muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 26 September 2012

GEMPAR : KURA-KURA TERBESAR DUNIA BERJAYA DITANGKAP


Gempar satu ketika diinternet dan media sosial menyatakan kura-kura ni adalah kura-kura paling besar di dunia. Kura-kura raksasa ini telah dibawa menggunakan trak tentera dan diperhatikan oleh orang ramai sepanjang perjalanan mereka. Bagi memastikan tidak ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku, kura-kura ini telah diikat kuat dan diiringi oleh kereta polis dan dibawa ke makmal kerajaan untuk dibuat kajian menyeluruh keatas kura-kura raksasa ini. Habis la dia kena bedah siasast …

Peh.. hampir tak logik., ini adalah babak filem dari jepun pada tahun 2006 ”Gamera the Brave” . Mungkin trak tu bawa kura-kura replika sebab tu jadi tumpuan orang ramai.

Kura-kura Galapagos adalah kura-kura terbesar didunia. Lihat gambar diatas. berat lebih kurang 400 kg dan panjang lebih kurang 5 kaki (1.8 meter).. besar tue.. dan hidup sehingga 100 tahun.

siputhijau.com


GEMPAR : ARTIS WANITA YANG SANGGUP DICHIUM OLEH KEKASIHNYA


Siapa yang sudah menonton drama Kau Yang Terindah lakonan Neelofa, Nazim Othman dan Hafil Andrio Putra arahan Erma Fatima, pasti anda perasan watak yang dipegang Emma Ma’embong.




Malaysiantabloid.com


PANAS : INI KE ARTIS YANG DIAGUNGKAN UMNO??UMNO PERINTAH, AKHLAK BERTAMBAH TERUK

GEMPAR : JANDA HOT KALIS GOSSIP



Hakikat dan realitinya, itulah Nora Danish Mohd Hanif jika tiada status selebriti padanya. Apa saja yang dilakukan, ada saja yang datang bercerita.

Orangnya bersahaja, ringkas dan gemar mengukir senyum walhal mengenali gerangan si pemilik wajah kacukan Melayu-Myanmar sebagai pejuang seni, tidak sesaat dirinya lengang daripada dihimpit kontroversi.

Usik Nora membuka bicara, itulah harga yang perlu dibayar dan sejak awal lagi pembabitannya dulu, soal gosip adalah rencah hidup yang akhirnya memberikannya lebih semangat untuk berdiri.

“Jika ada yang menegur, peduli dan tidak henti bercerita, maknanya diri kita diberi perhatian. Mungkin mereka sayangkan saya, kerana itu mereka mengambil berat,” katanya berseloroh.

Bagai pepatah yang tidak pernah lapuk, jika takut dilambung ombak, usah bermimpi berumah di tepi pantai.

Pegangan yang sama Nora simpan kerana baginya, segala macam yang pernah terpalit pada nama dan reputasinya adalah kunci kepada ketabahan yang terus mematangkan dirinya lagi. 

“Memang tidak pernah rasanya nama saya senyap dan sepi daripada kontroversi. Sejak muncul dalam drama siri Puteri lagi, ramai sudah memberi perhatian dan hingga kini, apa saja yang saya lakukan, pasti akan lekas menerima reaksi terutamanya peminat yang sememangnya ingin memastikan segala-galanya sempurna buat saya,” katanya lagi. 

Kronologi percaturan hidup pelakon jelita yang pernah membintangi filem Gila-Gila Pengantin Popular, Senario: Pemburu Emas Yamashita, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dan Cuti-Cuti Cinta usah lagi diceritakan. 

Sebaliknya apa yang lebih diberikan fokus perjalanannya hari ini. Nora pelakon yang disegani dan makin ramai memuji lakonannya. 

Lihat saja emosi Dhia dalam Tentang Dhia, wanita kental kelahiran Kuala Terengganu ini kemas menterjemahkan lakonannya. 

Drama Ariana Mikhail seterusnya membuatkan pelakon berusia 30 tahun ini mengukuhkan lagi empayarnya. Namun seperkara yang mustahil disangkal, ada saja gosip berterbangan selari dengan pujian yang diterima. 

Terbaru, keserasian yang ada antaranya dengan pelakon Adi Putra menerusi drama Tentang Dhia dan filem Aku Terima Nikahnya pula dipersoalkan banyak pihak. 

Belum sempat menjawab persoalan itu, namanya terus dikaitkan dengan isu berpakaian seksi untuk fotografi sebuah akhbar. 

Bukan satu dua yang mencoret kritikan sebaliknya beratus-ratus komen diterima melalui laman sosial twitter, blog dan portal hiburan. 

Kata Nora yang menyifatkan semuanya adalah permainan dunia seni yang sudah lali ditepis, itulah keistimewaan dirinya.

