muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 14 November 2013

Menangis menteri BN bila baca tweet Rafizi ni (gambar)

Kritik CEO, ketua anak kapal MAS digantung tugas



Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) menggantung tugas Presiden Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) Ismail Nasaruddin kerana mengeluarkan kenyataan media berhubung ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu Ahmad Jauhari Yahya, sementara menunggu siasatan dalaman.

Ismail digantung tanpa elaun dan berkuat kuasa segera mulai 8 November selepas beberapa laporan akhbar yang memetiknya pada hari yang sama.

Dalam surat tunjuk sebab bertarikh 11 November yang dilihat Malaysiakini, MAS mendakwa Ismail bertindak bertentangan dengan tugasnya sebagai ketua pramugari dan pramugara dengan mengeluarkan kenyataan itu.

Surat itu turut memetik laporan SunBiz yang menyebut bahawa Ismail menggesa penyingkiran Ahmad Jauhari sebagai CEO kerana didakwa gagal menjaga kebajikan anak-anak kapal dan menyertai rundingan perjanjian bersama dengan kesatuan.

Ia menyebut, walaupun Ismail presiden sebuah kesatuan, beliau tetap pekerja MAS.

Sementara itu, Nufam dalam memorandumnya kepada kementerian sumber manusia mahukan campur tangan dalam itu itu.

Ia turut menyatakan, kenyataan Ismail kepada media mempunyai asas dan MAS masih enggan mengiktiraf kesatuan sekerja.

GELAGAT AHLI-AHLI PARLIMEN TERJERIT-JERIT SAMBIL KOYAKKAN KERTAS UNDI PAGI TADI













Rakaman gambar ini adalah ihsan dari RTM tau ... bukannya di snap oleh wartawan Harakah Daily, Roket Kini maupun Suara Keadilan.

Rakaman gambar mengisah sewaktu YB Kuantan Fuziah Sallehmengemukakan usul agar jawatan penasihat bagi bekas2 menteri Noh Omar, Shahrizat Jalil dan Rais Yatim dihapuskan dan duit rakyat sebanyak RM1.6juta dapat dijimatkan menyebabkan dewan kecoh dgn MP Kinabinatangan, Bintulu dan Lenggong
langsung tidak mencerminkan diri sebagai ahli yang berhormat.

Gambar diatas ni ahli-ahli parlimen mana pula?.

Paris Hilton ke Dubai vs Rosmah Mansor di Dubai

Rosmah_Dubai1Paris Hilton akan ke Dubai. Isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor berada di Dubai. Dah tiga hari Rosmah Mansor di Dubai, sejak selasa lalu mengikut laporan TMI.
Peliknya lawatan isteri PM lawatan kerja, lawatan rasmi tetapi tiada dalam berita Dubai. Kerja apa entah, semalam Rosmah melawat ke Bandar Kemanusiaan Antarabangsa Dubai (IHC) di Dubai.
Melalui carian berita Inggeris, Al Jazeera, 7 Days In Dubai, Khaleej Times, Times Out Dubai, satu pun nama Rosmah tak ditemui. Hanya yang ditemui berita Paris Hilton akan ke Dubai dalam berita Time Out Dubai, 12 November lalu. Belum pergi dah diberitan, yang ni pula belum pergi tak diberitakan. Mungkin berita Rosmah ada dalam berita berbahasa Arabb…
Rosmah_Dubai2Peliknya juga hanya Dubai (banyak kali) lawatan kemanusian Rosmah. Sebagai contoh tak pula dia membuat lawatan kemanusian ke Congo atau benua Afrika!!
Lihat pula ahli lawatan Rosmah. Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Pembangunan Usahawan Wanita dan Latihan Ikhtisas, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad; isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah; isteri Menteri Pendidikan Kedua, Datin Seri Che Kamariah Zakaria dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Tan Sri Dr Sharifah Hapshah Datuk Syed Hasan Shahabudin.
Agak-agaknya mereka pergi menggunakan duit sendiri dengan penerbangan komersial?
Tulis page Milo Suam;
Pada pendapat admin, Datin Rosmah patut diberi jawatan senator, sekaligus dilantik sebagai menteri. Ini membolehkan beliau membelanjakan wang rakyat untuk melakukan tugas² lawatan rasmi ke luar negara tanpa dipersoalkan oleh rakyat…
Apa yang kita tahu Dubai, Bandar ‘shopping’ dan santai yang begitu menyeronokkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...