muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 18 Oktober 2012

GEMPAR BERAPI : ARTIS MALAYSIA TAYANG BAJU DALM KEPADA PEMINAT??




Gua beranggapan baik je lah ye.., mungkin minah kelate ni tak sengaja pakai baju jarang yang jelas menampakkan baju dalam dia beb..

Takpun.., mungkin beliau sengaja pakai macam tu sebagai posing istimewa buat peminat-peminat dia.. Manalah tahu kann...

Tapi, gua rasa perkara macam ni dah biasa pada artis kita.. Agaknya, dorang rasa bukannya luak apa pun kalau tayang benda dalaman macam tu.. So tak rugi lah kalau nampak punn..

Mungkin jugak bagi dorang, ni lah caranya untuk cepat popular.. Lagi banyak aset yang ditayang, lagi naik saham dorang beb...

GEMPAR BERAPI : BANGLO RUNTUH, PENGERUSI SPR SAKSI KEJADIAN


SHAH ALAM - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof antara saksi awal kejadian runtuhan bumbung konkrit sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, yang mengorbankan satu nyawa. 
Beliau sedang membaca surat khabar di rumahnya, yang terletak berhadapan banglo itu, apabila terdengar bunyi dentuman kuat dari arah luar rumah. Ketika bergegas keluar, beliau melihat kepulan debu di kawasan banglo dua tingkat terbabit. 
"Saya kemudian mendapati sebahagian struktur banglo yang sedang diubah suai itu roboh lalu saya hubungi pihak berkuasa. 
"Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Sementara itu, seorang kontraktor binaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata beliau terdengar bunyi dentuman dan jeritan mangsa ketika sedang melakukan pengubahsuaian di banglo bersebelahan. 
"Saya terus keluar dan bergegas ke tempat kejadian. Saya terkejut bila melihat bumbung rumah itu runtuh. "Saya lihat ada dua mangsa keluar dari runtuhan terbabit tetapi rakan-rakannya masih terperangkap," katanya. 
Seorang pekerja warga Bangladesh yang hanya dikenali sebagai Salam, 22, pula berkata ketika kejadian, beliau sedang mengunci sebuah banglo lain yang sedang diubah suai kira-kira 10 meter dari lokasi runtuhan.
Beliau terdengar bunyi dentuman kuat dan nampak bahagian tambahan yang sedang dibina di banglo itu runtuh sepenuhnya.
Kejadian runtuhan itu menyebabkan seorang buruh terbunuh, seorang lagi putus kaki manakala tiga masih terperangkap. - Bernama

GEMPAR : WANITA AJAK LELAKI BERZINNA


Kisah bau KASTURI dan ZINA.


Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..



Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.


Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya.

GEMPAR BERAPI : AES:Menteri Pengangkutan Cuba Bermain Api Dengan Mencabar Rakyat??



Dewan Rakyat semalam bergelegak gara-gara isu AES@SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia). Ahli Parlimen Sri Gading (BN) dan Ahli Parlimen Johor Bharu (BN) membawa suara rakyat agar SR1M ditangguhkan terlebih dahulu dan perlu diadakan kajian terperinci.

Manakala Ahli  Parlimen Arau dan Kinabatangan juga dari BN menyokong SR1M....Lalu berlakulah pertikaman lidah sesama ahli parlimen BN.

Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada Sri Gading dan Johor Bharu kerana sudi membawa perkara itu ke dalam dewan. Minggu lepas pun Sri Gading dah bawa perkara berkenaan. Minggu ini beliau bawa lagi. Terima kasih YB......

Seperti yang saya katakan sebelum ini, orang ramai tidak menolak 100 peratus penggunaan AES. Cuma kaedah dan keberkesanannya perlu dikaji balik agar dapat mencapai matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan, dan kerajaan tidak dilihat cuba mencari pendapatan dengan SR1M. 

Malam tadi keluar di berita TV3 Menteri Pengangkutan mencabar rakyat agar tidak melakukan kesalahan jalan raya supaya syarikat yang memasang dan mengendalikan kamera AES tidak mendapat untung.

