muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 30 Ogos 2012

GEMPAR : REMAJA MAKI MAK AYAH DI FACEBOOK

GEMPAR BERAPI : TANGAN PUTUS DITETAK PERAGUT.MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT



KOTA BHARU - Seorang wanita ditimpa malang apabila pergelangan tangan kirinya hampir putus akbiat ditetak penjenayah ketika dia berusaha menyelamatkan beg tangannya daripada diragut di hadapan sebuah jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab disini semalam.

Kejadian pada pukul 1.20 petang itu berlaku ketika mangsa Rohairani Abdullah 36, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik di sini baru keluar dari kereta untuk ke kedai tudung.

Ketika ibu kepada dua orang anak itu berjalan ke kedai, beg tangannya tiba-tiba diragut seorang lelaki sebelum penjenayah itu menetak bertubi-tubi tangan mangsa yang enggan melepaskan beg tersebut.

Seorang penjual tudung, Hidayah Daud, 21, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dia melihat peragut itu cuba menarik beg tangan mangsa manakala seorang lagi lelaki menunggu di atas motorsika Honda EX5 di tepi jalan kira-kira tiga meter dari lokasi mula-mula mangsa diragut.


"Tindakan mangsa yang enggan melepaskan beg tangannya menyebabkan peragut itu marah lalu menetak tangan mangsa lebih tujuh kali," kata saksi itu.

Menurut gadis itu, kejadian selama tiga minit itu menyebabkan orang ramai yang lalu lalang tergaman, panik dan hanya mampu menjerit kerana takut melihat tindakan kejam penjenayah itu.

"Peragut yang berputus asa kemudian meninggalkan wanita itu tanpa dapat meragut beg tangan mangsa," kata Hidayah sambil memberitahu dia juga takut untuk membantu mangsa kerana penjenayah itu bersejatakan parang. Ekoran kejadian itu, kawasan tersebut dipenuhi darah yang meleleh daripada tangan mangsa yang cedera.

Katanya, kira-kira 15 minit kemudian ambulans tiba untuk membawa mangsa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) dekat sini bagi mendapatkan rawatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistem Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Menurut beliau, mangsa mengalami kecederaan serius iaitu ada antara luka tersebut sedalam 38 sentimeter manakala urat pergelangan tangan kiri mangsa juga putus.

Sehingga malam tadi peragut berhati haiwan itu belum ditangkap manakala kecederaan tangan mangsa belum dapat diketahui statusnya. - Kosmo Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...