muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 1 September 2013

GEMPAR BERAPI : GAMBAR MESRA HAZAMA & ERIN MALEK TERSEBAR

Gambar mesra Hazama dan Erin Malek tersebar - Kelihatan cukup mesra dan tersenyum riang, gambar romantik dua selebriti terkenal Malaysia, Hazama dan Erin Malek telah tersebar di laman sosial baru-baru ini. Agaknya apa hubungan mereka berdua setakat ini? Mungkinkah mereka sedang di lamun cinta?


 

GEMPAR BERAPI : GAMBAR NORA DANISH PAMER LOVE BITE PADA TUBUHNYA??


Nora Danish sekali lagi mencetuskan persoalan kepada peminat-peminatnya apabila memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya. 

Dalam gambar tersebut, Nora kelihatan bersahaja sambil mengangkat lengannya. Pada bawah lengannya kelihatan seperti kesan gigitan. Ktika posting ini ditulis, hampir 107 komen dihantar oleh peminat-peminatnya untuk gambar ini.

Masing-masing bertanyakan apa yang terjadi, ada yang cuba meneka, malah ada yang mempunya pendapat sendiri. Ada yang menulis Nora terlalu obses dengan filem Conjuring, dan ada pula beranggapan ianya merupakan gigitan cinta a.k.a love bite.


Namun, Nora seperti biasa, tidak akan merespon pada setiap komen peminatnya. Mungkin beliau lebih seronok melihat kekalutan peminat-peminatnya membuat tekaan.

GEMPAR BERAPI : PELAJAR DICEKUP BERKHALWAT DENGAN LELAKI BUKAN ISLAM

bukanSUNGAI PETANI – Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam Ops Merdeka kelmarin.
Pelajar tersebut yang dikenali Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1 pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di hotel sekitar bandar ini.
Lebih berani, perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari rumah Shahirah.
Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu.
“Pintu hanya dibuka setelah anggota penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.
Menurutnya, setelah disoal siasat mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.
Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.
Anggota penguatkuasa kemudian menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.
Beri pelbagai alasan
Sementara itu, pemeriksaan seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan di mana operasi dilakukan secara serentak.
Walaupun pasangan kekasih berusia 22 dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.
Menurut Zaiferi, pihaknya turut menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.
Amran (bukan nama sebenar) dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.
“Saya memang nak balik tetapi kereta saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya.
Sementara, pasangannya, Riani (bukan nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah Amran di Pengkalan Hulu.
Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di  bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan intim.
Lebih memalukan, hasil soal selidik pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang sama.
Serbuan turut menemui seorang pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan beragama Islam.
Apabila ditanya, pemandu van berusia 32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan jam 1.20 pagi.
Rumah sewa turut diserbu
Operasi turut dijalankan di sebuah rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di Sungai Lalang.
Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah berkenaan.
Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.
Zaimi berkata, mereka merancang mahu ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan diterima.
Zaimi dengan alasan letih tidak menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama kekasihnya itu.
Difahamkan, kedua-dua pasangan ini mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.
Zaiferi berkata, seramai 10 individu disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet yang menjadi tumpuan.
Seramai 10 anggota bertugas dalam operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.
Katanya, sembilan individu ditahan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan bagi membanteras gejala itu. – SH

GEMPAR BERAPI : DYANA DARI KELUARGA UMNO KEPADA BINTANG DAP

WAWANCARA Bertempat di lobi sebuah hotel, Dyana Sofya Mohd Daud bersiap sedia untuk diwawancara selepas seharian berkunjung ke rumah-rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di sekitar Johor Bahru.

Mengenakan baju kurung merah hati dihiasi kerongsang berwarna keemasan, Dyana sebenarnya baru selesai memenuhi jemputan rumah terbuka mewakili majikannya, Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

NONEBerasal dari Ipoh, beliau kini bertugas sepenuh masa di kawasan parlimen Gelang Patah sebagai setiausaha politik pemimpin veteran DAP itu selepas pilihan raya umum yang lalu. 

Awal tahun 2012, graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.

Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Dyana kesal melihat sebahagian rakan-rakan bukan Melayunya, baik yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang atau pun tidak, dinafikan peluang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam.

"Golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu. 

"Sebuah institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran yang sama seperti yang kita bayar di UiTM," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

'Emak saya masih Umno'

Beliau percaya sudah sampai masanya sistem pendidikan di Malaysia bergerak melangkaui garis perkauman dan diacu berasaskan keperluan.   

Walaupun kini bergerak bersama DAP, Dyana sebenarnya datang daripada sebuah keluarga yang aktif di dalam Umno.

NONE"Emak saya masih lagi ahli Umno sehingga sekarang. Beliau adalah setiausaha bahagian wanita yang pertama di Malaysia. Malah, bapa saudara-bapa saudara saya juga terlibat dalam politik (Umno).

"Mereka akan berbincang tentang politik sewaktu perjumpaan keluarga. Saya dengar cerita-cerita mereka dan saya membesar dengan cerita-cerita itu," katanya.

Ditanya tentang reaksi ibunya sewaktu beliau melahirkan hasrat menjadi ahli DAP, Dyana berkata ibunya bersikap memahami dan merestui pilihan beliau.

"Kata ibu kalau itu perkara yang kita percaya, lakukan sahaja kerana kadang-kala elok juga untuk kita melawan arus bagi membuat satu kenyataan," kata peguam muda itu yang mempunyai firma guaman di Cyberjaya.