Saya tepuk dahi melihat ayat sebegitu yang keluar dari mulut seorang menteri.....

Kalau nak guna istilah bodoh mungkin agak kasar bunyinya. Sesuai digantikan dengan perkataan kurang cerdik.

Kalau ada 2-3 orang menteri seperti itu dalam kabinet Datuk Najib, jawabnya memang betul BN akan bungkus dalam PRU 13.

Datuk menteri......Datuk jangan cabar rakyat......nanti rakyat tukar kerajaan barulah Datuk tahu langit tinggi atau rendah. Ingat Datuk.....jangan cuba bermain dengan api.

Umum mengetahui kerajaan tidak mengeluarkan sesen belanja untuk pemasangan dan penyelengaraan kamera AES. Dua syarikat yang dipilih yang menanggung segala kos itu dan mereka dibayar komisyen saman RM 16 setiap saman dan terhad kepada 5 juta saman, untuk mereka mendapatkan kos kamera dan serta keuntungan mereka.

Kos pemasangan dan penyelengaraannya tentulah bukan sedikit dan sudah pasti ianya mencecah RM juta-jutaan. 

Sekiranya tiada saman yang dikeluarkan, maka tiadalah pendapatan kepada syarikat tersebut. Bagaimana mereka tampung segala kos mereka ?

Adakah kerajaan akan membayar ganti rugi kepada mereka ? 

Jika kerajaan menjawab tidak, maknanya dalam apa keadaan sekali pun atau by hook by crook dua syarikat itu perlu mencari jalan untuk memastikan ada saman yang dikeluarkan bagi mereka mendapatkan balik modal mereka dan menampung kos operasi.

Apabila sudah by hook by crook maknanya segala kaedah samada baik atau jahat kemungkinan akan digunakan untuk memastikan matlamat tercapai. 

Sebab itulah orang ramai kata kaedah AES adalah kaedah untuk kerajaan mencari duit. Bukannya untuk mendidik rakyat. Yang untung adalah dua syarikat yang mengendalikan AES. 

Esok Menteri Pengangkutan akan jawab lagi untuk menafikan AES bertujuan mengutip duit dari orang ramai.

Kenyataan daripada Menteri Pengangkutan semalam boleh ditafsirkan bahawa sistem AES bukannya lahir dari hati nurani kerajaan tetapi kerana cadangan dari pembekal sistem.

Kalau ianya dari hati nurani kerajaan serta ikhlas nak membenteras kemalangan menteri tidak akan menjawab begitu dan kerajaan akan beli kamera tersebut kemudian ia dikendalikan oleh JPJ sendiri.

Dalam berita malam tadi juga dinyatakan bahawa AES berfungsi untuk kenderaan yang melanggar lampu isyarat dan melebihi had laju. Tetapi tidak melibatkan motosikal....

Dinyatakan juga tujuan AES adalah untuk mencegah kemalangan....

AES juga dipasang di lebuh raya....

Sekarang mari saya jawab dengan fakta.....

Kenyataan dibawah dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Tragedi kemalangan melibatkan pengangkutan awam sering mendapat liputan media dan menimbulkan reaksi orang ramai yang paling banyak. Ini mungkin kerana ia kematian berkelompok. 

Namun pada hakikatnya jika dilihat dari segi statistik, kematian melibatkan pengangkutan awam adalah jumlah terendah sekali - berbanding kenderaan pelbagai jenis lain khususnya motosikal.

Pada 2010, misalnya kematian di jalan raya berjumlah 6,872 orang dan daripada jumlah itu, kematian pengangkutan awam melibatkan bas hanya 77 orang iaitu lebih kurang 1.1 peratus (%) berbanding kereta 20.7% (1,421 orang) dan yangpaling tertinggi sekali adalah penunggang dan pembonceng motosikal iaitu 4,036 kematian atau lebih kurang 58.7%. Oleh itu penggunaan kenderaan awam boleh menjamin keselamatan yang lebih secara perbandingan.

Berikut pula adalah kenyataan akhbar orang kuat AES@SR1M, Datuk Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah JPJ.

