muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Ahad, 5 Oktober 2014

RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN

Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).

Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup.

Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri.

Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).

Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.

Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?

Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.

Turunlah Datuk Seri, Turunlah....

Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.

Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.

Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".

Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.

Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.

Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.

Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.

Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.

Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.

Bertimbang taralah...

Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.

Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.

Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara.

Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.

SAIFUL NANG
Orang Marhaen

//nota tambah : Datuk Seri kalau baca, saya nak ingatkan haritu ada minta nak jumpa Datuk Seri tanpa pelobi-pelobi projek seperti di Jibby & Co dulu. Saya bersama sekumpulan marhaen yang sudah buktikan kebahagian dan kemakmuran negara tidak bermodalkan duit sangat. Datuk Seri boleh menang majoriti 2/3 pun kalau cepat tahu caranya. Tapi tu lah...kami ni Marhaen kan, lama dah minta jumpa tak dapat-dapat juga. Saya pun tak suka jadi keyboard warrior berdegar-degar di laman sosial jika dapat berdepan dan berhadap.

///saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.

Selasa, 9 September 2014

Azmin bakal MB Selangor yang baru??

Radzi Razak | 3:18PM Sep 9, 2014
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dilihat agak diam dalam isu Selangor ini, namun beberapa kenyataan beliau seolah membawa maksud yang tersirat.

Dalam perutusan merdekanya 31 Ogos lalu, yang ditulis ketika krisis bilangan nama calon menteri besar antara Pakatan Rakyat dan Istana memuncak, Azmin menulis mengenai sejarah kesultanan Melaka.

Mengimbau kembali kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2009, yang mengingatkan bahawa isu raja-raja Melayu perlu ditangani dengan sikap sederhana dan berhikmah tetapi tegas.

Azmin menyatakan tiga senario dalam konteks ini mengenai tiga sikap terhadap raja iaitu sikap Hang Tuah yang setia membuta tuli, sikap Hang Jebat yang menderhaka dan menumpahkan darah rakyat tidak berdosa serta Bendahara Paduka Raja, yang setia lagi bijaksana.

Beliau merujuk kepada kesetiaan serta kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang menjamin keutuhan institusi kenegaraan dan mengambil kira kebajikan rakyat negeri Melaka berbanding golongan pendekar yang tidak bertanggungjawab dan mengorbankan darah rakyat.

Tanpa mengambil kira siapa yang dimaksudkan beliau sebagai Hang Tuah dan Hang Jebat, soalan yang timbul apakah Azmin dilihat sebagai Bendahara Paduka Raja dalam krisis antara kerajaan dan Istana Selangor ini.

Dengan mengambil langkah tenang dan betul sejak krisis ini bermula, adakah kita dapat melihat Azmin sebagai menteri besar baru Selangor?

Ketegaran PKR dan DAP dalam hanya menamakan satu calon iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dianggap satu "penderharkaan" dan mendatangkan kemurkaan Sultan Selangor.

DAP hari ini tunduk pada tekanan sehingga Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng meminta ampun kepada sultan Selangor dan berjanji untuk kembali berbincang dan menghantar lebih banyak nama kepada istana.

Mesyuarat Biro Politik PKR malam ini akan membincangkan situasi ini dan beberapa pengamat situasi meramalkan nama Azmin hampir pasti berada dalam senarai baru.

Bagaimanapun sekiranya Anwar berdegil dan hanya mahu nama isterinya sahaja, ia hampir pasti menambah pergeseran dengan istana dan tidak dapat diramalkan adakah pemimpin parti lain mahu bersama beliau dalam hal itu.

Dengan kemelut yang berlanjutan beberapa bulan, ramai yang berada dalam PKR dan barisan pembangkang turut letih dan risau dengan keretakan hubungan, terutamanya dengan PAS, bakal membayangkan "pengakhiran" kepada Pakatan Rakyat.

Satu lagi nama yang diwar-warkan sebagai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kanan Khalid, Iskandar Samad.

Bagaimanapun, sekiranya Iskandar dipilih, DAP dan PKR berkemungkinan besar akan membantah dan membawa kepada usul tidak percaya dalam sidang dewan undangan negeri November ini.

Ketidakyakinan mengenai Iskandar

Ini mungkin akan mendatangkan malu kepada istana dan menjuruskan Selangor kepada satu lagi masalah politik.

Senario sama turut berlaku sekiranya sultan memilih seseorang yang tiada dalam senarai yang dihantar PKR, DAP dan PAS.

Bagaimnapun beberapa suara mendakwa sekiranya Azmin dipilih, penentangan terhadap keputusan itu adalah minima, sekiranya ada.

Ini kerana beberapa sumber dalaman PKR memberitahu Malaysiakini beberapa kerisauan terhadap Iskandar dan kemampuan beliau menangani golongan pro-kerajaaan perpaduan daripada PAS.

Dalam masa sama, Azmin dilihat sebagai pemimpin yang komited dengan agenda Pakatan dan dibuktikan dengan kenyataan beliau semalam yang menekankan kepentingan perpaduan ketikda berdepan dengan kritikan istana.

Berbanding dengan Iskandar, timbalan presiden PKR dan pengerusi PKR negeri itu lebih dikenali.

Beberapa pasukan dalam PKR mengakui beliau merupakan pilihan lebih baik dari Wan Azizah dalam mengurustadbir Selangor yang merupakan negeri terkaya dan kejayaan terbesar pilihan raya oleh PKR dan Pakatan.

Mereka mendakwa dengan pelantikan Azmin, pesaing politik PKR akan kehilangan asas untuk menuduh parti itu mengamalkan nepotisme dan mahu meletakkan menteri besar "boneka".

Malah, Azmin turut dilihat mempunyai hubungan yang agak baik dengan istana, yang membolehkan PKR mentadbir negeri tanpa kekangan dari keluarga diraja.

Bagaimanapun ada yang turut menentang Azmin mengambil alih kepimpinan tertanggi dan antara suara paling kuat dari kem penyokong Wan Azizah sendiri.

Mereka yang tidak menyokong Azmin menggambarkan pemimpin nombor dua PKR itu mempunyai acuan Umno dan mengamalkan politik sama dengan bekas partinya itu.

Ada juga kerisauan Azmin akan menjadi lebih berkuasa sekiranya Anwar dipenjarakan sekiranya gagal dalam keputusan mahkamah persekutuan berhubung kes liwat keduanya.

Beberapa hari akan datang bakal menentukan sama ada Azmin akan menjadi pemenang kemelut yang panjang ini.

Namun jika dilihat keadaan semasa, peluang

Isnin, 25 Ogos 2014

Bila dedalu-dedalu liar tidak dapat hinggap, pokok pula ditebang

Dalam Kongress ke-10 PKR yang baru selesai semalam, beberapa kenyataan dari pimpinan PKR yang menarik didengar dan ia menggerakkan saya untuk memberikan pandangan sebagai seorang ditepian politik tanahair. Ia menarik kerana dalam ghairah untuk menunjukkan kewibawaan mereka, pemimpin pemimpin dalam parti itu seolah-olah mengakui hakikat sebenar yang dihadapi oleh parti itu.

Yang paling menarik lagi ialah kenyataan Anwar yang PKR tetap hidup walaupun beliau dipenjarakan, dan ia tentulah kenyataan yang berkait dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan membicarakan kes sodomi 2 beliau penghujung oktober ini.

