muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Isnin, 18 November 2013

Ibrahim Ali dipenjara, denda




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.
Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini.

Zainuddin dalam tulisannya mendakwa Singham, yang mendengar kes saman difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia pada masa itu, sebagai pro-pembangkang.
Zainuddin juga mempersoalkan orientasi seksual hakim berkenaan dan menyatakan bahawa hakim tersebut masih bujang.
Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara.
Susulan itu, Ibrahim diperintahkan ditahan di lokap kompleks mahkamah Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini.
Dalam penghakimannya, Hakim O'Hara berkata tindakan oleh kedua-dua defendan merupakan serangan ke atas Hakim Singham dan turut mempersoalkan integriti dan kesaksamaan hakim tersebut.
Tambahnya, tulisan di laman web tersebut juga sub judice kerana Hakim Singham pada waktu itu mendengar kes saman oleh Anwar ke atas Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak.
"Penghakiman yang sesuai perlu dibuat. Saya berharap ini menjadi penghalang kepada sesiapa yang menghina mahkamah," kata O'Hara.
Sementara itu, peguam Ibrahim, Adnan Seman @Abdullah berkata hakim enggan membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, yang menyebabkan Ibrahim terpaksa dipenjara selama sehari hari ini.
"Saya akan failkan rayuan ke atas hukuman itu esok... dengan asas bahawa laman web tersebut tidak dimiliki oleh PERKASA," kata Adnan kepada pemberita.

Isu biaya jet Rosmah dipersoal bertalu-talu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dalam isu pembiayaan kerajaan terhadap jet eksekutif swasta dalam lawatannya ke Qatar awal bulan ini.

Tindakan kerajaan itu hari ini dipersoalkan bertalu-talu oleh beberapa wakil rakyat pembangkang di Parlimen hari ini.

NONEMereka mempersoalkan sama ada Rosmah diperuntukkan keistimewaan itu berdasarkan peraturan kerajaan.

Menjawab soalan tersebut, Shahidan (kanan) menjelaskan lawatan tersebut diluluskan kabinet.

Mendengar kenyataan itu, MP Gombak, Azmin Ali berdiri dan mendakwa kelulusan itu mengandungi elemen konflik kepentingan kerana perdana menteri sendiri mengetuai kabinet.

MP Sepang, Hanipa Maidin turut bangkit dan mendakwa perdana menteri boleh didakwa di mahkamah jika beliau didapati bersalah kerana melanggar prosedur dalam membuat keputusan yang melibatkan konflik kepentingan.

Shahidan: Demi kepentingan negara


Diasak bertalu-talu, Shahidan tidak menjawab kedua-dua pertanyaan tersebut.

Beliau hanya menjelaskan yang ada perkara tertentu dalam mesyuarat jemaah menteri kabinet bersifat rahsia dan tidak boleh didedahkan.

NONEBeliau juga menegaskan yang lawatan yang dilakukan Rosmah adalah demi kepentingan negara.

"Beliau mewakili negara dan mewakili kepentingan negara," katanya.

Jawapan beliau itu mendorong MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (kiri) untuk bangkit dan terus mengasaknya tentang peranan isteri perdana menteri.

Mahfuz ingin tahu jika isteri perdana menteri dibenar mewakili negara dalam hal ehwal perhubungan dua hala dengan negara lain.

'YB boleh, isteri YB tak boleh'


Shahidan bagaimana pun gagal memberikan penjelasan memuaskan dan hanya menggunakan dirinya yang akan mewakili negara ke satu persidangan di Ankara, Turki tidak lama lagi.

Mendengar jawapan itu, beberapa MP bangun membantah dan ada antaranya bersuara dengan lantang: 

NONE"Yang Berhormat menteri boleh wakil Malaysia. Tapi isteri Yang Berhormat tak boleh".

Rosmah pada 10 November lalu hadir ke Qatar untuk Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4.

Azmin mendakwa, penerbangan itu disahkan kerajaan dilakukan dengan menggunakan jet eksekutif.

Awal bulan ini, Parlimen diberitahu, jet yang digunakan kerajaan menelan belanja sebanyak RM14.95 juta untuk belanja petrol dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan.

Setiap penerbangan dilaporkan menelan belanja kira-kira RM470,000.

Malaysia Airlines (MAS) Rugi Kali Ke-3 Berturut-turut (RM375 Juta). Punca? Ringgit Malaysia Lemah, Harga Minyak Naik!

