muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 9 Oktober 2012

IMAM HANAFI SANGAT HORMAT GURUNYA SEKALIPUN BANGSA YAHUDI...



"Tuan guru, bukankah lelaki itu bangsa Yahudi?mengapa tuan begitu hormat kepadanya hingga berdiri bila menyambut kedatangan?,"tanya salah seorang anak muridnya. 

"Dia guru saya kerana itu saya menghormatinya,"jawab Imam Hanafi. 

"Apakah tuan pernah berguru dengan lelaki Yahudi itu,"tanya seorang lagi dengan rasa hairan. 

Menurut Imam hanafi suatu hari dia hendak mengetahui bilakah masa seekor anjing itu cukup umurnya? . Kebetulan lelaki Yahudi banyak memelihara anjing. Lalu beliau bertanyakan perkara itu. 

"Lelaki itu memberitahu saya, seekor anjing itu cukup umurnya apabila sudah kencing berdiri. Sesiapa sahaja yang mengajar saya walau satu ilmu , dia adalah guru saya,"kata Imam Abu Hanifah.

Menurut Imam Abu Hanifah lagi , beliau berguru seramai kira-kira 4,000 orang, 200 diantaranya adalah ulama dan 7 orang sahabat rasullulah . Antara mereka adalah Anas bin malik, Abdullah bin Abbas,Abdullah A'raj, Amru bin Dinar,Thalhah bin Nafi', Nafi' Maula Ibnu Umar,Qotanah bin Di'amah,Qois bin Muslim, Abdullah bin Dinar,Hamad bin Abi Sulaiman,Abu Ja'far al-Baqir,Ibnu Sihab az-Auhri, Muhammad bin Munkandar, dan masih ramai lagi ulama terbilang yang pernah menjadi gurunya. 

"Diantara guru-guru itu siapakah yang paling tuan sayang?tanya seorang pelajarnya. 

"Semua guru saya sayang dan hormat. Tetapi yang paling saya kagum adalah guru yang menjadi sahabat nabi Muhammad saw seperti Abdullah bin Abbas,Abdullah bin Mas'ud dan ain-lain lagi.Mereka mendapat didikan langsung daripada Rasullulah saw,"jawab Imam Abu Hanifah. 

"Bagaimana pula dengan Imam Hammad?,"tanya yang lain pula. 

"Beliau guru saya yang paling rapat,"jawab Imam Abu Hanifah. 

Kemudian katanya lagi,"Saya pernah dijemput datang ke Kota Basrah bagi satu majilis ilmu . Guru saya Imam Hammad sangup menemani saya. Sebelum sampai ke sana saya yakin dapat menjawab apa sahaja soalan yang dikemukan orang ramai. Tetapi saya silap.Apabila ditanya suatu masalah mengenai ilmu fikah saya tidak dapat menjawabnya. Mujur guru saya , Imam Hammad yang mahir dalam ilmu fikah ada bersama. Melalui dia saya dapat menjawab soalan itu. Semenjak itu saya tidak mahu berpisah dengan Imam Hammad selama 10 tahun bagi mempelajari ilmu fikah."

"Tuan guru , berilah kami nasihat,"kata Ibnu Hajar pula. 

"Ilmu Allah itu amat luas. Sekiranya air laut dijadikan dakwat dan daun-daun kayu dijadikan kertasnya pasti tidak cukup bagi menulisnya. Kerana itu kita perlu terus menuntut ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad,"kata Imam Abu Hanifah.

Kemudian dia memberi nasihat kepada anak-anak muridnya supaya menuntut ilmu sebanyak-banyaknya dan jangan berpuas hati cuma dengan sedikit guru. 

Selesai mengajar , Imam Abu Hanifah pergi ke kedainya. Dilihatnya lelaki Yahudi itu masih berada disitu menunggu kedatangannya. Dengan wajah gembira,dia menunjukkan baju yang hendak dibelinya. 

"Saya berkenan dengan baju ini dan mahu memakainya. Tetapi saya tidak cukup duit bagi membelinya,"kata lelaki Yahudi itu. 

Imam Abu Hanifah mengambil baju itu lalu menyerahkannya kepada lelaki yahudi itu sambil berkata,"Saya hadiahkan baju ini kepada tuan yang pernah mengajar saya satu ilmu."

"Saya sendiri sudah lupa apakah ilmu yang pernah saya ajarkan kepada kamu?,"kata lelaki yahudi itu pula. 

"Mengenai bilakah cukup umur bagi seekor anjing . Tuan mengatakan apabila anak anjing itu pandai kencing berdiri. Bagi saya itu satu ilmu dan tuan adalah guru saya walaupun mengajar satu ilmu,"jawab Imam Abu Hanifah. 

