muka
Facebook Badge
TERBARU
Khamis, 13 September 2012
GEMPAR BERAPI : KONSERT SEPARUH BOGEL DI MALAYSIA
realiti negara kita, mengaku Islam agama rasmi.
tapi pemimpin tak mengamalkan Islam sepenuhnya.
jahatnya pemimpin akhir zaman
GEMPAR BERAPI : WANITA BERTUDUNG MENGGAYAKAN AKSI TERLAMPAU
PANAS : MANA PERKASA??MANA ULAMA MUDA??TARBIYAHLAH MEREKA NIE
GEMPAR BERAPI : MENARI TIANG SELEPAS BALIK UMRAH
Selebriti terkenal dari Indonesia, Julia Perez ataupun Jupe, baru pulang dari menunaikan umrah bulan lepas. Mungkin sudah menjadi perkara biasa bagi Jupe, melakukan perkara yang pelik bukan lagi satu masalah baginya.
Terbaru dia telah menari ala ‘striptease’ di sebuah tiang lampu di Gatot Subroto, Jakarta Selatan.
Menurut laporan detikoto, perkara ini dilakukan oleh Jupe kerana dia mahu menunaikan nazar (janji) yang telah dibuatnya sebelum ini.
Jupe dalam kenyataannya sebelum ini berkata, “Kalau saya sampai satu juta follower di Twitter saya akan strip di lampu merah.”
Dan 7 Ogos menjadi saksi apabila pengikut Jupe di laman Twitter-nya telahpun mencapai 1 juta. Aksi Jupe yang mengghairahkan itu telah menarik pandangan ramai pengguna lalulintas, namun tiada kemalangan dilaporkan.
Walaubagaimanapun, Jupe turut memberitahu dia merasa malu untuk melakukan perkara itu namun dia harus mengotakan janjinya agak tidak dianggap penipu oleh peminatnya.
“Saya nggak mau dibilang bohong. Takut saya dibilang sarap.” -MyNewsHub
GEMPAR BERAPI : PENJAGA GOL KEBANGSAAN BERKHALWAT DENGAN ISTERI ORANG
PETALING JAYA - Penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias didenda RM2,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam selepas mengaku salah berkhalwat dengan seorang jurumekap yang masih berstatus isteri orang pada tahun lalu.
Selain Mohd. Farizal, 26, yang turut menjaga gawang Negeri Sembilan, turut dikenakan hukuman serupa ialah pasangannya, Zaiton Othman, 29, yang kini telah bergelar ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak.
Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar turut mengarahkan kedua-duanya dihukum penjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Pasangan itu yang datang berasingan membayar denda tersebut di kaunter mahkamah sejurus prosiding berakhir.
Mereka didakwa berkhalwat di dalam sebuah bilik di sebuah rumah milik rakan Zaiton di 3A-02, Blok A, Shang Villa Condo, No. 2A, Jalan SS7/15, Kelana Jaya di sini pada pukul 3.40 pagi 12 Oktober 2011.
Pegawai pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shafezan Rusli mengemukakan dakwaan mengikut Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes yang diakui kedua-dua tertuduh, sewaktu pintu bilik dibuka, Zaiton berseluar panjang hitam dan baju T ketat warna merah jambu dalam keadaan meniarap manakala Farizal yang juga memakai baju T dan berseluar pendek berada dalam keadaan berselimut di atas katil.
Terdahulu, Mohd. Farizal mendakwa dirinya insaf dan kesal dengan kesilapan yang dilakukan serta berjanji tidak akan mengulanginya.
"Sejak kes ini keluar surat khabar, ia menjejaskan reputasi saya dan keluarga, orang ramai mula mencemuh, mungkin salah saya," katanya yang memberitahu sudah mempunyai perancangan untuk menikahi Zaiton kelak.
Sehubungan itu, anak kelima daripada tujuh beradik itu memohon hukuman denda yang ringan kerana perlu menanggung adik-beradik yang bersekolah serta ibu bapa pula sudah tidak bekerja.
"Saya juga hanya bekerja kontrak dan bukannya tetap. Selepas apa yang terjadi, saya bimbang sekiranya kontrak saya tidak disambung pada musim depan," katanya dalam nada perlahan.
Sementara itu, Zaiton yang kelihatan sebak turut insaf dan memohon hukuman ringan kerana sejak bergelar ibu tunggal, dia perlu menyara dua orang anak serta membayar pelbagai pinjaman peribadi dengan pendapatan bulanan yang tidak tetap.
Katanya lagi, dia masih trauma dengan perceraian yang berlaku hampir setahun lalu akibat kejadian tersebut.
Farizal diturunkan semasa perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Vietnam Selasa lalu yang menyaksikan pasukan kebangsaan dibolosi 2-0.
GEMPAR : PENARI BOGEL DEDAH KISAH HIDUP
LEBIH tiga dekad lalu ketika umurnya baru 16 tahun, dia ialah penari bogel paling popular di ibu negara yang sangat digilai lelaki berhidung belang.
Pun begitu, pekerjaannya itu sebenarnya berpunca daripada perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menganiaya dan mengeksploitasi dirinya demi wang dan nafsu serakah.