Sesungguhnya PKR tetap akan hidup jika beliau dipenjarakan oleh undang-undang negara. Malahan saya berpendapat PKR akan lebih mantap lagi kerana jika beliau sudah tidak berada buat sementara dalam politik perdana, PKR tidak akan terbeban dengan masalah peribadi beliau.

Ia akan tetap merupakan sumbangan besar dari Anwar untuk partinya yang diketuai oleh isterinya Dr Wan Azizah. Saya selalu berkata sumbangan pemimpin itu bukan sahaja dengan memegang jawatan dan kuasa, bersara dan mengenepikan diri dari kegiatan politik itu juga boleh dianggap sebagai sumbangan besar terhadap perjuangan parti. PKR tidak akan menghadapi masalah mempertahankan peribadi Anwar dan parti akan lebih bersih dari pandangan kaca mata rakyat yang ramai.

Begitu juga dalam UMNO sekarang ini. Ramai berpendapat jika Najib mahu terus memberikan sumbangan kepada partinya, beliau lebih baik bersara supaya partinya tidak terhimpit oleh kelemahan beliau mentadbir negara. Memberikan ahli-ahli partinya dan rakyat peluang untuk menyusun semula siasah negara itu akan dianggap sebagai pengorbanan kepada rakyat dan negara yang sangat berharga dan ditunggu-tunggu oleh mereka yang serius untuk melihat perubahan kepada negara.

Pendeknya sekarang sumbangan besar boleh diberikan kepada parti dengan tidak bergiat lagi dalam politik dan ia nampaknya pandangan dan cadangan ini begitu relevan baik kepada pemimpin kerajaan dan pemimpin-pemimpin  pembangkang.

Masalahnya pemimpin yang sudah jelas lemah dan bermasalah tidak begitu sudi untuk memberikan sumbangan secara begini. Mereka ini 'ibarat dedalu yang tumbuh subur di atas pokok yang lain'. Dedalu ini akan memakan segala apa yang ada pada pokok itu dan akhirnya pokok itu akan menjadi kurus dan mati akibat dipanjat oleh dedalu yang menghisap segala makanan yang sepatutnya digunakan untuk pohon yang besar tadi.

Baik dalam PR mahu pun BN, pimpinan mereka adalah pokok dedalu yang dalam bahasa biasanya ialah ‘parasite’. Dedalu ini pasti akan membuatkan pokok yang dihinggapi dedalu itu akan mati. UMNO menjadi begini kerana pimpinan dedalu, Pakatan Rakyat pun sarat dengan dedalu yang membunuh ini.

Salah satu dari penyebab Khalid menjadi begini ialah kerana beliau terlalu kedekut dan amat payah bagi dedalu-dedalu dikelilinginya untuk menumpang hidup di atas kuasa PKR di Selangor itu.

Kata setengah orang dedalu dalam PKR itu adalah penghijrahan dedalu-dedalu dari UMNO dahulu. Dedalu-dedalu ini yang membuatkan kerajaan Selangor itu dipimpin oleh orang lain. Jika pimpinan ditukar mungkin dedalu-dedalu ini akan mempunyai peluang untuk memanjat dan hidup di atas pokok yang rendang di Selangor ini.

Yang perlu dijaga ialah pokok yang rendang ini, seperti yang dilakukan oleh Khalid yang mempunyai imej tidak pandai berpolitik itu. “Jika terjadi pertukaran dengan calon dari PKR itu, kita akan lihat dengan pantas pertumbuhan dedalu-dedalu yang berkeliaran sekarang ini” kata seorang yang lama dalam politik Selangor semasa menghadiri majlis meraikan hariraya di rumah sahabat saya di Kuala Lumpur malam tadi.

Khamis, 21 Ogos 2014

Antara ego, keras kepala dan PRN Selangor

Kalau boleh masing-masing mahu elakkan Pilihanraya Negeri di Selangor. DAP tidak mahu, PKR tidak mahu dan saya percaya PAS juga tidak mahu. Mengapa tidak mahu, kerana sebagaimana tegas Kit Siang semalam keyakinan rakyat terhadap PR diperingkat ini perlu dipulihkan.
Dalam erti kata lain, kalau dibubar Dewan Selangor dan diadakan PRN berkemungkinan prestasi PR akan menurun berbanding PRU yang lalu dan berangkali tidak juga mustahil boleh berlaku peralihan kuasa.

Saya juga percaya BN juga sebenarnya bukanlah bernafsu sangat mahu menghadapi PRN di Selangor, kerana suasananya sukar dibaca, mungkin prestasi PR turun prestasi mereka naik. Mungkin PR tumbang mereka naik. Mungkin juga mereka terus pupus.
Apa pun demikianlah gambaran kucar-kacirnya senario politik Selangor berpunca dari keghairahan satu pihak mahu menukar MB separuh penggal.

Apabila nasihat orang lama dan berpengalaman tidak dipedulikan. Apabila rambut yang mahu ditarik dari dalam tepung disentap dengan ganas dan biadap. Rambut putus, tepung berselerak menghodohkan wajah sendiri.
Ke mana Selangor selepas ini?

Mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim setelah dipukul, dibelasah dan ditelanjangkan dikhalayak ramai (mirip bagaimana seorang Wirawan pernah diperlakukan cuma senario sedikit berbeza) sanggup tunduk bagaikan padi, melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada Tuanku Sultan bagi memilih MB yang baru dari kalangan parti yang majoriti.
Mungkin juga beliau, dengan darah Bugis yang merah pekat mengalir dalam tubuh, enggan tunduk. Mandi biar basah. Lantaran sudah diaibkan biarlah semua sama-sama merasa. Mungkinkah Tan Sri menyembah kepada Tuanku Sultan memohon perkenan Tuanku agar Dewan Negeri dibubarkan dan PRN diadakan dalam tempuh 60 hari?

Atau mungkinkah, politik rasional, tolak ansur, beradab dan beradat diutamakan.
Bagaimana?
Mungkinkah ada pihak yang boleh bertemu muka dengan Tan Sri Khalid, bawa berbincang. Berlaga lutut duduk demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negeri, kita berdamai. Semua pihak mengenepikan kepentingan peribadi, nasib dan masa depan rakyat dan negeri diutamakan. Mungkinkah ada yang sangat besar jiwanya dikalangan pimpinan kita boleh melakukan demikian.
Kenapa kita harus amalkan politik bertelagah, berkeras kepala, berkerat rotan dan berpatah arang? Kita bukan berhadapan dengan musuh politik, kita berhadapan dengan seorang insan yang luka dan cedera egonya lantaran keghairahan dan nafsu serakah sesetengah pihak.

Personaliti seperti Tuan Guru Presiden PAS, Tuan Guru Mursyidul Am PAS, Timbalan Mursyidul Am PAS, boleh memain peranan, dalam ruang kosong yang ditinggalkan oleh pemimpin-pemimpin yang tinggi hidung dan bongkak.
Itu kalau kita bersungguh mahu mengelakkan PRN. Biarlah rombongan perdamaian dihantar, Tan Sri Khalid yang saya kenal pernah di hari pertama menjadi MB menyatakan pada saya bahwa beliau tidak perlu kepada jawatan ini tetapi menerimanya demi kerana mahu berkhidmat kepada rakyat dan negeri.