"Sekiranya begitu, giliran saya pula berguru dengan kamu. Mulai esok bolehkah saya menyertai orang ramai bagi mendengar ajaran kamu,"tanya lelaki Yahudi itu pula. 

"Boleh....,"jawab Imam Abu Hanifah. 

"Cuma saya bimbang dimarahi orang ramai kerana belum islam,"kata lelaki Yahudi itu. 

"Saya akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai kehadiran kamu. Usah bimbang kerana tiada siapa yang akan menggangu,"kata Imam Abu Hanifah pula. 

Lelaki Yahudi itu gembira dan berjanji akan datang mendengar majlis ilmu yang disampaikan Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah juga gembira sambil berdoa kepada Allah semoga lelaki Yahudi itu mendapat hidayah . 

Petikan : 
Buku "Imam-Imam yang Benar"
Halaman 104-105 

GEMPAR BERAPI : SAYA CUMA BERSENAM DALAM KELAB JE!!!




Jangan pulak Si Hanes Suraya ni gunakan alasan yang sama macam Si Nabila tu sudah la!!! Kalau dah buat salah tu, mengaku je. Jangan bagi alasan yang bukan - bukan pulak!!!
Pelakon yang kini kian melonjak naik, Hanez Suraya enggan berselindung lagi mengakui bahawa dirinya dahulu seorang yang liar, namun kini dia telah berubah dan menganggap apa yang dilakukannya itu adalah satu pengajaran yang berguna buat dirinya.

Hanez kembali terpalit dengan kontroversi apabila gambar-gambarnya berpelukan dengan beberapa orang lelaki kembali tersebar di beberapa blog hiburan tempatan baru-baru ini.

“Saya mengaku dahulu saya agak liar. Pada waktu itu, usia saya masih muda dan masih belum boleh berfikir apa yang betul atau salah. Namun zaman itu telah berlalu dan saya kini sudah pun berubah.

“Gambar itu sudah lama. Ia diambil lima tahun yang lalu. Setiap tahun gambar ini pasti akan menimbulkan kekecohan. 

Saya sendiri pernah memberi penjelasan empat tahun yang lalu. Oleh itu saya tidak cepat melatah apabila ia kembali hangat diperkatakan,” ujar aktres berusia 27 tahun ini.

Tambahnya lagi, gambar tersebut kembali disebar mungkin kerana ada pihak yang iri hati, walaupun mengakui dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun sebelum ini.

“Saya tidak nafikan mungkin ada pihak yang tidak suka atau iri hati dengan hubungan saya bersama Awi Rafael. Oleh itu mereka cuba untuk menjatuhkan kami, tetapi itulah yang membuatkan ikatan hubungan kami bertambah kuat. 

Namun saya tetap ingin memohon maaf andai saya ada terkasar atau tersalah dengan sesiapa pun,” jelasnya ketika ditemui pada majlis sidang media drama “Dalam Hati Ada Taman” di Flora CafĂ©, Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

GEMPAR BERAPI : ROH SI MATI DI HIBURKAN DENGAN PENARI WANITA


Beberapa wanita Taiwan yang bekerja sebagai penari separuh bogel, membuat persembahan di atas pentas untuk menenangkan roh si mati yang disaksikan penonton lelaki, wanita dan kanak-kanak pada satu festival keagamaan.

"Saya perlu melakukannya untuk meneruskan hidup," kata salah seorang wanita itu En En seperti dilaporkan agensi berita AFP semalam.

En En, 18, hanya memperoleh pendapatan sebanyak AS $100 (RM307) untuk setiap aksinya.

Beberapa penonton lelaki akan memberikannya wang jika mereka menyentuh tubuh penari itu.

Seorang lagi wanita, Chiang Pei-ying mengembara ke serata Taiwan bersama bapa dan dua beradiknya untuk menghiburkan penonton serta roh si mati.

Seorang pegawai di Kuil Wu Fu, Chen Chung-hsien berkata, kumpulan penari itu menjadi daya penarik untuk orang ramai pada festival tersebut. 

Kuil itu mengamalkan ajaran Taoisme.Ia merupakan ajaran agama dan falsafah yang berdasarkan doktrin Lao Tze pada abad keenam Sebelum Masihi.