SEMUTHITAM

PANAS : MANA MAK??

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"



Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.




Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.




Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.




Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian


Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.


Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.




Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.




Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"


Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

PANAS : MIMPI SEORANG GADIS MENEMUI IBUNYA DI NERAKA


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya. “Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”
Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- “Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis tadi.
“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.” Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
“Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.” Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. “Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.
Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menangung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.”
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.

GEMPAR BERAPI : BELI BINI ORANG

TEBUS TALAK...Normah sanggup tebus talak dengan bekas suami  untuk berkahwin dengan teman lelaki. 
TEBUS TALAK...Normah sanggup tebus talak dengan bekas suami untuk berkahwin dengan teman lelaki.

JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.
Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.
Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.

Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.

“Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran tebus talak asal kami dapat bersama,” katanya yang berkahwin buat kali kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama.

MELAYUKUHEBAT.COM

PANAS : BILA DAH JAHIL, APAPUN BOLEH BUAT..SANGGUPKAH SATU HARI NANTI ISTERI ANDA PULA YANG BERBUAT DEMIKIAN..KERAJAAN SEPATUTNYA BERTANGGUNGJAWAB DALAM MEMBENDUNG HAL SEBEGINI..TAPI, SELAMA KITA MERDEKA, GEJALA SOSIAL SEMAKIN MERUNCING..SOKONG UMNO, AKHLAK REMAJA MAKIN TERUK.. 

GEMPAR BERAPI : UMNO AKAN KALAH PRU IKUT KAJIAN Umcedel


Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut
Jangkaan BN menang PRU ke-13 susut dalam kajian parti manakah dijangka akan menang di negeri Selangor.
KUANTAN – Tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) dilihat lebih mendorong kepada pandangan pembangkang.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Pahang, Datuk Abu Jimi Samat secara peribadi berpendapat, kajian itu memberi peringatan kepada BN untuk lebih berusaha keras bagi mempertahankan pengundinya.

“Kajian itu ada betulnya, namun itu tidak bermakna kita akan menyerah kalah sebaliknya akan terus berusaha untuk menawan hati pengundi.

“Bagus juga kajian itu kerana ia secara tidak langsung akan membuka mata pemimpin BN serta tidak meletakkan BN dalam keadaan selesa,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, responden yang terlibat dalam kajian itu tidak ramai jika dibandingkan dengan pengundi sebenar.

“Kita masih ada pengundi atas pagar. Tidak dinafikan, sukar untuk membaca kecenderungan mereka sehingga tiba hari mengundi. Apa yang pasti, mereka akan memilih parti yang mampu membangunkan negara serta memberi kemudahan kepada rakyat,” katanya.

Abu Jimi berkata, pihaknya turut berusaha untuk menarik pengundi muda sekali gus memastikan kemenangan parti pada pilihan raya akan datang.

“Kita tumpu pada pengundi luar bandar berikutan pengundi bandar kebanyakannya orang luar. Sebab itulah kubu kuat kita di kawasan luar bandar.

“Justeru, saya menyeru pengundi muda menggunakan kebijaksanaan mereka untuk membuat pertimbangan parti mana yang layak memerintah. Jangan mudah terpedaya dengan janji yang ‘sedap’ didengar tetapi tidak dirasai,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengulas tentang kajian Umcedel yang menyatakan Pas bakal hilang kuasa di Kelantan.

Katanya, beliau menerima pandangan itu secara terbuka serta akan mengambil tindakan proaktif sebelum parlimen dibubarkan.

“Saya akan minta Pas Kelantan untuk meneliti semula perkara-perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan cuba selesaikan secepat mungkin,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin Pas mampu mengekalkan kedudukannya di Kelantan berikutan parti itu sudah 20 tahun memerintah.


GEMPAR BERAPI : PONDAN CUN MASUK MISS UNIVERSE




Miss Universe Canada tahun ini dipalit kontroversi apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, Jenna Talackova, seorang lelaki, didapati menyelitkan diri sebagai peserta Miss Universe. Walaupun peserta yang bernama Jenna Talackova ini telah menukar jantinanya pada lelaki, jawatankuasa masih mengekalkan keputusan yang peserta itu dikeluarkan dari pertandingan.


Dia tidak boleh menyertai pertandingan ini walapun secara fizikalnya dia layak. Kami menghargai tujuannya, serta sikap nekadnya dan berharap yang terbaik untuknya. Dan biarpun keputusan jawatankuasa itu sebulat suara, ramai yang bersimpati dengan Jenna. Jenna asalnya mendaftar sebagai wanita, tetapi akhirnya mengakui dia ialah seorang lelaki.Jenna merupakan antara 10 peserta terakhir dalam pertandingan Miss International Queen di Thailand pada tahun 2010. Dia melakukan pembedahan menukar jantina semasa berusia 19 tahun. Keputusan jawatankuasa itu memusnahkan harapan lelaki berusia 23 tahun itu untuk mengikut jejak Leila Lopes pada tahun 2011 yang akhirnya dimahkotakan sebagai Miss Universe.

