muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Sabtu, 22 September 2012

GEMPAR BERAPI : WAJAH PEMILIK iPHONE 5 PERTAMA DI DUNIA


Pemilik iPhone 5 yang pertama di dunia James dan Tamsyn Vohradsky. 


SYDNEY - Pada Jumaat (21/9/2012) lepas, iPhone 5 secara rasmi dijual di pasaran sembilan negara, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Inggeris, Kanada, dan Singapura. Siapakah pembeli pertamasmartphone Apple ini?

Australia menjadi negara pertama yang menjual iPhone 5, kerana zon waktu Australia lebih cepat jika dibandingkan dengan negara lain. Maka, sudah pasti pemilik iPhone 5 pertama di dunia berasal dari Negara Kangaroo ini.

Seperti yang dilaporkan oleh ZDNet
pasangan adik beradik James dan Tamsyn Vohradsky berjaya menjadi orang pertama yang memiliki iPhone 5. Mereka berdua telah beratur selama lebih dari 17 jam di Apple Store di bandaraya Sydney.

James Vohradsky adalah orang pertama yang keluar dari kedai sambil membawa iPhone 5 berwarna hitam dengan wajah berseri, kemudian disusuli oleh adiknya, Tamsyn Vohradsky yang membeli iPhone 5 berwarna putih.

Ketika keluar dari Apple Store, mereka berdua terus diserbu wartawan untuk ditemubual tetapi mereka tidak banyak bercakap dan terus pergi.

Pasangan adik beradik ini memang sudah diketahui adalah penggemar produk Apple sejak dahulu lagi kerana sebelum ini juga mereka juga pernah beratur untuk mendapatkan iPhone 4S tahun lalu.

GEMPAR BERAPI : ROGL-LARI SAMBIL BERB0GL


Che Suza Che Hitam
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam
KEMAMAN – Terkejut dengan perbuatan teman lelaki yang tergamak menodainya, seorang pelajar tingkatan dua yang berjaya melepaskan diri daripada kekasihnya itu, sanggup berlari dalam keadaan berbogel sambil menjerit meminta pertolongan.

Bukan itu sahaja, panik mendengar teman wanitanya menjerit, lelaki berusia 19 tahun dan juga berkeadaan bogel itu turut melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kosong dekat sebuah kampung di Kemasik, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Namun dengan kecekapan polis, suspek, seorang penganggur berjaya ditangkap dua jam kemudian di kawasan kampung sama.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, ketika mangsa menjerit sambil berlari, pada masa sama teman lelakinya itu turut berlari sebelum menghilangkan diri.

“Sejurus mendengar jeritan mangsa, orang kampung datang ke kawasan rumah kosong itu untuk membantu.

"Dengan bantuan orang awam, mangsa kemudiannya membuat laporan polis. Susulan itu polis yang segera bertindak memburu suspek berjaya menahannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rumah kosong tempat suspek merogol mangsa adalah sebuah rumah yang telah siap dibina tetapi masih belum dimasuki penghuni.

Kata Che Suza, suspek direman bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa agar mengawasi pergerakan anak dan tidak membenarkan anak gadis keluar malam termasuk dengan kekasih kerana banyak kes ditakrif rogol apabila anak gadis dinodai teman lelaki sendiri.

“Ibu bapa perlu mengawasi pergaulan dan pergerakan anak terutama anak gadis. Pengawasan daripada keluarga penting bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku,” katanya.

GEMPAR BERAPI : LOKASI AES



NAIK BASIKAL LAH NAMPAKNYA

GEMPAR BERAPI : BUAT PROJEK DI PIZZA HUT


Mungkin kerana terlalu 'gersang'. Satu pasangan kekasih yang sedang mabuk didapati melakukan adengan 'panas' di sebuah restoran makanan segera Pizza Express di Manchaster, England. Orang ramai yang melalui restoran tersebut akhirnya merakamkan aksi mereka dengan menggunakan telefon bimbit. Sementara pihak restoran pula mengatakan bahawa mereka akan menyiasat perkara tersebut 

GEMPAR BERAPI : SAYA CURI NAK BELI NASI



Adilkah hukuman ciptaan manusia..kenapa masih ada lagi manusia yang beria-ria mempertahankan undang-undang sebegini..jalan yang terbaik adalah undang-undang Islam ...

berkait rapat dengan tajuk diatas, dimanakah bukti najib razak mengatakan orang Malaysia nie hidup aman dan tak merempat..inilah buktinya..adakah hanya orang atasan sahaja yang bertambah kaya sedangkan rakyat semakin menderita sampai terpaksa mencuri untuk membeli nasi..projek berbillion tapi nasib rakyat dibawah diabaikan..jalan terbaik, jangan undi umno kerana Malaysia akan bertambah kronik dibawah pemerintahan umno..buktinya diatas..

GEMPAR BERAPI : AKHLAK REMAJA MASA KINI : BERCUUMBUAN DI KHALAYAK RAMAI




Gejala seperti itu akan berjangkitan kepada remaja kita jika kita tidak membendung aktiviti maksiat, dan pergaulan bebas yang semakin menjadi-jadi zaman ini.