Datuk Solah
Malaysia mencatatkan purata 17 kematian setiap hari akibat kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu. 

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai penyumbang terbesar statistik terbabit.
Beliau berkata, daripada 397,330 kemalangan yang dilaporkan di seluruh negara tahun lepas, sebanyak 6,218 adalah kemalangan maut.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang sebanyak 58.7 % atau lebih dari separuh jumlah kemalangan maut di Malaysia, tetapi saman AES dikenakan terhadap kereta dan kenderaan lain. 

Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya....

Jalan bandaran dan jalan persekutuan adalah penyumbang utama kepada kemalangan berbanding dengan lebuh raya. 

Saya cuba mendapatkan statistik rasmi dari laman web Bahagian Keselamatan Jalan JKR Malaysia. Tetapi sayangnya laman web tersebut hanya sebagai hiasan. Setiap kali klik untuk dapatkan graf , ianya error. Belanja ribu-ribu untuk buat laman web tapi rakyat tidak boleh akses maklumat.





ERROR





Kemudian saya cuba pula hubungi nombor telefon yang diletakkan dibahagian bawah laman web itu , 03-9179 7406 untuk bertanyakan kenapa tidak boleh akses kepada graf statistik yang disediakan. Anda tahu apa jadi ?  Nombor yang dipamerkan telah tiada dalam perkhidmatan. Mungkin semua pegawai bertugas dan talian telefonnya sekali telah beku dalam makmal NKRA Idris Jala. 

Berbalik kepada statistik lokasi kemalangan jalan raya di Malaysia. Walaupun tidak mendapat data sahih dari Bahagian Keselamatan Jalan JKR Malaysia, tetapi carian yang dilakukan di laman-laman web lain beserta ingatan setiap kali Ops Sikap diadakan, kemalangan banyak berlaku di jalan persekutuan dan jalan bandaran. Jika hendak dibandingkan dengan dua jalan tersebut kadar kemalangan di lebuh raya agak berkurangan. 
Penunggang motosikal menjadi penyumbang utama kepada kemalangan maut pada hari ketujuh Ops Sikap ke-25 dengan mencatatkan sembilan kematian daripada 14 kes yang dilaporkan semalam.

Dengan ini, jumlah keseluruhan angka korban sejak Ops Sikap ke-25 dilancarkan Isnin lepas ialah sebanyak 84 orang, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman webnya.

Pengguna kereta merupakan penyumbang kedua kepada jumlah kematian dengan merekodkan sebanyak empat kematian, manakala pengguna basikal satu kematian.

Daripada 1,161 kemalangan yang dilaporkan, Jalan Bandaran mencatatkan rekod tertinggi iaitu 459 kemalangan, diikuti Jalan Persekutuan 298, Jalan Negeri 189, lebuh raya 161 dan 54 kes bagi jalan-jalan lain.
Sumber: Sinar Harian Online
Namun JPJ tidak mengambil kira semua itu dan lebuh raya tetap menjadi sasaran utama pemasangan AES. Sebabnya di lebuh raya lubuk untuk dua syarikat terbabit cukupkan had saman mereka sebanyak 5 juta dengan cepat. 

Memasang kamera AES di lebuh raya ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sebiji baldi kemudian pasang batang kail dan duduk memancing. Setiap minit dapat seekor ikan. Horeyyyy dapat....horeyyyyy makan.....horey dapat......horeyyyyy makan......Setengah jam habis 30 ekor ikan dipancing. Begitulah juga dengan kamera AES. Pasang di lebuh raya supaya syarikat pembekal dan pengendali cepat dapat target 5 juta saman. 

Pasang kamera AES di jalan persekutuan pula sama seperti lepas 30 ekor ikan dalam kolam. Nak habis 30 ekor mungkin makan masa berjam-jam atau berhari. Sebab tak ramai orang yang pandu melebihi had laju di jalan berkenaan kerana jalan satu atau dua lorong sehala dan kebanyakan pemandu berhati-hati kerana bimbangkan kemalangan. Adalah sedikit sebanyak pemandu yang memandu lebih had laju tapi tidaklah sebanyak di lebuh raya. Apabila tidak ramai yang memandu laju maka saman pun berkuranganlah. Apabila saman kurang lambatlah syarikat dapat untung.

