muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Jumaat, 25 Oktober 2013

KESAN GST KEPADA RAKYAT














Goods & Services Tax (GST) atau Cukai Barangan 
dan Perkhidmatan adalah sejenis Value Added Tax 
(VAT) iaitu cukai keatas nilai yang ditambah.

Ia akan menggantikan Sales & Services Tax (SST) 
atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang 
diamalkan sebelum ini.

Apakah  perbezaannya atas dua bentuk cukai ini?


Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum 
ini hanya dikenakan pada barang/perkhidmatan 
akhir yang dijual. Manakala GST dikenakan 
di setiap peringkat seperti perkilangan dan 
pengedaran. Dari sudut pulangan kepada negara, 
hasil dari cukai akan bertambah sebab 
firma/syarikat tidak lagi dapat 'menyorok' dari 
di kenakan cukai. 

Umpamanya Kentucky Fried Chicken(KFC). 

Sebelum ia akan kenakan 6% cukai perkhidmatan 
kepada pembeli. Maka secara kasarnya, pembeli KFC 
akan untung sebab tiada lagi tambahan 6% apabila 
GST dilaksanakan.

Tetapi perlu kita ingat... setiap ayam yang 

disembelih nanti akan dicukai.

Tepung yang digunakan juga akan dicukai  ... begitu 
juga  sos, rempah, kentang goreng, keju dan 
sebagainya.

Sudah pasti secara kasarnya kos firma KFC akan 
meningkat dengan mendadak kerana cukai tidak 
lagi dikenakan kepada ayam yang terjual sebaliknya 
pada semua barang yang terlibat dalam proses 
pengeluaran.

Untuk menampung kos ini, sudah tentu KFC akan 
menaikkan harga ayam-ayamnya.

Tiada lagi tambahan 6% kerana harga baru nanti 

akan menyerap cukai yang telah dikenakan 
di semua peringkat.

Sebelum ini kerajaan berjanji untuk kenakan 

kadar 4%  sahaja GST ... tetapi petang semalam 
Perdana Menteri merangkap  Menteri Kewangan I, 
Dato' Seri Najib Razak mengumumkan kadar GST 
ialah sebanyak 6%.

Jelas sekali Janji Tidak Langsung DiTepati 

sebaliknya berbohong kepada rakyat.

Kerajaan kata ia bagus kerana GST tidak dikenakan 

pada barangan keperluan asas. Justeru kelompok 
berpendapatan rendah tidak akan terjejas.

Betul ke atau ungkapan sekadar halwa telinga bagi 
penyedap jiwa dan mendinginkan kepala yang 
sedang membara.

Tetapi Kerajaan seolah-olah  tidak faham atau 

sengaja buat-buat tidak faham betapa kenaikan 
dalam barangan  lain yang bukan asas juga akan 
mengheret ekonomi kepada inflasi dan kesan 
rantaian

Apabila berlaku inflasi, kelompok paling teruk 

terjejas adalah golongan berpendapatan rendah.

Golongan berpendapatan rendah ini majoritinya 

warga luar bandar, kampong-kampong tradisional, 
Rancangan Felda dan pendalaman.

Golongan ini jugalah yang memenangkan 

UMNO/BN pada PRU 13 lalu .. golongan ini 
jugalah yang didera dan diseksa apabila GST 
mulai berkuatkuasa nanti.

Kalau golongan ini masih jua nak berikan sokongan 

kepada UMNO/BN pada PRU 14 nanti .. 
Maaf cakap .... tiada siapa yang boleh membantu 
mereka lagi.

PRK DUN N20 SG LIMAU .... LAWATAN RUMAH KERUMAH PUTERI UMNO DI SAMBUT DENGAN MUKA MASAM OLEH TUAN RUMAH!!!!!!














Petang semalam 25hb Oktober 2013,  Puteri UMNO 
Malaysia telah membuat lawatan dari rumah 
kerumah sebagai cara nak pujuk dan tambat hati 
orang kampung agar memberikan sokongan dan 
undi kepada calon UMNO/BN untuk PRK DUN 
N20 Sg Limau.

Dalam salah satu rumah yang mereka singgah ... 

tuan rumah seorang wanita telah menujukkan 
muka masam seolah-olah tidak berapa berkenan 
dengan kunjungan bermuka-muka hipokrit tunjuk 
perihatin oleh para Puteri UMNO ini.

Macam mana tak bengang .. mereka datang 

berkunjung sebab adanya Pilihanraya Kecil .. 
Kalau tidak .. taubat tak akan singgah menjenguk 
punya.

Rakaman gambar berlaku di Kg Bukit Besar 

Sg Limau.

