muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Jumaat, 28 Mac 2014

PANAS: KENYATAAN MENTERI YANG PALING MEMALUKAN MALAYSIA


Lagi sekali negara kita dimalukan diperingkat dunia dan antarabangsa apabila kenyataan Menteri di parlimen dibelasah sampai lumat dan dilihat kenyataan itu bertaraf gred F.

Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit.

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen.C

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya.

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac.
I

PANAS : GAMBAR YANG UTUSAN & TV3 TAKKAN SIARKAN


Pelancaran Reformasi 2.0 Jelajah Johor di Parit Saleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat Johor yang di lancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim malam tadi dikatakan mendapat sambutan yang amat membanggakan sekali diluar jangkaan.

Perlu ingat, Johor adalah negeri yang cukup UMNO paling gagah dan kebal .. negeri di mana UMNO di lahirkan .. negeri dimana para pemimpin UMNO mendabik dada cakap besar berdegar-degar mengatakan UMNO tidak mungkin rebah dan rakyat Johor tidak akan berubah dan berhijrah ... Tetapi haikatnya????

Jiaka suasana malam tadi diambil sebagai kayu ukur maka nyawa UMNO di Johor Ins'y Allah bakal tercabut pada PRU 14 yang bakal diadakan paling lama 3 tahun lebih dari sekarang.

Cara Mahkamah Rayuan kendalikan kes Liwat Fitnah II secara tidak langsung telah memberikan suntikan semangat baru untuk rakayt bangkit bersatu tenaga dan iltizam untuk meruntuhkan UMNO dan rakan-rakan yang seangkatan dan sewaktu dengannya.

Jadi tidak menghairankan jika di Sarawak pun kerajaan BN pimpinan Adenan Satem pun sudah mula rasa panas bahangnya kini apabila rakyat dipendalaman Rumah Panjang sudah buka mata dan hati mau memberikan sokongan kepada KEADILAN pada PRK Balingian.








SETERUSNYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...