panas : satu lagi bukti keruntuhan moral di kalangan remaja sekolah di negara kita..adakah anda membiarkan anak anda ke sekolah untuk melakukan hubungan seperti ini..inilah yang terjadi apabila kerajaan membiarkan hiburan berleluasa di malaysia tanpa pengawasan dan tidak mementingkan pembangunan rohani.Takkan nak tunggu kena pada anak sendiri baru nak ambil tindakan??Sedarkah anda bahawa statistik menunjukkan anak zina di negara kita terlalu tinggi..Bila pergaulan tiada batasnya dan undang-undang Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya, inilah akibatnya..Generasi merdeka yang diagungkan oleh UMNO..Tolak umno, selamat muda mudi malaysia..
muka
Facebook Badge
TERBARU
Isnin, 1 Oktober 2012
GEMPAR BERAPI : Bekas Menantu Dakwa Taib Mahmud Mungkin Individu Terkaya Asia Tenggara
Bekas menantu Abdul Taib Mahmud ini menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin terkaya di Asia Tenggara.Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Mahmud Abu Bekir Taib hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.
Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.
Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah USD25 juta (RM75 juta).
Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah USD31 juta (RM93 juta).Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi jazz terkenal tanah air, Sheila Majid.
GEMPAR BERAPI : BUDAK BERZINNA DI TAMAN
Aksi muda mudi zaman sekarang tanpa segan silu berpelukan dan melakukan aksi terlarang di tempat terbuka..Walaupun kejadian ini dilaporkan di negara jiran, adakah kita boleh lepas tangan dari membiarkan gejala ini menular ke negara kita?..sedar tak sedar, banyak kejadiaan seumpama ini dilaporkan di Malaysia dan lebih menghairankan melibatkan pasangan yang berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM..Dimanakah tanggungjawab pemerintah dalam menghalang perkara ini dari menjadi barah di negara kita..sanggupkah satu hari nanti anda melihat anak anda atau ahli keluarga anda pula yang terlibat??Jika tidak, tolak UMNO, selamat Malaysia..
GEMPAR BERAPI : DJ STESEN RADIO JULIE DIANA DI CULIK
Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, Julie Diana Omar Shariff, 34, berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, di sini.
“Saya memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang saya naiki.
“Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum kereta saya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba,” katanya membuka cerita.
Menurut Julie Diana, segala-galanya berlaku begitu pantas sehingga dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.
“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya.
“Sebaik sahaja saya masuk, muka saya segera diserkup dengan kain dan tangan pula diikat,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di rumah keluarganya, di sini.
Diculik kerana cinta tak berbalas
Julie Diana berkata, apabila bertanya mengapa dia diperlakukan sebegitu rupa, salah seorang daripada penjenayah itu memberitahu mereka datang dari jauh selepas diarahkan seseorang untuk menculik kemudian membunuh dan membakarnya kerana cinta tidak berbalas.
“Kepala saya ligat memikirkan siapa yang dimaksudkan kerana saya memang tak ada langsung masalah percintaan, sekadar ramai peminat. Itupun kerana tugas saya sebagai penyampai radio,” katanya yang menganggarkan ada dua atau tiga lelaki turut sama berada dalam kenderaan berkenaan.
Tambah Julie Diana, menerusi walkie-talkie yang digunakan penjenayah tersebut, dia terdengar rancangan mereka untuk membawanya ke sebuah gudang di Batu Pahat untuk dibunuh.
“Berderau darah saya mendengarnya. Apatah lagi untuk membuktikan tindakan mereka serius, ibu jari dan leher saya dihiris dengan pisau Rambo sehingga luka sebagai tanda amaran,” katanya.
Menurutnya, selepas beberapa ketika, mereka berhenti di satu tempat.
“Kebetulan kain yang menutupi muka saya tersingkap sedikit, dan dari situ saya dapat lihat kami berada di kawasan tanah perkuburan Cina. Ada ramai lelaki di situ dengan bunyi kenderaan yang banyak. Saya rasa mungkin lebih daripada sepuluh lelaki. Salah seorang daripada mereka kemudiannya meminta saya menyerahkan wang, barang kemas dan kad ATM bersama nombor pin,” katanya yang terus menyerahkan apa yang diminta tanpa banyak soal.
Penjenayah bagi duit RM51 untuk isi minyak
Julie Diana berkata, menyedari kawasan itu dilalui banyak kenderaan, mereka kemudian berbincang dan mengubah rancangan.
“Saya kemudian disuruh menaiki kereta saya sendiri bersama empat lelaki lain dan dibawa ke sebuah kawasan ladang berhampiran Bukit Batu, Kulaijaya. Dalam hati ketika itu, hanya ALLAH yang tahu betapa takutnya saya kerana merasakan waktu kematian hampir tiba,” ceritanya dengan tenang.
Bagaimanapun Julie Diana bernasib baik apabila sampai di lokasi dimaksudkan, keempat-empat penjenayah itu memberitahu yang mereka tidak sampai hati pula untuk membunuhnya.
