muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 13 Oktober 2013

Sharifah Sakinah Bikin Panas Pakai Baju Tanpa Bra Sempena Sambut "Hari Tanpa Bra"


Sebelum ini,seorang pelakon Indonesia, Julia Perrez yang tampil tanpa coli dalam akaun Twitternya bagi menyokong Hari Tanpa Bra atau No Bra Day yang diadakan untuk mengenangkan pesakit-pesakit kanser payudara.

Artis 'suam-suam-kuku-perasan-popular-publisiti-murahan' Sharifah Sakinah turut tidak ketinggalan untuk turut serta menyokong kempen ini.


Walaupun beliau sedar akan dikecam, seperti biasa, hati keringnya tetap terus lakukannya tanpa rasa segan.

Melalui akaun Instagramnya, beliau memuat naik foto sehelai baju putih yang dilukis lakaran payu dara dengan status 'My F breast cancer shirt'

Seperti biasa, kecaman bertubi daripada peminat mula memenuhi ruangan komennya

GAMBAR SEKSI YANG DITINGGALKAN SELEPAS MATI



Semua orang pasti akan mati, tak kira orang tua, muda,
masih bersekolah, bayi dalam kandungan, kalau dah
sampai ajal pasti akan mati. Tapi kalau dah tahu korang
akan mati satu hari nanti, boleh tak jangan tinggalkan
wasiat yang menyusahkan orang lain suruh orang lain
block, hack dan delete Facebook kau yang penuh dengan
gambar seksi dan status2 mengarut? Boleh tak kau delete
je gambar2 tu sekarang sementara kau masih hidup, tak
pun delete je akaun Facebook tu.

Bila orang tegur suruh tutup aurat, suruh jangan post
gambar merepek2 untuk menagih like dan follower
konon hot stuff lah sangat, diorang cakap jangan
sibuk tepi kain orang, kubur masing2, biarlah aku
nak buat apa pun yang penting aku tak menyusahkan
orang. Tapi bila dah meninggal, nasib baik la masih wujud
lagi ramai insan2 yang baik hati nak tolong report, delete,
hack, block dan sebagainya, walau insan ini jugalah yang
dulu korang hina2 dan kutuk sebab nasihat korang.

Yang kat bawah ni adalah contoh yang sebenar.







Apapun yang dah meninggal tu usahlah dicela lagi,
kita doakanlah sahaja semoga roh beliau dicucuri
rahmat. Namun kita yang masih hidup ini termasuk
aku sekali, sila beringat dan ambil tindakan sekarang,
jangan berlengah2 lagi dan cakap kita masih muda
mesti lambat lagi nak mati. Aku harap korang boleh
tolong share peringatan ini kepada orang lain juga.

PANAS : PARTI MAKSIAT PADA MALAM RAYA HAJI





















Sebuah kelab malam di Singapura iaitu Zouk mahu
menganjurkan sebuah parti Mambo Jambo dan
menghighlightkan ia akan diadakan pada malam
Hari Raya Haji (Eve of Hari Raya Haji). Malangnya
disebabkan suara umat Islam di sana tidak sekuat
Malaysia, maka tidaklah kedengaran orang Islam
kat sana marah atau buat demonstrasi membantah
perkara ini. Mungkin penganjur parti ini tidak
merasakan yang hari kebesaran umat Islam yang
disambut oleh seluruh umat Islam diseluruh dunia
 adalah suatu yang perlu dihormati.


Sumber












Manakala di Malaysia pula, kelab Zouk Kuala Lumpur di Jalan
Ampang juga turut menganjurkan event pada malam Hari
Raya Haji tapi mengambil jalan selamat dengan menulis
"Eve of Public Holiday". Nampaknya penganjur kelab maksiat
di Malaysia pun hanya menganggap Hari Raya Aidiladha hanya
sebagai sebuah cuti umum biasa seperti cuti2 umum yang lain.


















Aku faham ramai orang bukan Islam yang nak berhibur,
clubbing, berparti, menari terkinja2, minum arak mabuk2,
cuci mata skodeng awek tak cukup kain, walaupun aku
percaya pasti ada juga orang Melayu Islam yangbangang datang
di kala umat Islam lain sedang bertakbir, tapi at least tak perlu
highlight event tu diadakan pada malam Hari Raya Haji ke,
malam cuti umum ke apa, tulis tarikh dan masa sahaja sudah. 

PANAS : BERTUDUNG TAPI NAMPAK SELUAR DALAM


Kita tak patut menyalahkan orang lain pabila jadi macam ni.


TAk leh salahkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
TAleh juga salahkan perlembagaan negara.
 TAkleh salahkan pucuk pimpinan.... walaupun katenya 'isteri sendiri pun takleh bimbing'. 
Tidak boleh juga menunding Nik Aziz kerana tak cukup garang dan dah letak jawatan.


