muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 21 November 2013

[Gambar] Islamic Fashion Festival 2013 Hina Agama Islam..



Nak buat fesyen apa bagai.. Lantaklah hang lah oiii.. Yang dosa 
hang.. Tapi tolong buang perkataan "islamic" tu bole dak? 
Buat malu Islam saja la.. Mereka tu artis.. Ada peminat.. 
Dah tentu perbuatan mereka akan jadi ikutan peminat 
dan orang awam.. Eloklah sangat tu..

Malu bila orang islam sendiri tak tahu maksud islamic.... 
The worst thing is tak tahu nak hormat perkataan ISLAM.. 
Semua yang datang ni majority macam dah nak beransur 
ke senja.. Bukan remaja-remaja belasan tahun lagi.. Kalo 
Halloween sebok nak berpakaian menepati tema.. Ini 
islamic apesal ada yang datang berpakaian tak mencapai
 standard piawai (yang elok sikit dan sedap mata memandang pun).

ISLAMIC FASHION FESTIVAL???

Tapi kenapa memasing pakai baju macam orang bukan islam saja 
makin teruk dah retis-retis malaysia ni
macam ade krisis identiti pulak..


@ ] farahdhiya_fd Me & my pretty BFF @jzjuliana  
#Iff #marriott   1d

[ @ ] izette78 Off to Islamic Fashion Festival Gala 
Dinner #iff#islamicfashionfestival#jwmarriott


Tuala ka nie?
ladydidiemsia Mami as a #muse for IFF 
#Islamicfashionfestival #jwwmarriot #designer 
@hitham_4u @farelmikhail @yusri_ismail #makeupby 
@ferrykarisma




Kompius???

Islamic fashion festival nie tak dak dresscode ka?

Kalau dresscode tak melambangkan islam, jangan 
letak nama Islam kat depan.. Bikin orang non muslim 
kompius dengan cara orang Islam berpakaian..


Ikut Jejak Yatt.. 
@ ] yatthamzah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
This my strength.. This are my sisters..This is blessings 
from Allah..Inilah #teamsucibyyatthamzah 
@SUCIBYYATTHAMZAH tulang belakang saya yang
 banyak membantu dan menyokong saya kala susah senang. 
Tak dilupakan suami tercinta @talib_tyn dan adik2 yg 
tercantik di dunia @wennhhashim @beddhamzah yang 
sanggup bersengkang mata untuk @sucibyyatthamzah 
fashion show IFF..Hanya Allah yg mampu membalas..
Sayang kalian lillahitaala♡   2d


@ ] yatthamzah Sape lg patung? Patung tinggi atau 
patung pendek? Haha.. Cantiknyelaa adik2 saya ni 
@wannidoll @kimmahmud Subhanallah♡ Ya Allah 
penuhkanlah hati kami dengan kasih sayang Mu sesama kami. 
Bantu kami untuk buang yang busuk dari hati kami. Kami 
berlindung hanya padaMu dari godaan syaitan iblis. Have 
a productive Thursday semua♡ #yatthamzah wearing 
@SUCIBYYATTHAMZAH #sucibyyatthamzah #iff #iff2013 
#islamicfashionfestival 


[ @ ] norynaziz Masyaallah... masyaallah... masyaallah..
.alhamdulillah... these girls r my inspirations... beautiful 
gorjessss sisters....luvs u guys @rnadiasabrina @shearasol 
@hasanahilmi #iff2013 #jwmarriot #semalam




Shahrizat pon mai.. 
@ ] zhafyusof ISlamic Fashion Festival #iff 2013 ...
well done @shahrezza61 great beautiful event and 
all the best to you | very pleasant admirable speech by 
Dato @shahrizatjalil #zhafou @fouziahgous   2d

Islamic Fashion Festival? Tak pasti apakah yang cuba 
di ketengahkan oleh penganjur tersebut.. Bincangkan

