muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Jumaat, 1 November 2013

PANAS : GAMBAR YANG BAKAL MASUK DALAM UTUSAN & BERITA HARIAN



Alhamdulillah... Sejuk mata memandang tengok Datuk Seri Haji Najib Razak pakai kopiah. ^^











YAN: Biasanya poster calon BN dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil  menampilkan gambar calon memakai songkok. Tetapi suasana di PRK Sungai Limau mendorong BN menukar imej calonnya, Dr Sohaimi Lazim dengan menggunakan gambar beliau memakai kopiah putih.
Selama ini kopiah putih dikaitkan dengan penyokong PAS manakala songkok hitam pula dikaitkan dengan penyokong BN.
Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.
Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan “Berani Hijrah” bagi menyaingi tema “Kekal” calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut kelihatan berjemaah di beberapa masjid di sekitar Dun Sungai Limau dengan berkopiah putih.
Budaya baru Umno ini amat berbeza dengan pendirian bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin yang mahukan songkok hitam menjadi pemakaian orang Melayu berbanding kopiah putih.
Begitu juga dengan Ketua Bahagian Umno Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mahukan para jemaah haji Malaysia memakai songkok dan berbaju Melayu ketika menunaikan solat di Masjidil Haram, Makkah.
Sejauh mana pengundi Sungai Limau terpengaruh dengan kopiah putih Dr Sohaimi dan DS Najib? Mampukah imej ini meningkatkan undi BN? Sama-samalah kita tunggu 4 November ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...