Kita akui beliau telah memberi khidmat yang baik. Kita ubat dan rawat luka-lukanya dan kita beri hormat dan penghargaan kepadanya. Beliau tidak mahu melepaskan kerusi keramat itu saya percaya bukan kerana beliau mahu mengkayakan diri, keluarga atau kroni, tetapi semata-mata kerana mahu memastikan ia tidak jatuh kepada tangan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Tan Sri Khalid bukan Harun Idris, bukan Muhammad Taib bukan Abu Hassan, bukan juga Khir Toyo. Biarlah kita bertolak ansur, mengalah dimana perlu, yang penting Tan Sri boleh dibawa berbincang melepaskan kerusi ini dengan cara dan kaedah yang paling baik dan mulia.

Mungkinkah ini boleh berlaku diperingkat ini?

Atau mungkinkah kita bersedia sahaja lantaran keghairahan pihak tertentu, berhadapan dengan PRN yang sepatutnya tidak perlu, membuang masa dan penuh risiko itu. -

Rabu, 20 Ogos 2014

Apabila orang amanah disingkirkan



“Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Itu keputusan Majlis Syura Ulamak PAS pada 6 Ogos lalu. Walaubagaimanpun har ini ia tidak terpakai kerana ia telah di “overtaken by event” apabila PKR telah memecat Tan Sri Khalid sebagai ahli.

Namun oleh kerana proses penyingkiran MB dan perlantikan MB baru adalah satu proses perundangan yang rumit melibatkan parti yang memerintah, Tuanku Sultan dan Dewan Negeri maka sehingga ke hari ini Tan Si Khalid kekal sebagai MB sehinggalah Tuanku Sultan menitahkan proses seterusnya.
PAS ternyata tidak gugup dan gelabah dalam berhadapan dengan isu yang dicetuskan rakan kongsi politiknya. Malah mengambil keputusan yang bijak apabila mengarahkan keempat-empat EXCO nya terus kekal dalam ertikata lain membantu MB yang ada terus memerintah negeri demi kelangsungan kerajaan ini. EXCO-EXCO PKR dan DAP walaubagaimanapun telah dipecat ekoran berkeras kepala dan menunjuk sikap gugup dan gelabah.

Langkah PAS ini telah mendapat pujian banyak pihak terutama rakyat jelata di Selangor.
Berbalik kepada keputusan Majlis Syura Ulamak di atas yang ternyata mengkaji dan meneliti akhlak kepimpinan Tan Sri Khalid dalam memegang amanah sebagai MB, hari ini salah seorang EXCO PAS Dr Halimah Ali dilaporkan oleh The Star Online sebagai berkata bahawa Tan Sri adalah seorang:

“….a man who is very prudent with the people's money’.
“….seorang yang sangat amanah dengan wang rakyat”

Menurut Dr Halimah itulah pengalamannya selama dua penggal berkhidmat di bawah Tan Sri sebagai MB.

Dr Halimah dipetik sebagai berkata:

"But if you ask if I had any issues with him, I would say that it is very difficult to ask for allocations from him," she told reporters at her office Wednesday. Dr Halimah said Khalid only approved allocations after scrutinising all details and points of an idea brought to him.

"But it is a good thing that he (Khalid) is careful with the people's money," she said

Tetapi jika anda Tanya saya samada saya ada masalah (isu) dengan beliau, sebenarnya sangat susah mendapatkan peruntukan darinya” ……Kata Dr Halimah beliau (Khalid) hanya akan meluluskan peruntukkan apabila telah meneliti secara terperinci semua maklumat dan cadangan yang dikemukakan kepadanya.
Namun tindakan beliau itu sesuatu yang terpuji kerana ternyata beliau berhati-hati dengan wang rakyat.

Inilah kualiti seorang pemimpin Islam yang baik, iaitu amanah dan berhati-hati dengan wang rakyat yang diamanahkan kepadanya. Menurut sejarah Selangor, antara faktor utama seseorang MB jatuh dari kerusinya di negeri ini adalah apabila ia kecundang dalam mempertahankan amanah itu. Ada yang dipenjarakan, ada yang digugurkan dan ada yang ditolak oleh rakyat angkaranya.

Saya ingat satu ketika dahulu apabila berceramah dengan Tan Sri ketika beliau belum MB lagi, kata Tan Sri semasa melancarkan ASN/ASB dahulu, apabila pelabur-pelabur seluruh Negara datang berduyun-duyun melaburkan wang mereka masing-masing, kata Tan Sri, pernah ibunya berkata (lebih kurang dalam ingatan saya):
“Sahak (nama timangan Tan Sri) duit orang ramai yang kau ambil tu kau simpan kat mana. Jaga duit orang nanti hilang”.

Begitulah dengan jenaka Tan Sri sampaikan pengalamannya, tetapi mesejnya begitulah akhlaknya sejak dahulu.
Inilah MB yang telah kita singkirkan. Seorang yang jujur, telus dan amanah. Kualiti yang sangat ketandusan bag jawatan MB di Selangor tetapi dicetuskan oleh Tan Sri Khalid selama beliau menjadi MB.

Berbahagia dan ketawa besarlah mereka yang bersepakat menjatuhkannya.

Ahad, 17 Ogos 2014

ANWAR DAN NEPOTISME: Pembohongan Politik yang Nyata??



Nepotisme dan kronisme dalam politik negara ini bukanlah sesuatu yang baru. Namun apabila seorang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertarung mati-matian untuk meletakkan presiden parti nya yang juga merupakan isterinya sebagai Menteri Besar (MB) Selangor, maka ini adalah sesuatu yang baru dan membimbangkan.

Jika mengikuti sejarah reformasi Anwar Ibrahim ini, cara beliau melawan Barisan Nasional (BN) adalah sentiasa konsisten iaitu memainkan isu-isu yang bersangkut paut dengan korupsi, kronisme dan nepotisme. Ini memberikan satu kelebihan kepada pasukan Anwar dalam usaha untuk meraih populariti dalam kalangan rakyat. Pilihanraya Umum ke-13 adalah bukti betapa rakyat menolak korupsi, kronisme dan nepotisme ini.

Wan Azizah Sebagai MB Selangor

30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP, PKR dan PAS yang menyatakan sokongan kuat kepada Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih kerusi MB Selangor daripada Khalid Ibrahim memang menimbulkan keraguan munasabah pada pendirian mereka terhadap amalan kronisme dan nepotisme dalam parti itu sendiri.

Tiada seorang pun mahu berbicara tentang perebutan kerusi MB ini dan pada masa yang sama seolah menghalalkan amalan nepotisme ini dipraktikkan. Menariknya lagi, dua ADUN PAS juga sanggup untuk meninggalkan parti mereka sekiranya PAS Pusat mengambil tindakan terhadap mereka kerana sokongan terbuka terhadap calon MB pilihan Anwar Ibrahim. Tetapi tidak pula ketegasan itu ditunjukkan dalam soal untuk melawan nepotisme dalam PR.

Pendirian mereka tentang soal nepotisme, kronisme dan politik wang ketika melawan BN lebih jelas berbanding pendirian setiap ADUN yang menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru dan hakikatnya sokongan itu boleh diterjemahkan sebagai satu sokongan padu oleh PR kepada politik nepotisme yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim.

Langkah Pelangai dan Rosmah Mansor sebagai MB Pahang?

