muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Khamis, 5 September 2013

GEMPAR BERAPI : ADI PUTRA HANTAR GAMBAR ALAT SULIT??



adiiLAPORAN Harian Metro hari ini menyebut, pelakon popular tanah air bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi Whats App Mesengger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan. Bagaimanapun semua hanya boleh ditentukan mahkamah.
“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya”, katanya.
Pada masa sama Ruslan berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita lingkungan 30-an terbabit.
“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.
Berdasarkan satu laporan polis seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit, pelakon itu kononnya di dakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu.
Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Suami wanita itu dikatak menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis Skudai. Manakala si pelakon pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang. – mynewshub

GEMPAR BERAPI : KISAH DI SEBUAH STESEN MINYAK

Mulia sungguh hatimu Abdul Hakim, Pekerja Shell Hentian Sebelah Awan Besar, KESAS.

Lewat petang tadi, saya pulang ke rumah menggunakan Lebuhraya KESAS. Sedangasyik memandu, tanda amaran minyak habis menyala.

Saya berhenti di Shell Hentian Sebelah Awan Besar. Baru saya perasan yang saya cuma mempunyai RM3 sahaja di dalam dompet. Saya ke mesin ATM untuk keluarkan duit.

Saya tidak berjaya keluarkan duit melalui kad ATM Maybank. Di skrin tertera ayat lebih kurang begini, "Kad anda rosak. Sila hubungi cawangan Maybank yang berdekatan."

Saya tenang sahaja kerana saya punya satu lagi kad ATM Bank Islam. Namun ketenangan itu tidak berpanjangan, rupanya ATM tersebut tidak keluarkan duit walaupun sudah menekan jumlah yang dikehendaki. Selepas beberapa ketika, ianya hanya mengeluarkan resit dan tertulis transaksi anda tidak berjaya.

Panik! Saya mula panik!

Saya kembali ke kereta. Cuba buat bayaran melalui panel kad krediit / debit. Juga tidak berjaya.

Saya mencari-cari di dalam beg dan kereta dengan harapan terjumpa duit yang terselit-selit. Jumpa angpau raya, seluk ke dalamnya, hanya ada RM3 sahaja. Menjadikan duit di tangan saya RM6.

Rupa-rupanya tindak-tanduk saya itu diperhatikan oleh seorang pekerja Bangladesh. Beliau menghampiri saya seraya bertanya apa yang saya cari. Saya ceritakan daripada A-Z...tidak sedar air mata mengalir. Sungguh! Saya tidak pernah mengalami situasi begini.

Lantas, beliau keluarkan dompet beliau. Sempat saya menjeling isi dompet tersebut, hanya ada beberapa wang kertas RM1 dan 2 keping RM5. Beliau keluarkan 2 keping RM5. Saya terharu! Dan lantas, saya katakan, "Ya ALLAH, berilah rezeki yang luas kepada 'Abdul Hakim". (nama ini yang tertera di tag nama yang dipakainya).

Beliau ambil duit RM6 yang ada di tangan saya, minta saya tunggu di kereta dan beliau pergi kaunter pembayaran dan buat pembayaran. Beliau kembali semula ke kereta saya dan bantu saya isi minyak.

Setelah selesai, beliau berkata pada saya, "Saya belum gaji, kalau sudah gaji, saya boleh bagi lebih."

Subhanallah! Mulia sungguh hatimu, 'Abdul Hakim.

Nota:
Saya minta akaun bank untuk saya pulangkan kembali duitnya, namun beliau tiada akaun bank. Beliau kata, "Nanti lalu lagi sini, boleh bagi saya." Saya beritahu yang saya jarang gunakan KESAS. Beliau kata lagi, "Tak apa... saya bagi saja. Kesian tengok sudah lama sini..." Akhirnya, saya ambil no hp beliau. InsyaALLAH, esok akan saya top-up lebih daripada jumlah yang saya pinjam daripada beliau!

GAMBAR NEELOFA PELUK LELAKI


Lelaki yang dipeluk dek Neelofa ni bukan la lelaki tulen. Tetapi, ianya hanya lelaki lilin. Gambar ni diambil kat Muzium Lilin kat kota London tu.


“Jika bandingkan dengan dulu, sekarang orang dah kurang bercakap mengenai kami. Lagipun kami berdua tidak terlalu menonjolkan diri bersama atau menunjuk gambar bersama atau ke mana-mana bersama sama”

“Jadi lama kelamaan tidak ada isu yang perlu dimainkan lagi dan semua akhirnya akan diam juga,” ujar Neelofa kepada Sinar Harian, semalam.

