muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Isnin, 23 September 2013

PANAS : BINI MAT YO DI HINA KAW2 DI LAMAN FACEBOOK

Tak larat nak baca. Setakat neh yang share je dah dekat 6,000 ribu leh. Share aje tau, share. Share satu video pergaduhan mulut yang berlaku di antara bini Mat Yo dengan seorang pakcik yang bekerja sebagai pak guard.

Punca pergaduhan tak dapat dipastikan kenapa. Cerita sekerat2 macam neh untuk kita menilai sapa bersalah sapa tak bersalah memang tak boleh. Susah nak buat penilaian melainkan kita telah pun mendapat kedudukan yang jelas mengenai situasi tersebut.

Cuma bini Matyo neh dikutuk dan dihina dengan pelbagai kata2 nista di laman facebook bukan la kerana semata2 dia terlibat dalam insiden pergaduhan tersebut dan mengeluarkan kata2 kesat terhadap seorang pakcik yang dah berusia.

Tetapi disebabkan kedangkalan sikapnya yang memaparkan kebodohan diri di alam maya. Oke ko bergaduh. Lepas tue ko rakam insiden tersebut. Dah rakam satu hal, pergi upload kat internet pula tue? Tak terfikir ke bahawa rakaman itu sebenar err memalukan diri sendiri?

Niat dia nak menadah simpati orang. Itu sebab dia upload. Nak mengutuk tindakan pak guard yang dia anggap kurang ajar. Tapi errr sekarang orang ramai anggap pak guard tue yang kurang ajar ke atau dia yang kurang ajar? Nampaknya perasaan orang ramai tak sama dengan apa yang dia rasakan. Di alam maya, majoritinya  telah meletakkan kesalahan dan hukuman di atas bahu bini Mat yo. Bukan nya ke atas pakcik tue.

Tengok, sapa dah termalu kalau bukan diri sendiri?

Aku boleh faham lagi kalau itu rakaman curi. Orang lain yang rakam, orang lain yang sebar, Aku boleh faham lagi kalau bini Mat Yo rakam mungkin untuk tujuan peribadi. Tunjuk kat family ke, sedara mara ke yang tadi bergaduh dan blablabla. Yang aku tak boleh faham sangat ialah bila dia memilih untuk upload di internet. Apa masalahnya dengan dia neh? Tak berfikir ke sebelum nak melakukan sesuatu?

Dulu pun dah tercetus kontroversi dah. Lihat paparan gambar kat bawah neh ;


Cakap orang anjing. Citer pasal aib pongpang2. Nampak macam bagus tapi err bagus ke? Rentetan dari peristiwa demi peristiwa yang membabitkan isteri Mat Yo [aku ingat kontroversi bini dia lebih banyak diperkatakan berbanding skill permainan Mat Yo atas padang] maka satu page KAMI BENCI ISTERI MAT YO diwujudkan di laman facebook. Ingat takde likers. Tapi ada weh. Setakat neh dah 5k lebih. Lepas peristiwa video neh tatau pula berapa..

Rujuk ==> https://www.facebook.com/KamiBenciBiniMatYo?filter=1

Ada ke kat Malaysia neh orang benci mana2 isteri pemain bola sepak? Isteri Mat Yo yang pertama aku rasa. Memang lawak jenaka la dia neh.

Komen2 di page ==>  https://www.facebook.com/photo.php?v=10200360648290032

Link asal. Nak tengok boleh la ke situ.
 
Dah cecah 2,500 lebih.  

Larat ke nak baca satu persatu? Komen semua berbaur makian, kata2 nista, penghinaan dan kutukan kepada bini Mat Yo. Tak kira la kutukan berbaur sindiran, separa keras mahupun keras, semua cukup.

Pening nak baca weh. Itu baru satu. Sekarang bayangkan pula orang yang share tue dah dekat 6k. Setiap satu share di wall personal mungkin tak begitu ramai yang respon, tapi kalau di share dari page ke page, ya ampun, beratus2 komen yang memaki hamun bini Mat Yo.

Inila benda yang Allah nak tunjuk. Amekla pengajaran yang berguna dari NYA. Lain kali sebelum nak upload apa2, cuba la berfikir semasak2nya. Kalau benda tue bertujuan baik, insya-Allah baikla pengakhirannya. Kalau dia bertujuan nak menfitnah, nak menuduh orang, nak mengutuk orang, last2 berbalik pada diri sendiri.