Apakah agaknya reaksi PR sekiranya Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dan juga Pengerusi BN mengarahkan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob untuk mengosongkan DUN Pelangai dan meletakkan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai calon BN dan sekiranya menang akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Pahang?

Apakah Husam Musa akan menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri dan berikan justifikasi mengapa Langkah Pelangai ini salah? Bagaimana pula dengan reaksi Ahli Parlimen Raub yang melabelkan Khalid Ibrahim sebagai pelacur politik sedangkan yang kini sedang melacurkan demokrasi dalam usaha untuk mengangkat nepotisme adalah dalam kalangan PR sendiri?

Jika tindakan PR yang kekal mahu berikan kerusi MB Selangor kepada Wan Azizah maka segala tuduhan PR melibatkan nepotisme, kronisme dan politik wang terhadap BN juga harus ditarik balik.

Jika Langkah Kajang itu wajar dan menepati definisi nepotisme mengikut kerangka PR maka Langkah Pelangai (sekiranya berlaku) juga adalah wajar dan menepati definisi nepotisme mengikut fahaman BN.

PR terlupa bahawa dalam usaha untuk memastikan negeri terkaya di Malaysia berada dibawah kuasa sebuah keluarga, mereka hakikatnya sedang menghancurkan demokrasi yang mereka jaja sebelum ini.

Rakyat di sepak terajang

Hampir 15 tahun rakyat telah dibohongi dan ditipu hidup-hidup oleh seluruh pemimpinan PR. Kita dipersembahkan dengan satu wayang kulit yang maha hebat dan tiada cacat cela. Kita disajikan dengan barisan pemimpin yang kononnya bersih dan tidak terpalit sedikitpun dengan kekotoran najis politik. Namun segala kekusutan yang wujud hari ini adalah akibat ketamakkan kepada kuasa dan wang. Para pemimpin PR harus menjawab pada rakyat apa definisi mereka terhadap kronisme, nepotisme dan politik wang. Jika politik sebegini boleh dilacurkan di Selangor apakah kemungkinan ianya telah pun dilacurkan juga di Pulau Pinang?

52% rakyat yang mengundi PR menunggu jawapan para politikus ini. Kita tidak mahu membaca lagi surat-surat terbuka kepada Khalid Ibrahim mahupun segala macam laporan yang menyerang peribadi pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka. Apa yang kita dambakan disini adalah mengapa nepotisme, kronisme dijunjung secara terbuka sedangkan rakyat mengundi PR adalah kerana janji pilihanraya mereka sebelum ini adalah untuk melawan menghapuskan politik kotor. Realitinya, rakyat sudah muak dengan pelacur-pelacur politik ini yang sedang khusyuk berdansa atas platform Langkah Kajang tanpa menghiraukan kebajikan dan kehendak rakyat yang mengundi mereka.

Terus terang sajalah, krisis Selangor adalah suatu kemenangan kepada politik nepotisme.

Bilangan kerusi melebihi penonton ; Majlis penerangan selangor di dun paya jaras

Alhamdulillah..Majlis Penerangan Isu
Semasa Selangor berjalan dengan
 jayanya di DUN PAYA JARAS..kedatangan
ke ceramah mlm ini melebihi jangkaan..
Papepun..Hidup Azwan Ali! Azwan Ali 4 MB!


Khamis, 14 Ogos 2014

Kronologi Pengambilalihan Guthrie Dari Inggeris

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.
Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur.

Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

[Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting]

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf.

Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah. Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.
Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.
Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.
Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.
Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.
Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

[Kerjasama Pelbagai Pihak.]

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama KHALID IBRAHIM diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.



Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

[Mengapa Guthrie?]

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.
Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

[Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”]

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.
Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

[Mahathir Terus Menekan British]

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.
Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

[Hasil Besar dari Serangan]

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Kredit: Sahabat Alam Maya - SAM

Rabu, 13 Ogos 2014

Isu jawatan MB Selangor



1. TIDAK GILA JAWATAN
PAS sejak seusai PRU13 lagi telah mengumumkan jawatan MB Selangor diserah kepada PKR walaupun kerusi Dun PAS melebihi PKR, ia diumumkan sendiri Presiden PAS, TGHH atas semangat pakatan di mana PAS sudah ada Kelantan dan DAP pula P.Pinang.

2. TIDAK DIMESYUARATKAN
PKR menyusun 'Langkah Kajang' tanpa berbincang dengan PAS dan DAP hingga PRK Kajang 'terpaksa' dihadapi. PAS menegaskan membantu mengikut keperluan. Manakala soal pertukaran MB tidak berbangkit; sekaligus menjadi pendirian rasmi PAS.

3. CADANGAN
Apabila Ketua Umum PKR, DSAI mengumumkan pertukaran MB Selangor kepada DSWA dengan PAS dan DAP akan pulang membawa perbincangan hal itu kepada parti masing-masing bermakna hal itu adalah berstatus cadangan.

4. PENDIRIAN PARTI
Reaksi kepada pertanyaan media oleh TGHH bukanlah ulasan atau pandangan peribadinya. Pernyataan beliau itu adalah 'pendirian rasmi' PAS sebagaimana telah diputus dan dipegang sejak PRK Kajang.

5. MEMAKSA & GOPOH
Mereka yang mengkritik TGHH kerana penyataan itu hakikatnya tidak demokratik kerana lontaran DSAI itu hanyalah berstatus cadangan. Mereka seakan memaksa TGHH menerimanya sebagai keputusan sedang mesyuarat belum berlangsung, bermakna merekalah yang gopoh dan mengkhianati.

6. MEMPERIBADIKAN ISU
Pendirian PAS yang diulang sebut oleh TGHH itu menjadikan beliau sasaran serangan kononnya sibuk dan mencampuri hak PKR. Mereka cuba memperibadikan isu ini. Jika ini hanya semata-mata isu dalaman PKR, mengapa menggunakan mesyuarat PR? Mengapa LGE/DAP mahu mempertahankannya sama? Ini bukan isu keahlian PKR tapi isu kerusi MB.

7. TABIAT PERJUANGAN ISLAM
Pendirian yang dilihat kononnya bercanggah itu dinilai sebagai usaha PAS bergabung dengan Umno dan mahu keluar dari PR. Ini tafsiran bersifat fitnah dan gagal memahami tabiat perjuangan Islam. PAS telah mengulangi dalam beberapa kali muktamar bahawa ia akan kekal bersama PR yang menjadi janji dan jamaah Islam tidak memungkiri janji. Sangat aneh mereka ya ng berburuk sangka pada ulama dan jamaah sendiri. Kenapa tidak berfikir PKR dan DAP yang mungkin keluar PR?

8. SERANGAN BERBALAS
Gagal mendapat sokongan, PKR dilihat melancarkan serangan terutama kepada PAS termasuk batang tubuh TGHH. Malah, beberapa pimpinan PAS juga berkelakuan sedemikian. Antara diserang juga pentadbiran Kerajaan PR Kedah yang lalu hingga mengundang pendedahan mantan SETPOL MB Kedah, Almarhum TSAR. Jika sesiapa meneliti penulisan itu, ia bukan pendedahan penyelewengan tapi tuntutan (demand) yang menggambarkan sikap PKR. Kenapa mereka melatah?

9. LEMAH AQIDAH
Ada ahli PAS sudahpun longlai sebelum bertempur dengan nada mengugut andai PAS sendirian tidak akan mencapai cita-cita memerintah Malaysia. Inilah hujah akal yang terbukti lemah kerana Quran telahpun menghidangkan 1001 iktibar tamkin.