Namun, ketika umurnya kini sudah di ambang senja, Mak Uda (bukan nama sebenar), 54, menganggap dirinya ibarat sisa buangan yang tidak lagi diingini oleh mereka yang pernah mendambakan tubuhnya.
Justeru, dia sentiasa menguatkan hati dan tidak kisah jika hidupnya kini dicemuh segelintir masyarakat yang tidak pernah cuba memahami keperitan hidup yang dilaluinya.
Mengimbas punca dia terjebak ke kancah maksiat, Mak Uda memberitahu, segala-galanya bermula selepas dia melarikan diri dari rumah di Terengganu kerana tidak tahan didera ibu kandungnya sendiri.
“Saya tidak dibenarkan ke sekolah dan dipaksa melakukan macam-macam kerja tetapi semua wang upah saya bekerja diambil ibu.
“Selepas bekerja, kaki pula dirantai. Saya juga selalu dipukul oleh ibu dan ayah tanpa sebab.
Dirantai
“Mak saya pasang rantai besi di kaki supaya saya tidak dapat bergerak jauh dari kawasan rumah. Saya tidak tahu kenapa emak dan ayah sangat benci kepada saya.
“Tetapi suatu hari, rantai itu yang sudah berkarat dapat saya putuskan, jadi saya terus melarikan diri.
“Selepas keluar dari kampung, seorang lelaki tidak dikenali datang menegur semasa saya duduk di tepi jalan dan membawa saya pergi bersamanya menaiki kereta,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.
Tambah Mak Uda, sejak itu hidupnya berubah 360 darjah. Lelaki tersebut membawanya ke sebuah bangunan usang di Klang, Selangor dan Mak Uda dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki. Dia juga didera secara seksual.
“Selepas itu saya diserahkan (dijual) kepada sebuah kelab bogel di Kuala Lumpur. Saya menjadi penari bogel mengikut rentak cha-cha serta dipaksa melacur selama beberapa bulan.
“Apabila polis menyerbu kelab itu, saya ditangkap dan dipenjarakan. Setelah bebas, saya tiada tempat bergantung dan terpaksa melacur sebagai cara untuk menyara hidup.
“Selama beberapa bulan, saya pergi dari satu negeri ke negeri yang lain untuk melacur.
“Saya berpindah-randah kerana tidak mahu ditangkap lagi,” katanya.
Pada usia 21 tahun, Mak Uda menemui seorang lelaki di Pulau Pinang yang kelihatan baik pada matanya. Mak Uda berasa selamat apabila berada di sampingnya. Mereka kemudian berkahwin.
Dia penagih
“Rupa-rupanya dia (bekas suami) penagih dadah dan kami bercerai tanpa anak.
“Hidup saya terdesak semula dan kembali menjadi pelacur sehingga hari ini dengan harga diri semurah RM30 sahaja,” jelasnya. Matanya berkaca menahan air mata apabila mengenangkan nasibnya itu.
Mak Uda merupakan sebahagian daripada kisah wanita pekerja seks di Kuantan, Pahang yang mengikuti program Pusat Singgah Masuk Wanita (PSMW) kendalian Komuniti Pencegahan Dadah (DIC) Pahang bagi membantu golongan tersebut memilih cara hidup sihat.
Menurut Pengurus Program PSMW-DIC Kuantan, Sazura Sarif, seramai 157 wanita pelbagai peringkat umur di sekitar Kuantan yang berisiko dijangkiti virus HIV mengikuti program tersebut termasuk pekerja seks seperti Mak Uda.
“Daripada jumlah itu, seramai 61 orang adalah pasangan kepada penagih dadah jenis suntikan, 57 pekerja seks, 22 wanita berisiko yang bukan pekerja seks, lapan wanita penagih dadah jenis suntikan dan seorang pengguna dadah sintetik.
“Selain itu, seramai 27 orang disahkan sebagai pembawa virus HIV.
“Manakala sembilan anak pekerja seks dan wanita penagih dadah itu dirujuk ke rumah-rumah perlindungan untuk diberikan kemudahan persekolahan,” katanya.
Berisiko
Tambah Sazura, pihaknya menyediakan bantuan termasuk makanan berkhasiat, kemahiran asas, rawatan kesihatan oleh pihak perubatan sukarela dan sesi terapi bagi memulihkan semangat golongan tersebut.
“Kami memberi bantuan kepada wanita-wanita ini kerana mahu mereka hidup dengan cara yang lebih sihat.
“Kami tidak memaksa mereka berubah dan jika mereka memilih untuk meninggalkan cara hidup sekarang, kita sangat menggalakkannya.
“Kami juga membantu mereka mencari pekerjaan yang lebih baik jika mereka mahu berubah,” katanya sambil memberitahu program itu menerima bantuan dana daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis AIDS Malaysia.
Sementara itu, Kaunselor PSMW-DIC Kuantan, Wan Norizan Wan Othman berkata, kebanyakan wanita berisiko yang diberi bantuan terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai tempat bergantung.
“Ada juga kes melibatkan perceraian, berisiko atau sudah dijangkiti HIV kerana suami menjadi penagih dadah dan banyak lagi.
“Kita bersikap terbuka dan menerima setiap wanita berisiko seperti itu untuk datang ke pusat ini.
