Dulu semasa memfailkan saman RM100 juta terhadap Pengarah
Strategi PKR YB Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR YB Zuraida Kamaruddin,
bukan main sembang garang lagi kencang Shahrizat Jalil .. cakap dia
akan heret mereka berdua sampai mendapatkan keadilan .. no retreat nor
surrender .. lebih kurang begitulah bunyi hebatnya Sharizat Jalil.
Akhirnya
setelah separuh perjalanan kes ini di dengar dan selesai PRU 13 dan
Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO dengan dirinya masih memegang jawatan
sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia .. alih-alih dia tarik balik saman.
Nampak sangat isu saman nak di jadikan modal politik murahan beliau.
Ingat
hebat dan berani sangat Ketua Wanita UMNO ni sehinggakan menjerit-jerit dan
menyingsing lengan baju ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2012 lalu.
Penarikan saman ini
bermakna apa yang diperkatakan oleh YB Rafizi dan YB Zuraida mengenai lembu
yang tinggal di kondo mewah adalah benar belaka.
Nampak sangat yang YB Rafizi dan YB Zuraida berada di pihak yang benar dan sedikit pun tidak gentar.
Kes
saman RM100 juta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) terhadap
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida
Kamaruddin dibatalkan setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik
kembali saman yang dikemukakan.
Dalam saman yang difailkan pada
19 Januari tahun lalu oleh Ketua Wanita Umno itu, beliau mendakwa
Zuraida dan Rafizi membuat kenyataan fitnah berhubung dakwaan terhadap
projek National Feedlot Corporation (NFC).
Penarikan saman itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera.
Rafizi
ketika ditemui di lobi mahkamah mengalu-alukan keputusan Shahrizat
untuk menarik balik saman terhadap dirinya tanpa sebarang syarat.
Katanya,
keputusan Shahrizat menunjukkan segala pendedahan mengenai NFC yang
dibuat oleh mereka mempunyai asas selain bertepatan dengan laporan
daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya
akan terus menyiasat dan mencari pihak yang bertanggungjawab dalam NFC
kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan.
"Keputusan
Shahrizat untuk menarik saman itu menguatkan lagi semangat saya untuk
terus memantau isu NFC agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka
pengadilan.
"Sebagai seorang menteri Kabinet pada ketika itu,
Shahrizat tahu bahawa dana yang sepatutnya khusus kepada projek berimpak
tinggi negara digunakan bagi tujuan lain termasuk membeli kondominium
tetapi tidak dilaporkan kepada Kabinet," katanya.
Zuraida yang
turut ditemui media berkata, sepatutnya Shahrizat menarik balik kes itu
lebih awal sebelum lebih banyak pendedahan dilakukan ke atas dirinya.
Katanya,
penarikan saman itu disebabkan kemenangan Shahrizat sebagai Ketua
Wanita Umno selain menjadi penasihat kepada Perdana Menteri dalam hal
ehwal Wanita.
"Kami akan memastikan ada usaha pemulihan dilakukan
ke atas projek ini kerana wang yang digunakan perlu dikembalikan untuk
mengusahakan projek ini, tetapi kerajaan masih gagal berbuat demikian.
"Biarpun
ada rundingan dengan syarikat Jepun tetapi mereka tidak bodoh untuk
mengambil syarikat yang penuh dengan hutang untuk diambil alih.
"Rakyat
masih menunggu faedah terhadap projek ini setelah tujuh tahun
penangguhan. Selaku ahli Parlimen, kami akan meneruskan usaha itu,”
katanya.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, penarikan saman oleh
Shahrizat memberi ruang lebih luas kepada dirinya dan Rafizi untuk
membongkar salah laku dalam isu NFC.
Rafizi kemudian berkata,
beliau menarik balik samannya kepada Shahrizat berikutan Ketua Wanita
Umno itu menggelarnya 'jambu' dan 'tanggang' kerana berpendapat ia tidak
berbaloi untuk mengambil tindakan mahkamah.