Ajaran itu menganjurkan agar manusia menjalani kehidupan yang sederhana dan jujur sesuai dengan kehendak alam.[kosmo]

PANAS : 6 aktiviti kaum wanita yg selalu dilakukan dlm toilet



6 aktiviti kaum wanita yg selalu dilakukan dlm toilet [lelaki jgn baca]

Menurut survei marketing research StrategyOne, 41 % orang bergosip, 30 % tentang pekerjaan, 20 % berbincang kehidupan seks, dan 16 % membuka kisah cinta mereka.
Survei oleh Georgia-Pacific (pembuat tisu Quilted Northern) ini melibatkan hampir 1.300 lelaki dan wanita berusia 18-64 tahun.
Dari survei tersebut, disimpulkan bahawa toilet bukan lagi sekadar tempat untuk BUANG, tapi sebuah tempat sosial.
Sebanyak 86 % responden mengatakan selalu bercakap hal peribadi, namun 73 % responden sepakat toilet awam sebaiknya tidak digunakann sebagai tempat sosial.
berikut enam hal yang biasa dilakukan perempuan ketika sedang berada di sini.
1. mengumpat tentang hal orang lain.
86 % orang yang disurvei mengakui mereka bercakap apa saja dari kisah asmara di pejabat hingga hal rakan sekerja yang jadi anak emas bos.
Mungkin bilik yang tertutup di toilet itu membuat rahsia2 yang dibualkan menjadi lebih selamat.
Tips: Jika ingin mengumpat orang lain, lakukan di tempat yang lebih baik. mungkin orang yang Anda katakan ada di dalam salah satu bilik itu, atau terbaik: berhentilah mengata tentang orang lain!
2. Mendengar orang yang sedang bergosip.
Masih ada hubungannya dengan hal pertama, sebanyak 57 % dari hal mendengarkan orang yang sedang mengatakan hal-hal buruk tentang rakan kerjanya.
menunggu di dalam bilik kerana ingin menjadi saksi percakapan tadi.
Tips: Jika Anda sedang di dalam bilik dan mendengar orang lain mengumpat, segeralah keluar sebelum mereka selesai berbual.
3. Mencari bilik yang berada kawasan di tengah.
Ini penemuan yg cukup menarik.
Nicholas Christenfeld, PhD, psikologi dari University of California, San Diego, menemui 60 % gulungan tisu toilet paling banyak tercicir di bilik bahagian tengah.
Hal ini menunjukkan bahwa lokasi kesukaan perempuan di toilet adalah yang berada di tengah.
Mengapa demikian? Kerana hal itu tidak perlu menggunakan otak kita dalam membuat keputusan serius, masuk ke bilik kiri atau kanan.
Tips: Bilik mana2 pun yang Anda pilih, pastikan tidak ada tisu, bungkus pembalut, tuala atau apapun tercicir di lantai. Buang dengan cermat di dalam tong sampah.
4. Kadang-kadang, tidak membasuh setelah buang air kecil.
puncanya kerana petugas cleaning service tidak menyediakan tisu yang baru, dan malu untuk meminta tisu pada orang di bilik sebelah. Sebanyak 56 % perempuan yang disurvei mengatakan bahawa mereka tidak suka meminta-minta tisu seperti itu.
Tips: bawalah tisu sendiri bila masuk ke mana2 toilet
5. Berkhayal, Mengelamun dan merokok.
Sesetengah tempat membuat larangan merokok di tempat kerja seperti sekarang, banyak orang mencuri-curi tempat untuk merokok.
Mereka melakukannya mengaku terpaksa, selain itu mereka juga menggunakan waktu untuk mengelamun, melupakan hal pekerjaan untuk sebentar, atau menenangkan hati. dan banyak juga perempuan yang masuk ke toilet untuk menangis!
Tips: merokoklah luar kawasan kerja, dan Anda tidak mengganggu orang lain.
6. membetulkan rambut dan solekan.
dimana tempat perempuan kembali menyapu bedak, maskara, dan lipstik yang sudah luntur, tanpa perhatian orang lain, kecuali di toilet?
Mereka juga menukar pakaian dan membetulkan kembali rambut yang sudah kusut.
Di sesetengah toilet di kafe atau hotel, biasanya disediakan perfume. Inilah sebabnya, perempuan suka sekali berlama-lama di toilet.
Tips: jika toilet sudah penuh, berikan pula tempat untuk orang lain yang juga ingin melihat diri mereka di depan cermin.

GEMPAR : S’gor Umum Ambil Alih Syarikat Tol Minggu Depan, Tol Percuma Januari


INI berita yang baru penulis terima dari sumber yang dekat dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Kerajaan Selangor khabarnya akan membuat pengumuman untuk mengambil alih beberapa syarikat konsesi lebuhraya (tidak dinamakan) yang beroperasi dalam negeri Selangor, minggu hadapan. 