Beri hamper sapu .. beri duit kebas .. 

UNDI TETAP PAS!!!

GULA..HARGA GULA TAK PERNAH NAIK10 TAHUN ROBERT KOUK PEGANG AP ...SYED MOKTHAR PEGANG 4 TAHUN HARGA GULA NAIK TAK KURANG 5 KALI!!!






Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan 
berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri 
Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika 
membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat 
berkata langkah itu bertujuan mengurangkan 
jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak 
membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat 
Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap 
penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan 
mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit 
jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan 
kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, 
kurangkan manis dalam makanan dan minuman. 
Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

SIAPA TU SYED MOKHTAR KALAU BUKAN 

KRONI UMNO KAN!

RANGKUMAN BELANJAWAN 2014



Subsidi gula sebanyak 34sen dimansuhkan mulai esok

bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah ditingkatkan daripada RM500 kepada RM650

Kadar BR1M bagi individu dinaikkan dari RM250 kepada RM300

223,000 unit rumah baharu akan dibina tahun depan bagi meningkatkan akses pemilikan rumah pada harga berpatutan

RM6juta untuk tabung seniman

Kerajaan memperkenalkan skim perumahan mampu milik swasta (MyHome)

Pembangunan Luar Bandar: Memperuntukan RM75 j untuk membekalkan tangki air ke Sarawak

RM100 juta utk Skim Pembiayaan Usahawan Muda India (SPUMI) di bwh TEKUN dan pinjaman di bwh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Dana RM200 juta oleh SME Bank bagi kemudahan pinjaman utk program pembangunan semula Tanah Rezab Melayu di kwsn strategik

Kerajaan akan menyediakan 50 buah Klinik 1Malaysia tahun depan

Bajet 2014 : Bantuan Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Menengah [ RM100 ] serta Baucer Buku 1 Malaysia diteruskan.

Dan GST akan dilaksanakan.

SST dimahsuhkan.

1 april 2015 = GST akan mula dilaksanakan.

Kadar GST 6%.

Tiada GST untuk barangan makanan asas seperti gula, beras, tepung, ikan masin dan sebagainya.

GST ada untuk air dan elektrik tetapi selepas lebih dari limit/had yang ditetapkan.

Perkhidmatan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, jual beli sewa rumah dan beberapa sektor kewangan yang terpilih dikecualikan daripada dikenakan GST.

Perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri saja kini mencecah RM5.87 bilion.

RM300 kpd penerima isi rumah BR1M.

RM50juta untuk Sekolah agama rakyat.

RM50juta untuk Sekolah agama rakyat kerajaan.

Bantuan rm100 kepada setiap sekolah rendah dan menengah akan diteruskan.

Bajet 2014 : Peniaga Pasar Malam kini boleh meminjam hingga RM30K untuk meneruskan usaha niaga apabila kerajaan mengumumkan RM100 juta diperuntukkan di bawah Skim Pinjaman Mudah.


RM831 juta bagi membina 33 sekolah baharu dan menaik taraf sekolah sedia ada termasuk sekolah usang

Bajet 2014 : Peruntukkan RM8.8 bilion untuk PDRM dan RM13.2 bilion untuk ATM. Semoga negara kian aman. Jangan pula pistol dan gari hilang lagi.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 akan dikuatkuasakan, tujuan yakinkan orang awam bahawa maklumat peribadi dilindungi dgn baik


budjet 2014 kerajaan BN adalah RM 264 billion iaitu 
- RM 217.7 bilion untuk operasi. 
- RM 46.5 bilion untuk pembangunan. 
- pendapatan negara 2013, RM 224 Billion
- belanja negara 2014, RM 264 Biilion
- RM 264 - RM 224 = RM 40 Billion belanja lebih dari pendapatan.
- maka pinjam lagi RM 40 Billion dengan kadar Najibnya 14% setahun atau RM 40 Billion / 100 x 14 + RM 40 Billion = RM 46 Billion setahun! kerajaan apa ni? belanja lebih dari pendapatan? sori, mahathir kata dalam umno dan BN hanya tinggal org2 bodoh saja!

MENGAPA RAKAMAN GAMBAR INI MASIH TIDAK DI SIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN?????




Rakyat tertanya-tanya .. mengapa rakaman 
gambar diatas tidak mendapat tempat di 
dada-dada akhbar arus perdana milik dan 
kawalan UMNO/BN.

Hanya sekadar seorang insan cuba nak 
makeupkan Najib saja sebelum dikatakan 
di wawancara untuk saluran TV. .. 
Itu sudah lumrah dan biasa.

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...