Adakah kita mahu remaja kita berkelakuan seperti di atas?, apa usaha kita dalam membenterasnya?TAK LAIN TAK BUKAN TOLAK UMNO...UNDI UMNO, MALAYSIA JAHANAM..SANGGUPKAH ANDA MELIHAT SATU HARI NANTI ANAK ANDA PULA YANG TERPAMPANG GAMBARNYA SEPERTI INI.

PANAS : Lebih Baik Tak Payah Pakai Baju Kalau Ni !


Menurut sumber, wanita ini sedang berjalan melalui sebuah taman di China dan kelihatan sedang bercakap dalam telefon. Tanpa mempedulikan orang disekelilingnya, dengan berpakaian seolah-olah mahu menampakkan bahagian belakangnya.


Kain tak cukup lah tu..ish3!




DUNIAREALITI.COM


GEMPAR BERAPI : PENSYARAH MINTA TBUH



GAMBAR SEKADAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.
Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.

Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan.

“Namun, dia terserempak lelaki itu di luar bilik sebelum mangsa diberikan kunci dan diarah menunggu di dalam bilik itu.

“Pensyarah itu muncul kira-kira 10 minit kemudian. Sebaik masuk ke biliknya, pensyarah berkenaan terus memegang pipi mangsa sebelum duduk di kerusinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bingung dengan tindakan itu memberitahu mahu menghantar tugasan.

“Bagaimanapun, pensyarah itu mendakwa tidak mahukan tugasan berkenaan sebaliknya memberitahu mahukan benda lain,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang tidak faham kemudian bertanya apa yang dimahukan pensyarahnya itu.


“Dengan bersahaja, pensyarah itu bangun dan mengunci pintu bilik sebelum menarik tangan mangsa serta memeluknya. Lelaki terbabit kemudian memberitahu mahu mencium mangsa.

“Mangsa cuba menolak dengan baik, namun lelaki itu terus meraba badannya walaupun dia merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.

Katanya, mangsa yang bengang dengan tindakan itu memarahi pensyarah terbabit.

“Difahamkan, lelaki itu dengan bersahaja mengumpan untuk meluluskan mangsa jika memenuhi kehendak seksualnya,” katanya.

Biarpun diumpan dengan keputusan cemerlang, mangsa masih berkeras menolak pelawaan lelaki itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka. Pelajar terbabit bernasib baik kerana berjaya keluar dari bilik sebelum membuat aduan kepada pensyarah dan kakitangan universiti berkenaan. Mangsa yang trauma dengan insiden itu kemudian tampil membuat laporan di IPK Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan rakan, pensyarah lain dan keluarganya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

GEMPAR BERAPI : AYAT AL-QURAN DITUKAR JADI AYAT 1 MALAYSIA??



PANAS !!!
hassan ali ke hulu ke hilir memikul kayu JATI untuk betulkan AQIDAH.
tiba-tiba anak beranak biavvak UMNO ni jadikan surah AL-MULK tu surah 1 MALAYSIA.apa ke jadah semua ini?
umno buat tak nampak benda ni,yang mereka nampak DAP saja yang buat salah. jom tukar kerajaan jatuhkan UMNO : UNITED MURTAD NATION ORGANISATION.

H0T : ANAK POCONG DEPAN RUMAH




BATU PAHAT – Penduduk Kampung Parit Sempadan, Parit Raja di sini gempar pagi semalam dengan penemuan satu objek misteri yang dikafan seperti pocong di sebatang jalan menghala ke rumah seorang penduduk di situ.
Objek sepanjang 15 sentimeter itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang berjalan kaki menghantar anaknya untuk belajar mengaji kira-kira pukul 8.30 pagi.
Seorang pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Mat memberitahu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan objek misteri itu, dia bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, ia dibungkus dengan kain putih dan diikat seperti jenazah sebelum diletakkan di pangkal pokok yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari rumahnya.
Di sebalik penemuan itu, dia percaya ada kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat untuk mengugut keluarganya.
“Saya berdebar-debar apabila melihat objek berbentuk pocong itu kerana percaya ia adalah amaran kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Haji Mat memberitahu, kejadian pelik itu adalah yang pertama kali ke atas keluarganya sejak menetap di kampung itu pada tahun 1973.



GEMPAR BERAPI : PRO ASPIRASI KETINGGALAN 7 KERUSI



BANDAR BARU BANGI : Sesi penamaan calon bagi pemilihan MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2012/13 telah berlangsung dalam suasana yang penuh aman damai. Proses penamaan calon yang diadakan di beberapa lokasi dalam kampus induk UKM di Bangi serta cawangannya di Cheras telah bermula dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari semalam.

Pada akhir waktu bantahan ditutup, pengumuman telah dilakukan di mana Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) yang cenderung kepada pakatan pembangkang (Pro-M) telah memenangi secara teknikal 7 kerusi dari 28 yang dipertandingkan.



Mahasiswa UKM akan keluar mengundi pada 25 haribulan depan.


 MASIH INGATKAH ANDA PERISTIWA DIBAWAH..TOLAK UMNO, MALAYSIA SEJAHTERA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...