muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Jumaat, 1 November 2013

PANAS : GAMBAR YANG BAKAL MASUK DALAM UTUSAN & BERITA HARIAN



Alhamdulillah... Sejuk mata memandang tengok Datuk Seri Haji Najib Razak pakai kopiah. ^^











YAN: Biasanya poster calon BN dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil  menampilkan gambar calon memakai songkok. Tetapi suasana di PRK Sungai Limau mendorong BN menukar imej calonnya, Dr Sohaimi Lazim dengan menggunakan gambar beliau memakai kopiah putih.
Selama ini kopiah putih dikaitkan dengan penyokong PAS manakala songkok hitam pula dikaitkan dengan penyokong BN.
Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.
Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan “Berani Hijrah” bagi menyaingi tema “Kekal” calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut kelihatan berjemaah di beberapa masjid di sekitar Dun Sungai Limau dengan berkopiah putih.
Budaya baru Umno ini amat berbeza dengan pendirian bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin yang mahukan songkok hitam menjadi pemakaian orang Melayu berbanding kopiah putih.
Begitu juga dengan Ketua Bahagian Umno Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mahukan para jemaah haji Malaysia memakai songkok dan berbaju Melayu ketika menunaikan solat di Masjidil Haram, Makkah.
Sejauh mana pengundi Sungai Limau terpengaruh dengan kopiah putih Dr Sohaimi dan DS Najib? Mampukah imej ini meningkatkan undi BN? Sama-samalah kita tunggu 4 November ini.

Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman


10. Gambar seorang ibu dan anak-anaknya mencuba untuk menyelamatkan diri daripada peristiwa pengeboman di Vietnam Selatan dengan menyeberangi sebuah sungai pada tahun 1965.
american bombings escape veitnam 400x259 300x194 10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
9. Pada 12 Januari 1960, ketua parti sosialis Jepun, Asanuma telah dibunuh oleh pelajar kepada pesaingnya. Gambar di bawah telah diambil dalam masa sesaat sebelum pembunuhan itu berlaku.
Asanuma murdered 400x318 300x238 10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
8. Gambar seorang banduan Iraq sedang mententeramkan anak lelakinya. Gambar ini telah diambil pada tahun 2003 semasa peperangan di Iraq sedang di kemuncak.
iraqi prisoner 400x269 300x201 10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
7. Gambar seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusaha menyelamatkan diri semasa peristiwa kebakaran pada tahun 1975.
fire escape collapse 299x400 224x300 10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
6. Gambar Thick Quang Dug, seorang sami budha dari Vietnam Selatan membakar diri sendiri sebagai tanda protes terhadap polisi penderaan oleh kerajaan terhadap sami budha pada tahun 1963. Sami itu tidak bergerak ataupun mengeluarkan sebarang bunyi semasa dirinya sedang terbakar.
budhist priest 400x308 300x231 10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
5. Gambar seorang lelaki muda berdiri di hadapan kereta kebal yang sedang bergerak demi reformasi democratik di China pada tahun 1989
democtratics reforms protest china 400x244 300x183 10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
4. Gambar hari pertama buat Dorothy Counts di Sekolah Tinggi Harry Harding, Amerika Syarikat. Counts adalah kanak-kanak berkulit hitam pertama yang dimasukkan ke sebuah sekolah di Amerika Syarika. Namun begitu, dia tidak dapat bertahan dengan segala gangguan selepas 4 hari.
first black kid in US school 400x280 300x210 10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
3. Gambar seorang lelaki muda telah didera oleh askar kerana dia dipercayai telah bercakap dengan pemberontak Tutsi.
tortures 400x255 300x191 10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
2. Ketua Polis Vietnam Selatan , Nguyen Ngoc Loan telah menembak mati seorang lelaki yang dia sangkakan seorang askar Vietkong pada 1 Februari 1968.
south vietnam police kill 400x267 300x200 10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
1. Gambar seorang kanak-kanak yang hampir mati kerana kebuluran kerana tidak makan di Uganda pada tahun 1980. Seorang pendakwah memegang tangannya dan tidak dapat berbuat apa-apa.
uganda kid dying of food 400x254 300x190 10 Gambar Paling Menyentuh Jiwa Sepanjang Zaman
Sangat menyentuh jiwa bukan? Apa kata kamu? Setiap gambar mampu menceritakan banyak cerita. Perihal keadaan semasa ia diambil, kegembiraan orang di dalamnya, kegembiraan dan kesedihan, malah juga kesengsaraan.
seterusnya

Video Ibu "Couple" 2013 Yang Memalukan

Thumbnail
- KUALA LUMPUR: “Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar rumah sesuka hati.
“Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yang mengata), mungkin baru mereka tahu apa yang saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami yang bukan-bukan.”
Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas rakaman video anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan ‘aksi mesra’ bersama teman lelaki, kini tersebar meluas di laman YouTube dan Facebook (FB).

Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F dengan teman lelakinya yang juga berusia belasan tahun memang diketahuinya, namun dia tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh itu.

“Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet,” katanya.

Memurut Rohani, dia mendapat tahu mengenai rakaman video itu apabila diberitahu sendiri anaknya selepas ia tersebat di internet.

"Tapi anak saya tak tahu siapa yang sebarkan video itu di internet tapi dia syak ia dilakukan oleh kawan teman lelakinya," katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Rakaman video aksi mesra F bersama teman lelakinya yang berpelukan dan bercium di pondok sebuah taman rekreasi mendapat perhatian pelayar internet yang memberi lebih 1,000 komen.

Sebahagian besar daripada mereka mengutuk perbuatan remaja terbabit dan menyalahkan ibu bapa mereka yang dituduh tidak pandai menjaga anak, namun ada juga yang memberi nasihat selain mencadangkan kedua-duanya dikahwinkan.

"Bila rakaman itu tersebar itu tersebar, suami amat marah dan kecewa, tetapi apa sangatlah yang kami boleh lakukan kerana perkara sudah berlaku.

"Inilah sikap budak-budak zaman sekarang, buat sesuatau tanpa fikir panjang, bila jadi macam ni ibu bapa juga lah yang susah dan tanggung malu.

"Sukar diceritakan perasaan malu saya apabila rakan, jiran dan saudara mara bertanya saya mengenai apa yang berlaku. Biarpun sukar, kami terpaksa harungi jua," kata Rohani.

Ditanya adakah dia akan mengahwinkan F dan teman lelakinya sebagaimana dicadangkan sesetengah pihak, Rohani berkata anaknya itu masih terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga.

"Sebagai ibu, pastinya saya mahu yang terbaik untuk anak saya. Namun, soal jodoh ini di tangan Tuhan dan kita tidak tahu bagaimana masa depannya nanti," katanya.

Rohani berkata, berikutan itu pergerakan anaknya kini dikawal lebih ketat dan diharap anaknya tidak terus dipandang serong.

"Mungkin saya akan pindahkan dia di sekolah lain. Biar apa pun berlaku, saya akan pastikan di perlu tamatkan persekolahannya, sekurang-kurangnya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.


Inilah Wajah Sebenar Ustaz Kazim Elias

Thumbnail
Astaghfirulllahhalazim... byk2 mngucap ustaz... jgn takabur & riak.... kami tahu ustaz ada sekolah tahfiz... Anda semua dengar & nilaikanlah sendiri... Terpulang kpd pendengar bagaimana nak menilakannya...

Undang-undang islam itu adalah dasar, jikalau kamu meninggalkan dasar bermakna kamu menolak islam keseluruhanya, kamu sudah ada kuasa kenapa kamu tidak menjalan dasar islam yakni undang2 islam. ini bermakna kamu menolak undang2 allah dan percaya kepada undang buatan sendiri. menjalankan undang2 islam adalah wajib bg kerajaan yg berkuasa.

DENGAR, FAHAM & SEBARKAN.....






BEGINI KAH UMNO/BN MELAYANI PENYOKONG TEGAR MEREKA??????
















Bukan niat nak menghina atau mengata 
maupun dijadikan bahan ketawa ... tetapi 
sekadar mengajak rakyat mencuit minda , 
melihat, berfikir dan menilai bersama.

Sekiranya benarlah insan di atas ini seorang 
penyokong tegar UMNO/BN maka wajarkah 
beliau di layan sebegini rupa?

Sekiranya bukan .. mengapa perlu sekali ada 
rakyat negara kita hidup merempat sebegini .. 
mencari makanan di tempat buang sampah.

Perlunya pemimpin masyarakat termasuk 
ADUN dan Wakil Rakyat berkenaan ambil 
berat sedikit permasalahan ini .. Cukup sedih 
menyayat hati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...