muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 25 September 2013

SEORANG WANITA MASUK NERAKA KERANA MENYAKITI KUCING


ASSTAGFIRULLAH…. Sedih rasanya melihat gambar ini, mungkin mereka terlihat senang dengan menyakiti dan menguliti kucing, tapi mereka tidak tahu bahwasanya ada seorang wanita yang masuk neraka hanya kerana menyakiti Kucing.
Seseorang yang beribadah kepada Allah dengan menyendiri & kelihatan khusyu’ tidak akan membawa manfaat jika ia masih menyakiti kerabat-kerabatnya.
Jika ia masih bersikap tidak baik kepada makhluk-makhluk Allah yang lemah, meskipun terhadap makhluk yang tidak berakal sekalipun.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda:
دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلاَ هِيَ أَطْعَمَتْهَا وَلاَ هِيَ أَرْسَلَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ اْلأَرْضِ حَتَّى مَاتَتْ هَزْلاً
“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi, sehingga mati kelaparan.” (Muttafaq ‘Alaih)
Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan.
Ini menunjukkan keras dan kejamnya tabiat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, dan tiadanya belas kasih di hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasihan, nescaya dia melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Ia merasakan haus dan lapar dengan suara yang sayu meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara itu melemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.
Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk Neraka. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala Surga dan Neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka.
Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya.
Allah memasukkan wanita tersebut ke dalam neraka kerana telah menzalimi makhluk Allah & tidak melaksanakan perintah Allah berupa berbuat baik kepada makhluk-makhluk-Nya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إنَّ الله كَتَبَ الإحسّانَ على كُلِّ شيءٍ، فإذَا قَتَلْتُم فَأَحْسِنُوا القِتْلَة ، وإذا ذَبَحْتُم فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ ، وليُحِدَّ أحدُكُمْ شَفْرَتَهُ ، ولْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
“Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian menajamkan pisaunya dan menyenangkan haiwan sembelihan kalian.” (HR. Muslim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan yang menjaganya, maka dia harus melepasnya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan yang bisa menjaga hidupnya. Lebih-lebih, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.

GEMPAR BERAPI : APA YANG TAK KENA DENGAN GAMBAR INI??










SPECIAL EDUCATION : Rosmah with a few 
students 
of the Anova Centre of Education in San Rafeal 
holding a Jalur Gemilang made out of cardboard .  
The school is meant for children and adults on 
the autism spectrum. At second left is Bailey - 
Bernama photo.

Bagaimana agensi berita nasional BERNAMA boleh 

beri rakaman gambar kepada akhbar untuk 
diterbitkan dengan kedudukan jalur gemilang yang 
terbalik?

Tujuan apa BERNAMA melakukan sedemikian 

rupa?...
Perlu pihak bernama memberikan penjelasan yang 
amat mengaibkan negara ini.

Tidak mau ada pihak yang akan ambil kesempatan.

GEMPAR : KHIDMAT GUAMAN PERCUMA KEPADA PENGAWAL KESELAMATAN YANG DI TOLAK BINI MAT YO

Ada sekumpulan peguam yang menawarkan khidmat guaman kepada pengawal keselamatan yang ditolak oleh pemain bolasepak Malaysia dan ditendang oleh isterinya secara percuma. Apa kata anda?

GEMPAR BERAPI : KETUA POLIS P. PINANG TERIMA SMS UGUTAN

George Town, 25 Sept - Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi membuat laporan polis selepas menerima beberapa ugutan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali.

Beliau yang menerima lebih daripada tiga SMS ugutan pada Isnin membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pukul 9 malam semalam.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah "Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best". Selain itu pengirim SMS tersebut turut mengugut untuk "mengambil" Abdul Rahim atau rakannya jika tidak berjaya "mengambil" Abdul Rahim.

Kesemua SMS terbabit diterima daripada nombor yang sama bermula pukul 9 pagi ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kandungan SMS yang diterima oleh Abdul Rahim.

Polis sedang menjalankan siasatan, katanya. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...