Pemilik iPhone 5 yang pertama di dunia James dan Tamsyn Vohradsky.
SYDNEY - Pada Jumaat (21/9/2012) lepas, iPhone 5 secara rasmi dijual di pasaran sembilan negara, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Inggeris, Kanada, dan Singapura. Siapakah pembeli pertamasmartphone Apple ini?
Australia menjadi negara pertama yang menjual iPhone 5, kerana zon waktu Australia lebih cepat jika dibandingkan dengan negara
Seperti yang dilaporkan oleh ZDNet, pasangan adik beradik James dan Tamsyn Vohradsky berjaya menjadi orang pertama yang memiliki iPhone 5. Mereka berdua telah beratur selama lebih dari 17 jam di Apple Store di bandaraya Sydney.
James Vohradsky adalah orang pertama yang keluar dari kedai sambil membawa iPhone 5 berwarna hitam dengan wajah berseri, kemudian disusuli oleh adiknya, Tamsyn Vohradsky yang membeli iPhone 5 berwarna putih.
Ketika keluar dari Apple Store, mereka berdua terus diserbu wartawan untuk ditemubual tetapi mereka tidak banyak bercakap dan terus pergi.
Pasangan adik beradik ini memang sudah diketahui adalah penggemar produk Apple sejak dahulu lagi kerana sebelum ini juga mereka juga pernah beratur untuk mendapatkan iPhone 4S tahun lalu.