Semua gambar nie aku cedok dari instagram

sumber

Isu NFC – Mahkamah tolak permohonan suami Shahrizat

shahrizat-mohamad-salleh-cow-nfc-feedlot-tmi_360_249_100KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail untuk membatalkan tuduhan pecah amanah jenayah yang dikenakan terhadapnya.
Mohamed Salleh adalah suami kepada ahli politik terkenal yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Hakim Norsharidah Awang berkata, permohonan itu dinafikan berikutan mahkamah mendapati tiada kecacatan terhadap pendakwaan dan ada kes itu mempunyai asas untuk didengar dalam perbicaraan.
Peguam Harjinder Singh mewakili Mohamed Salleh bagi pihak peguam, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.
Pendakwaan diketuai Dzulkifli Ahmad.
Mohamed Salleh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pecah amanah jenayah dan melanggar Akta Syarikat berkaitan dana persekutuan RM49 juta yang diberikan kepada NFCorp pada 12 Mac tahun lalu.
Tertuduh berusia 64 tahun itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah berkenaan dan dua lagi dakwaan di bawah Akta Syarikat.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohamed Salleh selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium ‘One Menerung’ di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no. 56454 di Mukim Kuala Lumpur.
Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 November 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 409, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda, menurut sumber The Malaysian Insider.

Mohamad Salleh juga didakwa tanpa kebenaran mesyuarat agung menggunakan harta syarikat untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium tersebut, mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000.

Bapak seks dengan anak setiap kali bini tiada di rumah. Anak pula rela!

PETALING JAYA: Lelaki berusia 46 tahun telah mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.

Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.

Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) 'lucah' daripada ayah mangsa kepada anaknya itu.

"Pakcik itu terpaksa meminjam telefon bimbit remaja berkenaan untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.




"Dia sangat terkejut apabila terbaca mesej lucah daripada ayah remaja berkenaan dan segera menyoal siasat mangsa.

"Selepas disoal bertalu-talu, remaja itu akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sejak dia berusia 18 tahun. Dia turut mendedahkan dia rela menjadi pasangan kepada ayahnya dan jatuh cinta dengannya," kata sumber berkenaan.

Pakcik itu akhirnya membawa remaja berkenaan pulang ke rumah dan bersemuka dengan ayahnya dihadapan ibu mereka.

Lelaki berkenaan hanya diam sementara isterinya benar-benar kecewa dengan hubungan terlarang itu.

"Remaja berkenaan turut mendedahkan kali terakhir dia mengadakan hubungan seks dengan ayahnya, Oktober lalu.

"Dia turut berkata ayahnya yang mengusahakan sebuah kedai makan di Kajang, memberinya wang setiap kali mereka mengadakan hubungan kelamin," menurut sumber polis tersebut.

Sumber turut berkata, pada awalnya remaja tersebut enggan membuat laporan polis.

Bagaimanapun, pakcik tempatnya bekerja telah membawanya ke balai polis Kaqjang kerana dia bimbang nasib yang sama akan menimpa adik perempuan remaja berkenaan yang berusia sembilan tahun.

Suspek ditahan reman hingga 26 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376A, Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perbuatan sumbang mahram.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh kenakan hukuman penjara antara enam hingga 20 tahun, dan sebatan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sumber guaman berkata sekiranya ayah mangsa didakwa atas kesalahan berkenaan, remaja tersebut juga akan didakwa di bawah Seksyen 376A.

"Mengikut undang-undang, sekiranya kedua-dua mereka melakukan kesalahan, mereka akan didakwa namun ia bergantung kepada keadaan kes berkenaan.

"Terpulang kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada wanita berkenaan adalah mangsa atau dia juga harus didakwa atas kesalahan yang sama," kata sumber berkenaan.

Di bawah Seksyen 376A, seseorang yang melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mengadakan hubungan seks dengan individu yang mempunyai pertalian darah yang tidak membolehkan mereka berkahwin dengannya mengikut undang-undang, agama dan adat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...