Stigma curiga DAP

Walaupun percaya politik adalah satu wadah untuk berkhidmat kepada masyarakat, tanggungjawab Dyana di kawasan Gelang Patah tidak sunyi daripada cabaran menguruskan stigma sebahagian orang Melayu Johor yang masih curiga dengan DAP.

Beliau dan dua lagi staf pejabat anggota parlimen Gelang Patah pernah dihalau dari sebuah kampung awal Jun lalu walaupun mereka ke situ untuk mendapatkan butiran masalah penduduk setempat bagi pihak Kit Siang.

NONE"Selepas menang, kami ada menerima panggilan dari penduduk sebuah kampung yang mahu mengadu masalah status tanah yang mereka duduki.

"Sampai di sana ketua kampung datang bertemu kami dan menarik tangan saya dan menyuruh saya balik. Dengan telunjuk betul-betul di depan muka saya dia kata: Kami ada menteri besar kami dan tak perlukan kamu," katanya.

Insiden seperti itu kata Dyana, tidak sama sekali akan menggentarkan semangatnya. 

"Walaupun ada risikonya, saya tetap akan terus ke kampung-kampung Melayu ini kerana mereka perlukan saya. Saya akan rasa bersalah jika saya tidak pergi menemui mereka.

"Kesediaan mereka untuk memanggil kami ke sana juga satu kemajuan yang bagus. Sedikit demi sedikit mereka semua pastinya akan tampil ke hadapan untuk berbincang dengan kami," kata Dyana.

GEMPAR BERAPI : PELAJAR DIPAKSA CIUM CIKGU UNTUK LULUS UJIAN

Seorang guru di China yang dikenali sebagai Zhang Runhua telah digantung kerja selepas perbuatannya terkutuk tersebar.
Cikgu Zhang telah memberi arahan kepada anak muridnya untuk mencium pipinya sekiranya mereka mahu lulus dalam peperiksaan dan ujian yang dijalankan.
Setelah perbuatannya diketahui pihak sekolah, ramai cikgu terkejut dengan insiden itu kerana selama ini mereka mengetahui pelajar-pelajar di kelas Zhang sentiasa mendapat markah dan gred yang baik.
Bertindak atas insiden itu, pengetua sekoah telah memastikan guru lelaki ini digantung tugasnya sehingga tindakan sewajarnya akan diambil atas kesalahan yang dilakukan oleh guru muda itu yang ternyata menyalahgunakan kuasanya dalam mendidik generasi muda di sana.

GEMPAR BERAPI : BERBAJU KURUNG "TEGUK" ARAK DI MALAM MERDEKA

Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.
Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.
Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.
Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.
Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.
Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.
Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.
Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.
Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

GEMPAR BERAPI : SAYA BELUM SEDIA PELUK ISLAM-STACY

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqN4zBZwgOl9GCN9ekUYBQBNckJoJDtEQAzO5JNw619H2My1AJgTOGsvJNXt5ixDi0w6Dk8aZ8uqf46ctAT0weeZaD7KQ72LANpWpyLinOurFm8mLeA7-t0QCiirOZYEcWosAIUzjzr2Cb/s1600/Stacy.jpgBerita tergempar juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy peluk Islam dengan nama Nur Aisyah Rabiah yang tersebar luas di Internet mengejutkan peminat, baru-baru ini. Pelbagai reaksi diberi, ada yang gembira dan siap ucap tahniah dan tidak kurang juga keliru.
Bagaimanapun, Stacy yang dimaksudkan bukan penyanyi lagu Kasanova tetapi gadis lain yang nama sebenarnya Stelly.
Terang-terang gambar yang tersebar di Internet itu bukan Stacy. Jauh benar rupanya, langsung tak sama.
Ternyata Stacy tidak cepat melatah dengan isu itu, sebaliknya mengakui hanya tersenyum apabila ada peminat cuba mendapatkan kepastian mengenai perkara itu di laman sosial Twitter miliknya.
Anak jati Sabah ini lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri kerana kebenaran yang dia bukan gadis itu akan diketahui juga. Dia lega apa bila orang ramai tahu cerita sebenar dan tidak lagi memperbesar-besarkan perkara itu.
Kata Stacy, sebaik tahu cerita itu, ibunya bertanya kenapa tukar agama tanpa maklumkan keluarga terlebih dulu.
Namun, selepas menjelaskan gadis dalam gambar itu bukan dirinya, ibunya faham dan tidak lagi memanjangkan perkara itu. Stacy akui dia memang mengagumi agama Islam tetapi buat masa ini belum terfikir untuk bertukar agama.
Soal yang satu ini tidak boleh buat main-main, kalau betul mahu masuk Islam, biar serius dan ikhlas dari hati.
“Yang boleh saya katakan, buat masa ini hati saya belum terbuka. Saya belum bersedia, tak tahulah pada masa akan datang. Harap dengan penjelasan ini, orang ramai khususnya peminat tidak keliru lagi.
“Kalau nampak gambar saya berbaju kurung, jangan cepat buat kesimpulan saya bertukar agama seperti berlaku baru-baru ini.
“Apabila keluar gambar gadis itu peluk Islam, ada pula insan muat naik gambar saya berbaju kurung ketika menghadiri kenduri perkahwinan abang untuk menguatkan lagi bukti saya menjadi Muslim.
“Hidup dalam masyarakat majmuk, bukan perkara pelik jika kita pakai baju kurung,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...