muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 3 September 2013

GEMPAR BERAPI : CADANGAN CUKUP "BERNAS" DARI PAK MENTERI

Inilah 'wajah sebenar' Pak Menteri kita....idea yg cukup 'bernas' lagi 'cerdik'...cadangan berundur ke belakang memang 'menjimatkan' wang rakyat tetapi kesan dan risiko penggunaan bahan api pada kenderaan terkini dan moden perlu juga di ambil kira, ini bukan cerita 20 sen tetapi ini cerita tentang risiko!!....Syabas Menteri KPDNKK!

GEMPAR BERAPI : SUAMI AJAK TONTON FILEM LUCAH

Soalan : ASSALAMUALAIKUM UZTAZ. SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS. INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN. APA PENDAPAT USTAZ?

 JAWAPAN : Wa’alaikumussalam, Hukumnya haram secara 
sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana;

 Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, 
terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda, 
Ertinya; “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang 
lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain” 
Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat 
aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak 
diizinkan oleh Islam pula.

 Kedua: Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat 
kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana 
disiplin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina 
Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. 
Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat 
kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem 
lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. 
(hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat 
kemaluan pasangan kita)

 Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, 
iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam 
Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

 Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh 
orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani 
hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam 
hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara 
yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik 
yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.

 Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan 
terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah
tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang 
lain pula.

 Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem 
lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri 
mahupun sebagai pengajian.

GEMPAR BERAPI : BICARA RAKYAT MARHAEN

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia. 

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

# akhirnya ada bicara yg luah apa aku rasa. terima kasih!
oh kesian pada yg mereka yg tak sudah bicara "bersyukurlah dgn keamanan yg Malaysia ada." heyyyyy, ko tahu tak bersyukur tu ape?! dan ko yakin sgt ke Malaysia ni aman even jenayah sini sana... tembak menembak mcm dah kat SIAM dah?! bukaklah mata... jgn bercakap pakai voucer BRIM!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...