10. PENDAKWAAN
Tanpa berselindung, TSKI dihadapkan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan keraguan berkaitan salahguna kuasa dan penyelewengan (sanggup mereka tikam rakan sendiri?). Tetapi yang utamanya ialah TSKI diletakkan seperti telah dibuktikan bersalah sedangkan prosiding pengadilan tidak dilakukan atas beliau. Sedangkan kezaliman mendapatkan hak seperti itulah yang selama ini PAS, PKR dan DAP perjuangkan terutama untuk DSAI. Akhirnya TSKI dipecat pada 9 Ogos, ternyata langkah PKR sangat gopoh kerana tidak sempat menanti 10 Ogos yang menjadi tarikh asal PAS untuk menyatakan jawapan. Bermakna juga PKR merasai impak keputusan MSU yang bersidang sebelum itu. Paling memeningkan ialah hendak menjelaskan kepada rakyat kerana selama ini pentadbiran PR Selangor dijadikan modal ceramah satu bentuk pemerintahan yang telus dan berjaya oleh PR ke arah cita-cita model pemerintahan Malaysia baru.

11. MENDAHULUI MESYUARAT
Tidak berbangkit isu MSU mendahului Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat kerana semua hal terikat dengan panduan syarak dan MSU telahpun menunjukkan sikap proaktifnya. Semua entiti PAS yang lain adalah penetap pelaksanaan dan pelaksana.

12. HIMPUNAN DILEMA
Sikap PKR dan DAP terkini meletakkan PAS dalam dilema kerana ada unsur mahu berpecah. Lebih malang nada-nada menuduh PAS akan bersama BN Selangor dalam situasi ini. Tetapi kerana isu ini ada pihak yang nyata seperti dipinggirkan iaitulah rakyat. Malah, meletakkan PR pada situasi genting iaitu kemungkinan bertembung dengan istana dan Pilihan Raya Negeri yang boleh menatijahkan PR kalah dan hilang pemerintahan (Pengarah Strategik PKR telahpun nyatakan sanggup hilang Selangor). Jadi, apakah tujuan utama sebuah pemerintahan yang difahami PKR dan DAP?

13. HUKUM YANG MENGIKAT
Kita yakin anggota MSU kita adalah ulama yang berkemampuan melihat dan memahami sesuatu perkara secara spontan (syai' badihi). Tetapi, sidang MSU menilai konteks isu ini berdasarkan hukum Islam yakni bersumberkan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan qiyas. Sudah pasti hal berkaitan kepimpinan, rakyat, negeri dan perundangan yang menjadi intipati penting dalam siyasah syariyyah telah diteliti. Sebagai ahli/pimpinan PAS, sewajibnya keputusan syarak ini menjadi hukum yang mengikat, tidak mungkin ada hukum lebih tinggi, itulah yang diimani selama ini. Maka setiap ahli PAS perlu menilai kembali intima'nya terhadap jamaah ini. Wallahu'alam.

Khamis, 17 Julai 2014

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine




KIEV - UKRAINE. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 295 penumpang didakwa ditembak ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di sempadan timur Ukraine, malam tadi (waktu tempatan).

Agensi berita Rusia Interfax-Ukraine melaporkan Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Herashchenko sebagai berkata, seramai 280 penumpang dan 15 kru maut dalam kejadian itu.

Sementara itu, menurut twitter MAS, pesawat berkenaan terputus hubungan ketika berada di ruang udara Ukraine.

Laporan AFP pula mengatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak dari darat berhampiran bandar Shaktarsk dalam wilayah pemberontakan Donetsk.

“Pesawat itu hilang daripada radar pada ketinggian 10,000 meter,” kata laporan itu.

Laporan turut memetik, kejadian mempunyai kaitan dengan pemberontak dan krisis politik di negara itu.

Berita itu disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas menerima laporan dari Ukraine.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitter jam 12.06 minit malam tadi berkata:“Saya terkejut dengan laporan sebuah kapal MH terhempas. Kami melancarkan siasatan serta-merta.”

Reuters melaporkan, wakilnya di kawasan itu mengesahkan melihat serpihan MH17 dan mayat.

Selasa, 17 Jun 2014

Jutawan Malaysia rancang bina kasino



JUTAWAN Malaysia, Vincent Tan didakwa telah membuat pelaburan sebanyak RM3 bilion untuk membina pusat kasino kedua terbesar di negara ini pada masa akan datang.

Dalam satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak berkuasa telah pun meluluskan pelan pembangunan kasino tersebut.

Menurut Vincent, beliau sudah pun merancang untuk memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki oleh Berjaya Corporation iaitu Berjaya Hills, Pahang.

Beliau merupakan pemegang saham terbesar Berjaya Corporations iaitu sebanyak 23.03 peratus saham.

Sehingga ke hari ini, Malaysia hanya memliki sebuah pusat kasino berpusat di Genting Highlands dan dimiliki oleh Genting Berhad.

Menurutnya lagi, pembukaan pusat kasino di Genting Highland mencatatkan keuntungan sehingga RM1.4 bilion hanya pada suku pertama tahun ini.

Pihak Berjaya Corporation walau bagaimanapun gagal dihubungi untuk pertanyaan lanjut buat ketika ini.

Jumaat, 13 Jun 2014

Berita Palsu Snek Jagung Bin Bin Diperbuat Dari Plastik

Berita palsu snek keropok jagung Bin Bin diperbuat dari bahan Plastik. Sejak akhir-akhir ini, kini mula tersebar kononnya snek jagung jenama “Bin Bin” mengandungi bahan toksik iaitu plastik. Ini berikutan tindakan salah seorang pengguna yang cuba membakar snek berkenaan dan api mula menyala. Justeru, pengguna itu membuat kesimpulan bahawa snek Bin Bin diperbuat daripada plastik. Apapun, ikuti penjelasan sebenar mengenai punca snek tersebut mudah terbakar.




















Selasa, 13 Mei 2014

Krisis Terengganu: Pas ada tiga pilihan



SELEPAS beberapa jam Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baharu Terengganu, berlaku krisis politik apabila Datuk Seri Ahmad Said selaku Adun Kijal dan Ghazali Taib selaku Adun Ajil dan Roslee Daud (Bukit Besi) mengisytiharkan keluar daripada Umno serta menjadi Adun bebas.

Hal ini menjadikan BN mempunyai bilangan Adun yang sama dengan pembangkang iaitu 15 - 15.

Kekuatan kerajaan BN ada pada 1 undi penentu pada Speaker.Ini merisikokan kejatuhan kerajaan BN di Terengganu.

Ahmad Said yang meletakkan jawatan sebagai MB petang semalam untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif menjadi MB bertindak sebagai seorang ahli politik yang bijak kerana tindakannya itu bakal menjadikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling pendek tempoh pentadbirannya yang mungkin tidak menjangkau satu hari.

Apakah tindakan terbaik Pas dalam suasana sebegini?

Di hadapan terbentang tiga pilihan.

Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi adun bebas yang menyokong Pas dan PKR maka penubuhan kerajaan baru boleh diusahakan.

Namun, keadaan ini akan menjadikan kerajaan negeri tidak stabil.

Kedua-dua adun bebas boleh pula menarik sokongan dan ia akan merisikokan kerajaan baru pula.