Pasang kamera AES di jalan bandaran pula ibarat lepaskan 30 ekor ikan dalam sungai. Jawabnya tak habislah 30 ekor ikan itu dipancing. Sebabnya tiada orang yang pandu laju dalam bandar, dan kalau ada saman yang dikeluarkan pun mungkin kepada yang melanggar lampu isyarat. Nak tunggu 5 juta saman orang langgar lampu isyarat jawabnya beruban dululah bulu seluruh badan. Siapa yang boleh pandu80km/j dalam bandar Alor Setar, Georgetown, Seremban, Johor Bharu dan bandar-bandar lain ?

Saya nak cadangkan kepada JPJ, kalau nak bantu lagi supaya cepat dua syarikat pengendali itu dapat 5 juta saman , pergi pasang kamera AES di depan semua setiap sekolah-sekolah yang ada di Malaysia. Sebabnya  had laju di kawasan sekolah30km/j  kan ? Termasuklah waktu malam atau musim cuti sekolah. 

Seperti yang saya katakan dulu, saya bukan berniat hendak menyokong orang yang melakukan kesalahan jalan raya, tetapi kaedah kena betul dan jangan kerajaan ulangkan balik kaedah yang telah gagal. Buang masa.....

Sebelum wujud kamera AES daripada dulu lagi dah wujud kamera polis. Seingat saya dah lebih 20 tahun wujud kamera polis. Walaupun wujud kamera polis namun ianya tidak mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Sekarang pula JPJ ulangi dengan sistem yang hampir serupa dan yang telah terbukti gagal, apa ke jadahnya ?

Kerajaan jangan terlalu bergantung sangat kepada pandangan JKJR, Miros atau mana pertubuhan berkaitan jalan raya yang lain sahaja untuk melaksanakan sesuatu undang-undang. Ambil juga pendapat orang ramai dan NGO atau badan-badan lain. 

Apa salahnya kalau kerajaan naikkan had laju kepada 130km/j di lebuh raya tiga lorong dan 110km/j di kawasan dua lorong. 

Datuk Najib selalu bercakap pasal zaman dah berubah dan kita perlukan transformasi. Betullah tu....sekarang zaman dah berubah, kereta makin canggih, sistem keselamatan bagus-bagus, lebuh raya pun cantik. Tak logiklah kalau kita masih nak terikat dengan undang-undang had laju yang digubal di zaman filem Tiga Abdul. 

AES boleh diteruskan tetapi perlu beberapa penambaikan....

Antaranya, 

Jangan libatkan pihak swasta dalam penguatkuasaan. Mereka hanya terlibat dalam membekal kamera, penyelenggaraan dan latihan kepada kakitangan penguatkuasa kerajaan. 

Naikkan had laju mengikut peredaran zaman dan kecanggihan kenderaan...

Kempen kesedaran jalan raya hendaklah berterusan dan jangan hanya tertumpu di musim perayaan sahaja. 

Banyakkan papan tanda gambar kubur dan jenazah di jalan-jalan atau lebuh raya. Manusia mudah tersentuh dengan kaedah ini.

Pengalaman saya, 

Seorang kawan saya yang boleh dikatakan orang yang berani. Dan satu hari ketika saya naik kereta yang dipandunya dia memecut 160-180 km/j di Lebuh Raya Pantai Timur dari KL ke Kuantan. Kereta yang digunanya juga bagus.  Saya agak kecut perut dengan tahap kelajuan itu.

Saya tidak menegurnya supaya mengurangkan kelajuan sebaliknya hanya tiga soalan yang saya tanya.

Anak kau berapa orang ?

Dijawabnya dua orang....

Berapa usia mereka ?

Jawabnya 3 tahun dan 1 tahun.....

Kau sayang mereka tak ?