“Tapi bagi Lofa sekarang fokus Lofa adalah pada kerjaya dan suatu hari nanti jika Lofa bersedia, barulah Lofa akan ke langkah seterusnya,” kenyataan Neelofa yang kami kurang faham — langkah seterusnya dalam percintaan dengan Hans Isaac? Heh.

Dalam perkembangan berkaitan, Neelofa baru sahaja menghabiskan percutian ke London selama lima hari sejak Khamis yang lalu dan mari kita tatap gambar selebriti ini menikmati masa rehatnya di tanah Eropah sana.

GEMPAR BERAPI : PELAJAR 15 TAHUN DITAHAN BERASMARA BELAKANG SEKOLAH

Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di Kulim, kira-kira jam 4 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.
Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.
“Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar,” katanya.
Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa
Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.
Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.
Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.
Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.
Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.
“Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.
“Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.
“Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan,” katanya.

GEMPAR BERAPI : MINYAK NAIK 20 SEN ..TEH O AIS NAIK RM1.50???

INYAK NAIK 20 SEN ....... TEH O AIS NAIK RM1.50???

Hari ini aku ke Kuantan kerana ada urusan kerja. Selepas selesai urusan kira2 jam 11.50 pagi aku terus ke Jalan Bukit Ubi. Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk mengisi perut yang dari pagi tadi masih belum diisi lagi kerana terlewat bangun dan tergesa2 ke Kuantan. Kejar masa urusan kerja.

Entah hidup entah mati cacing dalam perut ni kebuluran agaknya .... hehehehe. Restoran yang aku biasa sangat makan setiap kali ke Kuantan. Aku makan nasi putih + ikan pari bakar cicah air asam. Isteri pulak makan nasi putih + ayam goreng dan sayur. Anak aku pulak makan nasi putih + ayam upin ipin (peha ayam goreng). Air pulak aku order TEH O AIS dan isteri order air kegemarannya iaitu TEH AIS.

Tal lama lepas tu datang tukang kira. Kira2 dan tulis atas kertas dan letak dekat pinggan aku. Apa yang tertulis tu adalah seperti yang dalam gambar tu. Aku pandang pada senarai menu dan harga air. TEH O AIS harganya RM1.00 manakala TEH AIS pulak RM1.50. Mahalnya banggggg ..... kata isteri aku. Makan dulu lah .....

Lepas makan dan perut pun dah lega tiba la masa untuk angkat punggung. Aku ke kaunter bayaran untuk bayar apa yang masuk dalam perut aku tiga beranak tadi. Sambil tu aku bertanya pada tukang jaga kaunter tu.

"Dik .... yang RM2.50 ni apa? Air ke ...?"
"Ha .. ah"
"Teh O Ais ngan Teh Ais sama harga ke ....?"
"Ha .. ah"
"Kenapa kat sana tu tulis Teh O Ais RM1.00 dan Teh Ais RM1.50?"
"Harga minyak dah naik bang ......"
dalam hati aku ....." Mak aiii ..... minyak naik 20 sen Teh O Ais naik RM1.50".

Jadi aku bayar je la ....... Tapi lepas ni aku mungkin tak akan menjamu perut aku di situ lagi.

Korang pikir la. Logik ke minyak naik 20 sen ...... TEH O AIS naik RM1.50 jadi RM2.50. Pastu pulak TEH O AIS dan TEH AIS sama je harganya. Wal hal sebelum tu Teh O Ais RM1.00 manakala Teh Ais RM1.50.

KPDNKK sila menjamu di restoran tu .....
 

GEMPAR BERAPI : GAMBAR WANITA TERLIBAT FOTO LUCAH ADI PUTRA

Sekeping gambar wanita skandal Adi Putra telah dikongsikan oleh Fan Club Adira AF8 beberapa jam lepas namun wajah wanita terbabit telah dikaburkan atas faktor keselamatan.
Daripada komen-komen yang dilemparkan peminat terhadap gambar tersebut, ada yang tidak percaya pelakon kesayangan mereka itu sanggup berbuat demikian dan menganggap gosip liar berkenaan hanya fitnah semata-mata untuk menjatuhkan imej dan kredebiliti Adi Putra selama ini.

GEMPAR BERAPI : Pelajar Rakam Adegan 'Hisap' Rakan Dengan Teman Lelaki


Kami tidak pasti sejauh mana tahap maruah mereka yang sanggup berkelakuan sedemikian untuk dirakam. 


Video tersebut memaparkan aksi seorang pelajar lelaki sedang melakukan sesuatu kepada dada pelajar perempuan tersebut. Kemudian mereka mula berkucupan, dan kemudiannya pelajar lelaki tersebut menarik tangan temannya itu di pehanya.

Pelajar dalam video yang diberi tajuk "Perghhh !! Faris Fatiah !sMk sri paYoNg!" berdurasi 4:42 saat itu dipercayai dari sebuah sekolah menengah di Terengganu. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...