“Masyarakat tidak wajar mencemuh kerana ia tidak membantu, sebaliknya mereka perlu ditolong supaya berubah,” kata beliau semasa ditemui di PSMW-DIC di No.14 Jalan Bukit Ubi berhampiran Jalan Wong Ah Jang, Kuantan.
PANAS : APA LAGI ULAMA MUDA UMNO, DAH TAK MAMPU BERDAKWAH PADA NAJIB, BERDAKWALAH PADA INSAN-INSAN SEPERTI INI...
GEMPAR BERAPI : 30 gay bogel terkedu diserbu
MELAKA – Keghairahan sekumpulan 30 gay bercumbuan dalam keadaan berbogel di sebuah spa terencat apabila premis itu diserbu sepasukan penguat kuasa di Jalan Hang Kasturi di sini kelmarin.
Lebih memualkan, selepas lampu spa dibuka, anggota pasukan penguat kuasa Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa (BPPA) yang memeriksa premis itu menemui banyak kondom terpakai dan sejenis cecair pelincir yang digunakan pasangan gay melakukan seks.
Pengarah (BPPA) Shahdan Othman berkata, serbuan pada pukul 9 malam itu dilakukan oleh BPPA selepas pihaknya menerima maklumat aktiviti seks songsang itu berterusan walaupun premis itu baru diserbu tidak sampai sebulan lalu.
“Maklumat mendedahkan aktiviti seks songsang kumpulan gay yang turut membabitkan segelintir pelajar berterusan di spa itu walaupun pemeriksaan demi pemeriksaan dilakukan,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Menurut beliau, hasil serbuan terbaru itu mendapati empat daripada 30 lelaki yang berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan itu beragama Islam.
PANAS : APA KATA PENCACAI UMNO???SELAGI HUDUD TAK DILAKSANAKAN, INILAH YANG AKAN KITA SAKSIKAN TIAP-TIAP HARI
GEMPAR BERAPI : ‘Toyol’ masjid kena cekup
RAUB - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai mencuri wang milik salah seorang jemaah Masjid Tengku Abu Bakar, kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Superin-tendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, seorang remaja berusia 19 tahun meletakkan begnya yang berisi dompet dan wang tunai RM200 di ruang solat wanita.
Menurutnya, lebih kurang jam 8.50 pagi itu, mangsa ke tandas sebelum masuk semula ke dalam masjid dan mendapati beg pakaiannya terbuka dan dompet telah tiada.
“Mangsa sempat bertanyakan beberapa individu yang berada di sekitar masjid dan pihak pengurusan masjid juga mendapat makluman awal berkaitan kes kecurian itu.
“Berdasarkan maklumat orang ramai, suspek berjaya ditahan di Perhentian Bas dekat Pusat Perdagangan Raub,” katanya.
Wan Mohd Samsudin berkata, siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Serendah, Selangor itu menyimpan wang RM200 dalam dompetnya.
Katanya, suspek bertindak mengeluarkan wang dan membuang dompet mangsa ke dalam salah sebuah pasu di masjid berkenaan.
“Suspek juga menunjukkan sendiri lokasi dompet mangsa yang dibuangnya dan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya didapati negatif.
“Suspek pernah bekerja sambilan di sebuah kedai makanan dekat Bandar Raub dan difahamkan baru sahaja berhenti kerja,” kata Wan Mohd Samsudin.
Beliau berkata, pada malam sebelum kejadian, suspek dipercayai baru sahaja sampai dari Serendah dan tidur di masjid itu.
Katanya, suspek mendakwa melakukan perbuatan mencuri itu kerana ingin dijadikan tambang bas untuk pulang semula ke kampungnya di Serendah.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan dan orang ramai perlu sentiasa berhati-hati termasuk ketika berada dalam kawasan masjid atau surau supaya menjaga barangan berharga termasuk wang dan telefon bimbit,” katanya.
Sementara itu, tindakan suspek memulangkan semula dompet yang diambilnya dalam beg pakaian mangsa akhirnya memerangkap dirinya sendiri.
Imam Dua Masjid Tengku Abu Bakar, Abd Rahman Mohd Ali berkata, ketika kejadian beliau sedang memeriksa alat pembesar suara dalam masjid itu.
Menurutnya, pada masa itu dia terlihat seorang remaja lelaki mencampak dompet ke dalam sebuah pasu di penjuru masjid berhampiran tempat wuduk dan tandas wanita.
“Pada waktu itu saya menggunakan mikrofon untuk menguji sistem bunyinya dan sempat saya menjerit sebagai respons apabila melihat perbuatan remaja itu.
“Orang ramai juga keluar dari premis berdekatan dan sempat melihat kelibat suspek melarikan diri keluar dari kawasan masjid menuju ke bandar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Abd Rahman berkata, dia sempat menceritakan kepada anggota polis berdekatan tentang kejadian berkenaan dan menerangkan ciri-ciri fizikal remaja itu.
“Dalam masa singkat sahaja, polis dapat mengesan kedudukan lokasi suspek ketika itu dan berjaya memberkasnya,” katanya.
GEMPAR BERAPI : Jubah bayaran ke ranjang
BERKAS...sebahagian GRO ditahan di sebuah pusat hiburan di Pudu, semalam.