Dia tidak menjawab, sebaliknya terus memperlahankan kenderaan dan tersenyum ke arah saya. Lalu sampailah kami di Kuantan dalam masa lebih kurang 2 jam dengan selamat dengan kelajuan 110-130km/j.

Bukanlah saya nak kata saya bagus, tetapi kaedah begitulah yang sesuai dipakai untuk psiko pemikiran manusia supaya tidak memandu laju.

Slogan-slogan skema yang diguna pakai oleh JPJ termasuklah lambang tengkorak di tepi jalan sudah tidak sesuai lagi di zaman sekarang. Lambang tengkorak itu mungkin tidak boleh ditukar kerana lambang standard antarabangsa. Tetapi tambahlah gambar-gambar lain.  

JPJ kena kreatif sikit untuk fikir bagaimana kaedah untuk psiko pemikiran pemandu. Bukannya hanya tahu saman....saman....saman......kemudian bila dah saman bagi alasan nak mendidik......

GEMPAR BERAPI : ZIZIE EZETTE BERCHIUMAN DENGAN SIAPA TU??



zizie ezette
Oh rupa-rupanya ada 2 keping gambar lagi dari koleksi gambar Zizie Ezette dan Bung Mokhtar bersuka ria. Tapi siapa makhluk yang dipeluk dan dicium oleh Zizie itu tidak dapat dikenalpasti. Mungkinkah anak Bung? Layan ~~~~~~~~
zizie ezette

GEMPAR BERAPI : Imam masjid dipecat gara-gara menegur aktiviti karaoke dalam kawasan surau



SEORANG imam di Masjid Dato' Abdul Ghani, Kampung Sagil, Parit 2 Ledang, Tangkak Johor dipercayai telah dipecat gara-gara menegur satu aktiviti berkaraoke di dalam kawasan surau.

Tambah mengejutkan, surat pemecatan imam tersebut diserahkan ketika beliau hendak menaiki mimbar bagi menyampaikan khutbah solat Jumaat. Tongkatnya dikatakan dirampas oleh pegawai agama yang bertugas menyerahkan surat tersebut.

Sumber memberitahu bahawa imam tersebut, Ustaz Mohd Nazri Bin Musa telah menghantar satu mesej pesanan ringkas kepada Ketua Cawangan Umno Parit 1, Senin Kadong menegur penganjuran karaoke untuk program anak angkat UTHM di dalam kawasan Surau Parit 1.

Keesokan harinya, Ketua Cawangan Umno Parit 1 itu bagaimanapun berang lalu ke rumah imam tersebut  memarahi dan menengkingnya. Ketua Cawangan itu mendakwa imam tersebut telah mengganggu tugasnya malah dia turut menghalau imam itu agar berambus keluar dari Sagil.

Tidak cukup dengan itu, dia juga turut memberi amaran akan meminta Menteri Besar Johor dan Kadi untuk memecat Ustaz Nazri yang bertugas sebagai Imam 1 di Masjid Dato' Abdul Ghani.



Ustaz Nazri telah dipecat sebagai imam dengan alasan ia merupakan keputusan sebulat suara mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid. Namun apabila ditanya kepada ahli jawatankuasa masjid, mereka langsung tidak mengetahui tentang pemecatan tersebut.

Kes ini sudah difailkan di mahkamah untuk mencabar pemecatan tersebut dengan menamakan Pejabat Kadi Daerah Ledang, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai respondens.







ReJaM© "Baru pegang jawatan Ketua Cawangan Umno sudah berlagak macam samseng... "

milosuam

GEMPAR BERAPI : USM KELUAR NOTIS DILARANG BERONANI


WOW! Ni biar betul punya notis ni? USM buat notis "DILARANG BERONANI". keh3x....

Minta pencerahan dari pihak universiti berkenaan perkara ini. Serius benda ni boleh mencemarkan nama baik USM sendiri.

kalau mengikut notis yang tak masuk dek akal ni selalunya dibuat oleh budak-budak nakal kolej berkenaan. 

Macam-macam ragam manusia dalam dunia nie..yang terpelajar dengan yang terpelajarnya..yang berpolitik, terus berpolitiknya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...