Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.
“Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya,” kata arkitek berumur 30 tahun itu.
“Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
“Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya,” katanya.
Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.
“Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela,” katanya.
Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.
Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.
Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.
“Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi,” kata Akhtar.
Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.
Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.
Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.
“Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis,” katanya.
Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.
“Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.
“Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes,” katanya.
Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.
“Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.
Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.
“Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian,” katanya lagi.
Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.
Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan “Mr Clean”.
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.
Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.
Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.
Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, “kami masih menyiasat”.
Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.
Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. -TMI

GEMPAR BERAPI : ZARA SHAFRUDDIN MURTAD SEMATA-MATA MAHU KAHWIN




Nicholis Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27. Perkahwinan itu dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di Twitternya.
Pasangan itu bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd dan Rein isterinya di Brisbane Therese Mei 2007. Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010.
Pasangan pengantin, kedua-dua peguam, bekerja di firma undang-undang antarabangsa Clayton Utz di Sydney.
Kalau mengikut namanya memang sahlah Zara Shafruddin ini perempuan melayu dan agama asalnya mestilah Islam. Siapa Zara Shafruddin? Mengikut maklumat Zara Shafruddin ini berasal dari Pulau Pinang. Lagi beberapa keping gambar perkahwinan Zara Shafruddin dan Nicholas Rudd di bawah.

GEMPAR BERAPI : LUAHAN HATI TUNANG AZILAH SETELAH TUJUH TAHUN MENANTI


Tunang kepada Azilah Hadri berasa cukup lega dan bersyukur selepas bekas anggota polis itu dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Nor Azilah Baharuddin, 35, ketika ditemui media berkata, dia berasa lebih tenang dan tenteram kerana penantian selama tujuh tahun sudah berakhir dan doanya selama ini untuk melihat tunangnya dibebaskan telah termakbul.
“Alhamdulillah dia dibebaskan, memang kami berharap agar dia bebas, tapi tidak meletakkan harapan yang tinggi sebenarnya… sebab dia pun redha dengan apa yang berlaku.
“Kumpulan peguam yang mewakili kes ini sangat bagus dan saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang banyak membantu kami,” katanya.
Nor Azilah Baharuddin ketika ditemui pihak media di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai perancangan berkahwin dengan Azilah dalam masa terdekat, Nor Azilah berkata perkara itu akan diberitahu kemudian.
“Saya akan memberitahu pihak media bila sampai masanya… doakanlah kami,” katanya.
Sementara itu, Nor Azilah juga memaklumkan bahawa tunangnya tidak mahu diganggu dan diberi ruang secukupnya sebaik dibebaskan daripada penjara.
Selain Azilah yang merupakan bekas anggota Unit Tindakan Khas, turut dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh Altantuya, 28, ialah Koperal Sirul Azhar Umar.
Makhamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 2o Oktober 2006.

GEMPAR BERAPI : WANITA BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG



                                                             
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...