Sumber yang sama juga memaklumkan penulis bahawa pengambilalihan ini akan membuka jalan kepada perlaksanaan salah satu janji begitu ditekankan dalam Buku Jingga iaitu tol percuma di laluan yang dikendalikan semua syarikat konsesi terbabit, bermula pada Januari 2013.
Sama seperti orang lain,maklumat ini pada penulis agak mengejutkan dan nampak tidak masuk akal pada mulanya.
Tapi dengan mengambil kira pegangan kerajaan negeri dalam beberapa syarikat konsesi pengendali lebuhraya sekarang, penulis tidak nampak kenapa kita perlu menolak kesahihan maklumat ini.
Untuk makluman, setakat yang penulis dimaklumkan, kerajaan negeri mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS), Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor - KPS) dan SPRINT (KPS). 
Ditambah dengan syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Mei lalu, agar semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clausekeyakinan penulis bertambah.
Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan – tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi.  Sumber boleh dirujuk disini.
Tanpa dapat disangkal sesiapa, berita ini mampu melonjakkan semula sokongan penduduk Selangor terhadap Pakatan Rakyat.
Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang diketahui sangat membebankan rakyat bandar, tidak kira peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang.  Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja.
Semua inilah yang meningkatkan kos kehidupan rakyat dan Pakatan Rakyat kelihatannya sangat faham dengan keadaan tersebut.
Cuma yang sedikit menimbulkan persoalan ialah kenapa sekarang, kenapa tidak 3 atau 4 tahun dahulu?  Bukankah kalau dilaksanakan lebih awal, ia akan memudahkan lagi kehidupan rakyat dan seterusnya mengesahkan peluang untuk berkuasa semula, bukan sahaja di Selangor tapi silap-silap menawan Putrajaya.
Tak perlulah kita berceramah hampir di setiap ceruk tempat meyakinkan rakyat untuk menerima dasar dan polisi baru Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari BN sekarang.
Bagaimanapun, yang penting ia dapat dilakukan, bak kata peribasa Mat Salleh, better late than never.

PANAS : SINDROM LAMA MEMERINTAH


Inilah penyakit kebal yang terpaksa dihadapi oleh angkatan baru apabila mewarisi satu pemerintahan yang melampau lamanya duduk ditampuk penguasaan. Bukan sistem sahaja yang tertinggal, malah kesempitan minda rakyat juga turut tertinggal. Rakyat bagai mengidap 'trauma' panjang yang perlukan masa untuk pemulihan.

"...Kebelakangan ini, kadang-kadang terasa cepat panas telinga kalau orang Mesir kutuk Mursi sebagai "rajul wehsyah". Sedang dunia luar berbangga dengan Presiden baru Mesir ini. Sebenarnya, rakyat Mesir yang membenci Mursi kerana mereka tidak mendapat maklumat sebenar kehidupan Presiden mereka. Mungkin atas faktor buta huruf atau malas membaca atau kerana terlalu lama dibelenggu dengan penjajah hingga menganggap semua Presiden Mesir bertaraf 'penyamun'.

Memang diakui,mustahil usaha yang dirancang 100 hari untuk membaiki kerosakan yang berlaku lebih 30 tahun. Mursi bukan mewarisi Mesir selepas Gabenor Saidina 'Amru bin Al-'As tetapi selepas generasi-generasi Fir'aun yang melakukan pelbagai fasad dan dosa.

Menteri Kewangan Mesir, Mumtaz Sa'id dalam temubual terbaru dengan sebuah majalah "El-Hiwar" berkata, sejak menjadi Presiden, Dr. Muhammad Mursi tidak pernah menggunakan elaun keraian dan perjalanan dalam lawatan ke luar negara sama ada ke Iran, Amerika, Saudi, China dan Turki. Bahkan sewaktu menziarahi Saudi yang disertai oleh isteri dan anak-anaknya, kesemua mereka menggunakan wang poket sendiri, bermula urusan tiket kapal terbang hingga penginapan,makan dan minum.

Mursi juga masih kekal tinggal di rumah sewa di Tajammuk Khomis dan menolak untuk tinggal di Istana Ittihadiyah, bahkan menjadikan istana-istana Presiden sebagai pejabat rasmi dan pusat aduan rakyat.

Mursi juga membatalkan kenderaan pengiring Presiden yang berjumlah tidak kurang 400 buah pada zaman Mubarak kepada hanya 20 buah dan tidak menutup jalan-jalan raya yang dilaluinya kepada pengguna yang lain.

Sudah memadai ini semua antara kejayaan utama Mursi dalam 100 hari pertama beliau. Ada surat khabar sebarkan berita ini? Tahukah mereka yang membenci Mursi fakta ini?

Benar kata Saidina Ali RA. "Manusia menjadi musuh kepada perkara yang tidak diketahuinya."..."

Ini perlu dijadikan iktibar buat kumpulan baru yang bakal menaiki singgahsana. Strategi dan mekanisma khas perlu di'prepare' supaya sebarang tekanan mudah untuk diserap. Dan usahanya perlu disegerakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...