Bagaimanapun, pelanggan perlu membayar RM1,000 sebelum berhak menyarungkan jubah itu kepada GRO yang turut ditabalkan sebagai ‘Queen of the Night’ dan sebagai balasan, GRO berkenaan menjadi milik pelanggan terbabit untuk dibawa ke ranjang.
Taktik terbaru itu terbongkar selepas sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat ( D7 ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menyerbu sebuah pusat hiburan haram di bangunan Menara PGRM di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan kira-kira 2 pagi itu, seramai 37 wanita tempatan serta seorang warga Vietnam dipercayai pelacur ditahan ketika sibuk melayan pelanggan masing-masing.Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, semua yang ditahan berusia antara 17 hingga 50 tahun.
PANAS : ALAHAI, TAK HABIS-HABIS CERITA CAMNIE..INILAH AKIBATNYA APABILA UMNO MEMERINTAH..TOLAH UMNO, SEJAHTERA MALAYSIA
GEMPAR BERAPI : ISTERI CURANG BERZINA DENGAN LELAKI 14 TAHUN
Seorang ibu anak dua yang telah diberkas ketika sedang melakukan hubungan seksual bersama dengan kekasihnya seorang pelajar yang berusia 14 tahun, kini dihukum penjara 3 tahun.
Susanne Divers, 25, ditemui di atas katil bersama remaja berkenaan apabila suaminya pulang ke rumah secara tiba-tiba.
Wanita itu dipercayai telah menjalinkan hubungan dengan remaja berkenaan sejak tahun lalu dan telah mula melakukan hubungan seks secara rahsia sejak dua bulan lalu.
Remaja lelaki berkenaan yang tidak dapat disiarkan namanya atas alasan undang-undang, dipercayai sangat gembira dengan 'hubungan terlarang' itu dan mengumumkan secara bangga kepada rakan-rakannya di facebok : "I've got the best girl in the world" (saya sudah dapat wanita yang terbaik di dalam dunia). Divers mengaku bersalah terhadap 8 kesalahan melakukan aktiviti hubungan seksual di antara 28 Disember 2009 dan 2 Febuari tahun ini.
Wanita itu menangis terisak-isak dalam kandang tertuduh apabila mendengar hakim membacakan hukuman penjara selama 3 tahun di Mahkamah Leicester Crown.
Semasa membacakan hukuman hakim John Milmo memberitahu bahawa wanita itu curang kepada pasangannya "Secara terang-terangan".
Hakim berkata "kamu masih meneruskan hubungan seks untuk kali yang ke sembilan, dan kamu hanya berhenti melakukannya apabila mendapat amaran dari polis"
"Suami kamu pulang ke rumah dan mendapati kamu berdua di dalam keadaan telanjang bulat, bersama (remaja tersebut) menindih di atas kamu"
"Kamu berlaku curang kepada pasangan dengan cara yang agak terang-terangan"
PANAS : KAT MALAYSIA LAGI BANYAK SELAGI HUDUD TAK DILAKSANAKAN..TOLAK UMNO, MALAYSIA TENTERAM
GEMPAR BERAPI : SKANDAL MENTERI TERBONGKAR
Saudara Pengarang,
SAYA, Chung Su Li, menujukan surat terbuka ini kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penguatkuasa di Malaysia agar memantau kegiatan subversif iaitu pemberian kerakyatan songsang kepada warganegara India di Sabah.
Siasatan saya mendapati seramai lebih kurang 100 orang warga India di Sabah dan lebih kurang 1,500 di Semenanjung Malaysia telah berjaya mendapat Kad Pengenalan dengan membayar sejumlah wang di antara RM 30,000 sehingga RM 75,000 kepada sindiket yang mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia.
Saya mewakili majoriti suara rakyat Sabah ingin menarik perhatian kerajaan yang sedang berusaha untuk mencari dalang-dalang dalam aktiviti menjual IC kepada warga asing, terutama daripada India, Pakistan, Indonesia dan Filipina.
HEBAT....Skandal IC Projek terbaru masih menggunakan Modus operandi yang sama iaitu laporan kehilangan kad pengenalan.
Aktiviti membuat IC mengunakan wang telah mula menjadi-jadi di Sabah setelah seorang yang bernama Nasir Bin Yusof berjaya mendapatkan IC untuk dirinya pada awal tahun 2011.
Nasir Bin Yusof atau Latiff, yang berasal daripada RegunathaPatti, Tamil Nadu, India datang ke Malaysia dengan mengunakan Visa Tukang Masak di sebuah Restoran India.
Beliau kemudiannya telah berjaya membuka beberapa kedai sendiri di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Antara bekas Restoran beliau yang terkenal ialah Restoran Salimah berhampiran Hospital Mesra Bukit Padang dan di Terminal Inanam.
Beliau membuka kedai mengunakan nama seorang warganegara Malaysia dan menjalankan perniagaan tersebut sedangkan dia memegang Visa tukang masak pada ketika itu.
PASPORT.....Salinan Pasport India Nasir yang ketika itu menggunakan nama Kader Moideen Latheef. Mustahil Jabatan Imigresen tidak mempunyai salinan kerana beliau mempunyai Permit Kerja sebagai Tukang Masak.
Pada masa itu, beliau mula mengalihkan minat beliau ke bidang lain. Atas sifat-sifat beliau yang berani dan pandai menarik hati dan memikat pegawai kerajaan dengan memberikan suapan tertentu; telah berjaya menjadi agen menguruskan dokumen kepada pekerja asing dan majikan warganegara.