Malaysia Airlines syarikat penerbangan milik negara, milik rakyat Malaysia yang diuruskan oleh pengurusan atasan terus menghadiah berita kerugian sejumlah RM375 juta (US$118 juta) kepada rakyat Malaysia buat kali ketiga berturut-turut bagi setiap  suku tahun. Puncanya? 

Punca Malaysia Airlines (MAS) Rugi?

  • Kenaikan harga minyak yang melonjak tinggi
  • Ringgit Malaysia yang lemah sehingga menyebabkan perbelanjaan pengurusan MAS terus meningkat
  • Persaingan yang semakin meningkat
  • Caj meningkat di lapangan terbang luar negara
  • Caj “Overflying” yang tinggi
  • Program pengiklanan
  • Kos pembiayaan meningkat
Ini bermakna sehingga September 2013, jumlah kerugian bersih, Malaysia Airlines (MAS) telah mencecah RM830 juta. Siapa yang akan menanggung dan menampung kerugian tersebut?
Sebenarnya Berita Semasa masih tidak faham mengapa dan kenapa perlu meletakkan faktor peningkatan harga minyak, kenaikan caj lapangan terbang di atas kerugian yang dibuat oleh Malaysia Airlines (MAS). Ini kerana semua caj tersebut telah pun dialihkan kepada pelanggan seperti kami di sini, bukan? Setiap harga tiket telah pun ditambahnilai melibatkan pelbagai caj seperti “fule surcharge”, “airport tax”, “admin fees” dan sebagainya ketika pelanggan mendapatkan tiket penerbangan,
  • Rating MAS adalah 5 stars tetapi malangnya kerapkali rugi, ranking pun sudah jatuh
  • Emirates yang hanya mempunyai 4 stars pun boleh menduduki ranking nombor 1 ketika ini
Telah ramai pakar-pakar ekonomi merasa pelik, mengapa di Malaysia selagi suatu syarikat menjadi syarikat “bumi” kroni, ia selalunya akan mencatatkan kerugian yang besar yang mana beban tersebut akan akhirnya dialihkan semula kepada anda, anda disini.
Dan yang lebih pelik lagi ialah, dalam dunia ini, selagi suatu perniagaan terus mencatatkan kerugian amat-amat disyorkan jual perniagaan tersebut. Tetapi….
Tetapi kejadian di Malaysia bertentangan pula, apabila kerajaan (CEO syarikat) telah berkali-kali menggunakan dana negara aka duit pemegang saham syarikat (rakyat Malaysia) semata-mata mahu membantu syarikat-syarikat seperti ini daripada terus mengalami kerugian besar. Setiap tahun, tetap mengulangi perkara yang sama. Walaupun ada yang tampil menawarkan diri untuk mengalami syarikat yang rugi besar ini. Tetap berdegil menggunakan dana negara.
Bayangkan dengan dana negara yang digunakan selama ini yang telah melepasi angka berbilion ringgit atas nama mahu menyelamatkan syarikat-syarikat seperti ini, berapa banyak sebenarnya peluang pekerja dapat dihasilkan untuk rakyat Malaysia?
Persoalannya sekarang, sudah ramai pakar ekonomi yang sudah mula ragu-ragu, ke mana sebenarnya wang yang telah digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat bumi selama ini?
“Adakah ini salah satu helah untuk bermain magis dengan dana negara?”

Malaysia Airlines (MAS) VS Singapore Airlines?

Sebenarnya Malaysia Airlines jangan hanya kerap lepas tangan tanpa mengakui kesilapan sendiri di atas pengurusan dan pemasaran yang lemah. Sila bandingkan antara Singapore Airline VS Malaysia Airlines :
  • Singapore Airline dari Singapore ke kota London dengan Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke London pada hari yang sama
  • Malaysia Airlines jauh lebih murah
  • Tetapi, kenapa Singapore Airline boleh berjaya membuat 4 penerbangan setiap hari ke kota London?
  • Sedangkan, tempat duduk Singapore Airlines bilangannya snagat kurang berbanding dengan MAS.
  • Malaysia Airlines?
P/S : Atas kertas, acapkali Malaysia mencatatkan kerugian, tetapi masih tetap mampu berjuang meneruskan operasi? Hakikatnya, Malaysia Airlines (MAS) boleh berjaya tanpa kelibat orang politik campur tangan. Apa kata anda pula?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...