Kerana, apa saja yg kita buat, kitalah yg bertanggungjawab. 
Kenapa kita nak salahkan pembuat jubah?
Kenapa nak salahkan tukang jahit?
Kenapa nak salahkan penjual tudung?
Dan perluke salahkan penjual spender? 
 
Sedangkan kuasa memilih dan membeli itu adalah datang dari diri kita sendiri....



Renung-renungkan dan simpan jari telunjuk dan semua jari yg ada dalam poket.

Kita tak patut menyalahkan orang lain pabila jadi macam ni.

TAk leh salahkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
TAleh juga salahkan perlembagaan negara.
TAkleh salahkan pucuk pimpinan.... walaupun katenya 'isteri sendiri pun takleh bimbing'. 


Kerana, apa saja yg kita buat, kitalah yg bertanggungjawab.
Kenapa kita nak salahkan pembuat jubah?
Kenapa nak salahkan tukang jahit?
Kenapa nak salahkan penjual tudung?
Dan perluke salahkan penjual spender?

Sedangkan kuasa memilih dan membeli itu adalah datang dari diri kita sendiri....

Renung-renungkan dan simpan jari telunjuk dan semua jari yg ada dalam poket.

SESAL TAK SUDAH AKIBAT TERLANJUR



sekadar hiasan

BAGI mahasiswi yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 20, sifat ingin mencuba yang meluap-luap dalam dirinya dan teman lelaki membuatkan dia tewas kepada hasutan syaitan.


Daripada sekadar suka-suka, dia menjadi ketagih. Semuanya berlaku seperti kilat dan tanpa dirancang. Episod hitam hidup Wati bermula ketika umat Islam menyambut Aidilfitri tahun lalu.


“Saya tak menjangka perkara sebegini boleh berlaku kepada diri sendiri sebab selama ini saya hanya membaca kisah remaja terlanjur di akhbar dan majalah.

“Namun, apabila kena pada diri sendiri, baru saya tahu bagaimana perasaannya dan keperitan yang perlu ditanggung wanita terlanjur,” katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian satu semester di sebuah IPTA di Melaka.

Menceritakan pengalaman kali pertama terlanjur, Wati berkata, ketika kejadian dia menunggu kekasihnya yang dikenali sebagai Kamal, 21, bersiap untuk beraya di ruang tamu rumah lelaki berkenaan.

Benarlah seperti dinyatakan dalam al-Quran, apabila berdua-duaan, wujudlah pihak ketiga iaitu syaitan.
Ketiadaan ahli keluarga Kamal seolah-olah membuka ruang kepada mereka melakukan zina. Meskipun pada awalnya dia takut, namun akhirnya mereka tewas dengan gelora nafsu.

“Selepas melampiaskan nafsu, tiba-tiba wujud rasa bersalah dan berdosa terhadap ibu bapa. Pulang ke rumah, saya hanya mendiamkan diri. Pun begitu, masih belum timbul keinsafan apabila kami melakukan perbuatan itu untuk kali kedua seminggu selepas itu di rumah keluarga teman lelaki.

“Selepas perbuatan kali kedua itulah, saya mengandung. Itu pun hanya disedari selepas kandungan mencecah usia tiga bulan kerana saya tidak mengalami alahan atau komplikasi seperti wanita mengandung lain,” katanya.

Semakin hari kandungan Wati makin membesar dan tidak mampu disorok lagi. Dia mengalami kemurungan dan mahu menggugurkan kandungan itu, namun dihalang teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

“Menyedari kesilapan dan keterlanjuran dilakukan, saya kemudian menyuarakan hasrat mahu bernikah segera kepada ibu. Sebelum mengikuti kursus perkahwinan, ibu panggil saya lalu bertanya mengapa mahu bernikah secara tiba-tiba.

“Saya menceritakan apa berlaku dan mengaku hamil lima bulan. Ibu sedih lalu menangis dan kecewa kerana keluarga kami bukan daripada golongan bermasalah.

“Saya dibesarkan penuh kasih sayang dan menerima pendidikan agama yang cukup, apatah lagi saya selalu mengingatkan rakan supaya menjauhi perkara yang dilarang agama,” katanya.

Tanpa membuang masa, si ibu memberitahu ayah dan anak sulung mereka. Meskipun kecewa dan marah, mereka masih menerima Wati sebagai ahli keluarga.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana sedar lebih awal dan tidak mengulanginya semula. Lebih bersyukur apabila teman lelaki mahu bertanggungjawab dan mengahwini saya selepas tamat belajar kelak,” katanya yang melahirkan bayi perempuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...