Beliau menjalankan tugas khas ini sedangkan pada hakikatnya beliau hanya seorang tukang masak di kaca mata undang-undang, mengatasi Agensi Pekerjaan Swasta dan Agensi Kerajaan yang mempunyai potfolio mengeluarkan dokumen pengenalan diri.
Latiff mula menjual satu demi satu kedai beliau apabila perniagaan haramnya mula maju. Beliau tidak perlu sakit kepala lagi memikirkan tentang apa juadah yang perlu di masak di kedainya. Beliau juga tidak perlu membayar cukai perniagaan dan pendapatan. Beliau mula memberikan perhatian yang serius dalam aktiviti agen tersebut kerana sudah terkenal di Sabah.
Mengikut pemerhatian saya, beliau keluar masuk hampir setiap hari di Jabatan Imigresen Sabah (JIS). Beliau akan datang biasanya waktu petang dengan membawa beg berisi pasport dan sampul surat berwana coklat. Beliau akan terus berjumpa dengan pegawai yang diperlukannya dan mendapat layanan istimewa.
Kenapa perkara ini boleh terjadi? Latiff telah pun membeli dua organisasi penting iaitu Jabatan Imigresen Sabah (JIS) dan Jabatan Pendaftaran Sabah. Beliau merasuah hampir semua kakitangan JIS bermula daripada sumbangan sarapan pagi, makan tengah hari, minuman, alat solek, peralatan rumah dan kredit telefon bimbit. Jika disemak telefon bimbitnya, sudah tentu terdapat nombor telefon semua pegawai pegawai tinggi kerajaan terutama Imigresen, JPN dan Polis.
Latiff akan menguruskan visa pekerja asing dengan bayaran bermula daripada RM600 sehingga RM 1,000. Majikan lain yang cuba berurusan sendiri di kaunter akan mengalami pelbagai kerumitan dan kelewatan serta syarat yang sangat ketat.
Pegawai JIS tanpa segan silu akan mencadangkan kepada majikan untuk bertemu Latiff untuk memudahkan urusan mereka. Ini semua hasil tunjuk ajar Latiff. Namun setakat ini, hanya Pengarah Imigresen Sabah, Mohd Mentek sahaja yang tidak dapat dibeli kerana ketegasan dan prinsip y utuh yang dimilikinya.
Latiff tidak berjaya meraih simpati daripada Mentek yang kental dengan semangat kenegerian dan memahami masalah Sabah. Agensi Pekerja Asing yang berdaftar dengan Pasukan Petugas Khas Persekutuan hanya bermimpi di siang hari untuk mendapatkan layanan serupa dengan Latiff.
SEGERA.....Nasir menjadi pemilih ekpress dengan kad pengenalan yang ada padanya.
Latiff juga membantu orang ramai untuk mendaftarkan pekerja asing mereka secara haram, menguruskan penubuhan syarikat secara haram untuk memastikan warga asing dapat membawa kaum keluarga dan kerabat mereka masuk ke Malaysia melalui visa pegawai dagang.
Beliau juga mempunyai kenalan pengawai yang telah dirasuah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu terutama Pegawai Kanan Imigresen untuk membenarkan pekerja yang mengunakan visa bekerja di Semenajung Malaysia masuk bekerja di Sabah selain menguruskan urusan balik warga asing yang mempunyai masalah Imigresen.
Selain itu, beliau turut membantu orang ramai dengan bayaran tertentu untuk menguruskan dokumen lain seperti urusan membuat sijil nikah dan urusan JPN yang lain. Beliau juga sudah semakin berani apabila menjadi Setiausaha Parti Kimma sejurus mendapat IC Projeknya. Beliau mempunyai ramai kenalan dalam facebooknya terutama ahli Kimma seluruh negara.
Latiff kemudian membuka sebuah kedai setelah memiliki banyak wang, semata-mata untuk menutupi segala aktiviti haramnya. Kedai tersebut ialah JJ One Phone di Lot 57, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.
Dalam kedai ini, terdapat sekurang-kurangnya 50 pasport dalam satu-satu masa. Kedai ini dibuka untuk mengelirukan pihak berkuasa dan menutup mata orang ramai. Namun kedai ini hanya menjadi mesin 'Money Laundering' kerana hanya menjual kredit telefon dan telah memindahkan operasi haramnya ke Asia City, Kota Kinabalu.
Latiff ini berjaya melepaskan diri daripada tindakan undang undang kerana memiliki pengaruh yang kuat serta memiliki keajaiban. Beliau pernah ditahan kerana menipu dalam menurunkan tandatangan seorang majikan setelah pekerja asingnya yang ditahan di Kudat oleh Pegawai Penguatkuasa Imigresen Sabah yang dikenali sebagai Halid. Namun, kes itu ditutup tanpa sebarang tindakan.
Beliau juga berkawan rapat dengan seorang polis yang bernama Ayub kerana Ayub mengenali hampir semua polis berpangkat tinggi di Sabah kerana dahulunya mempunyai sebuah kedai runcit dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kepayan.