Pelbagai polisi pentadbiran negeri boleh terencat. Ketidakstabilan ini bukan pilihan terbaik rakyat Terengganu.

Kedua, boleh diusahakan kerajaan campuran BN, Pas PKR. Kalau 13 Mei 1969 menyaksikan  kerjasama politik dua parti politik melayu Islam Umno dan Islam Melayu Pas diusahakan sehinga akhirnya terbentuk BN, maka 13 mei 2014 boleh menyaksikan sejarah baharu kerajaan campuran dua parti tersebut di peringkat negeri.

Namun, pilihan ini juga tidak mudah kerana melibatkan banyak pihak dan dasar parti. Ia boleh menjadi sejarah cubaan terkini penyatuan umat Islam, tetapi ia tidak membawa kepada kestabilan kepada kerajaan negeri juga.

Pilihan ketiga ialah pembubaran Dun Terengganu. Berikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan.

Pilihan raya peringkat negeri akan menjadi pungutan suara rakyat Terengganu terhadap pelbagai agenda perubahan yang dicanangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah perubahan MB Terengganu adalah salah satu agenda perubahan yang dihasratkan oleh Najib selepas berjaya menukar Ketua Menteri Sarawak. Najib mengharapkan projek di Terengganu berjalan lancar untuk digerakkan pula selepas ini perubahan Menteri Besar Pahang sebagaimana khabar angin tersebar. Jadikan PRK sebagai kayu ukur penerimaan rakyat terhadap perubahan ini.

Di pihak Pas dan PKR pula, PRK juga menjadi kayu ukur sejauhmana kejayaan menguasai 15 dun dimanfaatkan sebaiknya untuk menggambarkan kepada rakyat kesediaan Pas menjadi kerajaan menanti.

Tahap penerimaan rakyat terhadap pelbagai isu kegagalan pentadbiran BN di Terengganu yang dibangkitkan sebelum ini boleh diukur.

Isu pengambilan tanah Banggol Donas yang tidak mengikut lunas undang-undang, LPT II yang masih belum siap, status zon bebas cukai Empangan Kenyir, pembelian bas dwiguna darat dan air yang dilihat membazir, pembinaan jambatan drawbridge sungai Terengganu, projek mendalamkan sungai Terengganu yang tidak mengikut peraturan, isu perobohan Pasar Kedai Payang,  pelombongan bijih besi Dungun dan terkini cadangan kenaikan kadar cukai pintu. Justeru, pilihan ini dilihat lebih releven.

Namun begitu rakyat juga tidak boleh terlalu berharap.

Dalam politik apa pun boleh berlaku. Dua Adun tadi mungkin sahaja kembali kepangkuan Umno jika kena gaya pujukan berbisa oleh Najib.

Lagipun dalam satu kenyataan Ahmad Said menyatakan kekecewaannya kerana pertukaran MB di buat di saat perkahwinan anak beliau akan berlangsung pada 17 Mei 2014.

Kekecewaan itu mendorongnya bertindak dengan apa yang berlaku sekarang. Orang yang kecewa boleh dipujuk!!!

Apa pun rakyat Terengganu tentu mengharapkan yang terbaik dari pemerintah terbaik. Berikan mandat kembali kepada rakyat walau apa pun terjadi!

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Khamis, 17 April 2014

Lapuran Kemalangan Maut Karpal Singh



LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA

1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt: 960/14
2. Tkh: 17/04/2014
3. Masa: 0110hrs
4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara)
5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987
6. Kend Terlibat:
K1: M/Mpv No.KS 9898
(Toyota Alphard)
K2: M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan)

7. Mangsa:
M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
Kpt: 400628-07-5079
Umur:74thn
Alamat: No.144 A, Jalan Utama
10450, Georgetown,
Pulau Pinang          
M2: Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut)
M3: Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Kpt: belum diperolehi
Umur: -
Alamat:-
M4: Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera)
Kpt: 760409-07-5211
Umur: 38thn
Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja
Chulan, 50200, W. P.

M5: Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera)
Kpt: Warganegara India
Umur: 27thn
Alamat: -
M6: Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera)
Kpt: 690830-05-5  053
Umur: 45thn
Alamat: No 528 Blok B,
Flat Petaling Utama 13,    46000 Petaling Jaya,Selangor

M7: Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera)
Kpt: 910829-08-6356
Umur: 23thn
Alamat: No 17-12 Blok C
PPR Kota Damansara,   Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810
Petaling Jaya,Selangor

M8: Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti
 Abdullah
(penumpang M/Lori/tidak
cedera)
Kpt: 101230-10-2508
Umur: 4thn
Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

8. Ringkasan/Siasatan Awal:

Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota  Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.

Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)

Peg Penyiasat:
ASP Abd Aziz Abd Rahman
KBKA/KTD
IPD Kampar

Rabu, 16 April 2014

Ustaz Don Daniyal Dedah Kenapa Wardina Kecam Dirinya



Semalam Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, menggunakan media sosial menghentam Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kononnya dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.

Hari ini Ustaz Don Daniyal tampil untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Wardina Fadlullah Wilmot terhadap dirinya.

Ustaz Don mengatakan adalah tidak adil dengan memuatnaik video yang telah diedit daripada ceramah-ceramahnya kemudian menggunakan video tersebut untuk menghentam dirinya.

Menurut Ustaz Don, Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial supaya tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang melalui media sosial tetapi beliau sendiri yang melakukannya.

"Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit sekerat-sekerat itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya, kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda", kata Ustaz Don

Wardina disarankan supaya berjumpa ustaz atau alim ulama bukannya menggunaka ustaz goggle, facebook atau twiteer. Apakah video itu menjadi satu dalil kepada Wardina untuk menghentam orang lain.

Ustaz Don saran supaya Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya hanya mengambil daripada video sekerat-sekerat supaya wardina tahu sepenuhnya apa yang beliau inginkan sampaikan itupun jika beliau ikhlas.

Siapa yang buat video sekerat-sekerat ni, apa tujuannya selain daripada untuk tujuan propaganda, jika mereka ikhlas kenapa perlu edit video tersebut.

Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau sekutunya. Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk. Saya Redha dan saya buat dengan penuh ikhlas.

Ustaz Don hairan kenapa wardina memilih individu untuk dihentamnya, apabila kafir menghina Agama Islam kenapa Wardina diam.

Saya tak kenal pun dengan orang yang buat video itu, tak kan saya tak buat rujukan dalam setiap ceramah saya. Sebagai seorang penceramah sudah semestinya saya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ceramah.

Saya tak pernah cari pasal dengan sesiapa pun, antara bahan rujukan saya tentang Bani Tamim adalah saya membuat rujukan dengan Ustaz Badlishah.

Pendapat dan teori memang ada dikalangan ulama mengikut hadis-hadis.

Saya teringat satu kisah Juraij yang telah difitnah oleh seorang pelacur yang sangat cantik berkata, 'Jika kalian menghendaki, aku akan memberinya fitnah.'

Sebab utama Wardina mengecam Ustaz Don adalah kerana ada staf dalam TV Alhijrah yang tidak senang apabila ustaz Don mendapat surat jemputan ke United Kingdom dan staf tersebut mungkin ada sedikit sakit hati, kemudian staf tersebut dikatakan mengedit video itu dan meminta Wardina menghentam Ustaz Don Daniyal melalui video tersebut...Wallahualam...

