muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 4 September 2012

GEMPAR BERAPI : Linda Onn Malu Dan Terkilan Dipanggil ‘Bengong’ Depan Perdana Menteri


Linda Onn Malu Dan Terkilan Dipanggil 'Bengong' Depan Perdana Menteri

TERkilan, malu dan terasa! Itulah perasaan yang boleh digambarkan oleh penyampai radio dan pengacara popular, Linda Onn setelah digelar ‘bengong’ oleh seorang pelawak di sebuah majlis yang diadakan pada bulan Syawal yang mulia. Menurut Linda, ini pertama kali dia mengalami pengalaman sedemikian dan nyata terkejut apabila di perlakukan sedemikian.

Walaupun ianya tidak digembar-gemburkan, perkara ini harus diperjelaskan agar ianya tidak berulang kepada pengacara dan pelawak lain. Portal murai.com.my telah menghubungi Linda Onn sendiri setelah membaca status laman rasmi Twitternya yang ditulis Linda pada minggu lalu.
“Dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh Tengku Mahkota, Perdana Menteri dan isteri, Menteri Besar, kenamaan dan jemputan yang lain saya telah dipanggil ‘bengong’ dan dia (pelawak) telah menunjukkan jari kepada saya dan mengarahkan saya turun dari pentas.
“Saya kurang jelas mengenai maksud sebenar dia berbuat demikian, namun begitu bagi saya dalam keterujaan berlawak masih ada batas dan etikanya. Ketika di panggil demikian saya tergamam, dan tidak tahu apa yang perlu saya buat.
“Ini bukan pertama kali saya berkongsi pentas dengan pelawak. Walaupun mereka ada ‘lesen besar’ untuk berlawak tetapi sesama pelawak mungkin mereka sudah arif dengan cara masing-masing. Tetapi sebagai pengacara saya kurang selesa apabila digelar sedemikian rupa,”ujarnya yang merasakan tindakan pelawak itu seolah menjatuhkan air mukanya.
Linda yang pernah mengacara bersama pelawak lain seperti Saiful Apek, Zizan, Sharifah Shahira dan Sepah namun dia tidak pernah mengalami situasi yang memalukan dirinya. Baginya jika mengadakan persembahan terbuka, pelawak malah pengacara harus tahu etika dan had beraksi di atas pentas.
Pelawak itu juga tidak bertindak memohon maaf atau merasakan tindakannya itu keterlaluan menurut Linda lagi. Namun bagi Linda dia terkilan dengan apa yang berlaku dan berharap ia menjadi pengajaran kepada pelawak lain supaya lebih peka kala berjenaka.
“Mungkin bagi pelawak tersebut, ia merupakan satu senda gurauan atau cara mereka berinteraksi. Saya pun tidak menuntut dia memohon maaf tetapi sedikit terkilan dan rasa dimalukan di hadapan tetamu yang hadir.
“Pasangan pengacara saya ketika majlis tersebut berlangsung juga terkejut namun kami hanya meneruskan tugas kami,”jelasnya yang nyata kesal diperlakukan sedemikian.
Linda juga berkata, sebagai individu yang sudah lama mengacara dia berharap para pelawak atau sesiapa sahaja yang bertindak melakukan persembahan terbuka bersikap lebih peka dengan keadaan sekeliling.
“Semua gerak laku kita diperhatikan dan setiap tutur yang diucapkan harus lebih berhati-hati agar tidak mengguriskan perasaan sesiapa yang ada menonton ketika itu, apatah lagi jika selebriti popular yang sering menjadi perhatian”pesannya lagi. (Murai.com.my)

GEMPAR BERAPI : JUTAWAN TABUR DUIT ATAS WANITA??


Mula penulis melihat klip ni, penulis rasa nak ketawa dan hairan dengan kekayaan yang dimiliki sesetengah orang Arab.
Namun, ke penghujungnya, penulis mula rasa marah dan ikut hati nak aje maki hamun pak Arab tu.
Kalau air naik kepala pun relax la.
Penulis baca komen kat You Tube, ada seorang tu cakap; muka mamat camni tak sekolah dan hanya bertuah kerana dilahirkan di bumi yang kaya raya.

Video: Jutawan Arab Saudi Yang Sedang Ghairah Tabur Duit Atas Perempuan
Betul tu, kalau mamat ni lahir kat Batang Berjuntai, Kuala Selangor, dengan tahap pemikiran yang camni, kalau dapat kerja potong buah kelapa sawit kat Ladang Sungai Darah pun kira dah hebat.
Tapi kita cuba tumpukan pada pak Arab ni.
Rupanya, bukan mamat ni sorang camtu, dalam Youtube tu berlambak kisah dan klip pasal pak-pak Arab yang perabis duit pasal pompuan.
Ada sorang tu katanya habiskan hampir RM3 juta satu malam semata-mata seorang penyanyi.
Apa hebat sangat ke lirik lagu pompuan tu?

GEMPAR BERAPI : 1 MALAYSIA ATAU 1 BANGLA??



Umno adalah perosak bangsa..agama dan negara...kite cube beri peluang pd kerajaan yg baru.siapa sokong?

“KAMI MINTAK MAAF TALIAN TERPUTUS”......kahkahkahkahkahkahkah.....