Dah jadi macam mana neh boleh ke awak hadap?

Cuba fikir pula perasaan ahli2 keluarga yang mungkin tersinggung bilamana baca komen2 yang memperlekehkan Mat Yo dan isteri, tak rasa sentap ke dorang?

Kalau orang tua Mat Yo ada facebook dan baca, apa pula perasaan mereka? Anak mereka digelar dayus, takde telur, jantan lebih, kena control dengan bini, tak terjejas ke emosi mereka?

Fikir2la sama untuk jaga maruah keluarga sebelum berbuat sesuatu tue..

Alahai..

sumber

GEMPAR BERAPI : KAJI SEMULA USTAZ DIN DALAM MAJLIS SYURA

Kaji Semula Ustaz Din dalam Majlis Syura



Sebelum PRU kita sentiasa diingat tv3 dan Utusan adalah agen rasmi UMNO. Tetapi kenapa kini ada juga ahli Pas yang menggunakan Tv3 atau Utusan Malaysia sebagai rujukan.

Yang lebih parah apabila ada juga pimpinan Pas diberi ruang mengunakan medium rasmi UMNO ini. Adakah para penyokong atau ahli Pas kini sudah boleh mempercayai berita-berita yang disiarkan dimedia rasmi UMNO ini. Adakah Hassan Ali 2.0 kini dalam pembikinan?

Hari ini seorang ahli Majlis Syura telah dihubungi TV3 dan memberi komen mengenai hubungan Pas dan pakatan rakyat. Tidak tahu bagaimana TV3 dapat menghubungi beliau. Tetapi sehingga kini beliau tidak menyatakan samaada TV3 memutar belit kenyataan tersebut atau memang itu kenyataan rasmi Ustaz Din.

Ustaz Din kononnya telah diangkat sebagai anggota Majlis Syura Ulama dimana dilantik oleh Dr. Harun Din disebabkan kertas kerja beliau. Maka aku berharap satu kerja khas diadakan untuk mengkaji semula kedudukan beliau sebagai ahli Majlis Syura.

Ustaz Din sebelum ini terkenal kerana secara jelas menghentam Dr Zul dan Yb Khalid Samad. Dr Zul dan YB Zul diantara "orang lama" dalam Pas tetapi atas kapasisti beliau sebagai ahli Majlis Syura secara terbuka menyerang pimpinan Pas yang banyak berjasa kepada Pas.

Hari ini beliau sekali lagi dilihat seolah-olah "lebih kuah dari sudu" apabila memberi komen melalui telefon kepada Tv3. Walau sebelum ini Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan keputusan hubungan dengan Pakatan Rakyat tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Kenapa masih timbul kenyataan seperti ini, dan yang lebih parah apabila menggunakan media Umno. Jika kenyataan ini dieksploitasi, maka Ustaz Din harus membetulkan kenyataan tersebut.

Namun jika ini memang kenyataan dari Ustaz Din, Pas harus membuka satu kertas kajian khas untuk mengkaji semula kedudukan Ustaz Din dalam majlis syura. Adakah kedudukan beliau dalam majlis syura itu menguntungkan atau memberi kerugian lebih besar. Jika ia merugikan Pas dan Pakatan Rakyat, Ustaz Din sendiri harus meletak jawatan dalam majlis Syura atau Pas sendiri yang mengambil satu keputusan yang tepat. Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jeming Hassan

GEMPAR : GAMBAR-PELACUR PROMOSI DIRI

Harap-harap di Malaysia tidak terjadi perkara seperti ini. Tak perlu lah kita mencari pelacur, kerana zina itu hukumnya haram. Cari sahaja yang halal. 







GEMPAR BERAPI : 16 FAKTA BEZA DUA MB KEDAH

Sudah lebih 100 hari usia pentadbiran BN Kedah dan Dato' Mukhriz Mahathir menjawat Menteri Besar Kedah namun, rakyat negeri sudah bercerita kelainan corak pentadbirannya berbanding Kerajaan Pakatan Rakyat. Sama ada mengorak langkah melawan arus atau melakukan pembaharuan, hanya rakyat bijak menilai.

Kontroversi dan sensasi, mula tercetus sejak Mukhriz mengangkat sumpah 6 Mei lalu, mencacatkan BN Kedah dengan perilaku dan tindakan melulu serta terburu-buru dalam membuat sesuatu. Bermula dari hal peribadi sehinggalah kepada pentadbiran kerajaan negeri, pendedahan mula membuka mata semua.

