muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Rabu, 30 Oktober 2013

Apabila Mantan Menteri Besar Selangor Bersuara



Mantan Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib berkata UMNO tidak pernah merujuk kepada Al-Quran dan Hadis dalam perjuangannya.

Menurutnya lagi Pas pula menjadikan dua sumber itu sebagai pegangan dan rujukan utama setiap masa.

"Masa saya jadi Menteri Besar (Selangor), saya tidak pernah buka (rujuk) Al-Quran untuk mentadbir negeri, begitu juga semua Perdana Menteri sehinggalah Najib ketika ini.

"Tetapi dalam Pas berbeza, Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Hadi selalu rujuk Al-Quran ketika mereka memerintah negeri masing-masing.

"UMNO hanya jadi parti yang ikut-ikut sahaja, mereka yang masuk UMNO bukan yang berfikir. Tidak seperti orang yang menyertai Pas.

"Saya melihat, Pas adalah parti yang paling relevan dan sesuai untuk memimpin masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu." – Muhammad Mohd Taib —

NAJIB, KDN BUAT ANWAR TERKEJUT


013








Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini meluahkan rasa terkejut kerana tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan Kedutaan Amerika Syarikat menjadi pusat operasi untuk aktiviti perisikan.

Ketua Pembangkang itu menegaskan tindakan Najib dan KDN itu dilihat umpama 'nampak terlalu lemah' walaupun perkara ini amat serius.
"Ia perkara serius untuk negara. Kami minta Perdana Menteri, KDN respons perkara ini supaya kita tidak dilihat terlalu lemah,katanya ketika sidang media di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. - 31 Oktober, 2013.

BETAPA HEBATNYA PERALATAN SEKOLAH DI MALAYSIA ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA!!!!



















Biarkan saja gambar berbicara sendiri ....
betapa daifnya meja yang dibekalkan 
disalah sebuah sekolah menengah dinegara 
ini yang di tadbir urus oleh kerajaan UMNO 
semenjak merdeka yang mendabik dada 
kononnya sekolah kita adalah antara yang 
terbaik dan terhebat seantaro dunia.

Kerajaan UMNO boleh membelanjakan jutaan 
ringgit setahun hanya untuk bayar bil elektrik 
dan air kediaman rasmi Najib dan Muhyiddin 
Yassin .. tapi nak bekalkan sebuah meja yang 
selesa untuk pelajar kita terlalu payah dan 
banyak sangat kerenah.

Paling menyedihkan rakaman ini diambil 
ketika pelajar gadis itu sedang menduduki 
peperiksaan.

[TERKINI] Tahukah Anda Perbezaan Rokok Sah VS Rokok Tak Sah?


[TERKINI] 11 Perkara Semua Orang Mesti Tahu 

Tentang Rokok Tak Sah



Tahukah anda mengenai fakta-fakta berkenaan rokok 
seludup atau kontraband di Malaysia? Jangan ditipu tiga 
jenama rokok tak sah paling terkenal 
di Malaysia.baca selanjutnya

Hairie Othman Tidak Mahu Terlibat Dalam Aktiviti Pakatan Rakyat Lagi




'Habis manis sepah dibuang.. 'atau 'Dulu tak cukup.. sekarang tak habis..' itulah pepatah yang sesuai digunakan dalam hal ini..

Sebelum PRU13 Mei lalu beliau diusung kehulu kehilir dengan penuh perasaan megah oleh segelintir pihak dalam Pakatan Rakyat hinggakan nak didekatipun susah..

Dijulang dengan megah kerana dikatakan berani berhijrah keluar dari lubuk maksiat untuk bersama memperjuangkan Islam.. malangnya setelah PRU13 beliau dipinggirkan begitu sahaja..

Jika suatu masa dulu Amy Search.. sekarang nampaknya Hairie pula yang akan menjauhkan diri dari sebarang aktiviti Pakatan Rakyat...

Persamaannya dalam hal ini ialah kedua-duanya merasakan diri mereka telah tertipu dengan janji-janji manis yang ditabur oleh segelintir pemimpin Pakatan Rakyat..

Ditipu oleh segelintir manusia hipokrit yang berselindung disebalik kepiah putih dan jubah putih..berbahasa menggunakan 'Ana' dan 'Anta'.. tapi sebenarnya perangai macam haram jadah!