Dengan Ayub, semua kawan beliau terutama orang India boleh keluar daripada tahanan dengan mudah tanpa sebarang kerumitan. Selain itu, di setiap pusat tahanan terutama di Kimanis Papar, Latiff mempunyai orang untuk mengeluarkan sesiapa saja yang ditahan dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap seorang dan wang tersebut akan dikongsi bersama pegawai yang terlibat.
Pendedahan saya ini khas untuk menekankan bagaimana Latiff, seorang warga India yang telah lahir semula di Malaysia dan menjadi Warganegara Malaysia seterusnya menjadi salah satu kepala dalam membuat IC di Sabah.
Mengikut rekod, Latiff atau nama asalnya, Kader Moideen Latheef yang mengunakan Passport India bernombor E3171231 yang sah sehingga 08.10.2012 dan visa juga sah sehingga hujung 2011 dengan tarikh lahir dalam pasport 10 Oktober 1972.
Kini beliau tidak lagi menggunakan pasport India setelah mendapat resit kad pengenalan Malaysia 620605-12-6421 dengan identiti dan nama baru iaitu Nasir Bin Yusof dan tarikh lahirnya di kebelakangkan pada 05 Jun 1962. Perkara ini sangat jelas menunjukan berlaku banyak penipuan yang dilakukan oleh Latiff. Bagaimana beliau boleh tua 10 tahun dalam IC berbanding Pasport beliau?
Siapakah Nasir Bin Yusof ini sebenarnya? Adakah orang yang telah meninggal atau pun orang yang tidak menuntut ICnya? Ini bukan fitnah. Saya sertakan salinan pasport dan semakan daftar pemilih beliau.
Saya percaya bahawa Tuhan akan meninggal bukti bagi menumpaskan semua kejahatan di dunia ini. Bukti yang saya berikan sangat jelas. Namun, bagaimana pula Latiff ini berjaya memiliki IC ini?
Adakah hal ini seperti yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Bin Omar baru-baru ini? Apa pun saya akan memberikan serba sedikit maklumat mereka yang terlibat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk menyiasatnya.
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang macam Latifflah yang menyebabkan desakan terhadap RCI terus dilaungkan oleh rakyat Sabah. Saya berpendapat, penahanan beberapa individu yang saya berikan ini akan mencari penyelesaian masalah IC di Sabah.
Latiff ini berjaya mendapatkan IC beliau melalui pertolongan Datuk Haji Jaffaer Henry, bekas Pengarah JPN Sabah melalui bantuan Suzina Binti Mohd Rahfee. Puan Suzina mempunyai hubungan rapat dengan Latiff. Latiff sentiasa mengambil dan menghantar Puan Suzina apabila pergi atau balik daripada mana-mana urusan di luar negeri terutama daripada Kuala Lumpur dan Labuan.
Selain itu, Latiff sentiasa mengunakan kereta Puan Suzina apabila dia tiada di Sabah. Latiff juga menyediakan semua keperluan rumah kepada Puan Suzina. Saya hairan bagaimana Puan Suzina yang bergred KP 27 yang juga baru mengangkat sumpah sebagai Penolong Pegawai Pendaftaran pada tahun 2009 dan menerima penempatan baru di JPN Kota Kinabalu boleh menandatangani resit laporan kehilangan kad pengenalan pada tahun 2004 dan 1996?
Beliau yang baru mengangkat sumpah untuk bertugas di JPN Kota Kinabalu pada 28 Mei 2009 bertempat di 'The Regency, Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson berjaya menyediakan semua dokumen secara sempurna untuk mendapatkan IC kepada Latiff; tetapi tidak berjaya membuatnya tanpa meninggalkan bukti kukuh.
Selepas berjaya mendapatkan IC, Latiff melihat perkara ini daripada sudut perniagaan. Beliau ingin mengaut keuntungan besar dengan menjual IC seperti ini. Beliau kemudianya mencari jalan dan beliau mula bersekongkol dengan rangkaian Musakkar Bin Abdullah (Kadersha) yang juga memiliki ‘IC MASIH PANAS’ yang maklumatnya disertakan bersama ini.
Rangkaian Musakkar ini terdiri daripada beberapa orang daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka diketui oleh Abdul Rahman bin Md Noor (Gred 42) Ketua Unit Khas Sabah (KUS) di Putrajaya; diikuti Puan Farrah Izanni Binti Mohamad Ismail, Penolong Pengarah Unit Khas Sabah; Md. Solehan bin Omar, Pengarah Bahagian; Ruslan Bin Alias, Penolong Pegawai Pendaftaran; Susilan dan Puan Sulaiha dan beberapa pegawai di Bahagian Kad Pengenalan.
Mereka menerima permohonan Kad Pengenalan seperti ini hanya daripada Latiff, Musakkar dan beberapa orang lagi. Mereka akan meminta menyediakan butiran serta gambar dan kemudian mereka akan diberikan resit IC, Sijil Lahir dan seterusnya Maykad berserta dokumen lain oleh pegawai di atas.
Saya tidak mengenali semua pegawai tersebut, akan tetapi semua mereka ini benar-benar terlibat. Saya tiada memiliki bukti lain selain daripada ini. Namun, saya yakin dengan bantuan semua individu tersebut, Latiff berjaya mendapatkan IC seseorang yang telah mati ataupun yang tidak dituntut oleh pemohon.
