muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Isnin, 1 Oktober 2012

GEMPAR : Scorpene. Sepina Ke Atas Rakyat Malaysia Sudah Dikeluarkan



Menurut apa yang diberitahu oleh Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Cynthia Gabriel, perkembangan terbaru dalam penyiasatan skandal kapal selam Scorpene, satu sepina telah dikeluarkan kepada seorang rakyat Malaysia yang menjadi salah seorang saksi penting dalam skandal ini. Menurutnya lagi, namanya tidak boleh didedahkan lagi buat masa ini atas nasihat peguam Perancis yang mengendalikan kes ini.
“Siapa dan bila sepina ini akan sampai ke tangan saksi itu, ini bakal terdedah dengan sendirinya apabila sampai waktunya,” katanya dalam forum Scorpene Submarine Scandal: The Great Malaysian Robbery di Hotel Excelsior malam tadi.Menjawab soalan salah seorang peserta berkenaan sejauh mana perkembangan penyiasatan kes ini, Cynthia memberitahu sepina pertama yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis itu yang melibatkan kes antarabangsa adalah untuk mendapat testimoni dari saksi.
Jika dia gagal memberikan sebarang respon, sepina kedua akan dikeluarkan dan jika gagal juga memberikan jawapan, prosedur terakhir adalah mendapatkan khidmat Pertubuhan Polis Antarabangsa (INTERPOL).Orang ini akan menjadi buruan polis antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam penyiasatan ini.Kita tengok siapa yang kenaaaaa……!


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...