UTARANEWS

GEMPAR BERAPI : PASANGAN LESB1AN BERGMBAR DI DALAM TANDAS





PANAS : MENJADI-JADI GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA..APA YANG DIBUAT OLEH UMNO SELAKU PARTI TUNJANG  PEMERINTAH??TOLAK UMNO SEJAHTERA MALAYSIA

GEMPAR BERAPI : CAMPAK BASIKAL KEATAS PERAGUT


TINDAKAN BERANI SEORANG PEMUDA MENCAMPAKKAN BASIKAL KEATAS PERAGUT..
SAKSIKAN VIDEONYA


GEMPAR BERAPI : ARTIS PEREMPUAN MALAYSIA DI R@BA???




panas : bila halal dan haram tak dapat dibezakan....tolak umno, sejahtera malaysia

GEMPAR BERAPI : Per0gol Bersiri Yang Diburu Polis Kerana Mer0gol Sewaktu ‘Temuduga’, DICEKUP!

Perogol Bersiri Yang Diburu Polis Kerana Merogol Sewaktu 'Temuduga' Dah Ditangkap!

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang merogol dan merompak wanita selepas sesi ‘temuduga’ yang dilakukan di dalam bilik hotel, ditahan polis awal Rabu di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil risikan polis, lelaki berusia 29 tahun itu yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, ditahan di rumahnya pada 2 pagi ketika sedang tidur.
Beliau berkata, modus operandi lelaki itu ialah mengiklankan tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan di internet, khas untuk golongan wanita sahaja.
Suspek akan menghubungi mangsa yang kononnya disenaraikan pendek bagi mengatur sesi temuduga di hotel-hotel mewah dengan meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mangsa sendiri.
“Dia akan bagi alasan tak bawa kad pengenalan lah, duit tertinggal la. Inisemua bagi mengelakkan namanya direkod dan disyaki pihak berkuasa. Mangsa sebelum itu juga diminta membawa barangan berharga seperti I-Pad, telefon bimbit dan sebagainya,” katanya.
Ku berkata, selepas dirogol, barangan berharga milik mangsa juga dilarikan namun mangsa tidak dicederakan.
Beliau berkata, suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes yang sama, yang dikesan sejak 2010 di Kuala Lumpur dan Selangor berdasarkan modus operandi yang digunakan.
“Namun kita percaya suspek terlibat dalam banyak lagi kes, (yang sama), namun tidak dilaporkan mangsa,” katanya dan meminta kaum wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki itu supaya tampil bagi membantu siasatan polis.
Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang jurujual direman pagi ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan. – BERNAMA

GEMPAR BERAPI : ARTIS KE KELAB MALAM UNTUK TENANGKAN FIKIRAN


tasha shilla
Kata Tasha Shilla:-
Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi saya. Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya saya melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya. Saya bukan hipokrit untuk menafikan tidak pernah pergi ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata.

PANAS : BANYAK LAGI TEMPAT NAK TENANGKAN FIKIRAN..NAPE DIPILIH KELAB MALAM JUGAK..HIBURAN SENANG DIDAPATI DI MALAYSIA...PEMERINTAH SEPATUTNYA MENGAWAL BUKAN MENGGALAKKAN..TOLAK UMNO, GEJALA SOSIAL DAPAT DIKURANGKAN.. 

GEMPAR BERAPI : NEGERI BN PALING BANYAK KES KHALWT???


Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini.Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular.
“MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membanteras kesalahan jenayah syariah membabitkan penganut agama Islam di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini, hari ini.Beliau berkata pihaknya kini sedang melantik pegawai-pegawai masjid di sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah.
Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Undang-undang Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yahya Mohd Zin berkata bengkel selama tiga hari bermula hari ini itu bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang jenayah syariah di kalangan umat Islam dan penguatkuasa agama.
“Menerusi bengkel ini, kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak termasuklah pegawai masjid, imam, siak makna tentang hal berkaitan penguatkuasaan.
“Dari segi undang-undangnya dari tahap mana dan apa yang perlu dibuat apabila sudah ada tangkapan dan apa yang perlu buat selepas itu mengikut enakmen kesalahan syariah dan enakmen tatacara jenayah syariah di Pahang,” katanya.
Beliau berkata menerusi bengkel berkenaan, penguatkuasaan kesalahan jenayah di negeri ini diharap akan lebih efisien.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...