Berikut antara 16 fakta, membezakan dua Menteri Besar Kedah antara kerajaan BN dan kerajaan Pakatan Rakyat. Pendedahan ini, merupakan antara senarai panjang yang hangat diperkatakan sehingga hari ini:

1. 14 hari dilantik menjadi Menteri Besar Kedah, Mukhriz bersama isteri dan anak bercuti ke London yang mana tiket penerbangan dibayar oleh Pejabat Menteri Besar Kedah berbanding Tan Sri Ustaz Azizan Razak, hanya ke luar negara setelah tiga tahun memerintah dan ianya atas urusan rasmi.

2. Menangguhkan tarikh angkat sumpah ADUN di Sidang DUN, yang mana surat rasmi telah dikeluarkan. Penangguhan atas urusan peribadi iaitu bercuti ke London.

3. Menyewa bot ekslusif ke Langkawi bertarikh 2 Jun 2013 untuk hadir Program LADA berbanding Ustaz Azizan sepanjang pentadbiran hanya menaiki feri biasa yang dinaiki orang awam. Raja Permaisuri Agong juga menaiki feri biasa untuk tujuan rasmi.

4.Memberi arahan menukar segera Perabot dan pinggan mangkuk baru di Kediaman Rasmi Seri Mentaloon berbanding Ustaz Azizan yang mengekalkan bagi tujuan berjimat cermat.

5.Memberi hadiah pen berjenama mahal kepada lebih 100 pegawai kerajaan negeri (KSC) seminggu selepas menjadi MB berbanding berbanding Ustaz Azizan yang mahu mengelakkan pembaziran.

6.Semua pegawai khas Mukhriz disediakan pemandu khas oleh pejabat MB berbanding Pakatan Rakyat, yang mana pegawai khas Ustaz Azizan hanya memandu sendiri kenderaan, walaupun atas urusan rasmi.

7.Mahu menjual dan mengakji semula keperluan Kampus Tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta mengurangkan subjek pengajian setelah tiga tahun dibina kerajaan Pakatan Rakyat bagi menampung keperluan 7,000 pelajar yang mengikuti 47 bidang pengajian.KUIN juga telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

8.Menangguhkan pembinaan Pusat Tahfiz Sains, Pulau Tuba sedangkan tanah, kelulusan telah diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang berusaha menambahbaik dan menumpukan pembangunan modal insan dan kecemerlangan pendidikan.

9. Memalukan pegawai KCS yang telah hadir raptai angkat sumpah sebagai Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, dengan menukar nama lain di saat hari berlangsungnya acara rasmi.

10. Mendapat teguran selama 1 jam di Istana Anak Bukit oleh salah seorang Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas insiden memalukan pegawai KCS tersebut.

11.Membeli kain berharga RM15,000 di salah sebuah gedung pakaian pada 12 Jun 2013 berbanding Ustaz Azizan yang adakalanya membeli baju di sebuah kedai Cina dengan harga RM19.00 sahaja.

12.Mukhriz ingin meneruskan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) berbanding Ustaz Azizan yang menangguhkan sebaik angkat sumpah MB kerana mahu menyelamatkan tanah dan rumah penduduk kawasan tersebut yang dianggarkan lebih 1,000 kediaman akan terlibat.

13.Melarang dan tidak membenarkan Pakatan Rakyat menggunakan Stadium bagi tujuan perhimpunan sedangkan ketika Pakatan Rakyat memerintah, kebenaran diberikan kepada BN yang turut dihadiri oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN.

14. Kuliah agama pertama di Dewan Seri Mentaloon, sebaik Mukhriz angkat sumpah hanya di hadiri 30 orang sahaja dan Kem Modal Insan yang memberi latihan untuk anak-anak bersolat dan memahami agama yang mana yurannya hanya RM20.00 sahaja tidak diteruskan oleh kerajaan BN. Termasuklah pemberian skim Kafalah untuk golongan miskin yang berlaku kematian.

15. Mukhriz membelanja sejumlah RM200,000.00 wang kerajaan negeri untuk kediaman bapanya di Titi Gajah bagi kegunaan dirinya.

16.Seramai 268 kakitangan anak syarikat KUIN sehingga Ogos ini, sudah empat bulan gaji mereka tidak dibayar.

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...