Dalam persamaan itu masih ada perbezaan.. dimana Amy telah ditipu oleh individu yang rapat dengan pimpinan manakala Hairie merasakan dirinya ditipu, ditipu dengan janji-janji manis ataupun kena kencing oleh Pakatan Rakyat.

Buat masa ini aku tak berapa pasti apa yang telah dijanjikan kepada Hairie.. hingga menyebabkan beliau kecewa dengan Pakatan Rakyat..

Bagaimanapun aku hormat Amy Search yang telah menyertai UMNO itu..

Kerana walaupun beliau diserang habis-habisan oleh kebanyakkan Blog Pro PR setelah mengumumkan menyertai UMNO, namun beliau tidak menyerang balas dengan mendedahkan siapa individu dari PR itu yang telah menipu dia dan berapa banyak dia dah ditipu...

Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat.

Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung.

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan.

Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen untuk Pas tetapi seakan-akan merajuk selepas apabila Pakatan Rakyat dikatakan tidak mempedulikannya termasuklah gagal memberikan projek seperti yang dijanjikan selepas PRU itu berakhir.

“Saya tak mahu komen. Sampaikan kepada bos kamu,” tambahnya ~ mStar

PANAS : SEKS DALAM TANDAS SEKOLAH



Astagfirullahal azim..apa nak jadi pelajar sekolah hari ini..?Allah jelaskan,perempuan yg berzina Dan lelaki yg berzina hendaklah kamu sebat tiap tiap seorang dari keduanya 100 Kali sebat,dan janganlh kamu di pengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankn hukum Allah,jika benar kamu beriman kpd Allah Dan hari akhirat,Dan hendaklh di saksikan hukuman seksa yg dikenakn kpd mereka itu oleh sekumpulan dari org beriman..bila lgi kerajaan Malaysia nk laksanakan hukum hudud.. Berjunub DalamTandas Sekolah ? | Tenom – Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan, menurut sumber HMetro.Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar.


GAMBAR NAJIB RAZAK TERTIDUR SEMASA MENGHADIRI FORUM EKONOMI ISLAM DUNIA (WIEF) KE-9 DI LONDON TERSEBAR LUAS DI ALAM MAYA!!!















Heboh para pelayar alam maya menjadikan Najib Razak 
tertidur semasa menghadiri Forum Ekonomi Islam 
Dunia atau World Islamic Economic Forum  (WIEF) 
ke- 9 di London.

Dulu beliau kantoi tertidur semasa menghadiri 
persidangan APEC di Australia.. kini di London 
pula ... dulu Tun Pak Lah di ejek dan dijadikan bahan 
ketawa kerana kerap tertidur .. nampaknya watak 
dan peranan itu sudah di ambil alih oleh Najib Razak.

Kata orang .. orang yang sering dan mudah tertidur 
ni ada penyakit diabetes (kencing manis) .. adakah 
Najib Razak terlebih makan gula?

“RM100 Sebulan Bayar Polis Jaga Kita”? Kata Rakan Pembunuh Kejam AmBank


Satu persatu perkara terbongkar bila terdedahnya laman Facebook pembunuh kejam pegawai Ambank. Terbaru, melalui semakan Facebook rakan-rakan pembunuh kejam Ambank, Mahesa Birawa (gambar) telah memuat naik status yang agak mencurigakan.
Melalui status Facebooknya, Mahesa Birawa mendakwa dia dihubungi oleh Polis DiRaja Malaysia pada 23 Oktober 2013 lalu dan meminta duit daripadanya.
Menurutnya, dia membayar RM100 setiap bulan kepada pegawai polis yang ‘menjaganya’ ketika di Malaysia lokasinya di Shah Alam, sila rujuk lampiran perbualan dibawah.



Rujujkan Facebook:-Mahesa Birawa
Perkara ini harus disiasat, jika dakwaannya benar, tindakan yang paling tegas perlu diambil keatas anggota polis yang cuba menjahanamkan negara kepada pendatang haram. Anggota polis macam ni la yang membusukkan nama PDRM. Akibat tindakan beberapa orang, habis tercemar institusi kepolisan kita. Harap PDRM kita dapat menyiasat perkara ini.

sss

nescafeais
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...