Posted by Roslan Alan

Kahkahkahkahkah......siapa tengok Hello Malaysia (4/9/2012: 10pm), dan topik yang dibincangkan adalah tentang BUDAYA BIADAP. Kemudian talian dibuka untuk orang ramai menyatakan pendapat dan memberi soalan.......menarik perhatian satu panggilan dari Sarawak yang bertanya tentang tindakan berat sebelah tentang kejadian insiden yang berlaku semasa malam 30hb. Pemanggil juga bertanyakan mengapa tiada tindakan diambil tentang insidenkencing di gambar TGHA dan TGNA dan berbagai-bagai lagi kejadian yang hampir sama berlaku. 


Boleh lihat dengan jelas bagaimana muka2 ahli panel ketika pemanggil sedang bercakap tiba-tiba .....tut...tut...tut~~~~~~ talian terputus....dan pengacara mengatakan “KAMI MINTAK MAAF TALIAN TERPUTUS”......kahkahkahkahkahkahkah.....Nampak sangat tak dapat terima kenyataan.....



P/S : Sekarang ni zaman IT sekejap jer maklumat tersebar.....rakyat tak mudah ditipu lagi.....credit pada kawan admin sebab sampaikan berita ni...hehehehehe...
 ~ Pakatan Rakyat Supporters

GEMPAR BERAPI : RAKYAT PAHANG MENYOKONG PR??

GEMPAR BERAPI : ALIA MEMUATKAN GAMBAR TIDAK SENONOHNYA DALAM INTERNET





Tindakan seorang pelajar universiti di Mesir, Aliaa Magda Elmahdy ( gambar ) yang memuat naik gambar bogelnya dalam internet dengan alasan membantah halangan terhadap kebebasan bersuara di negara berkenaan, telah mengejutkan dan mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Aliaa, 20, memuat naik beberapa keping gambar bogelnya, sejak beberapa hari lalu dalam laman web Facebook, blog dan Twitter dengan menggelar perbuatan berkenaan sebagai `revolusi kebebasan’.

Ia menerima 1.5 juta pengunjung sejak gambar bogel itu disiarkan dan jumlah pengunjung laman webnya itu meningkat secara purata tiga pengunjung dalam masa dua saat.

Aliaa menerima pelbagai komen dalam blognya itu dengan kebanyakannya melahirkan rasa terkejut dan marah dengan tindakan yang tidak bermaruah itu.

Ia termasuk gelaran pelacur murahan yang sakit jiwa, dan menggesa polis menahannya.


Dalam blognya itu, Aliaa yang menuntut di Universiti Amerika di Kaherah menggelar dirinya sebagai sekular, liberal, feminin dan vegetarian itu, mendakwa dirinya sebagai atheis sejak berusia 16 tahun.


 

Gadis itu juga turut mengecam wanita yang memakai hijab di Mesir dengan mendakwa mereka berbuat demikian kerana takut dipukul di khalayak ramai dan atas paksaan keluarga.

Aliaa mendakwa gambar itu diambil di rumah teman lelakinya, Kareem namun kemudian menukar kenyataan itu dengan menyatakan gambar itu diambil di rumah ibu bapanya beberapa bulan sebelum bertemu Kareem.

Pada mulanya gadis itu mendakwa sebagai anggota Pergerakan Belia 6 April Mesir, namun kemudiannya menarik balik kenyataan itu selepas pergerakan itu menafikan dia pernah menjadi anggota kumpulan itu

Dalam pada itu, Pergerakan Belia 6 April Mesir menyifatkan tindakan gadis itu menyamar sebagai anggota pertubuhan berkenaan sebagai satu konspirasi.

“Gadis bernama Aliaa al-Mahdy ini telah menyebarkan pembohongan mengenai kumpulan ini. Kami tidak mempunyai anggota yang terlibat dalam perbuatan tidak bermaruah dan dia ini adalah agen Keselamatan Negara yang hanya ingin merosakkan imej kami selepas kejayaan protes anti kerajaan yang berjaya menyingkirkan Hosni Mubarak, Februari lalu,
” kata pergerakan berkenaan dalam satu kenyataan.

INI BARU MESIR, DI MALAYSIA DAH BERLAMBAK KES MACAM NIE..TAHNIAH UMNO KERANA BERJAYA MEROSAKKAN AKHLAK REMAJA SEKARANG

GEMPAR BERAPI : GAMBAR-MAKANAN TERAKHIR BANDUAN HUKUMAN MATI

Makanan Terakhir Banduan 'Terkenal' Di Amerika Syarikat Sebelum Menjalani Hukuman Mati
Menjalani hukuman mati merupakan hukuman yang paling ditakuti oleh semua orang.

Sesiapa yang dijatuhkan hukuman mati, mereka tiada harapan selain menginsafi segala perbuatannya yang terdahulu.
Dikatakan terdapat makanan terakhir yang disediakan oleh pihak penjara kepada banduan akhir ini.
“No Seconds” adalah foto bersiri oleh jurugambar dari New York, Henry Hargreaves yang memaparkan makanan terakhir penjenayah sebelum mereka menjalani hukuman mati.
Data penjenayah tersebut seperti nama, umur, jenayah yang dilakukan, jenis hukuman serta menu terakhir mereka turut dicatatkan di sebelah gambar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...