Ustaz Don Daniyal menasihati, kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ceramah saya sila berjumpa dengan saya, saya sentiasa menerima sesiapa sahaja dan pintu pejabat saya sentiasa terbuka dan bukannya dengan melihat hanya pada video yang diedit sekerat-sekerat kerana itu merupakan propaganda untuk menjatuhkan seseorang.

Selepas ini jika ada lagi orang mempertikai ceramahnya Ustaz Don tidak akan menjawab lagi kerana ini akan mengundang pelbagai persepsi negatif.

Selasa, 15 April 2014

Pihak Berkuasa Sahkan Fariq Buat Panggilan Telefon Di Ruang Udara Pulau Pinang



Hasil siasatan dari pasukan siasatan telah mendedahkan satu maklumat terbaru berhubung insiden kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan ekslusif yang dikeluarkan oleh New Straits Times hari ini, pihak berkuasa telah mendedahkan satu maklumat berhubung pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid yang membuat satu panggilan telefon ketika pesawat tersebut terbang pada ketinggian 5,000 kaki semasa melalui Pulau Pinang.

Menurut laporan itu lagi, panggilan telefon tersebut berjaya dilakukan berikutan pesawat tersebut yang terbang cukup rendah sehingga membolehkan menara kawalan telekomunikasi mengesan panggilan telefon yang dibuat.

Namun panggilan telefon tersebut disahkan terputus secara tiba-tiba sebelum kapal terbang tersebut hilang dari radar dan pasukan penyiasat masih melakukan siasatan terperinci ke atas maklumat tersebut.Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan seramai 205 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam membantu siasatan pihak polis.

Menurut beliau, pihak polisakan memanggil lebih ramai individu untuk membantu pihak polis menyelesaikan siasatan ke atas insiden kehilangan pesawat tersebut. - NST

Khamis, 10 April 2014

GEMPAR !! RISIKAN RUSSIA DAKWA PESAWAT MH370 DIRAMPAS BUKAN TERHEMPAS!
















Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.

Menurut portal Daily Star, sumber yang rapat dengan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu;




“Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,”.

Ni laporannya..

They're alive! MH370 passengers were hijacked and taken to Afghan

A source in the country’s FSB secret service said the plane has been hijacked and flown close to the Pakistan border.

The Boeing 777 has been missing since March 8 and it is thought the black box which holds the flight’s secrets may have run out of battery.

There are 239 people on board the Malaysia Airlines plane, which was flying from Kuala Lumpur to Beijing.

The source told a Russia newspaper: All the passengers are alive, they have been divided into seven groups and are living in mud huts with almost no food,” reported the Sun.

The report added that 20 passengers who were Asian “specialists” have been smuggled into a bunker in Pakistan.

Searchers looking for the missing plane have discovered new signals consistent with those emitted by black boxes in the southern Indian Ocean.

They have been searching for the wreckage for more than a month and recent “pings” emitted by the black box have been the best lead so far.

Black boxes’ batteries typically run out of battery a month after an accident.

Angus Houston, the head of a joint agency coordinating the search, said that the Australian navy's Ocean Shield picked up the two signals.

She added: “I'm now optimistic that we will find the aircraft, or what is left of the aircraft, in the not-too-distant future – but we haven't found it yet, because this is a very challenging business.”

The Australian’s picked up other signals earlier this week. But Chinese searchers also detected “pings” – 345 miles away.

The disappearance of Malaysia Airlines Flight 370 on a trip from Kuala Lumpur to Beijing has sparked one of aviation's biggest mysteries.

The search has shifted from waters off of Vietnam, to the Strait of Malacca and then to waters in the southern Indian Ocean as data from radar and satellites was further analysed. - DailyStar

Rabu, 9 April 2014

Gambar comel Don Mustofa, anak lelaki Ustaz Don di UK


Mungkin agak lama sudah kita tidak melihat wajah anak lelaki pendakwah terkenal negara, Ustaz Don yang bernama Don Mustofa.

Don Mustofa, anak sulung pasangan hebat Ustaz Don dan Husna Zahry dilahirkan di Kaherah, Mesir pada awal Januari lalu dan kini usianya sudah mencecah 4 bulan. Kecomelan raut wajah Don Mustofa semakin terserlah macam emaknya juga.

Mari layan lima keping gambar terkini Don Mustofa di Universiti Birmingham, United Kingdom di mana Ustaz kini sedang sibuk menjalani rakaman rancangan Kembara Cinta Rasul di sana






Isnin, 7 April 2014

PANAS : TV LED UNTUK MANGSA BENCANA ALAM DIJADIKAN HADIAH CABUTAN BERTUAH!!



Sempena Malam Cinta Rasul Daerah Baling Kedah pada 5hb April 2014 yang lalu di Dataran Sebelah KFC Baling, Kedah salah satu program untuk memikat rakyat datang ialah cabutan bertuah.

Antara hadiah cabutan bertuah tersebut ialah 100 buah TV LED 32".

Apa yang memeranjatkan para pemenang TV LED 32" ialah tertera perkataan pada kotak LED berkenaan ialah "BANTUAN BENCANA ALAM"

Adakah Malam Cinta Rasul suatu program bencana alam ataupun peruntukan kepada Bantuan Bencana Alam telah dilencong dan diselewengkan untuk dijadikan hadiah cabutan bertuah????

Perlu pihak berkenaan memberikan penjelasan yang menyakinkan rakyat... jangan beri jawapan yang cuba nak memperbodohkan rakyat.

Khamis, 3 April 2014

Misteri Terbongkar: Pramugari dedah punca sebenar penerbangan sering delay


Seorang pramugari bagi penerbangan AirAsia atau MAS, Malissa Mansor telah mendedahkan punca sebenar mengapa penerbangan AirAsia dan MAS sering tergendala.

Pendedahan itu dibuat kerana pihak penerbangan sering dikecam dan dikritik orang ramai hanya kerana masalah delay yang selalu berlaku d KLIA.

Harap dengan penjelasan ini, semua pengguna penerbangan AirAsia dan MAS mula dapat memahami dan bersabar. Jangan risau, KLIA2 sudah dibuka.

BERITA YANG MEMBUATKAN U.S. GEMENTAR



SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.
Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.

Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

“Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan,” katanya.

Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang “bersih” daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.

Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.

Kini, kesemua persoalan berhubung ‘di mana MH370′ tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja.

Sumber

Rabu, 2 April 2014

MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... INILAH DIA SENARAI 800 ORANG RBA BERGAJI RM3,000 SEBULAN SEORANG!!












Mereka yang diupah sebagai RBA ialah terdiri dari Pegawai Bank, pemandu teksi, peniaga kedai makanan dan runcit, doktor perubatan, pensyarah kolej swasta dan mekanik motor.

Seramai 800 Red Bean Army didakwa menerima bayaran lumayan sehingga RM3,000 sebulan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai provokasi.

Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa beliau mempunyai senarai nama 'tentera siber' pembangkang yang dipercayai dibiayai oleh 20 syarikat besar di dua buah negeri Pakatan Rakyat.

“Di Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja kita dapat senarai nama RBA hampir 800 orang secara fizikal dalam tujuh kategori pekerjaan itu iaitu pekerja bank, pemandu teksi, peniaga kedai runcit makanan, doktor perubatan pensyarah kolej swasta, mekanik motokar dan menakutkan kaum Cina.

