muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 11 Ogos 2013

GEMPAR BERAPI : MEJA JUDI DI GENTING AKAN DITAMBAH 100 UNIT LAGI...???


Hiasan

BENARKAH projek RM3,000 juta bagi menaik-taraf "Kota Keriangan"

Resorts World Genting (RWG) di Genting Highlands, akan turut melibatkan 
pertambahan 100 meja judi?


Ia adalah sebahagian daripada apa yang telah diuar-uarkan iaitu peruntukan 

kira-kira RM400 juta daripada keseluruhan bajet bagi pembinaan semula 
taman tema berkenaan dengan usaha sama syarikat perfileman Amerika Syarikat, 
20th Century Fox.

Begitulah apa yang dibayangkan di dalam laporan di bawah tajuk berbentuk

 soalan - 100 more tables for Genting? yang diterbitkan oleh akhbar The Star 
menerusi ruangan StarBiz pada 31 Julai lalu.

Laporan berita itu memetik badan penyelidikan CIMB Research sebagai 

membuat jangkaan tersebut, lanjutan kepada pengumuman pelaburan 
RM3,000 juta oleh Genting Malaysia Bhd untuk menaik taraf resort 
bersepadunya itu.

Jangkaan tambahan 100 meja judi oleh CIMB Research itu dikatakan 

berasaskan kepada 1,300 bilik hotel baharu yang bakal dibina dan disiapkan, 
di bawah pelaburan RM3,000 juta menjelang tahun 2015.

Malah, CIMB Research turut menyebut betapa jangkaannya itu masih 

dikira kecil atau 'konservatif'.

Genting Malaysia Bhd menurutnya, boleh sahaja menaikkan bilangan meja 

judi kepada 300 buah jika RWG mahu sandarkan kepada amalan di negara
lain yang menetapkan bilangan meja judi kepada kadar tiga hingga lima 
bilik hotel berbanding sebuah meja judi.

Apa juga bilangannya, dan jikalah benar laporan berita ini, sewajarnya 

Kementerian Kewangan - pihak berkuasa yang bakal dipohon untuk mendapatkan 
lesen bagi pertambahan tersebut, menolaknya mentah-mentah.

Kita mungkin boleh menerima hasrat konglomerat berkenaan untuk melabur 

ribuan juta ringgit bagi meningkatkan lagi taraf resort bersepadunya di sana 
termasuk kepada taman temanya, tetapi bukanlah dengan turut menambahkan 
prasarana perjudiannya.

Sungguhpun kita juga tahu betapa perolehan daripada sektor inilah penyumbang 

terbesar kepada seluruh operasi RWG tetapi 'cukup-cukuplah'.

Perlu diingat, ada sebuah lagi resort di sebuah lagi tanah tinggi yang sudah 

lama mengidam-idamkan untuk mendapat lesen bagi maksud yang sama, 
atas alasan kononnya ia tidak akan maju dan setanding RWG jika tidak turut 
memperolehi lesen berkenaan.

Sekiranya permohonan RWG ini dilayan, sudah pasti menjadi sebab dan alasan 

kukuh bagi resort yang satu lagi ini untuk menggerakkan usahanya semula yang 
sudah sekian lama terbantut, bagi memiliki lesen tersebut.

Cukup-cukuplah.

GEMPAR BERAPI : REMAJA TERIMA RM 20 SETIAP KALI LAKUKAN SEKS

MELAKA – Seorang lelaki merempuh masuk sebuah rumah dan berlawan dengan dua lelaki demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13 tahun daripada menjadi pelacur.


Dia menerima panggilan telefon daripada tuan rumah wanita, yang memaklumkan dia ternampak dua lelaki membawa seorang lagi lelaki ke dalam rumah di mana kanak-kanak itu berada.

Dia bergegas ke rumah tersebut dan merempuh masuk ke dalamnya.

Ketika itu dia melihat dua lelaki ada di dalam rumah.

Kedua-dua lelaki itu cuba meghalang dia daripada menyelamatkan anak perempuannya.

Dia menjerit sekuat hati ketika dua lelaki berkenaan cuba menyerangnya.

Jiran yang terdengar jeritan tersebut segera bergegas ke tempat kejadian dan membantunya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran.

“Saya mahu bertanya mengapa dia terlibat dengan dadah. Saya telah banyak kali memberitahu dia supaya tidak bercampur dengan budak jahat,” katanya semalam sambil mengakui yang dia tidak boleh tidur sejak insiden tersebut berlaku.

“Saya tidak percaya yang perkara ini sedang berlaku. Saya masih trauma.”

“Anak perempuan saya berkata bahawa dia terlibat dengan dadah dan menerima RM20 setiap kali dia mengadakan hubungan seks bersama teman lelakinya, yang juga membawa dia ke hotel,” tambahnya

http://3.bp.blogspot.com/-zbfZlOvIYAM/UgJ0wozLPzI/AAAAAAABJzc/sHCSVfcf_KE/s1600/Photo0457-565x423.jpg
gambar sekadar hiasan


“Hati saya hancur ketika saya melihat anak perempuan saya selain berasa malu apabila diberitahu jiran bahawa dia adalah seorang daripada remaja perempuan yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di kawasan tersebut.”

Bapa remaja tersebut berkata bahawa insiden 26 Julai itu adalah kali ketiga anaknya lari dari rumah.

Bapa kepada empat orang anak yang berumur 46 tahun itu memberitahu, anak perempuannya sering mendapat keputusan cemerlang sehinggalah dia mula bercampur dengan rakan yang ‘tidak baik’ selepas peperiksaan UPSR.

Usahawan tersebut berkata, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang melacurkan “anak kesayangannya’ itu.

Mengimbas kembali insiden melibatkan anaknya itu, lelaki berkenaan mendakwa, anaknya lari dari rumah untuk pertama kali bersama teman lelaki berumur 26 tahun pada bulan Oktober tahun lalu.

Pihak polis kemudiannya berjaya menjejaki remaja tersebut setelah bapanya membuat laporan dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia telah dirogol.

Dia kemudiannya lagi sekali lari bersama teman lelakinya dalam masa beberapa jam setelah dijumpai. Kali ini, mereka didapati pergi ke Ampang, Kuala Lumpur.

Keluarga remaja tersebut kembali mencari dan pada masa yang sama memeriksa akaun Facebook anak perempuannya itu.

GEMPAR BERAPI : CINA BUDDHA SEMBAHYANG DALAM SURAU??


Isu video yang menunjukkan satu kumpulan menjalankan upacara sembahyang Budhha terjawap juga akhirnya!

Sila baca :
KAMI menemui satu lagi video berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.

Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.

Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.

Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.

“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa,” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan – Mynewshub.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...