“Mereka buka ikatan tangan saya, tetapi masih membiarkan muka tertutup. Mereka beritahu saya, ‘Kak, bila kami tinggalkan akak kat sini, akak tolong larikan diri, ya’,
“Mereka beri saya duit sebanyak RM51 untuk isi petrol minyak, lesen memandu dan sebotol air mineral dan terus larikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain yang mengekori dari belakang,” katanya.
Menurutnya, sebaik sahaja penjenayah itu berlalu, tanpa berfikir panjang dia membuka kain yang menutup wajahnya dan terus memandu laju sehingga bertemu seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di Bukit Batu, Kulaijaya untuk meminta pertolongan.
Julie Diana berkata, dia menceritakan apa yang telah terjadi kepada pengawal keselamatan itu dan memintanya menghubungi nombor telefon pejabat.
“Saya dah tak ingat apa-apa, yang muncul di fikiran hanya nombor pejabat. Saya minta pengawal keselamatan itu hubungi rakan sekerja supaya mereka dapat maklumkan kepada keluarga,” katanya.
Pengalaman mencemaskan selama empat jam itu benar-benar memberi banyak pengajaran kepada Julie Diana.
“Saya sangat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana tidak diapa-apakan,” katanya.
Menurutnya, dia menganggarkan kerugian yang dialami mencecah RM20,000.
Julie Diana kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Bemban, Kulaijaya dan Balai Polis Taman Impian Emas pada hari yang sama.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, pihaknya berjaya menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai suspek jam 4 petang semalam.
“Kami kini sedang memburu tiga hingga lima lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.
sinar
GEMPAR : Scorpene. Sepina Ke Atas Rakyat Malaysia Sudah Dikeluarkan
Menurut apa yang diberitahu oleh Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Cynthia Gabriel, perkembangan terbaru dalam penyiasatan skandal kapal selam Scorpene, satu sepina telah dikeluarkan kepada seorang rakyat Malaysia yang menjadi salah seorang saksi penting dalam skandal ini. Menurutnya lagi, namanya tidak boleh didedahkan lagi buat masa ini atas nasihat peguam Perancis yang mengendalikan kes ini.
“Siapa dan bila sepina ini akan sampai ke tangan saksi itu, ini bakal terdedah dengan sendirinya apabila sampai waktunya,” katanya dalam forum Scorpene Submarine Scandal: The Great Malaysian Robbery di Hotel Excelsior malam tadi.Menjawab soalan salah seorang peserta berkenaan sejauh mana perkembangan penyiasatan kes ini, Cynthia memberitahu sepina pertama yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis itu yang melibatkan kes antarabangsa adalah untuk mendapat testimoni dari saksi.
Jika dia gagal memberikan sebarang respon, sepina kedua akan dikeluarkan dan jika gagal juga memberikan jawapan, prosedur terakhir adalah mendapatkan khidmat Pertubuhan Polis Antarabangsa (INTERPOL).Orang ini akan menjadi buruan polis antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam penyiasatan ini.Kita tengok siapa yang kenaaaaa……!
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com
PANAS : KENAPA WANITA CANTIK BILA BERTUDUNG??
Tuntutan agama
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.
Mengurangkan dosa
Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.
Lebih pintar dan tenang
Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.
Tidak membazir
Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.
Lebih sopan dan manis
Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)
Rambut lebih tahan lama dan sihat
Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.
Menjadikan diri anda “Mahal”
Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.
Lebih dihormati
Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi..
CARA TIDUR RASULULLAH S.A.W. ADALAH YANG TERBAIK
Berwuduklah sebelum tidur |
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.
Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.
Jangan tidur atas pokok!! |
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.
Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
GEMPAR BERAPI : REMAJA MELAYU BERZINNA BAWAH POKOK
panas : di manakah perasaan malu remaja melayu yang beragama Islam sekarang.Akibar dari perbuatan ini akan melahirkan anak luar nikah. Dan secara tidak langsung meningkatkan kadar pembuangan bayi dinegara kita.Jika kerajaan melaksanakan hukum hudud di Malaysia, dapat mengurangkan kejadian seperti ini dari terus membarah..Tapi kita lebih memilih undang-undang penjajah yang secara relatifnya tidak bermaya..Apabila PAS hendak melaksanakan hudud, puak-puak UMNO marah dengan mengatakan ianya tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang kaum..Sedarkah anda wahai penyokong UMNO, undang-undang hudud hanya di laksanakan ke atas orang Islam..Berfikiran terbuka dalam perkara ini, sanggupkah satu hari nanti anda lihat anak anda pula yang terlibat dalam perkara seperti ini??Jika tidak, tolak umno, maka secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial seperti ini..
GEMPAR BERAPI : AKSI REMAJA BERTUDUNG DI TAMAN
PANAS : inikah yang diagungkan oleh umno selama kita merdeka??inikah acuan melayu yang umno hendaki??remaja kita telah rosak akhlaknya..kembali kepada Islam..umno hanya mementingkan pembangunan fizikal tanpa adanya pembangunan rohani..kesimpulannya, jika tidak ingin anak anda terlibat dalam perkara seperti ini, tolak umno..sejahtera malaysia..
Langgan:
Catatan (Atom)