“Saya sudah ada nama syarikat pembayar RBA, siapa yang bayar elaun pun saya ada, syarikat mana yang diarah, syarikat mana yang diminta dibayar kerana dokumen itu diberi oleh pucuk pimpinan tertinggi DAP sendiri, kesemuanya hampir 20 syarikat besar yang dapat projek-projek besar di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut aktiviti provokasi yang dicetuskan oleh tentera siber pro pembangkang yang sengaja mencetuskan kebencian dalam kalangan orang awam terhadap kerajaan BN yang dikesan sejak 2006 lagi.

Pergerakan RBA dikesan pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menggalas jawatan perdana menteri susulan berlaku kenaikan harga barangan termasuklah kenaikan bahan api petrol dan diesel pada waktu itu.

Namun kegiatan mereka kini didakwa lari daripada perjuangan asal dan kini mula bergerak secara fizikal menerusi tujuh pekerjaan tersebut sehingga 70 peratus berbanding 30 peratus menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Tambahnya, syarikat pembiaya aktiviti provokasi tersebut dibayar secara tunai dan tidak menggunakan akaun bank bagi mengelakkan kegiatan tersebut dihidu pihak berkuasa.

Dakwanya tentera siber tersebut menyasarkan lima negeri sebagai kawasan utama untuk mencetuskan provokasi berterusan termasuklah Johor, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan keutamaan mereka.

“Mereka menyasarkan sehingga 10 juta orang awam menjelang PRU14 dan mereka akan menyebarkan taktik kotor ini dengan menghantar 10 mesej kepada setiap orang awam dan meningkat secara berperingkat-peringkat,” dakwanya lagi.

Selasa, 1 April 2014

PANAS : UTUSAN & KOSMO FITNAH NAJIB??



Masanya sudah tiba untuk Kerajaan Pusat dibawah kepimpinan Najib Razak mengambil tindakan tegas lagi keras kepada akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo kerana didapati melakukan fitnah jahat lagi mengelirukan rakyat apabila menyiarkan dimuka hadapan yang pesawat MH370 sah terhempas di Lautan Hindi dengan memetik sidang media Najib Razak pada 24hb Mac 2014 yang lalu.

Semalam sepupu Najib Razak merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan dan Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Hussein dengan tegas memberi tahu yang Najib Razak tidak pernah pun sepatah haram yang pesawat MH370 terhempas di lautan Hindi dan semua penumpang terkorban.

Tindakan jahat Utusan dan Kosmo ini telah menyebabkan rakyat jadi "keliru", bingung, bercelaru dan haru biru.

Untuk membersihkan nama baik Najib Razak yang amat teruk parah tercalar dengan perbuatan Kosmo dan Utusan ini maka wajar tindakan tegas diambil  .. Sama ada tutup saja kedua-dua akhbar ini atau kedua dua Ketua Editornya di pecat serta merta.

Kalau dengan pemimpin tertinggi UMNO pun sanggup dia fitnah apa lagi rakyat biasa.

Isnin, 31 Mac 2014

PANAS : Sebab utama Kapten Nik Ahmad yakin MH370 dirampas

Beberapa keping gambar terbaru berhubung laluan pesawat MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah tanggapan awal tentang kes tersebut.



Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, kesemua gambar itu merupakan satu pencerahan baru yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja).”

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan.”

Ahad, 30 Mac 2014

PANAS : BERITA YANG TIDAK DISIARKAN DI TV3


Bukankah YAB Lim Guan Eng dilemparkan pelbagai tuduhan oleh  UMNO sebagai anti Melayu dan benci Islam?????

Oleh itu mengapa dia sebagai Ketua Menteri Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang tidak luluskan kasino wujud dan bertapak di Pulau Pinang????

Mengapa nak fikirkan kesan sosial dan rohani cukup berat dan tinggi untuk di tanggung masyarakat majmuk di Pulau Pinang ?????

Mengapa tidak ikut jejak langkah bijak kerajaan yang mendabik dada sebagai pejuang Islam yang sebenar dan negara Islam contoh seantaro dunia, Kerajaan UMNO/BN, dengan memberikan lesen kepada Genting untuk menjalankan aktiviti casino?????

Apakah casino di Genting tidak sama dengan casino di Pulau Pinang???? .. Mungkin casino di Genting sekadar nama saja kot tetapi aktiviti-aktivitinya langsung tidak bercanggah dengan Islam.

Kalau dah haramkan aktiviti judi dari casino bertapak di Pulau Pinang apa lagi modal UMNO nak serang dan fitnah kerajaan DAP/PR Pulau Pinang.

Sudah pasti nak tuduh PAS hanya sebagai budak suruhan mati kutu membisu jika kegiatan mungkar dibenarkan oleh kerajaan PR Pulau Pinang sudah tidak boleh diguna pakai dan rakyat sudah tidak lagi percaya dan terpedaya.

Sabtu, 29 Mac 2014

GEMPAR : DOKUMEN RAHSIA DIDEDAHKAN








Dokumen rahsia yang didedahkan oleh media Jerman, Der Spiegel menunjukkan nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada di atas sekali dalam senarai yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Amerika Syarikat.
Senarai itu dikumpulkan pada 2009 dan mengandungi 122 nama pemimpin dunia, bermula dengan Abdullah dan berakhir dengan bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko kerana ia disusun mengikut abjad.
Pemimpin lain termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.
Menurut akhbar itu, dokumen itu tidak memberikan maklumat yang cukup untuk menentukan bentuk pengawasan, manakala NSA pula tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
Laporan Spiegel yang disiarkan pada Sabtu menyatakan bekas ejen CIA, Edward Snowden adalah sumber kepada dokumen rahsia tersebut.
Menurut Snowden, hanya 12 nama yang dikongsikan dengan Spiegel, termasuk Merkel, dan pada tahun lalu, telefon bimbit pemimpin Jerman itu turut dirakam oleh NSA.
Akhbar itu juga melaporkan, agensi keselamatan British, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ)  menceroboh masuk firma internet Jerman dan arahan mahkamah diperolehi oleh NSA untuk mengintip Jerman.
Pendedahan baharu ini dibuat selepas kira-kira sebulan Putrajaya memanggil diplomat Amerika dan Australia di Kuala Lumpur atas dakwaan  terlibat dengan rangkaian perisikan yang diketuai Amerika di Asia, termasuk China dan Indonesia.
Berdasarkan pendedahan Snowden, laporan meluas dibuat menyatakan Kedutaan Australia di Asia  digunakan untuk merakam panggilan telefon dan data.
Sebelum ini, Der Spiegel menyiarkan peta bertarikh Ogos 2010, yang menunjukkan kehadiran 90 kemudahan perisikan elektronik di seluruh dunia, termasuk di Kedutaan Amerika di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.
Snowden mendakwa, Singapura membantu aktiviti perisikan ini, dengan menggambarkan negeri itu sebagai pihak ketiga yang utama memberikan laluan kepada sistem komunikasi Malaysia.
Snowden adalah pusat kepada pendedahan 200,000 dokumen yang menunjukkan pencerobohan Amerika ke seluruh dunia, antaranya menunjukkan Washington menjalankan stesen pengawasan di kedutaannya di Kuala Lumpur bagi merakam dan mengawasi telefon dan rangkaian komunikasi, lapor The Malaysian Insider.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...