Kejayaan Latiff ini berjaya menambah ahli rangkaian dan agen di Sabah. Latiff kemudian bertukar menjadi salah satu ahli rangkaian ini dengan harapan dapat menguat untung yang besar. Rangkaian ini kemudian di sertai oleh Salim Khan Bin Kaboor dengan IC bernombor 681012-12-5123 iaitu pemilik sebuah restoran terkenal di Sabah iaitu Restoran Salim, di Lintas Plaza, Kota Kinabalu.
Setelah beliau berkahwin kali kedua, beliau telah jatuh dalam perniagaan dan setelah mula berniaga IC, beliau kini sudah naik semula dan semakin kaya. Rangkaian ini kemudian berjaya mendaftarkan seramai 100 orang setakat ini di Sabah dan di Semenanjung 1,500 lebih.
Semua orang yang telah meninggal di Semenanjung Malaysia telah lahir semula dengan bantuan pendekar-pendekar yang baru wujud di Sabah ini. Adakah ini zaman batu atau zaman moden? Salim dan Latiff sentiasa menjemput Rahman apabila sampai di Sabah dengan menyediakan semua kemudahan termasuk hotel mewah dan sebagainya. Perkara ini amat merisaukan saya dan seluruh rakyat Sabah.
IC yang dimiliki oleh Latiff telah dibuat sebegitu sempurna tanpa boleh dipertikaikan lagi. Siap dengan salinan laporan kehilangan kad pengenalan yang kononnya pernah hilang pada 12 Mac 2004 dan 30 Disembet 1996 yang ditandatangani oleh Puan Suzina yang saya sertakan sekali dengan laporan saya ini.
Namun dengan kuasa tuhan, saya telah menjumpai beberapa kelemahan dalam laporan ini kerana nama penuh dalam laporan ini ialah Nasir @ Lathiep Bin Yusuf yang mana sangat berbeza dengan IC beliau. Adakah Puan Suzina ini bekerja dari tahun 1997 sehingga 2011 dalam satu bahagian yang sama dalam JPN Kota Kinabalu atau beliau baru ditempatkan di Kota Kinabalu pada Mei 2009? Adakah perkara ini boleh masuk akal?
Latiff mempunyai dua orang adik beradik lagi di Sabah yang mana salah satunya berada di Papar dan tidak mempunyai IC dan salah satunya yang bernama Peer Mohammad Bin Kadeer dengan no Maykad 600323-12-5465. Adik beradik satu bapa tetapi dibinkan kepada orang lain. Tidakkah pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini?
Seorang lagi agen khas untuk pekerja asing India yang terlibat dalam rangkaian ini ialah Musakar Bin Abdullah dengan IC No 620305-12-5961. Jika meneliti kisah Musakar, beliau ini boleh dianggap sangat berbahaya dan saya memiliki beberapa dokumen untuk membuktikan bahawa IC Musakar ini baru di beli.
Beliau datang daripada India mengunakan Visa Tukang Masak untuk Kedai Kopi Farvin Inanam yang dijamin oleh Majikannya, Aziz Bin Kasim. Kemudian Aziz telah membatalkan visa tersebut dan menghantarnya balik ke India. Salinan tersebut turut disertakan. Beliau kemudiannya balik ke Malaysia dengan jaminan seseorang lagi.
Beliau kemudian membuka sebuah kedai barang-barang aneka kecil di belakang kedai Farveen Curry House berhampiran Shell, Kampung Air Kota Kinabalu. Seratus peratus barang dalam kedai ini ialah barang curi yang dibekalkan oleh sindikit tertentu dan menjadikan tingkat atas kedai beliau tempat menyimpan barang atau stor.
Kemudian beliau akan menjualnya di kedai tersebut. Pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini dengan lebih lanjut lagi. Tambahan pula, nama Musakkar ini sewemangnya nama bukan India. Tentu sekali, Mykad ini milik rakyat Malaysia atau Indonesia.
Musakkar datang ke Malaysia dengan nama Kadersha Mydeen atau nama gelaran Katta Kaja dengan pasport India bernombor A7754373. Kemudian beliau membuat IC dengan bayaran RM 30,000 melalui rangkaiannya. Beliau berasal daripada Asoor, Trichy, Tamilnadu dan pasportnya sah sehingga 5 Mei 2009.
Beliau kini sudah membuka restoran sendiri di hadapan kedai barang anekanya dengan nama Restoran Farveen Curry House bertentangan Shell Kampung Air. Pada asalnya, beliau hanya bekerja di situ. Apabila berjaya mendapat untung yang banyak daripada penjualan IC, beliau terus membeli kedai tersebut dan menjadikan ia miliknya. Kegiatan Kadersha ini boleh mengancam keselamatan Negara kita.
Kadersha ini pada asalnya bekerja bersama Aziz bin Kasim. Atas kebiadapan terhadap Majikannya dan melakukan kesalahan Imigresen, beliau ditahan oleh Jabatan Imigresen Sabah yang ketika itu laporan ini dibuat oleh Aziz di pejabat lama di Wisma Dang Bandang, Kampung Air.
Semasa dalam tahanan, Aziz telah membatalkan visanya dan membeli tiket penerbangannya untuk balik ke India. Salinan tiket tersebut turut disertakan. Namun, Kadersha berjaya keluar daripada tahanan dengan bantuan seseorang.
Beliau kemudian membuat muslihat dan tinggal di Sabah. Sekarang ini beliau kembali ke Malaysia dan berjaya membeli Restoran majikannya sendiri. Fakta ini benar sekali, pihak berkuasa boleh menghubungi bekas majikannya, Aziz bin Kasim di talian 016-8105XXXX (nombor sebenar sila email ke Sabahkini) untuk maklumat lanjut.
Selain itu, satu kes yang masih dalam siasatan di Balai Polis Lama Kota Kinabalu terhadap Kadersha mengenai cek tendang yang dilaporkan oleh Aziz Bin Kasim, bekas majikannya. Baru baru ini, ada orang yang melaporkan tentang IC Musakkar (Kadersha) di Balai Polis Karamusing.
Tetapi kes ini berjaya ditutup olehnya dengan wang ringgit Malaysia. Kadersha juga menyembunyikan dirinya selama seminggu di rumah banglonya yang dibeli dengan wang hasil kerja kerasnya membuat IC di Semenanjung Malaysia sebelum menutup kes ini. SB Mohan daripada Balai Polis Karamusing juga mengetahui hal ini. Dialah yang menguruskan kes-kes India di Kota Kinabalu.
Sehubungan itu, saya mengharapkan satu penyiasatan khas dibuat mengenai hal ini. Saya bersama ratusan rakan saya tidak akan teragak-agak untuk mengumpulkan tandatangan bagi memastikan kerajaan Malaysia menyiasat hal ini dan tidak memberikan sebarang alasan.
Kami mahu IC mereka yang terlibat harus ditarik balik. Kami rakyat Sabah tidak mahu mereka menjadi salah satu pengundi dalam pilihanraya 13 akan datang. Kami mahukan penyelesaian menyeluruh.
Sekiranya kerajaan Malaysia tidak menyiasat dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas semua suspek ini, maka kami akan meminta bantuan pembangkang untuk menuntut penyiasatan ke atas isu ini yang kami kira amat penting untuk kami warga Sabah. Kami hilang punca pendapatan angkara warga asing seperti Latiff dan Kadersha yang diberikan IC.
Saya berharap agar agensi kerajaan yang terlibat menyiasat hal ini serta merta sebelum pilihanraya akan datang. Penerima IC seperti ini harus dibuang dahulu. Mereka tiada hak memegang kad pengenalan Malaysia.
Pendedahan saya ini membantu kerajaan untuk mengesan individu yang bersalah dan seharusnya inilah peluang yang baik kepada kerajaan Malaysia untuk membersihkan nama daripada dakwaan pembangkang.
Apa pun jutaan rakyat Sabah akan menantikan berita gembira tentang dalang-dalang dan pemegang IC ini ditangkap secepat mungkin. Kami menaruh harapan pada kerajaan yang kami sanjung selama ini. Kami sentiasa menantikan langkah daripada kerajaan selepas ini dengan harapan yang besar.
Penuntutan pembangkang untuk menubuhkan RCI akan terjawab dengan tertangkapnya rangkaian ini. Maklumat ini saya kumpul daripada agen-agen SAH di Sabah dan orang ramai. Selepas penahanan rangkaian ini, Ini kalilah, terjawabnya semua misteri di sebalik desakan penubuhan RCI. Apabila berita ini diketahui oleh mereka, tentu mereka akan bersembunyi dan keluar selepas keadaan baik semula. Tapi ingat, kami tidak akan biarkan rangkaian ini berleluasa sampai bila-bila pun.
Kami tidak mendedahkan identiti kami seperti nombor telefon selengkapnya kerana risau tentang keselamatan kami. Semua yang terlibat amat berbahaya. Pegawai kerajaan juga dikira amat takut dengan mereka ini. Namun jika diperlukan, bukan saya seorang yang akan tampil nanti, ribuan orang yang menyokong saya dalam hal ini akan tampil ke hadapan.
Saya harap kerajaan mulakan dahulu penyiasatan. Semua bukti kukuh telah saya berikan. Tiada satu pun tuduhan saya ini boleh dianggap fitnah. Kami sedang mengumpulkan nama-nama dan biodata mereka yang baru sahaja membeli IC daripada rangkaian ini dan akan didedahkan kemudian hari.
Sedangkan masih ramai pemegang kad bunga raya di Sabah akibat daripada kelewatan JPN menguruskanya yang berpunca daripada kekurangan maklumat, bagaimana kerajaan boleh bertindak mengeluarkan IC berbayar seperti ini yang seratus peratusnya haram?
Sekian, Terima Kasih,
GEMPAR BERAPI : ARTIS BERAYA KELAB MALAM??
Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah (32) ditangkap beraya bersama rakan-rakannya
di kelab hiburan beberapa hari lalu. Mesti anda tahu pasal isu khalwat yang sekarang ini masih belum selesai
bukan?
Kini timbul pula isu liar beliau berseronok di kelab malam. Menurut sumber, yang mendakwa adalah rakan
Beego gambar di bawah ini diambil sekitar minggu lalu. Harapnya ini muka pelanduk dua serupa entah timbul
dari mana.
Langgan:
Catatan (Atom)